Hasil kreativiti Alisha & Aqilah

Saya perasan Alisha ni seorang yang kreatif.. dia suka berimaginasi lepas tu dia zahirkan melalui lukisan atau pun "lego ciplak"... Ikut abah dia agaknya... kalau ikut saya memang taklah... saya dari kecik sampai sekarang memang tak kreatif + tak minat pun benda2 camni...


Baru2 ni Alisha pergi buat benda alah ni haaa... dah siap dia tunjuk saya... saya tanyalah apa yang Alisha buat tu... katanya orang... saya tanya mana tangan, Alisha tunjuk yang warna kuning & pink kanan kiri tu haaa... saya tanya plak mata, Alisha tunjuk yang warna kuning atas sekali tu haa... pastu saya tanya lagi, mana hidung, Alisha tunjuk yang warna biru bawah mata... bila tanya mana mulut, Alisha kata takda... hahhah 


Orang robot ciptaan Alisha...


Aqilah bila tengok saya duk ambik gambar ciptaan Alisha... dia pun apa lagi cepat2 letak yang dia punya suruh saya ambik gambar jugak... ahhahhah... Aqilah pun nampak gaya suka sangat main lego ciplak ni... kadang sampai bergaduh 2 beradik... haihhh... saya ingat nanti nak beli lagi lego ciplak camgini... seronok tengok dorang hasilkan sesuatu benda melalui hasil kreativiti masing2...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 17 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons August 06, 2014
bila sel otak mula berhubung kan
nur anis nur anis August 06, 2014
hehe..saya pun teruja kalau tengok bebudak main lego ni..
mama ka0ri mama ka0ri August 06, 2014
Hehe...budak2 mmg suka berimaginasi...
Sheila Salim Sheila Salim August 06, 2014
Assalamualaikum kak intan. wahh sel2 otak sedang bersambung. hihiii tak sabar nak tengok Adam punya progress.. hihiii
Fiza Rahman Fiza Rahman August 06, 2014
Bila sel2 sedang berhubung ☺☺
Ainim Suju Ainim Suju August 06, 2014
bagus kalau dia boleh berimaginasi sejak kecil. nanti dah besar jadi kreatif pulak
Ema Johari Ema Johari August 06, 2014
imaginasi kanak-kanak memang tinggi.
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin August 06, 2014
Oh diorang suka main lego ye. Samalah dengan anak2 sepupu di sini. Tapi masa raya aritu nasiblah diorang tak bawa lego diorang. Kalau tak, penat nak mengemas. Hehe
Etuza Ezawarna Etuza Ezawarna August 06, 2014
pandai dah menyusun ya..tahniah pada anak ni...
Kak T Kak T August 07, 2014
seronoknya main lego
AnonymousAnonymous August 07, 2014
saya pn lbh suka bagi main lego ni kpd ank dara saya walaupn lps main rumah brsepah

tifaanvar
Mimi Azirah Mimi Azirah August 07, 2014
hehehe..memg kreatif la
azizah :) azizah :) August 08, 2014
alisha kuat imaginasi kan.. dia lebih berpandangan jauhh
Sya Mimie Sya Mimie August 08, 2014
bila bdak2 kuat berimaginasi, maknanya pemikiran diorang berkembang pesat.. :)
ISMA ILYA AHMAD PUAD ISMA ILYA AHMAD PUAD August 09, 2014
akak.. mainan y colourful macam ni memang elok sangat untuk perkembangan minda.. kalau dapat ya ada shape and colours 2 in 1 lagi mebeles...
macam toys anak2 kat tempat saya ngajar..

sangat bermanfaat ni
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ August 11, 2014
salam k.ina..

hihi... kreatifnya alisha.. alhamdulillah.. ikut kreativiti abahnya la agaknye..
Maria Firdz Maria Firdz August 12, 2014
Mmg seronok bg ank main lego..