Ikan pekasam goreng sedap dimakan panas2..


IKAN PEKASAM GORENG.... Alahaiiii saya baru je mula mengenali IKAN PEKASAM... Masa di Terengganu, saya mana kenal ikan pekasam ni... bila dah pindah Perak baru kenal.. itupun baru kenal je tau... bukan jatuh cinta lagi tau... Ikan pekasam ni sebelum digoreng dia ada bau sikit... tapi bila dah goreng, tetap ada bau jugak, bau sedappppppppppppp...!!!

Sekarang saya dah reti makan ikan pekasam, dengan kata lain dah mula jatuh cinta lah...!! IKAN PEKASAM GORENG dimakan dengan nasi panas2.... sedap tak hengat...!! Saya baru je reti goreng ikan pekasam ni tau... hahhahahhah.... kalau sebelum ni saya goreng hancur lebur ikan tu haaa.... tapi hari ni saya patut rasa bangga dekat diri sendiri sebab dah reti goreng ikan pekasam yang budak sekolah pun tau goreng ni haa... ekkekekk....

Sebelum ni saya pernah goreng, saya g basuh dulu ikan pekasam tu, tapi sekarang saya dah tak basuh, terus je goreng dalam minyak panas2... bila ikan pekasam tu dah garing, saya angkat ikan tu & goreng pulak bawang besar potong bulat + cili padi... dah siap goreng terus je letak dalam bekas bersama ikan pekasam tadi... siap..!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."





{ 23 comments.. read them below or add one }

cahayahidupku.blogspot.my cahayahidupku.blogspot.my August 13, 2014
Mahu dua kali menambah nasi ni IB... menyelerakan ikan pekasam ni :)
Unknown Unknown August 13, 2014
saya pun suka ikan pekasam.. tapi kalau hancur saya suka sbb garing sampai ke dalam.. kadang2 jadi macam serunding dibuatnya.. haha
Unknown Unknown August 13, 2014
saya tak pernah kenal ikan pekasam sampai la saya tunang ngan en hubby..MIL bagi makan ikan pekasam terus jatuh cinta!! haha..
QasehnyaRania QasehnyaRania August 13, 2014
ikan pekasam mmg sedap ina.
kalau belah kedah snng nak dpt nak nak time musim ikan byk.meriah la.
bau dia mmg sodap.. hahahaa
su paling suka ikan pekasam lampam..
letak cili bebanyak.. waaa...

psssttt: ina, su ada msg hari tu bgtau.
mesti x dpt kan.ke salah nombor.huhuhu..
su ada no ina, yg mula2 call dlu masa kt jb tu..
lynndamya lynndamya August 13, 2014
Salam, aduh menyelerakan sgguh! Tp sy xsure if sy penah ke tak makan ikan pekasam ni..rase cm xpernah..kena cuba ni!
puan.mila puan.mila August 13, 2014
betulll sis..sedap sangat mkn panas2..feberet suami saya ni..
Myra Jay Myra Jay August 13, 2014
Bulan puasa ritu myra ngan asben suka makan pekasam masa sahur..
Tak sedar siap bertambah :D
eima eima August 13, 2014
kadang tatau nk mkn ape mesti goreng pekasam
Anil Anil August 13, 2014
nak lagi sedap.. perah limau kasturi.. perghhh... anak saya pun suka makan gitu-gitu je... nyummmm
Unknown Unknown August 13, 2014
sedap..hebat memasak bahagia anak2 rasanya..
Unknown Unknown August 13, 2014
sedap pasti anak2 makan rasa bahagia
Maria Firdz Maria Firdz August 13, 2014
Dulu mak buat ikan pekasam bertong-tong... Sedap mkn dgn ketupat plas..
Shafiq Shafiq August 13, 2014
Ikan pekasam memang sedap!
Syamimi Saad Syamimi Saad August 13, 2014
asslmkm kak.. ikan pekasam mmng sedap. tapi kena cara orng yang buatlah. kadang hanyir. tak lalu nak makan.
Unknown Unknown August 13, 2014
kak ina! jijah suka sgt ikan pekasam ni.. Ya Allah sedapnyaa... jijah selalu goreng ikan tu pastu terus letak bwang n cili.. sedap betul!
Fiza Rahman Fiza Rahman August 14, 2014
Pernah makan sekali ikan pekasam. Tapi macam tak boleh terima sebab bau & rasa dia. Tapi tgk ina goreng ni mcm sedap jer. Nak try lagi skali lah.
Unknown Unknown August 14, 2014
brtambah2 nasiknya kalau mkn pekasam
Unknown Unknown August 14, 2014
brtambah nasiknya mkn mcm ni
Mimie Mimie August 17, 2014
ikan pekasam memg sedap