Raya kami yang Pertama

Tahun ni adalah tahun pertama Alisha beraya.. Pagi raya tu saya pakaikan Alisha jubah hasil tangan maknjang Alisha.. cantik.. Thanks yer maknjang Alisha :-)


Pagi raya tu Alisha bangun awal.. bukan setakat bangun awal tapi dia lah orang yang paling awal bersiap!! hihiii Excited nak beraya Alisha nih..! *cakap alisha excited padahal diri sendiri yang tak sabar nak beraya.. hehee*


Lepas kami semua bermaaf-maafan.. kami bergerak lah untuk beraya ke rumah saudara mara.. tak da lah banyak rumah sangat pun pergi.. dalam 6 buah rumah je.. dari pagi sampai malam.. bukan setakat malam tapi tengah malam.. bukan apa... bila dah berjumpa banyaklah yang mereka nak sembangkan.. maklumlah beraya setahun sekali... hihii tapi 2 rumah terakhir *malam* saya dah tak mampu nak beraya.. saya tidur je dalam kereta berdua dengan Alisha.. ngantuk giler :-)


Raya ke dua kami tak pergi beraya pun sekadar pergi kenduri je.. bukannya apa sebab keesokannya pagi raya ke 3 tu, kami 3 beranak dah nak bergerak balik Terengganu.. sebenarnya saya memang sangat2 tak sabar nak balik Terengganu.. yela, setahun sekali je kami semua berjumpa..

Tahun pertama alisha beraya.. dapatlah juga Alisha duit raya RM400++.. duit tu, my dear dah simpan dalam Bank Alisha pun.. sepanjang setahun.. duit yang orang bagi Alisha adalah lebih kurang RM1000++.. insyaAllah, setiap rezeki duit yang Alisha dapat, akan dimasukkan ke dalam bank.. 

So, saya harap, bila Alisha dah besar nanti.. pandai2 lah guna duit tu yer.. guna untuk sambung belajar ok jugak.. nanti tak payah berhutang dengan PTPTN or MARA.. macam saya ni haaa dah tak pasal2 kena blacklist dengan MARA.. ayoyoyoyooo..


Hari raya tu, alisha makan macam2.. lemanglah, nasi impit la, rendang la semua saya bagi dia makan tapi biskut raya Alisha tak berapa nak makan.. Berkat daripada dia makan semua tu sampai ke 3 buah rumah yang kami singgah beraya.. semuanya dia tinggalkan 'tahik'.. berak daaaa hahhahhah..

Apa la anak ibu ni.. tahulah nak makan banyak.. hahahha.. Ini mesti kes, takut perut penuh nanti tak dapat isi makanan lain lagi ek.. ;p muahhahahha


Actually gambar raya tak banyak ambil pun.. *bergambar dengan kuih raya pun takda ;p*.. dah lah macam tu.. gambar yang diambil.. tak cantik pulak.. adusss.. paling frustt sebab gambar kami 3 beranak semua tak cantik & tak jadi... takpala, panjang umur tahun depan pulak bergambar.. Warna tema kami tahun ni adalah COKLAT.. :-)

Ohya, baru2 ni, sambil2 tengok TV, saya cakaplah dekat my dear...

Saya : Tahun depan kita buat tema warna BIRU TUA nak tak?

My Dear : Haa nak suruh beli baju melayu lagi lah tu.. (jawab dengan muka tak puas hati... ;p )

Saya : Tak payah beli, abang kan dah ada baju melayu warna biru tua..

My Dear : (senyum sambil dalam hati berkata... selamat duit aku.... muahhahha)..

Nampak gayanya tahun depan saya memang kena betul2 cari warna tema mengikut warna baju melayu my dear yang dah "bersiap sedia" di dalam almari.. hihii

{ 11 comments.. read them below or add one }

♥♥azatiesayang ♥♥ ♥♥azatiesayang ♥♥ September 13, 2011
Salam Intan..comelnya Alisha brbaju kurung...
yayath yayath September 13, 2011
comelnye alisha tuh:)hehe
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda September 13, 2011
Alisha sgt comel aa.. pndinye mak anjang wat jubah eh.. ^_^
suhaina laui. suhaina laui. September 13, 2011
ibu alisha yg semangat nk beraya kan...terengganu kat mane erk
@LeenShamsh @LeenShamsh September 13, 2011
samelah..baju raye ikut baju ayah yg sedie ade..hehe
tiefazatie tiefazatie September 13, 2011
haha...ada2 je la..hee..
puanbee puanbee September 13, 2011
cantiknya jubah dia .. comel budak2 pakai jubah nih .. kelmarin beli kat anak saya diorang tak mo lak..
mama_umar_maryam mama_umar_maryam September 14, 2011
wahh berjubah anak dare tu ye..eh,cam same je nk biru gak thn depan ;)
aziazib aziazib September 15, 2012
ooo. ini cerita raya tahun lepas btw cantik jubah alisha see ur husband face :-)
Masya Masya October 02, 2012
alahai comelnya alisha...
hihihi akhirnya nampak jugak tgk gambar 'my dear' ina... hari tu nampak kat blog cik pingu..

takpelah ina amik kat studio jer.. baru puas hati tunggu baby dah lahir nanti..
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2013
akhirnya berjaya juga tema biru tu kan..

tahun ni tema apa pula ye?

sya jarang nak bertema ni sebb suami kata tak sronok.ada anak baru best sama colour..so, sy abaikan je..
tak kesah sangat jji ada dan selesa utk dipakai..

bertema masa 2thun pertama je..