AMARAN : ENTRY INI ADA GAMBAR NAJIS
Ya Allah Ya Tuhanku.. terasa berat ujian yang sedang aku pikul sekarang. Apa2 pun aku tetap redha dengan ujian ini, cuma aku mohon berikan aku kekuatan untuk tempuhinya. Sesungguhnya setiap ujian pasti ada sebab.. sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmah.. Tuhan menguji sebab Tuhan ingat dekat kita, Tuhan menguji sebab Tuhan sayangkan kita. Duhai hati, janganlah bersedih belajar kuatkan diri demi anak2!!
Emmmm saya sedih + stress sangat sekarang ni. Due date saya hari Jumaat ni tapi kepala saya ni dah tak pikir dah pasal tu... tumpuan saya lebih kepada risaukan Aqilah!! Aqilah start cirit birit dari hari khamis. time tu disertai dengan demam + muntah. Sekarang ni muntah dah takda, demam semakin kebah tapi cirit masih lagi ada, malah nampak macam makin teruk. Petang semalam NAJIS AQILAH DAH BERCAMPUR DARAH..!!!
Petang tu jugak kami ke klinik lagi sekali, klinik sama yang kami pergi mula2 tu tapi bila sampai sana, kami diberi surat untuk di refer ke hospital sultan abdul halim... Dipendekkan cerita, doktor bagi kami ubat antibiotik dll untuk diberi kepada Aqilah.. Doktor cakap Aqilah ni masih lagi dalam kategori ok sebab masih boleh makan + bibir pun takdalah kering lagi... cuma doktor suruh pantau jika masih berlarutan or darah semakin banyak, kami kene bawak semula Aqilah ke hospital...
Aqilah seorang yang aktif... tapi bila camni, dia hanya terbaring... sekarang ni pulak, dia hanya nak dengan saya je.. U all bayanglah camna perasaan saya sekarang yang bila2 masa je akan bersalin... Saya sangat2 susah hati..!! Saya tahu perasaan saya ni sangat2 tak elok untuk diri saya & kandungan saya sekarang ni.. tapi tu la, takda ibu2 yang tak risau bila tengok anaknya hanya baring je.. lemah... main pun tak nak... cuma maybe saya lebih istimewa sebab diuji dengan ujian macam ni di saat saya hampir bersalin...
Kalaulah masa ni boleh diputar, ingin rasanya saya putar kepada usia kandungan saya ni belum cukup 36 minggu, supaya saya tak perlu risaukan tentang diri saya yang akan bersalin.. saya boleh fokus pada Aqilah je... Tapi tu la, itu hanya kalau................. sesungguhnya apa yang terjadi adalah perancangan yang terbaik yang telah Tuhan aturkan... Tuhan takkan uji melebihi dari kemampuan kita... tapi tu la u all, saya rasa sedih sangat.... di saat anak saya yang tengah tidur sekarang ni, saya rasa sayu... saya rasa saya macam memerlukan seseorang untuk menaikkan semangat saya kembali... memerlukan seseorang untuk saya peluk & menangis sambil mendengar rintihan hati saya....
Ya Allah Ya Tuhanku... Yang Maha Pengasih Maha Penyayang... kau sembuhkanlah Aqilah.. kurniakanlah aku kekuatan untuk hadapi dugaan ini...
U all ada tak apa2 PETUA untuk hilangkan cirit birit Aqilah ni yer?
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"