Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label My dear. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My dear. Papar semua catatan

Kaitan seafood @ makanan laut dengan ibu mengandung

Ketika trimester pertama, saya cukup berkenan nak makan pisang.. pisang goreng tu hari2 beli.. sampai sekarang ni pun makan pisang jugak tapi dah takda hari2 la.. Cuma bila dah masuk trimester kedua ni, saya berkenan sungguh2 dekat udang... Kalau boleh hari2 nak makan.. kalau keluar kami pergi makan mee udang or char kuew teow.. Cuma baru ni kami "tersilap" pergi makan kat satu tempat ni... Saya mintak char kuew teow special, rupanya yang special dia adalah letak telur mata kerbau sebijik + udang kecik 3 ekor + kerang + kuew teow lebih.. so, saya macam kurang puas makan udang.. sebab biasanya kalau special, udang dia & kuew teow dia akan lebih banyak + telur goreng... tapi yang ni, udang lebih tu diganti dengan kerang..


Maybe my dear pun kurang berpuas hati jugak kot, ditambah pulak kesian tengok isteri dia yang tengah ketagih udang.. lagi kesian bila tengok isteri dia makan sekor je udang dalam char kuew teow tu, yela, sekor dah bagi Aqilah, lagi sekor bagi Alisha.... Esoknya my dear pergi beli udang dekat pasar malam.. Yang besar tu sekilo RM40 tapi my dear beli tak sampai sekilo pun... Yang kecik sikit tu RM25 sekilo, my dear beli setengah kilo je...



Actually sebelum2 ni saya bukanlah jenis yang ketagih sangat nak makan udang.. biasa2 je, ada makan, takda sudah... lagipun my dear jarang beli.. tapi ntah macamana mengandung kali ni saya duk terbayang udang je..  duk terbayang yang besar2 pulak tu.. ahhaha.. Rasa macam saya boleh habiskan udang ni sekilo sorang sekali hadap.. nampak tak sampai tahap tu sekali ketagih saya dekat udang kali ni... adehhhh


Hari ni dengan penuh semangat, saya buat udang masak merah request dari my dear.. puas hati, dapat makan berlambak2...!! Kalau makan dekat luar udang banyak ni confirm mahal kan... Anak2 saya tu pun dah jadi peminat udang... Bayanglah time nak makan, si Aqilah duduk paling awai, bangun paling lambat... hahaha.. dia duk hadap udang tu selagi tak habis, sampai saya cakap malam nanti pulak makan.. Alhamdulillah dapat anak jenis dengar cakap..



Ohya, bercakap pasal udang @ seafood, dekat entry MEE UDANG LAUT PULAU SAYAK baru ni, saya ada dapat komen dari Azie & Maria mengatakan yang kalau suka makan seafood time mangandung, maybe mengandung anak lelaki.. Bila baca komen Azie & Maria tu ada jugak rasa berbunga2 hati ni.. hahahha... Tapi apa2 pun, kene tunggu selepas saya lahirkan anak bulan 8 nanti baru tahu apa jantina... Jika Tuhan kata saya layak untuk memegang amanah menjaga anak lelaki, InsyaAllah anak lelaki lah yang saya dapat, tapi jika Tuhan kata saya masih belum layak memegang amanah tersebut, saya tetap redha & akan terus berusaha perbaiki kelemahan diri & berusaha sehingga saya layak memegang amanah menjaga anak lelaki @ "pewaris kuat"...

Kalau sebelum mengandung, kita ada tips2 untuk diamalkan sebagai usaha untuk dapat anak jantina lelaki atau perempuan, tapi macam saya yang dah termengandung dulu sebelum merancang ni.. Apa yang saya lakukan hanyalah berdoa.. setiap hari saya berdoa seperti doa yang tertulis di bawah entry saya ni.. termakbul atau tak, itu perkara kedua, yang paling penting adalah teruskan berdoa kerana doa adalah senjata kita..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Mengidam ketika mengandung

Yang best ketika mengandung ni, bila kita nak makan sesuatu, pasti suami kesayangan kita semua tu sanggup  cari sampai kita dapat makan jugak apa yang kita nak... termasuklah suami saya


Hari tu my dear nak g beli gulai kambing.. Saya dah tahu dekat kedai tu ada daging rusa bakar.. so, saya suruh la beli tapi bukan mengidam.. kiranya takdalah kalau tak dapat makan tu sampai menjejeh air liur kan.. i'm cool.. (^_^) Ohya, daging rusa bakar ni sangat sedap tau.. Banyak ni harganya RM5.. beli dekat kedai makan banyak2 tepi jalan time keluar highway Selatan agaknya yer.. huwaaa fail bab2 nak gtau tempat ni...


Bila dah sampai kedai tu kan, daging rusa ni takda, belum bakar lagi.. my dear ni sangguplah tunggu orang dekat kedai tu bakar daging rusa tu.. semata2 isteri dia ni nak makan... Nampak tak, time mengandung ni, walaupun kita tak mengidam.. tapi bila kita sebut je nak makan, suami2 ni pasti usaha bagi dapat jugak.. (",) Ni yang rasa syahdu dengan my dear ni tau.. lebiu la yayang... (^_^)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Suka makan pisang ketika mengandung

Resepi Pisang Goreng Rangup

Pisang goreng dalam gambar ni, tahun lepas punya cerita yer.. Pisang dari hasil abah saya yang tanam.. Alhamdulillah sekarang ni loya saya dah takda sangat pun.. Eh, ke memang dah takda terus yer.. Rasa macam dah lama takda uwek uwek... Takpala tu, yang penting untuk entry ni saya nak gtau, saya dah mula nak jadi PENGGEMAR GORENG PISANG NO 1 dalam family saya.. dalam family cukupla, kang gtau dalam dunia kan, u all tak caya plak.. hihi

U all tahu tak, hari2 tekak saya ni rasa nak makan pisang goreng.. Sampai saya dah siap cakap dekat my dear "Abang beli pisang goreng hari2 tau.. bila ina gtau jangan beli @ dah bosan makan, baru abang stop".. Si suami kesayangan saya tu, tunaikan permintaan saya ni.. hari2 beli pisang goreng tau.. My dear & anak2 makan secoet je, yang tukang perabih sayala.. sampai kerak2 tu pun saya kutip makan.. hahah.. Saya makan pisang ni bukanlah sebab orang kata makan pisang banyak2 boleh dapat anak lelaki tapi sebab tekak ni sentiasa rasa pisang goreng tu sedappppppppppppppppp sangat..!!

Makanan favorite saya dolu2 rasa kembang tekak tengok.. tu baru tengok tau.. Alaaa saya maksudkan pizza.. saya ni memang jenis suka makan pizza tau.. suka sangat.. Duk order Pizza delivery je kojenya.. tapi sekarang tengok iklan pun tak lalu dah u all.. Nampaknya saya dah kembali kepada citarasa melayu.. pisang goreng plak tu.. hihii.. Balik Chemor hujung bulan ni, nak ambik pisang banyak2 kat kebun abah saya tu.. nak buat kerepek pisang & nak goreng.. Nyum nyum.. sedapnya pisang...

     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Adakah EPHYRA ada kaitan dengan saya mengandung?

Ketika anak pertama, kandungan 5 minggu saya dah dapat rasa saya mengandung, anak kedua plak, kandungan 4 minggu saya dah rasa saya mengandung.. Tapi untuk anak ketiga, usia kandungan 2 bulan lebih @ 8 minggu ++ baru saya sedar.. Ni semua gara2 saya tak merancang, tu yang saya tak tahu saya mengandung.. Sebelum ni saya bagitahu u all yang untuk kandungan ketiga ni, saya memang dah rasa macam "something" berlaku dekat diri saya ni... kira dah dapat hint la, tapi hanya kerana 2 alasan saya rasa saya tak mengandung.... sebelum ni saya dah bagitahu apa 2 alasan tu kan, so, meh saya cerita secara detail, supaya kita semua sama2 dapat tambah ilmu.. (",)

Saya bersalinkan anak solehah saya @ Aqilah pada 22/10/2012.. Saya period selepas bersalinkan Aqilah pada 22/11/2013... Punya lama baru period.. ngam2 usia Aqilah setahun sebulan... Sekali bulan 11 tu je saya period.. bulan 12 dah tak datang... Masa bulan 12 tu saya terpikir gak kenapa belum period lagikan, sebab selama ni, period saya memang jenis teratur... Tapi saya pikir balik, "Ohh maybe hormon saya belum betoi.. yela, period pun lepas setahun lebih bersalinkan Aqilah kan"... So, takpala, saya tunggu je la, nanti2 period la kan... Dalam masa menunggu period datang ni la, macam2 "hint" yang saya dapat, tapi yang ni lain kali saya cerita yer... Sehinggalah saya keluarkan entry yang saya dah mula rasa loya & pening... time tu rata2 komen mengatakan saya pregnant.. Masa tu, saya memang dah syak saya pregnant tapi saya macam tak percaya.. Lebih2 lagi untuk alasan kedua ni haaa....

"Peluru" tidak dilepaskan ke sasaran.. yap, saya cukup berjaga2 dalam bab pelepasan "peluru" dari anak first lagi... Kiranya, kalau kami plan, baru "peluru" dilepaskan.. sebab saya tahu, saya jenis yang cepat lekat.. anak first saya bunting pelamin, anak kedua, saya plan bulan 1, bulan 2 saya dah tahu saya pregnant.. Tapi anak ketiga ni, kes terpencil ni... "Peluru" tak dilepaskan pun saya mengandung.. Opsttt tapi tak mustahil ada jatuh setitik dua kan.. Dan kerana setitik dua tu jugak saya mengandung.. Semua dengan kuasa Tuhan, kalau Tuhan kata Kun Fa Ya Kun, semuanya tak mustahil..

Semalam saya g jumpa doktor, saya gtaula pasal 2 alasan ni... Doktor kata, "Boleh je pregnant walau sekali je period, sedangkan orang tak period langsung pun boleh mengandung.. Dia berlaku ke atas seseorang yang betoi2 subur.. tu yang walau pun hanya masuk sedikit tapi pregnant.. kalau yang kurang subur, masuk banyak pun susah untuk pregnant".. Time ni kan, saya mula terpikirkan EPHYRA.. Actually masa mula2 gerak hati saya kata saya mengandung saya dah terpikirkan EPHYRA...

Ada 4 orang rasanya rakan blogger yang komen maybe saya pregnant PENANGAN EPHYRA... Sebelum2 tu, saya dah gtau mak saya pasal loya2 ni.. mak saya cakap, Mesti saya pregant tu.. Pastu saya cakapla yang "peluru" tidak dilepaskan.. pastu mak saya cakap plak dah saya minum air untuk suburkan diri @ EPHYRA... 4 orang rakan blogger + mak saya + saya = 6 orang ni mengatakan maybe penangan EPHYRA... Kenapa saya kata penangan EPHYRA..??? Salah satu kelebihan EPHYRA kan membantu meningkatkan tahap kesuburan diri kita.. kira macam saya ni, yang memang dah subur jadi bertambah2 lagi subur... gitulah konon maksudnya... (^_^) Opsttt pada u all yang baru baca entry ni, untuk pengetahuan, saya minum EPHYRA bukan kerana untuk subur tapi untuk kecantikan & kesihatan.. kesuburan tu hanya satu bonus yang saya dapat.. InsyaAllah... Alhamdulillah... Selain dari tu jugak, saya pikir gak, sebab selama ni, saya duk baca orang guna 2 3 kotak EPHYRA, dorang mengandung walaupun sebelum tu dah try macam2 untuk pregnant... Saya pun kalau ikutkan, masa mengandung tu, tengah guna EPHYRA kotak ketiga... TERIMA KASIH EPHYRA sebab meningkatkan tahap kesuburan saya.. 

Walau sebelum ni saya saya tak plan untuk mengandung tapi bila dah tahu saya mengandung ni, saya rasa seronok sangat.. sebab insan2 tersayang dalam hidup saya gembira dengan berita ni... Doa saya moga kandungan ni adalah LELAKI.. InsyaAllah jika Tuhan izinkan.. Semua atas kuasa Tuhan, Jika Tuhan kata saya layak untuk memegang amanah menjaga anak lelaki, pasti ianya termakbul.. Jika saya masih belum layak untuk menjaga anak lelaki, takpa, saya akan terus usaha perbaiki diri saya, untuk anak2 akan datang... yang penting saya jangan berhenti berdoa.. Tuhan kan Maha Pengasih & Penyayang... Saya nak anak lelaki ni bukan apa, LELAKI kan "kuasa" dia kuat.. andaikata satu hari apa2 terjadi dekat kami, adalah anak lelaki yang akan jaga kakak2 or adik2 perempuannya... (",)

Ohya, sedikit ilmu yang saya dapat semalam, Kan orang pernah kata, kalau anak menyusu badan sepenuhnya, kita susah nak lekat kan.. saya ingatkan, maksud dia tu, kalau anak minum susu badan tak campur susu lain.. tapi rupa2nya, maksud dia lain.. Doktor gtau semalam, maksudnya camni.. "Kalau anak menyusu badan sepenuhnya tanpa makan or minum benda2 lain, termasuk nasi ke apa, kiranya semata2 susu badan kita.. yang ni lah yang dikatakan susah nak lekat @ senang nak plan jarak anak tu"... Saya salah paham la rupanya selama ni.. (",)

Eh jap, nak selit gak apa yang my dear cakap semalam selepas kami jumpa doktor.. Tiba2 je my dear cakap camni.. Saja2 cakap je tapinya.. Tapi saya sebagai isteri meng"Aamiin" kan kata2 my dear tu... "Anak kita ni lelaki"... saya pun tanya, kenapa my dear cakap camtu kan, my dear jawab "Yela, sebab walaupun masuk sikit je boleh lekat jugak".. sampai situ je ayat my dear.. My dear ni jenis suka suruh saya berpikir tau.. So, saya pikirla camni.. "Kromosom Y, jangka hayat dia pendek tapi dia lari laju.. Kromosom X, jangka hayat dia panjang tapi dia lari slow.. so, disebabkan jumlah yang menitik tu hanya sedikit, so, siapa yang cepat, dialah yang menang.. yang menang, pastilah yang laju.. yang laju adalah Y.. So, nanti kromosom X yang dibawa oleh isteri akan bercantum dengan kromosom Y si suami maka akan terbentuklah XY @ LELAKI"... Tu diaaaa.. punya dasyat saya buat andaian yang tak hengat... muahhahhahah... Tapi lepas tu kan, saya gtau la my dear, doalah moga2 anak kita lelaki... Saya pun turut sama doa moga anak saya ni lelaki.. sihat walafiat sehingga dilahirkan & seterusnya... moga cukup sifat.. InsyaAllah... Semuanya kuasa Tuhan, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa.. Jangan berhenti berdoa tak kira apa sekalipun doa kita.. Saya jugak doa moga rakan2 saya yang masih belum bergelar ibu, diberi peluang untuk sama2 bergelar ibu seperti ibu2 yang lain.. InsyaAllah.. Aamiin... 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Casing smartphone Sony

Casing telefon SONY my dear sebelum ni jenis yang tutup belakang tu je.. bahagian depan terdedah.. Bila nampak saya beli casing yang bertutup, mulalah dia nak beli gak.. hahhah


Inilah Casing baru my dear.. cap ayam je pun.. janji ada.. ekkekek.. Beli dekat Tesco.. kata kami peminat tegar Tesco, so, confirmlah banyak barang dalam bangunan tesco yang kami beli.. (^_^)


Saya yang pilih casing ni untuk my dear.. berkenan dengan colour blocking... dekat dalam plak ada dua ruang yang boleh letak kad... Harga casing ni murah sangat..!! Hanya RM15 je...! Lagi cantik dari casing saya punya.. Saya punya RM30... Ni yang buat ai jeles.. tapi takpala, dah untuk handphone brand LENOVO tu memang terhad aksesori dia....
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

EPHYRA berjaya mengubah saya & suami..!!


Saya sekarang dah guna EPHYRA kotak keempat tau.. Yap, 3 kotak EPHYRA sebelum ni, saya memang ditaja.. dengan kata lain, saya tak perlu keluarkan duit sendiri pun untuk guna EPHYRA ni... Alhamdulillah syukur sangat...! Untuk pengetahuan u all, ketika awal2 saya guna EPHYRA, saya ada sembang2 dengan rakan2 yang saya hanya akan minum EPHYRA ni setakat yang ditaja sahaja.. saya takkan keluarkan duit sendiri untuk beli EPHYRA.. yela, harga dia pun boleh tahan kan... mana saya nak mampu.. tak kerja plak tu... Lagipun saya dah dapat agak yang my dear takkan bagi punya kalau saya nak beli.. Ingat lagi, dulu saya pernah beli 1 produk harga dia RM80++ je rasanya.. tak sampai seratus pun.. My dear duk pot pet pot pet, nampak tak betapa my dear "marah"nya saya beli... Yang lagi tak best tu, kesan guna produk tu tak nampak pun kat saya... Alahaiiiii... 

Sehinggalah saya dah guna 2 kotak lebih EPHYRA, saya gtau my dear yang saya nak jual EPHYRA, my dear setuju & tiba2 terpancul dari mulut my dear "Nanti boleh beli EPHYRA harga murah untuk diri sendiri".. Erkkk??.. Terkejut sekejap saya.. wah, my dear bagi saya beli untuk diri sendiri? Serius seronok sangat rasa time tu.. Yela, u all bayanglah, saya beli produk yang harga RM80++ my dear duk pot pet pot pet.. tiba2 beli EPHYRA yang my dear cakap dapat harga murah tu my dear boleh bagi izin... Dasyat ni... walaupun saya jual EPHYRA, tapi harga tetap jugak RM100++... Tak sangka my dear bagi beli.. ahhah.. Yang ratus2 dapat keizinan yang puluh2 kene pot pet pot pet... 

Nampak tak kat sini apa yang saya nak bagitahu u all... Sebab my dear sendiri nampak perubahan dekat diri saya... Sebab tu my dear bagi keizinan.. Selama ni my dear seorang yang susah untuk bagi saya beli benda2 camni.. Katanya membazir.. Tapi tidak pada EPHYRA.. EPHYRA dah berjaya menggoda hati my dear.. EPHYRA dah berjaya melembutkan hati my dear.. sebagaimana EPHYRA berjaya memikat saya dalam berbisnes.. Selama ni saya tak pernah terpikir yang saya akan berbisnes.. saya malu bab2 nak promote barang jualan ni.. Saya rasa memang saya tak mungkin akan berbisnes... tapi EPHYRA lah satu2nya produk yang berjaya ubah diri saya dari rasa MALU kepada rasa YAKIN!!...

EPHYRA ni produk terbaik yang pernah saya try la.. ALL IN ONE..Untuk cerahkan kulit pun dia, untuk hilangkan jerawat pun dia, untuk hilangkan masalah senggugut pun dia, untuk kuruskan badan pun dia, untuk ketatkan apa yang longgar pun dia, untuk tambah susu badan pun dia... Nak tahu lebih lanjut pasal kebaikan  EPHYRA, baca semula ENTRY2 TESTIMONI EPHYRA DARI DIRI SAYA SENDIRI.. Kalau u all berminat untuk dapatkan EPHYRA, PM saya dekat FB.. Saya tawarkan dengan harga RM** lebih murah dari pasaran.. FREE POS!
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Asal bunyi moto


Aqilah kan, kalau dengar je bunyi moto.. Mesti dia sebut "abah.. abah".. lepas tu terus menuju ke arah pintu... Tapi untuk gambar ni... bila dia ke arah pintu, alih2 bukan abah dia.. orang lain.. Kalau kita balik kerja pastu nampak anak berdiri depan pintu sambil senyum & jerit panggil kita... seronokkan... hilang segala penat bekerja.. Moga2 rakan2 saya yang lain pun berkesempatan untuk merasai saat ni.. Moga dimurahkan rezeki u all untuk bergelar parent.. InsyaAllah..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Ulangtahun perkahwinan yang ke empat


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulilllah... usia perkahwinan saya & my dear dah pun cecah 4 tahun... Wah, kejap je dah 4 tahun... Alhamdulillah jugak, kami dah dikurniakan 2 orang anak perempuan yang bijak pandai.. Alisha & Aqilah... Akhir tahun depan kene plan tambah anak ni.. bagi dapat baby boy plak.. hihii

Ucapan saya dalam hubungan kami takda lain melainkan moga ikatan perkahwinan kami ni akan kekal bahagia hingga ke jannah

BACA KISAH SAYA MACAMANA KENAL MY DEAR
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Keprihatinan seorang anak...

Semalam saya menyusu Aqilah sambil baring sambil tengok TV.. Last2 saya terlena.. Alisha & abah dia belum tidur lagi.. Kiranya kami 4 beranak ada dekat depan TV la... Bila my dear dah nak tidur, my dear gtau la Alisha yang dia dah nak masuk bilik tidur... Alisha pun macam biasala, anak solehah saya tu pasti akan kemas semua barang yang ada depan TV ke tempat asal... Time tu abah dia dah masuk bilik pun.. Bila Alisha dah siap kemas, dia datang dekat saya cakap "Ibu, masuk tidur dalam bilik".. bila saya celik mata,  tengok Alisha tengah buat gaya tangan macam penyambut tetamu kat pintu hotel tu... dengan muka dia time tu nampak macam prihatin sangat dekat saya & adik dia ni.... Dan2 rasa terharu & pikir.. baiknya Alisha ni.... Abah dia pun tak panggil saya suruh masuk bilik... 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tak malu dah besar pakai pampers...

Semalam my dear suruh Alisha ambik pampers Aqilah dalam bilik... Alisha bawak keluar 2 keping pampers pastu dia cakap "Pampers Qilah tadok.. Ni pampers isha"... *Baru saya teringat yang pampers Aqilah dah habis & stok pampers Aqilah saya belum ambik masuk bilik lagi.. Tapi my dear ambik je pampers Alisha tu bagi Aqilah guna.. Sekali Alisha pun ambik pampers yang lagi sekeping tu hulur kat my dear gtau dia nak pakai pampers...

My dear bagi je la dia guna.. pastu saya cakap kat Alisha, "Alisha tak malu.. dah besar pakai pampers.. vontot jadi besar"... Saya gelak2 kat Alisha... pastu Alisha buat muka macam nak cover malu tau.. tapi dia tetap jugak teruskan pakai pampers.. hahah.. Yang nak gelak tu, time sebelum masuk tidur, dia g kencing tapi dia bukak pampers g kencing dalam tandas... Dah siap kencing ingat tak nak pakai dah pampers... rupanya nak pakai gak lagi.. hihiii.. 

Dah lama tak merasa pakai pampers kot... Sekali terjumpa pampers dia yang zaman tok kaduk... Teringin la tu... maklumla, Alisha kan umur 2 tahun saya dah ajar free diapers...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Rendahkan volume suara ketika marah

Kalau saya jumpa orang tengah marah, volume suara mesti kuat... sampai orang sekeliling pun tengok... Sehinggalah bila saya kawen, baru saya tahu yang sebenarnya boleh je kita rendahkan volume ketika marah.. Tak perlu sampai jiran tetangga dengar... My dear kalau dia marah, nada dia tegas.. macam orang2 biasa marah tu la.. tapi volume dia slow je... ibaratnya jiran sebelah pun tak dengar... tapi anak2 tahu je takut kat abah dia... (volume my dear lagi slow dari volume saya)

Secara peribadi, saya sendiri rasa malu bila dengar suara orang terpekik2 marah.. duk bergaduh suami isteri ke.. duk marah anak2 ke.. malu.. segan... Kalau u all nak marah anak sekali pun, nak bergaduh dengan sape sekalipun, jagalah volume suara tu.. tak perlulah terpekik2 marah orang... tau tak, bila kita terpekik2 duk marah2.. orang mengata kita.. Nak tanya u all, sebagai contoh, kalau mak pak marah anak sampai jiran2 dengar, jiran2 tu akan mengata dekat mak pak ke dekat anak?... Ikut pengalaman saya, saya pernah dengar orang akan mengata mak pak... Orang bila jumpa kita sengih2.. belakang kita risau kot2 orang mengata.. "dialah yang suka terpekik2 marah anak..".. Malulah sayang... 

Saya tahu, kadang u all balik keje penat2, tengok umah bersepah2.. lepas tu, kadang2 terlepas kemarahan tu dekat anak2... Takyah la nak marah2.. anak2 kita kecik lagi. lainlah kalau dorang tu dah remaja.. anak2 yang kecik ni sengaja sepahkan umah sebab nak tarik perhatian kita... Yela, seharian kita habiskan masa di tempat kerja.. mestilah anak2 rindukan belaian kita sebagai ibu bapa mereka... 

Kalau bergaduh suami isteri pun sama gak.. volume suara tu rendahkan.. jangan sampai jiran2 dengar.. nanti dari orang tak tahu masalah kita, sampai habis semua orang tahu... maklumlah manusia, kadang2 bila bergaduh, semua nak diungkit...

Alhamdulillah lepas kawen saya memang dah takda sangat nak marah2.. kalau sebelum kawen dulu memang saya jenis cepat marah.. Dah kawen saya jadi lebih pandai kawal diri.. lebih tinggi tahap sabar.. saya tak suka volume suara ditinggikan sampai tahap jiran2 dengar... saya yang malu... kalau kita marah anak yang kecik, maybe kita je yang malu.. tapi kalau anak2 dah besar panjang, kita marah2 dengan volume yang besar.. anak2 sekali pun malu... risau takut mereka memberontak.. kalau kita tak malu orang dengar suara kita yang tengah2 marah dengan volume yang besar tu.. tapi pikirlah jugak perasaan anak kita tu.. pikirlah jugak perasaan pasangan kita tu...

P/s : Peringatan untuk diri sendiri gak ni... kot2 sekarang ni saya boleh slowkan volume.. tapi di masa akan datang, hanya Tuhan yang tahu... tapi harap2 tak la...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Surprise Kek birthday Aqilah

Dua bulan lepas punya citer.. Masa birthday Aqilah... Saya ada gtau my dear nanti belilah kek sebijik.. Aqilah tak dapat makan, ibu & kakak dia ada tolong makan.. Tapi masa ngam2 tarikh Aqilah tu, memang my dear tak beli pun.. Time tu saya terpikir la jugak, eh, saya macam salah buat permintaan je.. yela, time tu kan baru lepas raya.. so, duit banyak guna + nak dapat gaji pun punya lambat lagi....

Dan2 terbit rasa bersalah.. tapi sebenarnya saya nak ajak my dear keluar beli kek, nak guna duit sayalah kiranya.. sebab tau my dear dah banyak habis duit... My dear ni plak bukan jenis nak cite kalau ada masalah.. tanggung sorang2 tapi saya tahulah macamana reaksi my dear bila dia ada masalah..


Kalau tak silap saya, hari Khamis dalam minggu birthday Aqilah tu jugak my dear balik umah bawak balik sebijik kek... Sedangkan time ni saya tak terpikir dah pun pasal kek tu...


 Sengih2 my dear hulur kek tu... Alahaiiiii terharu saya... padahal bukan birthday saya pun... kikikiii... Terharu sebab saya tahu my dear akan cuba gembirakan hati anak isteri isteri dia...

Harga kek ni 30 ++ or 40++ untuk setengah kilo dah lupa.... Disaat gaji yang lambat lagi nak muncul tu, boleh dianggap mahal gak la kan... My dear tahu yang anak isteri dia memang suka makan kek... Moga anak2 saya dapat hargai pengorbanan abah mereka... betapa abah mereka akan berusaha untuk gembirakan mereka...

Emmmm saya tahu dalam bab kewangan, my dear pandai uruskan.. walaupun saya tak kerja, tapi kami cukup makan minum.. My dear bukan jenis ikut orang.. contohla, kalau orang beli kete baru, dia tetap jugak dengan kete lama dia tu... Bagi my dear, tak perlu ikut orang.. tapi ikut kemampuan.. semak poket sendiri... kadang2 saya rasa sedih ada.. bangga pun ada.. bangga sebab my dear pandai urus duit tapi sedih sebab bila orang2 pinjam duit my dear walaupun 4 angka tapi tak bayar2 jugak.... My dear plak jenis baik.. mintak pun tak.. orang bagi dia ambik.. tak bagi dia diam.. alahaiiiiii..... Saya plak yang kadang2 rasa macam... orang2 yang pinjam duit my dear tu tak kesian ke dekat my dear ni... dah la keje sorang2... nak tanggung anak isteri lagi... Saya yang tengok my dear pun rasa kesian... Sebab tu kalau saya ajak my dear makan "besar", saya tak suruh my dear bayar.. biar saya yang bayar.. Lagipun duit bulan2 yang my dear bagi pun, bukan guna untuk apa pun kan....
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Kisah suami isteri

My dear bukan jenis yang meluahkan kalau dia sayang ke, sedih ke or apa2 je.. tapi dia tunjuk melalui perbuatan... Nak cite ni.. minggu depan adik saya akan dibedahkan, my dear pada mulanya kata tak dapat cuti.. so, saya duk la pikir nak balik 3 beranak naik keretapi... gtau abah saya, last2 pagi semalam mak saya telefon gtau, jangan balik naik keretapi, nanti mak & abah datang ambik.. hari sabtu mak ambik, pagi ahad kita balik... Bila mak saya cakap camtu.. terus saya jadi sebak.. terus bergenang air mata.. bukan sebab terharu mak saya nak datang ambik.. tapi sebab saya sedih.. tak sampai hati nak tinggal my dear sorang2... 

Mulalah duk terpikir sian my dear balik keje tengok umah sunyi je... biasa balik keje, anak2 tunggu depan pintu sambil jerit "abah.. abah...".. pastu terpikir, sian my dear... nanti takda orang nak masak.. kene beli kat kedai.. kene makan sorang2... mulalah airmata saya makin mengalir... Bila my dear balik keje petang semalam, saya gtau la pasal parent nak datang ambik, pastu my dear cakap, "tak payahla... biar abang hantar... hari ahad tu dahla abang keje.. tinggal abang sorang2..".. Alahaiii makin sayu saya rasa... Nampak tak motif cerita saya... walaupun my dear ni bukan jenis yang tak tunjuk perasaan dia selama ni... jenis yang tak kisah pun.. tapi hakikatnya my dear ni.. ada perasaan.. dia tahu je nak rasa "lonely"... kalau saya jenis feeling2 camtu dah mulalah air mata tu terlebih.. nak mengalir bagai....

So, insyaAllah petang Isnin kami akan balik Chemor, hari Selasa my dear akan balik semula ke Sungai Petani, hari Khamis, my dear akan datang semula Chemor & hari Sabtu kami akan balik semula ke Sungai Petani.. Saya 3 beranak akan tinggal di Chemor... Inilah my dear... sentiasa ambik berat pasal anak isteri dia.. Saya tak pernah diberi keizinan untuk keluar tanpa my dear maksud saya dengan kawan2 dengan family ok je.. Opsttt jangan kata my dear mengongkong yer... Saya tak pernah rasa pun camtu tapi saya rasa yang my dear caring sangat dekat saya.. Lagipun, memang dari kecik saya telah dilatih duk umah je... nak keluar pun dengan family... kira macam my dear sambung "cara didikan" parent saya la... Opsttt actually ianya berkaitan dengan "jodoh".. camne kita, camtulah pasangan kita... Saya memang jenis suka duk dalam umah.. kalau keluar tak suka tempat yang sesak2.. my dear pun camtu... Alhamdulillah my dear bukan jenis yang suka lepak2 dengan kawan2.. tapi biasa balik keje duk umah.. kalau nak keluar dengan anak isteri...

Eh, saya tak tahu dah apa motif sebenar entry ni.. rasa macam kelam kabut je... tapi lantaklah, disebabkan dah taip panjang2.. tak publish rasa buat penat jari saya plak taip.. hihii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha mengada2?

Sebelum tidur malam tadi lagi dia dah berpeel.. Menangis2 last2 terlena... Tiba2 kol 2 lebih pagi, Alisha terjaga & menangis2 macam biasalah... Nak tengok ABC la.. Nak tengok Upin Ipin la.. Macam2 benda dia nak.. Bila bagi tak nak plak.. Saja cari pasai... Tak larat nak layan sebab Aqilah pun terjaga & merengek jugak, last2 saya biar dia menangis.. Sekali my dear bangun, bagi "sebijik" terus diam on the spot...

My dear cakap Alisha ni mengada2.. Saya ajar manja.. *Dah tak pasal2 saya kene sekali.. Boleh plak diam.. First time tau Alisha diam lepas "kena" dengan abah dia.. Kalau sebelum2 ni mana ada.. lagi meraung adala... Pelik gak ni.. nape yer.. Sampai saya pun terpikir dia mengada2 ni.. Ntahla.. Budak2 kan, kita tak tahu pemikiran dorang ni apa sebenarnya..

P/s : Bagi sebijik tu u all janganlah plak pikir bagi penumbuk sebijik tau.. hahhaha... Alaaa marah2 manja je maksud saya tu...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

First time order pizza delivery


Bulan 7 yang lepas, saya duk teringin sangat nak makan pizza. Nak suruh my dear g tolong beli nanti banyak sangat soal, so, saya ambik keputusan untuk call je pizza ni suruh hantar dekat rumah... First time saya order camgini tau.. biasa g direct beli kat kedai... Mula2 saya call 1-300-88-2525, bila dorang jawab je panggilan tu, terus dorang tanya pesanan kita.. tak dan kita nak kenalkan diri... sungguh laju dorang bercakap.. hihi

Lepas dah tanya pesanan, barulah dorang tanya alamat, nama & gtau harga pesanan kita tu.. So, nanti senanglah bila pizza dah sampai, kita dah sediakan duit cukup2.. takyah yang tukang hantar pizza tu tunggu lama2.. (",).. Ohya, lepas sesi "soal jawab" pizza apa yang saya nak order tu, tak lama pastu, pizza cawangan terdekat pulak telefon saya untuk confirmkan alamat..

Bagi saya perkhidmatan pizza delivery ni terbaiklah!! U all bayanglah, tak sampai 30 minit.. rasanya lebih kurang 20 minit je kot, pizza tu dah sampai ke tangan saya.. Ohya, kalau dalam tempoh 30 minit pizza tak sampai2 jugak lagi, u all boleh telefon bagitahu mereka yang pizza masih belum sampai.. My dear siap puji gtau perkhidmatan camni bagus.. Mana taknya, jimat minyak ooooo disaat2 harga minyak yang mahai ni haa... kui kui kui... Yang lagi best, kos penghantaran pun tak dikenakan, kita just bayar duit untuk harga + tax pizza tu je...

Saya sekarang ni ntah kenapa berminat plak dengan order2 yang online camni... Tunggu kat umah je barang tu sampai.. hihii.. Bukan saya je, dengan my dear pun dah terjebak dengan beli online ni.. Sekarang saya duk tengah nak usha ZALORA MALAYSIA pulak, berkenan nak beli handbag.. (",)

P/s : Saya makan 5 slice dari 6 slice.. Makan sekali harung.. hihii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Perut Lembu yang sukar dibersihkan

Perut lembu raya haji baru ni

Saya memang sangat2 sukakan perut lembu... Kalau ada yang jual satay perut, confirm saya beli... Kalau dulu kan, sebelum kawen kalau kami korban lembu, abah sayalah yang akan layan karenah anak dia ni.. Abah sayalah yang bersihkan perut lembu tu... Tapi bila saya dah kawen, hubby saya pulak ambik alih...

Tiba2 pulak rasa sedih.... Sedih + terharu dengan sikap insan2 yang penting dalam hidup saya ni... Mana ada orang nak layan perut lembu tu... biasa orang tanam je... Yela, kan banyak tahik lembu & segala makanan dia dalam tu... Nak cuci pulak bukan senang...Kena rendam dengan air kapur buat rumah tu dulu lepas tu baru cuci satu persatu.. paling susah basuh kitab lembu tu haaa... nak kene selak satu persatu....

Tapi insan2 kesayangan saya ni, sanggup buat semua tu... semata2 untuk saya... walaupun tahu mereka dah penat melapah lembu.. lepas tu kena sambung cuci perut lembu pulak... Betapa bertuahnya saya dikurniakan abah & suami seperti mereka... Padahal mereka bukan makan sangat pun perut.. Iskkk takleh la nak cite lebih2.. bila sembang pasal insan2 yang kita sayang, mulalah hati rasa sebak, tekak rasa perit...

Apa2 pun TERIMA KASIH buat my dear sebab sudi menggalas "tanggungjawab" ni dari abah.. hihii.. Opsttt actually terima kasih sangat2 dekat abah saya yang dulu2 rajin cuci perut lembu untuk saya kadang tu sampai demam... & terima kasih jugak untuk my dear sebab sanggup cuci perut lembu untuk saya sampai letih satu badan.. Saya sayang kamu berdua sangat-sangat...!!
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tablet Alisha dah rosak..!!

Sebelum ni saya pernah gtau ua ll yang TAB Alisha rosak sebab takleh cas kan.. Tapi lepas tu ok je.. boleh cas macam biasa... Nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas, Alisha guna tab dia.. time tu dia dalam bilik & tab tu ada di bawah selimut.. kira tak nampak lah kan.. Datang my dear, terus duduk atas tab Alisha tu.. Prapppp...!! Kiranya tanpa sengaja my dear dah rosakkan tab Alisha...


Skrin TAB Alisha dah retak... Gambar dalam tu still boleh nampak tapi kalau sentuh, dia tak dapat detect... Saya ada tanya rakan blogger, katanya kalau cermin yang pertama rosak @ masih nampak gambar, kene spare lebih kurang RM100.. tapi kalau dua cermin yang rosak @ skrin terus tak nampak apa2, kene spare RM200... Mahal jugak tu u all.. Saya beli pun RM200.. Kalau nak tukar cermin gayanya macam lebih baik saya beli baru kan... 

Alhamdulillah sangat2 Alisha ni jenis yang paham tau.. Masa mula2 pecah tu, dia takda nak menangis ke apa.. dia cuma cakap TAB dia dah rosak.. Tapi saya memang ada niat nak beli yang baru pun untuk dia.. Memandangkan duit Nuffnang masih ada lagi dalam bank.. Saya dah order dengan LAZADA pun semalam.. Maybe hari ni or esok sampailah kot.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Keterujaan ibu & Abah Alisha

Keterujaan ibu & abah Alisha bila dengar Alisha bercakap... Alhamdulillah Alisha semakin hari semakin lancar berkata2.. semakin kurang bahasa GERMAN dia tu.. Tapi masih ada lagi GERMAN cuma tak ketara sangatla... tinggal sisa2 je lagi... (",) Maybe apa yang saya nak cite ni, bagi u all yang ada anak dah teror berkata2 ianya biasa2 je.. takda apa yang nak teruja pun.. Tapi cuba u all imbas kembali kenangan ketika anak2 u all baru nak lancar berkata2.. Apa perasaan u all masa tu.. Mesti teruja kan.. Macam tu lah yang saya rasa petang semalam..

Petang semalam, tengah2 saya melepak 3 beranak dalam umah, tiba2 Alisha cakap.. "Ibu, isha nak aiskrim..."... "Ibu suruhlah abah beli aiskrim".. Saya yang dengar Alisha cakap camtu.. Terus terdiam sejenak & terus ambik telefon untuk telefon my dear.. tapi my dear tak angkat upe2nya my dear dah sampai depan umah...

Dalam keadaan my dear yang masih pakai helmet, terus saya cite apa yang Alisha cakap.. secara spontan my dear cakap "Kakak nak g Tesco?".. Wah, beli aiskrim sampai ke Tesco.. hihiii.. My dear pun sengih dengar cite saya tu... Sekarang ni Alisha memang banyak cakap.. Ada je idea dia... Kalau kita buat2 tak layan, mulalah dia marah.. Serius saya rasa teruja dengan perkembangan percakapan Alisha.. 
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...