Kelebihan minum air kelapa ketika mengandung


Orang kata kalau kandungan dah masuk 7 bulan dah boleh start minum air kelapa muda... tapi ada jugak yang awal2 pregnant dah start minum... Tapi saya ni kandungan 36 minggu baru minum... Awal2 mengandung memang tak minumlah sebab saya risau... Yela, orang kata kalau minum air kelapa ni boleh bersihkan baby time bersalin nanti, so, saya takutlah kalau minum awal habis dibersihnya janin saya tu... hihii... *dasar penakut, andaian punya hebat.. kikikiii

Di Sungai Petani ni, sebijik kelapa muda harga RM3.50... biasa saya minum sebijik kelapa camtu je.. takda nak campur gula or ais... baru2 ni kami pergi rumah pakcik my dear... my dear ada ambik buah kelapa muda 4 bijik untuk bagi saya minum... Orang tua2 kata, tujuan minum air kelapa muda ni untuk memudahkan kita bersalin & bagi kepala baby kita yang lahir tu nanti bersih.. kiranya takdalah banyak sangat daki2 yang melekat dekat kulit kepala tu... 

Macam saya pulak, tujuan saya minum air kelapa muda untuk bersihkan or kurangkan daki2 di kepala baby... Kalau untuk memudahkan bersalin, saya akan minum air zam-zam.. InsyaAllah akan memudahkan kita bersalin & mempercepatkan pembukaan laluan baby kita tu nanti...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."  

{ 20 comments.. read them below or add one }

irrayyan irrayyan August 12, 2014
air kelapa ni antara fungsinya adalah cuci darah. air kelapa bersifat alkali. makanan sekarang ni banyak berasid lebih2 lagi klu makan diluar. jadi air kelapa ni bagus utk neutralkan darah berasid. ayam biasa tu pon berasid. nak makanan elok kena cari yang organik.
xdela sampai cuci janin. hehe. yg cuci janin yg tajam2 dan pedas. :D
Sya Mimie Sya Mimie August 12, 2014
asslmkm kak.. saya dah masuk 35week ni pun tak start lagi minum air kelapa.. tak tahu mana nak cari kat sini.
IntaNBerliaN IntaNBerliaN August 12, 2014
@irrayyan

oo yeke... hahha... dasar penakut saya ni, tu yang pikir sampai ke cuci janin.. haihhh....
eima eima August 12, 2014
itu memang petua2 org tua2 pun ...
ai pun amalkan ..alhamdulillah dedua anak kulit kepala tak berkerak
mama ka0ri mama ka0ri August 12, 2014
Selalu minum air kelapa mase preggy...tapi x tahu apa sebabnya...main minum jer...hahaha
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin August 12, 2014
tak pernah pulak amal kan..huhuhuu..dah terlambat la kire nye >_<
Maria Firdz Maria Firdz August 12, 2014
Hehe... Sy juga start minum.. Tapi dh lewat.. Amalkan vco je..
irrayyan irrayyan August 12, 2014
Takpe. Dulu pon irra xtau. Tapi skrg dah tau..hehee
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ August 12, 2014
Air kelapa muda nie memang banyak khasiatnya.. farah pn suka jugak..=D
Rai Ourkizuna Rai Ourkizuna August 12, 2014
mahal jugak buah kelapa muda kat sana ya.. ingatkan sini je mahal camtu.. lepas ni tanam pokok kelapa jual buahnya.. haha..

saya tak minum pun air kelapa.. susah nak jumpa+terlalu mahal.. so saya minum vco je..aci tak? hehe
azizah :) azizah :) August 12, 2014
jijah pon amalkan kak dulu..anak yg lahir.. bersih dan cantik je kulitnyaa.. mmg betul
Rizziela Rizziela August 13, 2014
masa pregnant dulu memang suka minum air kelapa..hari2 minum..Alhamdullillah..kulit anak sy pun cantik
AnonymousAnonymous August 13, 2014
xth pulak selama ni dh dkt due date mnm air klapa bagus utk baby

tifaanvar
Myra Jay Myra Jay August 13, 2014
Ye btoi tu, ada gak dengar gitu.. :)
Fiza Rahman Fiza Rahman August 14, 2014
Betul tu. Memang saya amalkan biia dah hujung² pregnant. Bersih jer kepala baby.
Mimi Azirah Mimi Azirah August 17, 2014
sy tak minum air kelapa kak ina..try jugak nk minum tp xlaau dek tekak
Nor Aishah Jailani Nor Aishah Jailani September 11, 2014
Saya masa mengandung anak ke4 mmg giler minum air kelapa..tak salah nye masa kandungan lebih kurang sebulan..sampai la nak melahirkan..pantang jumpa gerai air kelapa tepi jalan mesti singgah beli..alhamdulillah kandungan saya sihat..baby lahir kulit halus.
happyichigo♥ happyichigo♥ January 10, 2015
Bagusnya doa puan kepada anak..semuga anak mjadi anak yg soleh..

Oh saya suka air kelapa