Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

Tips pertama kali nak bagi anak makan solid food

Aqilah kan sekarang dah makan solid food.. excited je setiap kali bagi dia makan.. walaupun dia makan tak habis.. hihii.. biasalah tu, baru nak kenal makanan.. (",) Kat sini saya nak kongsi tips untuk u all yang baru nak bagi anak makan solid food..

Kalau boleh, setiap jenis solid food yang u all nak bagi tu, u all buatlah makanan yang sama dalam 2 3 hari.. maksud saya camni.. sebagai contoh, hari pertama puri carrot, hari kedua pun puri carrot jugak.. sebabnya supaya u all dapat detect samada anak u all sesuai makan carrot or tak.. yela, mana nak tau kot2 anak u all alergik ke.. lepas makan tu tiba2 je badan naik ruam2 ke... bila u all tengok anak u all ok dengan carrot, so nanti bila u all nak masak bubur nasi, bolehla masukkan carrot...

Lagi satu pulak, saya suggest u all, bagi anak u all makan puri sayur-sayuran dulu sebelum kenalkan dengan puri buah.. bukan apa, tujuannya supaya anak u all suka sayur.. Tak nak nanti bila terus kenalkan dengan buah yang manis2 tu, mulalah tak nak makan sayur sampai ke sudah.. rugi tak dapat khasiat dari sayur (",)

Nak ingatkan u all, bila masak untuk anak2, jangan sesekali letak garam or gula yer..! Usus or ginjal mereka masih belum "kuat" lagi untuk semua tu... Jangan pulak u all pikir nak bagi anak makan rasa sedap sikit, tu yang letak garam or gula.. PLEASE STOP BERPIKIR MACAM TU..!! Anak2 kecik yang baru nak kenal makanan ni, mereka tak reti pun sedap or tak.. apa kita bagi semua mereka makan.. kertas yang kita tak bagi tu pun dorang masuk mulut.. hihiiiii

Haaa lagi satu ingatan untuk u all, JANGAN SESEKALI BAGI ANAK MAKAN NESTUM KETIKA BELUM BERUSIA 6 BULAN..!! Seperti yang saya gtau, usus or ginjal anak belum "kuat" lagi.. Sayangilah anak2 u all.. saya ada terbaca ada sorang hamba Allah bagi anak dia makan nestum sebelum umur 6 bulan, tak pasal2 anak dia ada masalah usus... dia siap pesan, jangan bagi makan nestum sebelum umur 6 bulan, macam dia, dia dah menyesal...

Yang ni pulak nasihat saya untuk u all.. seboleh2nya, sediakanlah SOLID FOOD UNTUK ANAK U ALL DENGAN AIR TANGAN U ALL SENDIRI... Sayang2.. janganlah asyik duk MELAYAN KEMALASAN KITA TU.. Please ok, masaklah untuk anak... kesian anak2, tak dapat merasa masakan ibu dia.. tapi duk makan nestum yang dalam tin tu je... Jangan bagi alasan u all bekerja.. Meh saya bagi cadangan... Hari u all cuti hujung minggu tu, terus masak untuk seminggu solid food untuk anak u all... Solid food pun boleh tahan lama tau.. macam u all buat stok susu tu la... tapi kalau u all malas jugak nak masak untuk seminggu, bagilah anak u all sekali seminggu dapat rasa air tangan u all tu... At least, umur 6 bulan, anak dah dapat rasa air tangan ibu dia.. moga hubungan kita dengan anak2 akan lebih rapat (",)

Ohya, ini nasihat saya untuk u all yang bagi anak solid food tau.. Jangan pulak salah paham.. saya tak maksudkan dekat u all yang ada anak2 yang besar2 tu (",) Apa2 pun, semuanya bergantung pada diri sendiri.. JANGAN BIARKAN ALASAN MENGUASAI DIRI.. *cewahh... hihii... nak dengan tak nak, rajin dengan malas je.. Jika rajin, semua jadi (^_^)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 19 Mac 2013

Baik @ buruk, ia adalah yang terbaik untuk kita

Sebelum tu, untuk pengetahuan u all, adik saya ambik STPM tau, semalam kuar result tapi kurang memuaskan tapi masih lagi lulus la.. Entry ni saya tulis untuk adik saya... saya tahu dia akan baca.. Saya nak dia tahu apa je yang dia sedang lalui adalah yang terbaik untuk dia!! Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika apa yang kita dapat tidak sebaik yang kita ingini... Yap, memang apa yang kamu pilih sebelum ni tu disebabkan oleh insan yang lahirkan kamu di muka bumi ni yang suruh.. so, kamu terpaksa ketepikan minat kamu... 

Tapi satu ingatan saya untuk kamu, jangan sesekali cakap "jika kamu pilih haluan yang kamu ingini sebelum ni, kamu takkan jadi macam ni"... Siapa cakap?? Tuhan tu adil.. apa yang Tuhan rancang adalah yang terbaik!! Tuhan dah gerakkan mak suruh kamu ambik STPM walaupun pada masa tu kamu dapat offer dengan course yang kamu minat...

Please hokay.. nak berjaya, pemikiran harus positif..!! Apa bukti yang boleh mengatakan jika kamu masuk IPT sebelum ni kamu akan dapat result yang bagus berbanding ambik STPM??? Pikir positif... Maybe Tuhan tak aturkan kamu untuk masuk IPT selepas SPM disebabkan kamu masih mentah, disebabkan kamu belum bersedia untuk berjauhan dengan family.. so, Tuhan aturkan kamu ambik STPM dulu, duduk dekat dengan family dulu.... 

Tak mustahil pun, kalau kamu pilih terus masuk IPT lepas SPM hari tu, kamu akan sentiasa suruh parent datang tiap2 minggu... ntah2 cakap nak balik rumah terus... Saya bukan cakap kosong, tapi kamu ingat tak, 2 kali perkara yang sama terjadi, kononnya kamu nak duk asrama masa sekolah menengah, tapi last2 apa yang jadi?.. kene buli... menangis..... nak balik... tiap2 minggu parent g tengok... last2 tukar sekolah dekat dengan rumah... See???????!!!!

Be positive hokay!!! Jangan nak salahkan ibu kamu... Percayalah, satu hari kamu akan cakap "Nasib baik dulu mak suruh saya ambik STPM"... Apa2 pun sekarang, apa je course yang kamu nak ambik lepas ni, belajar rajin2... pikir balik kenapa STPM kamu tak dapat result yang bagus...  maybe banyak tidur ke... maybe kurang study ke... apa2 je la... Ingatlah sayang... jika nak berjaya... Pemikiran harus positif & jangan sesekali salahkan orang lain.. tapi salahkan diri sendiri.. InsyaAllah kita akan makin matang & makin maju ke depan... (",)

P/s : Jika sudi, u all pun boleh bagi kata2 motivasi naikkan semangat adik saya (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 28 Februari 2013

Hati Alisha yang masih suci bersih.. (^_^)

Kejadian ni berlaku masa bulan lepas... time tu kami pergi klinik untuk checkup bulanan Aqilah... Kalau dekat klinik ibu & anak, mesti ramai budak2 kan... Alisha ni dia nak berkawan tau u all.. so, dia pergilah dekat 2 orang adik beradik yang tengah main "gayut2"... Sekali budak tu macam tak suka.. siap bagitahu adik dia jangan kawan dengan alisha.. alahaiiii...

Tapi Alisha ni dia bukan paham pun orang taknak main dengan dia.. dia pergi jugak dekat budak tu.. siap senyum2 bagai.. Last2 budak tu jelir lidah kat Alisha.. adehhhh.. siannya anak saya... (",) Tapi tu la, seperti yang saya cakap, hati alisha ni masih bersih, dia tak tahu orang tak suka or apa.. yang dia tahu "semua orang adalah baik"... Bila alisha buat tak endah je walau pun budak tu jelir dekat dia, last2, budak2 tu nak main dengan Alisha.. hehhe.. bukan main gelak lagi mereka 3 orang main.. hihii... 

U all nampak tak kat sini... sebenarnya dalam hidup kita ni, kalau kita sentiasa buat baik dengan orang walaupun pada mulanya orang tak suka kita... last2 mereka suka dengan kita... Macam kita yang dah besar ni pun samalah.. berbuat baiklah kita.. Tak payah nak balas2 or nak berdendam bagai.. biar Tuhan je bagi balasan.. kita ni.. teruskan kehidupan untuk terus melakukan kebaikan.. (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 18 Januari 2013

Unique Visitors tertinggi sepanjang hampir 2 tahun berblog

Sabtu & Ahad, UV saya memang sikit dari biasa sebab malas nak buat entry.. hihii

Alhamdulillah.. sungguh saya tak sangka.. semalam baru saya baru saya cakap dengan u all yang saya memang tengah mencari rentak untuk dapatkan 2K UV sehari.. Tanpa disangka2, impian saya tu, tercapai semalam.. hihii.. Dengan kata lain, dapatlah saya merasa UV 2000++.. (^_^)

Alhamdulillah sebab saya diberi peluang untuk merasa UV 2000++ sehari ketika blog saya belum pun mencapai usia 2 tahun... Moga ianya mampu menjadi UV harian saya pulak lepas ni (",) Kalau tak silap saya, bulan 12 tahun lepas baru UV di blog saya maintain dengan 1000++ sehari, dalam masa yang singkat, saya mampu dapatkan 2000++ sehari.. syukur sangat (^_^)..

Kalau u all perasan,  2 hari saya publish 6 entry sehari.. malam pun publish.. hahahh.. Actually, 2 hari tersebut adalah hari di mana saya sedang cari rentak, macamana nak dapatkan 2000 UV.. berapa entry perlu publish sehari & pukul berapa perlu publish entry.. itu yang saya sedang buat kajian di blog saya ni... cewahh ayat tak menahan, kajian lagi.. ahhahhah

Kan saya pernah bagitahu u all, azam saya tahun ni adalah "Kurangkan aktiviti mengadap komputer @ lebihkan masa dengan anak2 tapi income berblog makin bertambah".. hahhah.. Macam susah je bunyinya kan... Thats y saya perlu up kan UV harian saya.. So, sekarang saya dah tau camna nak dapatkan 2000 UV sehari di blog saya.. Lepas ni, saya perlu selidik pukul berapa pulak iklan BE dok berjoget2 kat blog saya *cewah... hihii.. 

Untuk pengetahuan u all, yang terbaik untuk tambah earning adalah, publish entry ketika iklan BE tengah menari2 kat blog kita... sebabnya, bila u all publish entry ketika iklan BE duk berjoget, secara automatik, orang akan terjah blog u all untuk baca entry baru kan, so, secara tak langsung UV u all up la, & secara tak langsung jugak earning BE u all bertambah.. (^_^)

P/s : Kita mampu dapat apa yang kita nak, jika kita berusaha untuk dapatkannya... bukan hanya sekadar memasang impian tapi tanpa usaha.. (^_^)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 11 Oktober 2012

Motivasi untuk parent yang CEPAT MARAH pada anak2...

Saya taknak cakap lebih2.. sebab saya pun masih baru bergelar ibu & anak baru sorang.. Walaupun macam tu, saya suka berkongsi @ buat entry cara saya didik alisha.. dengan kata lain cara psiko la kan... Kat sini saya tak nak cerita pasal cara psikologi tu, sebab takut ada orang tak suka.. yela, cara didikan kita dekat anak2 tak sama kan... (^_^)... 

Walaupun hakikatnya, saya bercerita saya guna cara psikologi tu, untuk anak saya yang berusia baru 2 TAHUN, bukannya untuk anak yang berusia 20 TAHUN... Budak 2 Tahun masih belum tahu baik buruk berbanding mereka yang dah besar.. Kalau dah besar, dah 20 tahun baru start nak guna cara psiko, maybe ianya sedikit sukar berbanding umur 2 tahun.. (^_^)

Apa2 pun, SAYA NAK SANGAT2 U ALL RENUNG2KAN KATA2 DEKAT BAWAH NI... KALAU BOLEH, BACA DARI AWAL SAMPAI AKHIR.... (",)

OHYA, IANYA SAYA COPY DARI FACEBOOK TAU... 

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.


P/s : Renungan untuk diri saya jugak...


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 11 September 2012

Kata2 motivasi ketika berpantang...

Tak sampai 2 bulan lagi saya akan bersalin.. InsyaAllah... Pagi ni tiba2 buat saya teringat dekat arwah opah saya.. Kalau masa saya berpantang dulu, opah banyak bagi tips2 & petua ketika berpantang.. tapi kali ni dah tak dapat tips dari arwah lagi... 

U all nak tahu tak, opah saya pernah bagitahu, dalam pantang tu pun, kita boleh bersenam.. buat senaman ringan2 je la tapinya.. Opah saya ada tunjuk dekat saya.. tapi tu la, saya kesalkan dekat diri saya ni, masa arwah ajar saya bersenam, saya takda pulak nak rakam ke apa.. ingat ingatan saya tu bagus sangat gayanya.. amal pun tak.. so, sekarang dah lupa.. adehhh.... Opah saya bagitahu saya, dia start amalkan bersenam sejak dari dia bersalinkan "paklong" saya.. maknanya, selama 50 tahun  lebih opah saya bersenam setiap kali bangun dari tidur... sebab tu lah, opah saya cergas sehinggalah dia sakit 2 bulan terakhir sebelum meninggal.. U all bayanglah, dalam umur arwah opah yang hampir 80 tahun, dia masih mampu mengayuh basikal pergi ke kedai... bercucuk tanam... jaga ayam yang penuh reban.. opah saya jugak tak nyanyuk.. sampai saat akhir dia masih kenal semua & masih mampu solat..

 Opah saya jugak pesan, ketika berpantang, pantang betoi2.. kesan dia bila dah tua nanti... lagi satu, opah saya ada jugak bagitahu suruh sapu manjakani kot kalau tak silap dekat bahagian 'aset' kita dekat bawah tu.. fungsi dia, saya dah ingat2 lupa... adehhhh... Opah saya jugak, ajar saya cara bertungku yang betoi.. bagi peranakan kita tu kembali ke tempat asal + taknak bagi buncit.. hihii.. Opah saya siap tunjuk perut dia lagi tau.. memang perut opah saya takda nak menggelebeh ke apa ke.. flat je... heheh... Orang tua2 zaman dulu2 memang banyak petua + dorang betoi2 jaga kan... (",)

Selain dari opah, saya jugak harus bersyukur mempunyai family yang jenis ambik berat bab2 pantang ni + saya pulak memang jenis suka bab2 petua lama2 ni.. hihi.. Paling saya suka, family saya ni jenis yang bila cakap terus buat saya rasa... "Oh tidakkkkkkkkk!!".. (",) Contoh...

Pak Long : Kak yong kena sentiasa pakai bengkung masa berpantang ni.. nak ke nanti perut tu menggelebeh sampai peha berlapik2... (see... sampai ke jantung limpa hempudu kata2 paklong saya tu)

My mum : Duduk betoi2.. kaki lurus ke depan.. awak tu kena jahit banyak, nanti kena jahit lagi sekali padan muka (oh tidakkkk... saya ngeri bab2 kena jahit)

My dad : Kakyong kena rajin bertungku.. jalan slow2... nak guna tandas, guna yang tandas duduk tu.. jika awak nak badan kuat, kena rajin berpantang.. semuanya untuk kebaikan kakyong... kalau sakit, kakyong yang tanggung.. abah dah bagi nasihat... (sungguh saya taknak tanggung lagi kesakitan lepas berpantang... sebab nak sibuk urus family pulak (^_^)

Ini antara kata2 family saya dekat sayalah.. saya memang suka kata2 yang jenis menusuk hati jantung limpa ni.. sebab ianya mampu jadi motivasi dekat saya.. Lagi satu, saya sendiri pun berpegang pada prinsip "SUAMI GEMUK TAKPA... ASALKAN SAYA TAK" (paham2 sendirilah yer kenapa suami saya takpa, saya tak boleh.. suami saya adalah lelaki & saya adalah perempuan)... sejak dari saya belum kahwin lagi... tambah pulak MY DEAR PUN TAKNAK ISTERI DIA GEMUK.. macam sekarang ni katanya dah ok.. (saya memang suka suami yang macam ni... tegur jika saya dah gemuk bcoz my body for my husband..) (",)

Ohya, u all jangan pulak ingat bila my dear kata tak nak isteri dia tu gemuk.. si isteri ni pulak beria bagai berdiet... tidak yer... tidak sama sekali.. seumur hidup saya tak pernah berdiet.. makan tanpa henti adalah.. hihii... saya ni menyusu badan.. nak diet apanya.. hihii

P/s : Bila seseorang menegur sesuatu dekat kita, jika kita pikir positif, positiflah ia.. jika kita pikir negatif.. negatiflah ia... (",).. Tapi lebih baik pikir positif.. barulah pemikiran kita akan maju ke depan... (^_^)

P/s : Hari ni saya akan pergi checkup..so, jejak lambat sikit saya balas yer... (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...