Saya nak mintak maaf......

Esok dah 29/08/2014, dengan kata lain, esok adalah DUE DATE saya untuk lahirkan anak nombor 3 ni... Itu hanya sekadar tarikh anggaran yang doktor berikan tapi tarikh sebenar, HANYA TUHAN YANG TAHU.... Baby ni nampaknya tak follow kakak2 dia.. Kalau Aqilah, saya bersalin ketika 38 minggu 2 hari... masa Alisha pulak, ikutkan pukul 2 lebih pagi tadi dah ada tanda saya dah keluar darah & bersalin hari yang sama... Tapi baby ni, masih seronok dalam perut ibu.. "perjanjian" masih belum ditandatangani ek sayang... (^_^)..

Mengikut kata nurse, jika belum bersalin pada tarikh due, saya harus datang checkup hari2 ke klinik ibu & anak untuk check jantung baby sehingga tarikh 03/09/2014... Jika 04/09/2014 belum jugak bersalin, pukul 2 petang, saya kene serah diri masuk wad.. Itu yang nurse bagitahulah... tapi saya doa2 moga baby akan keluar sebelum saya kene paksa bersalin... Moga2 dalam bulan 8 ni jugak baby nak keluar jumpa ibu, abah, kakak Alisha & kakak Aqilah... Paling lewat pun jadilah anak merdeka ye sayang.. sebab time tu abah masih lagi cuti... lepas dari tu, abah dah kerja... maksu dah nak balik kampung... nanti takda orang nak teman kakak Alisha & kakak Aqilah time ibu nak bersalinkan baby....

Di sini, saya nak MINTAK MAAF DEKAT U ALL... JIKA ADA CORETAN OR KOMEN SAYA DI BLOG YANG MENGGURIS HATI U ALL.... PADA KAWAN2 YANG LUAR DARI ALAM MAYA NI PUN SAYA MINTAK MAAF JUGAK, MAYBE ADA KATA2 OR PERBUATAN SAYA YANG BUAT U ALL TERASA.. MINTAK DIHALALKAN SEGALA PEMBERIAN SELAMA NI.. DOAKAN SAYA SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG LAGI HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI... MOGA BABY DALAM KANDUNGAN SAYA NI AKAN DILAHIRKAN DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT, CUKUP SIFAT & SEGALANYA.... OHYA, TAK LUPA JUGAK, KALAU U ALL ADA SALAH SILAP DENGAN SAYA, JANGAN RISAU, DAH DIMAAFKAN... INSYAAALAH...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Saya nak mintak maaf......

{ 24 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous August 28, 2014
Semoga selamat semuanya Insya'Allah!
Unknown Unknown August 28, 2014
semoga dipermudahkan ya ina..saya pun nak minta maaf kalau ada salah dan silap.. seram sejuk jugak nak bersalin ni..
Asha Lya Asha Lya August 28, 2014
Lya dokn smuanya slmt amin..maybe baby nak tunggu 31 ogos tu merdeka
PERMATABIRU PERMATABIRU August 28, 2014
semoga selamat semuanya..
Sheila Salim Sheila Salim August 28, 2014
Assalamualaikum kak intan. sheila maafkan. hehehe. semoga dipermudahkan urusan berjihad nanti kak intan. tak sabar tengok newborn baby.. hee rindu bau syurga tu.. Allahurabbi...
Unknown Unknown August 28, 2014
inaa...baru je ingat nak pm ina tadi..tgk2 dah update entry baru..lama menyepi ingatkan dah bersalin..rupanya belum..sabo jela..moga semuanya dipermudahkan..jgn stress yer..harap semuanya ok..
syawalsimpsons syawalsimpsons August 28, 2014
touching sue baca entry hari ni ....moga di beri kelancaran dalam semua urusan..insyallah...tak pe..kalo abah cuti sehingga merdeka...ibu dah bersalin..abah boleh cuti lagi....cuti tanpa rekod untuk isteri ebrsalin...7 hari..insyallah ina..sue dari kejauhan doakan yang terbaik untuk ina
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI August 28, 2014
aamiin

inshaALLAH kak.. yui doakan semuanya baik2..
Unknown Unknown August 28, 2014
semoga proses bersalin akak dipermudahkan..
JunAina JunAina August 28, 2014
Akak doakan Ina selamat melahirkan baby nanti, anak sihat mak pun sihat. Jadi baby merdeka ok jugak!
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit August 28, 2014
Doa kakak mengiringi moga semuanya berjalan lancar Ina. Mana tahu masin mulut ibu lahir baby merdeka 31 August ini..

aziazib aziazib August 28, 2014
ina semoga dipermudahkan segalanya.. sy anak first dulu pn lebih due tp alhamdullillah berjaya keluar sebelum dipaksa2.. mana tahu nak dapat anak merdeka... insyallah semua selamat ... kita pulak risau...
Unknown Unknown August 28, 2014
baby dalam perut anak soleh n solehah inshaaAllah dia lahir nanti di mudahkan.. kak jangan risau yer :) doa banyak2.. yg penting baby lahir sihat n selamat. anak n ibu selamat walau apa juga keadaan bersalin nanti :)

jijah maafkan akak.. semoga kak zarina binti tazari di permudahkan untuk bersalin.. Amin
Unknown Unknown August 28, 2014
insyaallah semuanya selamat.
Delimasari Delimasari August 29, 2014
harap dipermudahkan, insyaallah
Unknown Unknown August 29, 2014
smga Allah prmudahkn segalanya. Hari rabu lps ank sedare saya dpt baby boy.
Mimie Mimie August 29, 2014
saya maafkan akak...sy doakan semua bjalan lancar
Syamimi Saad Syamimi Saad August 30, 2014
Asslmkm kak.. Semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran anak akk ni ye.. Moga2 dia keluar sblm kena pksa keluar..
Amin..
Unknown Unknown August 31, 2014
Moga dipermudahkan segala urusan kak ina :)
Hani Rahman Hani Rahman August 31, 2014
Semoga dipermudahkan segala urusan ... Nak jadi baby merdeka ler tu ... Insyaallah ade ler jalan tu nanti ... Jangan putus berdoa ...
Unknown Unknown September 01, 2014
Dah sampai tarikh due ye.. Semoga selamat semuanya Kak Ina...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ September 02, 2014
Salam k.ina..
cma pulak yg terasa seramnye.. huhu..
insyallah..semoga segalanya dipermudahkan ya..
maszull maszull September 04, 2014
assalamualaikum intan...semoga dipermudahkan semuanya..;)
Maria Firdz Maria Firdz September 09, 2014
Alhamdulillah.. Selamat semuanya..