Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Friend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Friend. Papar semua catatan

Jom kenali blogger yang bermula dari silent reader PART 2

Jom kenali blogger yang bermula dari silent reader dah pun masuk PART 2.. Kalau nak baca PART 1, KLIK SINI yer... Ini entry terakhir untuk blogger yang saya kenal bermula dari silent reader blog saya.. Ada 4 orang semuanya.. Kuat jugak pengaruh blog dekat orang2 luar kan.. Dari takda blog, bila selalu baca blog blogger2 akhirnya kita terinspirasi untuk buat blog jugak.. (",) Tak salah pun buat blog sendiri.. blog ni dah macam diary selain kita jugak boleh kongsi macam2 maklumat.. Yang salah tu jika kita menulis blog kita duk mengata orang.. Opstt actually tak salah pun sebab dalam blog ni takda pulak tulis apa2 etika kan, cuma kita sendiri sebagai owner blog tu la, yang kene wujudkan etika dekat blog kita sendiri... pandai2lah kita jaga nama baik kita yer sayang2.. setiap apa yang kita tulis, kita yang akan dipertanggungjawabkan.. kadang setiap apa yang kita tulis tu jugak, kita akan bawak hingga ke "sana"...

Ok, itu mukadimah.. ini baru masuk kepada tajuk entry.. hihi.. hari ni saya nak kenalkan u all dengan Sya & Ayie.. Bagi saya mereka ni pandai gak menulis.. penulisan Sya & Ayie ni santai je.. seronok untuk dibaca.. Walaupun mereka masih newbie tapi pandai menulis.. Macam sya tu, pandai menulis maybe lah sebab sya pun meminati dunia penulisan kan.. Kalau macam Ayie tu plak, dia masih lagi student, so, idea memang banyaklahkan.. otak student, fresh la katakan... buku & pen kan sentiasa bersama dia.. hihii.. Tak nak cakap banyak, u all boleh baca pengenalan diri mereka yang ditulis oleh mereka sendiri dekat bawah ni...


KENALI BLOGGER : Blog By Syaz

Bismillahirahmanirrahim....
Nama saya sya nadia.. boleh panggil sya aje.. saya seorang suri rumahtangga, ibu kepada seorang cahaya mata. Saya suka menulis, meluahkan apa yang terlintas difikiran. Memandangkan saya surirumah yang jarang keluar, kawan pun tak ramai, jadi saya menulis blog. Kiranya untuk menghabiskan masa terluang dari tak buat apa-apa. Saya mula berblog sejak bulan jun tahun lepas, kira-kira beberapa hari sebelum bersalin. 

Permulaannya kenapa saya berblog adalah sebab saya suka menulis. Dah berdozen-dozen buku sekolah yang saya tulis jadi novel.*uiihh..saya memang suka menulis sangat2* Tapi korang janganlah tanya mana buku-buku tu, sebab semua saya dah buang. Malu nak baca balik, ada juga yang kawan-kawan ambik buat koleksi dorang. Cuma sebelum saya mulakan projek blog saya ni, saya selalu baca blog orang, terutama blog Kak Ina. Saya suka betul baca pasal si comel Alisha tu. Sehari tak tahu berapa banyak entry saya baca. sampai pening dibuatnya. Tapi tak serik, esok buat lagi. Kebetulan masa tu saya mengandungkan Aniq. Teringin nak tulis cerita tentang dia dan adik-adik dia *Insya Allah*. Selain pada tu saya boleh selit-selit pasal kisah kami abah and mummy Aniq juga. Semua kenangan tu berharga kan.. saya harap bila Aniq dah besar, dapatlah dia imbas balik kenangan waktu dia kecik-kecik, semua saya catit dalam blog saya ni. Ada yang saya save dalam draft just untuk dia baca dikemudian hari. 

Lepas dah selalu baca blog Kak Ina, saya melangkah setapak lagi. Saya nak mulakan blog sendiri pulak. Puas dah edit-edit, atas bantuan Kak Ina juga, saya berjaya mulakan blog sampai la ke hari ni.. Saya anggap segala yang saya tulis dalam blog adalah sesuatu yang akan menjadi kenangan pada kami sekeluarga. Ini kerana setiap perkembangan family saya ceritakan dalam blog. Blog saya bukanlah cerita tentang saya, anak dan family aje, tapi kalau ada petua, resepi atau ilmu-ilmu yang berguna pun saya akan kongsikan juga. Senang kata, bukan cerita syok sendiri aje la. Harap segala info yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama.

Ayie Atiqah


Nama saya Nur Atiqah Bt Johari. Saya senang untuk bahasakan diri sebagai ayie. Nampak lebih close gitu, hehe.. Berasal dari Taiping, Perak. Ayie merupakan anak sulung dari 3 beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi di utara tanah air. Sedar tak sedar dah sebulan lebih dah ayie dengan dunia blog. Macam-macam pengalaman dan ilmu yang ayie dapat.  

Macam mana ayie boleh terjebak dengan dunia blog nih? Ayie selalu baca blog orang, kire cam silent reader la. Sejujurnya, blog yang selalu ayie bukak adalah blog IntanBerlian + blog IrineNadia. Tak tau la kenapa. Rasa nak baca je selalu. Hari-hari bukak, sejak dari tahun lepas lagi. Dari situ la timbul rasa nak ada blog jugak. Actually lama dah nak ada blog, cuma tak berani nak buat je + tak pandai. Sekarang dah pandai cket-cket, hehe.. Boleh la nak tambah-tambah kawan kan. 

Bermula dari situlah terbuka hati ayie nak ada blog jugak. Pelan-pelan mula aktif kan diri. Blog ayie ni lebih kepada peribadi la. Hal-hal life ayie, memori ayie, kenangan sedih or happy.. ada jugak mana-mana perkongsian yang bermanfaat ayie kongsikan.  Ayie masih belajar untuk buat lebih baik lagi dalam dunia blog ni. Dan yang paling ayie suka dalam dunia blog ni, sahabat-sahabat blog semua baik-baik dan saling support. Tak lokek ilmu pulak tu. Baik hati sungguh sahabat-sahabat semua. Ayie nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk semua yang dah support ayie secara langsung ataupun tak. Ayie sangat-sangat hargai korang. Maafkan ayie andai ada salah dan silap. Thanks semua!


Amacam u all, best tak coretan Sya & Ayie ni?? Nak kenali mereka dengan lebih rapat lagi, u all singgahlah blog mereka tau.. Eh, kata nak kenal lebih rapat, janganlah semata2 singgah tau.. Follow la mereka sekali, tinggalkan 2 3 perenggan komen dekat entry mereka.. tu diaaa 2 3 perenggan kekdahnya... muahahaa


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Jom kenali blogger yang bermula dari silent reader PART 1

Actually sebelum ni saya terniat dekat hati nak karang entry review sendiri.. Tapi tak berkesempatan.. So, saya contact mereka secara personal suruh draft entry & saya akan publish di blog saya... Ada 4 orang blogger yang pada mulanya hanyalah silent reader.. Saya kenal mereka ni sebelum mereka ada blog lagi.. So, saya nak kenalkan u all dekat mereka jugaklah.. tapi rasanya ada yang dah kenalkan, sebab ada tu dari awai2 lagi saya dah bagi tips camne nak kenal dengan blogger lain.. Pada yang belum kenal lagi, jome berkenalan dengan mereka.. (",)

Nur LoveKasih



KENALI BLOGGER: Nur Lovekasih Blog

Assalamualaikum...

Sebagai pembuka kata, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ina kerana sudi memberi peluang untuk review blog saya iaitu blog Nur Lovekasih. By the way terkejut juga tapi hati berbunga2. Hihi
Tak kenal maka tak cinta... oleh kerana itu biarlah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu... Nama saya Nurul Elainie Lantubon Abdullah. Seorang ibu kepada 3 orang cahayamata, seorang surirumah, seorang pengasuh dan juga seorang blogger. Umur saya 27 tahun pada tahun ini dan u all boleh je panggil saya kakak or Nurul. Saya seorang yang sangat sibuk dengan rutin harian as a housewife tetapi juga aktif di dalam dunia maya.

Serba sedikit tentang blog saya...

Blog Nur Lovekasih menceritakan tentang perjalanan hidup saya di samping anak2 dan suami. Tidak terbatas tentang personal saja, malah dalam blog itu saya juga ada menulis tentang resepi masakan, tips dan petua sama ada tips di dapur, kekeluargaan, gadjet, tentang kehamilan dan breastfeeding dan juga review. Review tidak terhad tetapi merangkumi semua samada produk, gadget, kecantikan dan kesihatan. Jadi kalau u all sudi dan ingin berkongsi maklumat ataupun nak berkenalan dengan saya bolehlah jenguk2 blog Nur Lovekasih ye... jangan lupa follow sekali. Bercerita mengenai dunia blogger, saya bermula pada october 2013 dan boleh dianggap masih baru dalam dunia blogging. So, ilmu blogging masih kurang dan masih dalam tahap pembelajaran.

Bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia blogger?

By the way, saya seorang yang suka surf internet untuk mencari maklumat tentang apa2 sahaja yang saya ingin ketahui. Dan dalam setiap pencarian saya di Google search, biasanya saya akan terjumpa entry kak ina iaitu admin blog IntaNBerliaN. Lama kelamaan saya mula berbalas emel dengan kak Ina dan akhirnya timbul keinginan untuk mempunyai blog sendiri. Di mana melalui blog, saya dapat berkongsi ilmu dengan semua orang. Sekali lagi thanks pada kak Ina atas review blog ini.


tifa is my name


KENALI BLOGGER: Tifa is my name

As salamualaikum hai semua,

Nama saya Lathifa atau Tifa Anvar adalah nickname saya. Saya ibu kepada 3 orang anak (2 lelaki seorang perempuan). Saya mengenali dunia blog apabila saya mula mencari resepi-resepi masakan d internet. Dari situ saya beralih arah mula membaca personal blog. Salah satu blog yang saya selalu blogwalking adalah blog IntaNBerliaN. Bila hari-hari baca blog orang je timbul pula niat saya untuk menulis blog sendiri

Tapi saya risau juga seandainya saya tak dapat meneruskan niat menulis untuk masa yang panjang. Dengan semangat dan tawakal kepada Allah saya mula menulis blog pada bulan November 2013. Maka bermulalah hidup saya sebagai seorang blogger. Selepas mula menceburi bidang ini baru saya tahu mengapa ada ramai blogger yang kecundang meneruskan penulisan blog dipertengahan jalan. Bukan mudah memberi komitmen menulis blog ni. Pelbagai perkara baru dan juga rakan - rakan baru saya peroleh selama 3 bulan menulis blog ni. Blog ini saya anggap sebagai salah satu harta saya yang akan saya tinggalkan kepada anak-anak saya. Tanpa sokongan dari sesiapa pun saya mulakan perjalanan saya di bidang ini. Saya hanya berdoa agar Allah meredhai usaha saya dalam bidang blogging ini. Aamiin..

Wassalam

Sayang2, nanti terjah la blog Nurul & Tifa ni tau.. Kalau sudi, follow la sekali.. dapat jugak menambahkan kenalan di alam maya ni.. Ohya, ada 4 orang @ 4 blog yang saya kenal dari silent reader lagi tau.. Tapi saya bahagi kepada 2 blog untuk satu entry.. Nanti akan ada lagi 2 blog yang saya nak kenalkan dekat u all.. Sedikit pesanan saya, apa yang kita tulis di blog, adalah menjadi tanggungjawab kita.. Seboleh2nya elakkan menulis yang berkaitan orang lain.. maksud saya bergosip ke mengata ke or apa2 je yang sewaktu dengannya.. bukan apa, bila kita bercakap pasal orang.. tersilap langkah, apa yang kita perkatakan itu tak benar.. kita tanggung dosa tau.. kita pun manusia biasa.. kadang2 apa yang orang buat, maksud or niat dia lain tapi mata kasar kita ni nampak maksud or niat dia lain.. so, jaga2lah dengan setiap apa yang kita tulis di blog.. Tak perlu nak naikkan nama dengan entry2 yang panas, buat entry yang "evergreen" or entry maklumat sampai bila2 orang akan google & sampai bila2 orang akan cari & sampai bila2 jugak ia akan menjadi "saham" kita.


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Terima kasih sebab sudi baca walaupun panjang


Nampak tak komen dari Lynndamya kat atas tu... fokus pada ayat "Entry akak memang panjang2 gila lah, tapi saya boleh je scroll sampai habis".. Ok, kene terima kenyataan sebab entry2 saya memang panjang... hahaa.. Sorryla, saya tak reti nak tulis pendek2 ni... Tapi ada je entry pendek, tu pun kalau entry bergambar berkaitan aktiviti anak2 saya... Kalau takda gambar, biasanya memang panjanglah entry saya.. (",)

Eh, tapi rasanya entry panjang2 saya selama ni, semuanya ada "isi" kan... Entry saya takda yang bergosip pasal orang lain kan.. melainkan pasal saya & family.. Disebabkan saya nak cerita or explain sesuatulah yang buat saya kene tulis panjang2, baru puas.. hihii.. Eh, tapi tu pun tak puas sebab takleh cakap face to face.. ekekek.. Apa2 pun, saya nak ucapkan TERIMA KASIH dekat u all yang sudi jugak baca entry saya sampai habis walaupun panjang berjela... (^_^)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Perjumpaan dengan SUE @ UmiAkif

Ni kisah bulan 5 masa saya balik Terengganu hari tu... Sekarang bulan 11 baru nak buat.. hahaha.. Mana taknya, duk peram dalam draft... kene publish keluar semua ni.. bukan pe, tahun depan nak balik Terengganu lagi.. 


Btw, masa balik Terengganu hari tu, saya ada g jumpa Blogger Sue @ Umieakief... Upe2nya umah Sue ni dekat je dengan umah mak saudara saya.. Sue ni anak murid mak sedara saya... Keciknya dunia... (",) Sue ni peramah tau.. Parent dia pun peramah.. Lenkali kalu saya balik Terengganu boleh jumpa lagi... (",)
Sue ni antara yang saya nak jumpa.. bukan pe, kalau tak silap saya, masa saya mula2 berblog dulu, dia antara yang datang komen entry saya... Padahal masa tu saya tak reti pun lagi bab2 blog & follower pun beberapa kerat je.. (",)

Apple Learning Quran sangat bagus untuk anak2 kita..!!

Anak2 saya dapat hadiah APPLE LEARNING QURAN dari Jijah.. Alisha punyalah excited dengan mainan ni.. U all bayanglah, excited dia tu sampai bawak g Tesco.. Tak nak bagi Aqilah guna.. Sampai saya pernah terpikir nak beli lagi satu untuk bagi dekat Aqilah..  (",).. Tapi tu masa mula2 beli la.. Sekarang ni dia dah share dengan Aqilah.. (",)

SUMBER

APPLE LEARNING QURAN ni macam gambar atas tu... Sebelum ni saya ingat volume dia tak leh kecik, upenya boleh.. kene buat macam yang gambar atas tu gtau.. (",)


Time ni masa Alisha mula2 dapat hadiah ni.. punya kusyuk dia dengar orang mengaji.. Tiba2 saya ambik gambar.. Tu yang jadi camtu, kene flash..(",).. Btw, untuk pengetahuan u all, APPLE LEARNING QURAN ni ada 26 DOA2 HARIAN, 16 SURAH PENDEK, 6 LAGU2 NASYID & PROJECTION..


Yang projection ni, Alisha cukup suka main.. suka tengok lampu2 yang bentuk bintang & bulan tu kot.. (",) Mainan ni bagi saya sangat2 elok untuk anak2 kita.. Boleh mereka dengar orang mengaji selalu.. Suara orang mengaji tu pun ok.. tapi ianya bergantung pada bateri la.. Kalau bateri dah nak habis "kuasa" memang teruk la bunyi suara tu... Mainan ni guna 3 bateri saiz AAA.. Time nak tidur, Alisha pun duk layan mainan ni jugak.. Sambil dia pasang orang mengaji sambil dia main projection.. Lepas tu dia tertidur & mainan ni terus on dengan suara orang mengaji.. (",) Thanks sangat2 tau jijah.. Hadiah ni sangat2 bermanfaat untuk Alisha & Aqilah..

P/s : Boleh klik SUMBER dekat gambar pertama tu jika u all berminat nak beli
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Hadiah baju pyjamas & romper lengan panjang untuk Alisha & Aqilah

Minggu lepas saya dapat 2 bungkusan yang nama Anak2 saya ni haa.. Saya duk la mesej sorang2 tanya sape yang bagi hadiah tu.. Semua pakat duk kata tak bagi.. Time2 saya tengah menyapu umah, boleh terpikirkan Yana.. sebab dulu pun Yana bagi hadiah tanpa tulis nama gak.. Sekali memang betoi Yana yang bagi.. (",)


Yana bagi pyjamas untuk Alisha & romper lengan panjang untuk Aqilah.. Untuk Alisha memang ngam2 la baju tu.. Cun je gaya Alisha pakai.. Alisha pun bukan main suka dengan baju tu.. Siap bergaya macam model lagi.. 


Cuma baju Aqilah ni je besar sangat.. dah sampai kat separuh betis.. hihi 


Tapi tetap nampak comel dia pakai.. Comel sebab Aqilah mencari di mana tapak tangan dia.. muahahah 


Kasi zoom sikit muka Aqilah.. (",) Yana jangan risau yer.. baju ni walaupun Aqilah tak boleh guna sekarang, nanti dah besar tetap boleh guna... Romper ni bagi saya cantik sangat..! Tak sabar nak tunggu Aqilah besar.. Nanti boleh bagi pakai.. (",)

Alisha yang tunjuk PEACE.. Eh, number two Alisha cakap.. (",).. Apa2 pun thanks sangat2 tau Yana.. Moga Tuhan murahkan rezeki Yana..

Btw, jika u all nak beli baju kanak2 yang murah2, boleh terjah blog bisnes Yana tau... Yana tengah buat promosi penghabisan stok.. (",) BABY & MUMMY SHOP..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha beraksi macam model


Ada sape2 mencari model pakaian kanak2 tak.. Ni haa Alisha ada.. hahha.. Takda maknanya.. Alisha ni kalau depan kami, bolehlah bergaya tak kalah macam model tapi kalau depan orang, jangan harap.. duk bertempek je sebelah saya.. suara pun tak keluar.. Tak caye tanya SUE @ IBU SYAWAL & IZZ.. Rasanya dia tak dapat dengar pun suara si Alisha ni time jumpa haritu.. (",)

U all jangan fokus pemandangan belakang Alisha tau... FOKUS KAT ALISHA je... Nampak tak Alisha tu.. bukan main lagi bergaya.. Semalam, saya dapat bungkusan dari YANA, hadiah baju untuk Alisha & Aqilah... Alisha bukan main suka duk ulang cakap cantik... Tengah2 saya ambik gambar dia, dia boleh g ambik rantai yang dia dapat hadiah dari BUTIK COMEL COLLECTION pastu dia terus posing macam gambar dekat atas tu...

Dengan kaki bersilangnya.. dengan badan dilentikkannya.. dengan mata tak tengok kameranya.. dengan bibir dia yang seksinya.. Amboiii.. tak nak kalah macam model.. hihii.. Umur baru 3 tahun tapi gaya macam dah sekolah.. Baju yang Yana bagi ni memang cantik.. Thanks sangat2 tau Yana.. Alisha suka sangat.. Saya pun suka.. Nampak anak dara saya ni makin cantik plak pakai baju yang Yana bagi ni.. muahahhah
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tiada paksaan dalam mendidik anak


Saya suka dengan komen Maria Firdz ni.. "SY BKN IBU YG JNIS MEMAKSA.. JADI PEMBELAJARAN ITU SY JADIKAN SCRA SLOW DAN SEMULAJADI".. Yap betoi.. dalam mendidik anak.. jangan memaksa.. nanti mereka memberontak.. Saya sendiri pun, dalam mendidik anak, takda memaksa...

Kalau u all mengikuti blog saya dari awal.. U all pasti akan tahu PUNCA SAYA START FREE DIAPERS ALISHA... PUNCANYA SEBAB ALISHA YANG DAH TAK NAK PAKAI PAMPERS.. NAK TAK NAK IBU DIA NI KENALAH AJAR FREE DIAPERS KAN.. (",) Tiba2 saya terpikir pulak, bila setiap entry berkaitan free diapers yang saya share.. mesti saya akan tulis supaya u all ajar anak free diapers tanpa wujudkan alasan.. terpikir pulak saya takut u all ingat saya suruh u all tu memaksa anak u all.. sedangkan hakikatnya kalau u all baca rentetan cerita free diapers alisha ni.. bukan sebab saya paksa, tapi dia yang nak... risau takut ada yang baru petama kali singgah sini & terus pikir lain.. hihii

Dalam bab berkaitan buku ni pulak... pun bukan saya memaksa... saya ni bukan ibu yang rajin sangat pun u all... PEMALAS saya ni sebenarnya... TAPI DAH ALISHA NI PULAK JENIS YANG RAJIN NAK BELAJAR.. DUK USUNG BUKU DIA TU JE.. ASYIK DUK TANYA IBU DIA NI. ASYIK DUK SURUH IBU DIA NI AJAR.. NAK TAK NAK KENELAH SAYA AJAR JUGAK... Kalau time saya MALAS.. saya pass dekat abah dia je suruh ajar.. (",)

Dalam bab berkaitan buku.. saya memang takkan paksa Alisha.. sebab my dear pun tak suka dipaksa anaknya.. my dear tak nak anak dia "kehilangan" keseronokkan zaman kanak2.. lebih2 lagi saya pun MALAS.. hahah.. Eh, u all jangan pulak kata, saya kata anak2 u all "kehilangan" zaman kanak2 tau.. Alaa kita mengajar anak2 kan sambil bermain... bukannya kita mengajar seperti cikgu2 dekat sekolah tu haaa...(",) *setiap orang ada pandangan sendiri berkaitan ini

Lagi satu, saya nak tulis jugak dekat sini... apa yang saya share dekat blog saya.. untuk anak umur Alisha yer.. 3 tahun.. bukan untuk anak2 u all yang dah besar.. kalau anak u all tu dah besar or masih kecik.. cara pembelajaran kita mestilah berbeza kan.. nak didik anak yang dah besar yang dah bersekolah tu lain..  

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Saya bukan ibu yang terbaik

Yap.. saya bukan ibu yang terbaik tapi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk anak2 saya.. *Kalau u all perasan, ini kata2 saya dekat sidebar bahagian peringatan..Yap.. untuk anak2.. bukan untuk dibandingkan dengan u all yer.. (",).. Entry saya kalau berkaitan anak2 macam free diapers ke.. macam psikologi ke.. nampak tak semuanya macam ada ketegasan.. Bukan saya nak berlagak bagus tapi entry tu saya buat untuk kita sama2 beringat.. Ianya ingatan untuk saya.. Contohlah, bila saya baru nak mencipta alasan.. tiba2 terbaca or teringat entry saya tu.. AUTOMATIK tak jadi nak cipta alasan.. Walau hakikatnya adalah jugak mencipta alasan.. dah nama pun saya ni manusia biasa kan...
 
So, u all janganlah duk terbayang yang saya ni.. tak pernah nak cipta alasan.. tak pernah nak marah or pukul anak.. pernah.. saya kan ada buat entry bila saya rasa bersalah marah or pukul Alisha.. tu namanya saya ni manusia.. tak perfect... jangan ada antara u all yang salah paham kata saya ni bagus pulak.. Eh, jangan pulak ada yang pikir, ada orang mengata saya sebab tu saya tulis entry ni.. Tidak.. sama sekali tidak.. saya tulis sekadar untuk bagi penerangan.. mana tau kot2 di masa hadapan ada yang tersalah anggap ke kan...
 
Saya tulis tu semua sekadar untuk naikkan semangat u all... Ada tak antara u all baca entry2 saya berkaitan anak2.. macam free diapers or psikologi ni.. terus buat u all rasa bersemangat??.. Kalau ada, ALHAMDULILLAH.. itu tujuan saya.. tapi kalau ia tiba2 buat u all rasa macam saya ni berlagak.. Saya mintak maaf la yer... Sebab tujuan saya macam nak bagi kita semua rasa termotivasi.. Saya nak motivasi diri saya so, saya buat entry biar semua pakat2 rasa termotivasi... (",)
 
Tapi apa2 pun, saya tahu.. u all pandai jaga anak.. semua orang jaga anak dengan baik.. semua nak yang terbaik.. Moga anak2 kita akan membesar sebagai anak yang solehah.. yang tak pernah lupa untuk doakan kita walaupun kita telah kembali ke "sana"... 
 
P/s : Jangan bandingkan u all dengan saya sebabnya saya tak bekerja.. so, masa saya banyak dengan anak..

Pendapat kita sama Mama QS...


Yap, pendapat kita memang sama kak @ Mama QS... (Mama QS komen di entry sebelum ini)... Saya pun tak suka bila orang kata budak2 ni takda akal ke... budak2 ni kecik lagi tak tahu apa2... budak2 ni kecik lagi tak pandai lagi... Saya selalu dengar kata2 camni... tak kira ianya terkeluar dari mulut yang muda or yang tua.. semua ada... Saya senyum je la walau hakikatnya saya tak berapa setuju...

Sebagai contoh, orang2 ada yang terpikir buat apa beli buku dekat anak2 ketika usianya baby lagi.. meniarap pun tak pandai lagi...Yap.. secara mata kasarnya, kita nampak mereka tak pandai... kita bacakan buku cerita, dorang buat derkkk je... kita kenalkan nama2 anggota badan, dorang bukan boleh cakap balik pun apa yang kita ajar tu kan... 

Jangan sesekali pandang rendah dekat anak2 kita yer... diusia kecik hingga 3 tahun, sebanyak 80% nak mengembang tu u all.. neutron2 sedang mencari jalan untuk bersambung antara satu sama lain je time ni... kita ibu2 ni la yang patut bantu supaya ianya dapat bersambung... *Alaaa macam iklan susu Anmum tu.. sudu jatuh bawah kerusi, budak tu ambik besi berani untuk ambik sudu tu... nampak tak panjang tak panjanya akai dia.. (",)..

Macam Alisha, masa dia kecik, berialah saya duk cerita ni tangan ni kaki ni mulut.. kiranya kenalkan anggota badan la kan.. time tu tak boleh cakap pun lagi.. merangkak pun belum agaknya.. tapi bila dah boleh cakap, automatik dia dah tahu anggota badan dia... Ni contoh je la tau u all.. banyak lagi contoh2 lain tapi tu la, time nak tulis ni, otak duk terbayang2 nasi.. hidung duk terbau2 sambal belacan... tekak pulak duk rasa sedapnya kalau makan nasi ikan singgang cicah sambal belacan.. So, saya g makan dulu la yer.. hihii

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Slot Sama-sama kita membantu

Tiba2 saya rasa nak buat Slot.. SLOT SAMA-SAMA KITA MEMBANTU.. Okay tak?.. tapi bila ada je slot ni dekat blog saya, saya sangat2 berharap u all dapat terjah entry tersebut & bagi pandangan u all.. Meh la saya cite.. u all tak paham pun apa yang saya maksudkan.. ye idok.. (^_^)

Gini.. selama ni saya ada dapat beberapa emel dari hamba2 Allah yang minta pendapat saya berkaitan anak2.. Rasa segan pun ada.. yela, saya bukannya pakar motivasi (cita2 saya yang tak kesampaian) tapi hanyalah insan biasa.. seorang suri rumah yang ada anak perempuan 2 orang.. (",) Walaupun camtu, saya tetaplah jugak bagi pandangan saya kan.. Dari sinilah saya dapat idea untuk buat SLOT SAMA-SAMA KITA MEMBANTU...

So, saya mintak sangat jasa baik u all jika saya publish entry SLOT SAMA-SAMA KITA MEMBANTU, U all datang baca entry tersebut & sama2lah kita bagi pandangan... Boleh?? Sayang2 saya ni semuanya baik2 kan.. suka tolong menolong kan... Tolong menolong tu amalan mulia.. dapat pahala walaupun hanya sekadar bagi pandangan.. (",)

Btw, jika ada antara u all tak kiralah yang pertama kali singgah sini or pembaca tetap or silent readers blog saya, JIKA ADA PERSOALAN OR PERMASALAHAN, BOLEHLAH EMEL SAYA KE zarina_naniey@yahoo.com.my dengan title SLOT SAMA-SAMA KITA MEMBANTU.. (",)

Btw, hari ni akan ada satu entry tentang slot ni tau.. nanti u all singgah bagi pandangan or pendapat yer.. SAMA-SAMA KITA MEMBANTU.. (",) 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Lepas 6 bulan baru perasan

Semalam saya tengok akaun Nuffnang, sekali terpandang link referrals dari blog Muja.. Baca link tu pasal contest SEO yang Muja join... Contest tu berkenaan 10 blogger terbaik Malaysia.. Tengok tarikh bulan 2.. Aik, baru sekarang saya perasan pasal entry tu...

Saya rasa terharu sangat sebabnya antara 10 blogger terbaik malaysia yang Muja tulis tu, terselit 1 link blog saya.. (^_^).. Ohya, ni pada pandangan mata muja la yer.. bukannya pada pandangan mata dunia tau.. kikii.. walaupun saya rasa tak layak tapi saya tetap ambik entry muja tu sebagai semangat untuk saya terus berblog... Mana tau kot2 satu hari nanti ia betoi2 jadi kenyataan (",) Thanks muja

KLIK SINI JIKA NAK TAHU 10 BLOGGER TERBAIK MALAYSIA YANG MUJA SENARAIKAN

P/s : Blog & blogger maksudnya lain yer... (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Komen dari Cma


Komen CMA di entry ini.. cma kata dia rasa seronok... saya yang baca ni pun rasa seronok.. (",) Eh, tapikan, saya pun ada gak masanya marah anak... Tapi bukan marah yang tinggikan suara sampai jiran2 dengar or marah sampai keluar perkataan2 yang tak elok.. tapi saya lebih kepada "tinggi & tegaskan" nada suara saya tu... 

Kadang tu, saya akan buat tak layan dekat anak jika tak nak dengar cakap saya... contohlah, jika saya suruh Alisha berhenti dari menangis, tapi dia tak nak jugak... saya akan cakap, kalau kakak nak menangis.. jangan duduk dekat ibu... Automatiklah dia diam.. Ohya, pasal menangis tu, bukanlah disebabkan saya marah or apa.. tapi alisha ni jenis suka menangis.. ada je yang dia rasa tu tak kena, ni tak kena... kadang tu, adik kacau dia main pun, dia nak menangis.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Jangan minum ais kalau tak nak perut buncit..


Komen dari NINA RICCI (cantik je nick macam tuannya..).. Dia pun setuju dengan entry saya yang sebelum ni.. yang pasal TIPS UNTUK ELAK PERUT BUNCIT tu... Kalau u all tak nak orang tegur or tanya u all "dah berapa bulan mengandung?" yang pada hakikatnya u all tak mengandung pun.. U all ingat pesan saya ni.. JANGAN MINUM AIS...!!

Tapi kalau sekali sekala tu.. no hal la.. maksud saya, jangan jadikan AIS SEBAGAI MINUMAN WAJIB... Kalau tak minum langsung, lagi bagusla kan.. (",) Nak dapatkan kata2 motivasi or semangat untuk u all terus berhenti minum ais?? BACA ENTRY SAYA YANG NI...

P/s : Untuk berjaya JANGAN MENCIPTA ALASAN

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Beraya ke rumah blogger

Hari Sabtu baru ni kami pergi ke rumah muni @ Puan kutu.. tujuannya nak beraya di samping nak tengok baby Afia.. Sejak lahir, ni baru berkesempatan nak tengok.. (",) Ohya, ini adalah pertemuan kali kedua kami tau.. kali pertama BACA DEKAT SINI.. 


Kami & anak2... Btw, Muni nampak lebih kurus dari yang saya jumpa kali pertama tu... (",).. Boleh pregnant lagi la lepas ni yer muni.. hihii.. Saya kadang2 heran dengan orang2 yang selalu cakap kalau seseorang tu mengandung, lepas bersalin je mesti gemuk.. sedangkan mereka yang berada di sekeliling saya, lepas bersalin badan makin kurus or badan tetap jugak maintain.. malah makin cun lagi adalah... So, kesimpulannya, jangan takut nak mengandung yer.. muahhahhah *tiba2...


Ni lah Afia... bukan main lagi tembam.. berketoi2 lengan dia.. muka sebijik ikut muka abang dia @ Aiman.. (",) 


P/s : Tadi saya mimpi adik saya tau.. Adik saya dah sihat macam biasa cuma dekat kepala je ada parut.. Dalam mimpi, adik saya tanya bila kami nak balik Terengganu (merujuk kepada parent saya & saya yang kebetulan dalam mimpi tu memeng nak bertolak ke Terengganu)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Menu untuk sue yang datang beraya

Pagi tadi kan saya ada buat entry bagitahu yang SUE & FAMILY datang rumah hari Jumaat baru ni... Menu yang saya sediakan untuk family sue, saya dah bagitahu kan.. So, untuk entry ni, nak kongsi resepi la pulak.. (^_^)



NASI TOMATO, GULAI KARI AYAM, SAMBAL BELACAN, ACAR RAMPAI MASAK & AGAR2 OREO...

NASI TOMATO : TUMIS 4 SEKAWAN GUNA MINYAK MASAK OR MARJERIN + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + DAUN PANDAN.. NAIK WANGI MASUKKAN TOMATO YANG DIPOTONG DADU + SOS TOMATO = KACAU SAMPAI JADI PES.. PASTU MASUKKAN BERAS + GARAM + AIR.. Lepas tu angkat periuk nasi tadi & masak dalam rice cooker elektrik tu haaa... SIAP!!

SAMBAL BELACAN : BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH SEBIJI + CILI BESAR + CILI JARUM + GARAM + GULA + BELACAN YANG DIBAKAR TERLEBIH DAHULU = BLEND PASTU CAMPUR DENGAN JUS LIMAU KASTURI

Resepi my mum

ACAR RAMPAI : TUMIS BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH YANG DIKISAR + KUNYIT DEBU SIKIT.. PASTU MASUKKAN AIR... MASUKKAN CARROT + TIMUN BATANG + CILI BESAR (yang dipotong memanjang & direndam dengan air kapur terlebih dahulu untuk lebih rangup) + BAWANG MERAH SEBIJI DIPOTONG 4 BAHAGIAN.. PASTU MASUKKAN GARAM + GULA + AIR CUKA + BIJI SAWI + LENGE (tak tahu u all panggil apa.. yang kecik2 warna putih tu..).. Kalau u all ada rasa masam manis masin tu kira orait la.. tak reti nak explain rasa dia.. tapi nak lagi senang, jika u all rasa sedap, kira menjadi la tu.. hihii


AGAR-AGAR OREO : MASAK SEPEKET AGAR-AGAR SERBUK PASTU MASUKKAN GULA PASTU MASUKKAN BAHAN YANG DIPUKUL SEKATA (TELUR SEBIJI + SETIN SUSU CAIR + PERASA VANILA).. KACAU RATA PASTU MASUKKAN BISKUT OREO YANG TELAH DIKISAR.. SIAP..!!

Saya dah bagi menu.. jika berkenan, bolehla try yer... hidangkan untuk kawan2 datang rumah ke.. cewahh.. hihii.. Ohya, nak jugak tunjuk kat u all komen dari SUE pasal masakan saya ni.. hihii


Hihii.. malu pulak baca komen sue ni.. tapi nak jugak perasan.. muahahha.. 

SIAPA KATA PEREMPUAN YANG TAK PANDAI MASAK SEBELUM KAHWIN AKAN TETAP TAK PANDAI MASAK SELEPAS KAHWIN... (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Pertemuan kali kedua

Pertemuan kali kedua?? Yap, pertemuan kali kedua dengan blogger Sue @ Ibu Syawal & Izz.. Tahun lepas Sue dah pernah sampai rumah sewa saya ni.. BACA ENTRY INI YER... Tahun ni lagi sekali jumpa.. Suka jumpa Sue ni, sebabnya Sue peramah.. Kebetulan Sue datang kali ni, my dear takda dekat rumah pulak.. my dear pergi hidupkan roadtax.. Balik dari sana, my dear tanya mana kawan ina.. dah balik ke.. ingat ada tunggu abang balik.. hihii.. Takpala, ada rezeki, lain kali jumpa lagi kan... (",)


Ni la gambar sue dengan anak dia, Syawal & Izz.. Saya pulak dengan Alisha & Aqilah.. Eloklah.. saya 2 2 perempuan, Sue, 2 2 lelaki.. umur anak2 sebaya... Eh, gambar ni gelap sikit.. tapi oklah gelap pun.. sebabnya keadaan wajah saya tu sangat comot.. dengan muka berminyak bagai.. tudung pun berserabai je.. adoiii...tensen je tengok wajah sendiri..!!


Ni menu yang saya hidangkan untuk family SUE.. Ni je yang mampu masak.. Masak sambil layan karenah anak.. Nak masak yang ni je pun, tapi sebelum tu pening kepala pikir nak masak apa.. hahha.. Last2 ambik keputusan masak NASI TOMATO, KARI AYAM, ACAR RAMPAI MASAK, SAMBAL BELACAN &  AGAR-AGAR OREO..

Pada mulanya terpikir nak buat bihun goreng sebab sue kata nak datang petang kan.. Tapi tiba2 pulak terpikir lebih baik masak nasi sebab sue mesti belum lunch.. So, masaklah nasi.. bagi perut family sue kenyang2 dulu baru selesa bergerak ke sana sini.. cewahhhhh (",)

Apa2 pun, thanks sebab sudi datang ke teratak saya ni yer.. nanti datang untuk kali ketiga pulak tau.. kikikii.. SINGGAH BACA ENTRY DI BLOG SUE YER...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Kad raya dari rakan blogger

Mood raya dah mai... tapi tu time dengar lagu raya la.. malam raya nanti dengar takbir raya.. maunya bersedih.. sedih tingat kat adik lelaki saya tu + tingat kat parent.. maklumla, tahun ni raya dekat parit buntar @ umah MIL dulu.. (^_^).. Petang ni saya dah balik umah MIL.. So, ni entry terakhir la rasanya.. kita jumpa lagi minggu depan.. (",)

Sebelum tu, nak bagitahu pasal kad raya yang saya dah dapat dari rakan blogger... tahun ni tak semeriah tahun lepas.. (",)

Kad raya atas dari CMA, kad raya bawah dari ECA 

Kad raya yang first sekali saya terima adalah dari ECA .. handmade okay..!! Kreatif betoi budak ni sorang... Bookmarks raya saya, Eca yang design tapi kad raya dia, dia buat sendiri.. betapa dia hargainya pembaca blog dia kan.. (",).. Kad raya dari CMA ni menarik.. ada pulak gambar peta Malaysia dekat kad tu.. Ohya, thanks untuk ECA & CMA sebab bagi duit raya dekat Alisha & Aqilah! (^_^)

Kad raya atas dari NISA, kad raya bawah dari YUI

Kad raya Nisa tu jadi favorite Alisha.. tak nampak punya cute gambar kartun dekat kad tu.. tak habis2 mulut Alisha duk cakap cantik.. hihii.. Kad raya dari Yui tu pun cantik.. design dia dah macam kad kawen.. sampai masa mula2 dapat, saya tak tahu nak bukak camne.. rupa2nya kene tarik kertas putih tu.. muahhaha

Kad raya atas dari YANA, kad raya bawah dari IBU LALA

Rasa macam dah lama sangat tak dapat kad raya macam yang Yana & Ibu Lala ni bagi.. klasik... menggamit nostalgia zaman sekolah dulu2.. (",) Apa2 pun thanks tau untuk semua yang bagi kad & wish selamat hari raya dekat saya..

SAYA PUN NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK U ALL.. MINTAK MAAF SALAH SILAP.. MINTAK MAAF JIKA ADA ENTRY SAYA OR KOMEN2 SAYA OR KATA2 SAYA YANG MENGGURIS PERASAAN.. MINTAK MAAF JUGAK SEBAB SAYA TAK BALAS JEJAK U ALL WALAUPUN CAMTU, U ALL TETAP DATANG BLOG SAYA.. MOGA TUHAN MEMBALAS SEGALANYA... PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, KITA JUMPA LAGI MINGGU DEPAN YER (",)

Salam Sayang dari Ibu Alisha & Aqilah

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tips nak dapat pembaca setia..


Rasanya dalam blog ni saya dah pernah bagi tips pasal pembaca setia.. malas nak godek2, u all klik dekat TIPS tu yer.. macam2 saya share.. Cumanya hari ni, saya nak tambah lagi satu tips.. tu pun saya terpikir selepas kawan saya bagitahu... Untuk pengetahuan u all, kawan saya ni bukan blogger yer.. dia kawan saya masa belajar dulu... semalam baru dia bagitahu yang dia ni sebenarnya suka skodeng blog saya selama ni.. hahha... ingat ke kawan2 takda yang baca.. kikikiii.. 

Nampak tak apa yang kawan saya tulis tu?? KATANYA DIA SUKA BLOG SAYA SEBAB SAYA SUKA UPDATE BLOG... So, kesimpulannya, u all rajin2lah update blog.. Bila orang dah suka tulisan kita, dorang akan tertunggu2 entry dari kita... macam kawan saya ni, katanya asal bukak komputer, tengok blog saya dulu.. hihii.. Btw, "nani" yang kawan saya maksudkan tu adalah saya yer... kawan2 ada yang panggil nani (^_^)

Saya pun ada jugak time malas nak update blog.. macam Sabtu & Ahad tu saya memang tak update la... tu hari saya bermalas-malasan tu.. berblog ni pun dah macam bekerja je gaya saya ni.. hihi

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..

Kalau saya berbisnes mesti laku?


Hahaha.. gelak awai2 yer.. nampak tak komen kat atas tu.. saya chit chat dengan kawan saya dekat FB.. katanya dia rasa macam nak suruh saya ni berbisnes.. kikikii... Actually, dah ramai orang BAGI CADANGAN DEKAT SAYA PASAL NI... Dorang duk kata SAYA NI PANDAI PROMOTE.. ENTRY SAYA PANDAI TARIK MINAT ORANG UNTUK TRY... hihi

Bukan setakat pembaca blog saya cakap camtu.. tapi yang dah suruh saya buat iklan berbayar pun pernah gtau gitu... Ramai jugak yang selalu emel or komen tanya saya macamana nak order.. padahal bukan saya berbisnes pun.. saya ni tolong promote je pun...

Hubby saya pun pernah suruh saya berbisnes.. tapi tu la, nak bisnes apa??.. Saya ni dah la pemalu.. promote bisnes orang boleh la.. nak promote bisnes sendiri.. eden malu.. kikikii.. Padahal dalam hati saya ada jugak niat.. tapi tu la.. terbantut... sebab tak tahu nak bisnes apa.. ada yang nak ajak saya berbisnes tak?.. kikikii

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...