Menu tumis2 untuk anak umur 9 bulan

Kalau sebelum ni saya share 6 resepi makanan baby umur 8 bulan ke atas, hari ni saya nak share 1 resepi untuk anak umur 9 bulan ke atas... Resepi yang perlu kita tumis2... Menu yang kene tumis2 ni, untuk anak usia bermula 9 bulan... hari ni adalah hari pertama Afrina makan makanan yang melibatkan tumis2... Tapi saya pun kurang pasti apa nama menu ni... kalau saya namakan NASI SUP boleh ke?... Ke macam pelik?? Ke NASI AIR?? Apa2 je la... tak reti la saya bab2 nak bagi nama menu ni... janji anak saya makan sudahla...


Saya kalau masak makanan Afrina, mesti kena masak banyak... Mana taknya, Alisha & Aqilah makan jugak... padahal makanan Afrina NO SALT NO SUGAR, tapi kakak2 berebut makan sambil cakap sedap... Maybe sedap yang kakak2 rasa tu sedap dari perasa original bahan2 yang diletak dalam makanan tu.. Kesimpulannya, siapa kata makanan baby NO SALT NO SUGAR tak sedap kan?.. hehhe.. CARA : KULIT KAYU MANIS + BUAH PELAGA + BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH = TUMIS HINGGA WANGI.. LEPAS TU MASUKKAN AYAM & GAUL2... MASUKKAN BERAS & GAUL2 JUGAK LEPAS TU MASUKKAN AIR + LOBAK MERAH + KENTANG... SIAP.. Bau dia macam sup tu la... wangi je bau time masak tu haaa... kalau ada daun sup ke bawang goreng ke... mesti lagi terangkat ni.. heheh

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

4 comments.. read them below or add one

syawalsimpsons syawalsimpsons June 26, 2015
boleh la try akan datang ni..
azizah green line azizah green line June 26, 2015
jijah suka masak2 masa hakimi kurang 1tahun..hakimi suka makan..skrg hakimi xnak makan...rindunya pula..tggu masak utk adik baby pula..ekeke
Shamsiah Abdul Rahman Shamsiah Abdul Rahman June 27, 2015
Assalamualaikum Nasa,
Lama dah K.Sham tak dengar khabar berita.
Apa-apa pun.. nasi air ke.. bubur ke.. K.Sham sudi jer layan kalau sedap dah macam tu.
Shamsiah Abdul Rahman Shamsiah Abdul Rahman June 27, 2015
Assalamualaikum dik,
Maaf.. tapi rasa nyer K.Sham dah silap 'komen'.
Maaf ya.