Kelebihan guna PILIS ketika berpantang

Semalam saya dah buat entry pasal PERSIAPAN KELENGKAPAN BARANG UNTUK BERSALIN @ BERPANTANG SENDIRI.. Salah satu barang tersebut adalah PILIS.. Ada kawan saya PM saya bertanyakan pasal PILIS ni... sedap ke guna PILIS... apa kelebihan guna PILIS ni... So, saya naklah cerita dekat u all berkaitan PILIS ni... tapi saya hanya cerita apa yang saya tahu je tau... ilmu pasal PILIS ni pun secoet je ni tau tapi tetap jugak nak kongsi dengan u all... (^_^)

Saya dah ingat2 lupa guna pilis ni rasa camna... samada ianya sedap ke tak ke, saya pun tak pasti... Untuk pengetahuan u all, saya guna PILIS ni masa bersalinkan Alisha tau @ anak pertama... Time tu saya beli 1 set   kelengkapan bersalin tu haa... dalam tu terselitlah jugak PILIS... tu yang saya guna.. Eh jap, sayang2 saya ni tahu tak PILIS tu apa? Alaaa yang biasa ibu berpantang tempek dekat dahi tu haa... kalau tak dapat bayangkan jugak, u all tengok gambar dekat bawah ni haaa....


Inilah PILIS... nampak tak dekat dahi model dalam gambar tu haaa... kiranya kita pakai pilis camgitu, bancuh pilis ni dengan air lepas tu kita tempek dekat dahi.. bila dah tempek ikat rambut kita tu tinggi2 & ketat2... haaa gitu... Masa bersalinkan Alisha, saya guna PILIS yang stail nak kene bancuh dengan air camginilah tau... tapi saya pakai takdalah sampai habis tempoh berpantang pun, bukan apa... lecehla u all sebab PILIS yang macam ni, bila dah kering, mulalah berterabur dekat atas lantai la... baju kita la, macam tak syok plak rasa bab berterabur ni haa... tapi gunanya memang best sebab rasa macam bagusnya diri ini, berpantang dengan skimanya... hahhah....

Tapi itu anak nombor 1, anak nombor 2, takda maknanya nak guna PILIS2 bagai ni sebab leceh pasal suka berterabur tu la walau hakikatnya guna PILIS tu dapat membantu saya hilangkan rasa pening2 kepala, gelap mata & melancarkan peredaran darah selain dari masuk angin... Ohya, rasanya kalau pening kepala tu sebab masuk angin la kan?.. ke camne?...


Untuk anak no 3 ni, saya cari jugak PILIS... Yela, kata nak kene berpantang sendiri.. tak mustahil, dalam tempoh berpantang tu, time adik ipar & adik saya dah kembali masuk belajar, saya yang nak kene buat semua kerja... buatnya 2 orang anak solehah saya ni nak makan itu ini, Aqilah beyak ke... sape yang nak buat semua tu... tak ke saya ni jugakkkk... Huwaaa dah terbayang2 kene buat kerja time berpantang nanti... So, sebab tu la, untuk kali ni saya harus guna minyak PILIS ni haaa.... risau gak kot2 masuk angin ke apa ke kan... persediaan awal itu penting... jangan dah jadi baru terhegeh2 nak beli... nanti suruh suami beli mulalah tanya, pilis tu camna.. susah pulak nak explain... baik kita sebagai isteri ni terus buat persiapan... senang...!!

Ohya, kali ni saya bukan beli PILIS yang jenis nak kene bancuh tu tau... tapi saya beli MINYAK PILIS ANUGERAH yang jenis cecair ni haaa... so, takdalah bila kering dia nak berterabur bagai ke kan... Lagi satu, minyak PILIS ANUGERAH ni dia dah dibaca dengan macam2 surah... Kebaikan pilis ni jugak sebenarnya untuk melegakan otot... Yela, ibu2 bersalin ni kan, banyak urat2 yang kembang yang nak kena dikendurkan kembali.. Ini serba sedikit yang saya tahu pasal PILIS... kali ni rasa excited sikit nak guna PILIS sebab pilis anugerah ni jenis minyak... so, memudahkan kerja saya... InsyaAllah (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 20 comments.. read them below or add one }

Asha Lya Asha Lya August 20, 2014
Tu plan pills lya mna tahu hhee..thanks sharing
Unknown Unknown August 20, 2014
saya pun bercinta nak guna sebab terabur tu..tapi guna habis jugak demi kesihatan.. hehe..
Unknown Unknown August 20, 2014
singgah sini baca entry akak tentang pilis..
Unknown Unknown August 20, 2014
betul..kegunaan pilis adalah utk melegakan sakit kepala..pening..sebab kita dalam pantang sedikit penat kan..tak cukup tido..malam2 bangun menyusu..anak berak la ape..so, nak hilangkan rasa mengantuk dan sakit kepala tu elokla guna pilis ni..
syawalsimpsons syawalsimpsons August 20, 2014
sue baru 1st time tgk pilis jenis minyak...boleh la akan datang try yang ni kan
jamilahamzah jamilahamzah August 20, 2014
erm, k.ja pun br tau yg ada pilis jenis minyak ni.. kl ina x bgtau, k.ja xtau pun..hehe
Unknown Unknown August 20, 2014
anak fisrt dulu pakai..ye la memula kan sumer kena ikut pantang..
masuk anak ke2,3 dah ilang ntah kemana..malas bab terabur tu la..leceh..
shahdiana shahdiana August 20, 2014
makin moden zaman makin macam2 produk ada kan..dari set bersalin..berpantang sampailah ke barang baby..inilah salah satu sebab yang buat rasa nak mengandung balik tapirasa macam tak cukup kuat nak handle semua sendiri memandangkan suami jauh..apa pun terpulanglah kepada rezeki yang Allah bagi... :D
Unknown Unknown August 20, 2014
smakin bestlah baca tntng prsiapan brpantang ina. X sbar nk baca pngalaman ina brpantang dngn 2org gegerl tu.
ayuzan ayuzan August 20, 2014
oh..jenis ni pun ado ye.. bole la try nnti.
Zai Zamree Zai Zamree August 20, 2014
ada ek yg minyak punya.br tau :p
haryati haryati August 20, 2014
Moga dipermudahkan ms bpantang nnt ye ina...
Fiza Rahman Fiza Rahman August 21, 2014
Ha'ah ina, leceh pakai pilis yg jenis serbuk tu. Bersepah nanti. Sebab tu masa dlam pantang saya jarang pakai pilis ☺
Unknown Unknown August 21, 2014
jijah walaupon bersalin czer pakai juga pilis ni kak.. mmg set berpantang tradisional jijah set air mancur.. macam kak cakap la berterabur. jijah xpakai sampai habis pantang pon..hee
Maria Firdz Maria Firdz August 22, 2014
X pnh guna kak... Guna minyak angin je..
Syamimi Saad Syamimi Saad August 24, 2014
Thanks kak share info ni.. Sy pn ingt nk cri yng set anugerah jgk. Ada bbrpa orng kata ok..
Mimie Mimie August 24, 2014
pilis memg kne pakai utk elak kepala.msuk angin kan
Shera Shera November 09, 2014
Assalammualaikum ,saya ada menjual Homemade jamu hawa / set pantang ( pilis ,jamu, bdak sjuk,mnyak param. ) Dpat 2set.. Jamu ni Pure serbuk ok nenek sy sndri buat jawa asli. Minat blh trus oder wasap : 0173486367 shera
Bengkung Mama Bengkung Mama April 13, 2016
Set berpantang sekarang semua nak yang mudah-mudah aje kan. Ye lah sebab sekarang ramai yang sudah berani berpantang sendiri. Sebab suami sekarang pun tak macam dulu. Sangat membantu dan mereka yakin dapat jaga isteri berpantang.
Unknown Unknown October 30, 2016
y pilis minyak pd sy x besh.bek xyah pkai...beza sgt dgn y plis pure.biar bersepah,sapu skit2....