Jangan bagi makan jika anak SEMBELIT

Bulan puasa ni bolehlah buat entry sampai 2 3 entry sehari... Maklumlah, skip waktu memasak la katakan... tapi walaupun macam tu, kena masak jugak untuk anak2 solehah saya ni, tapi takdalah masak beria, ala kadar je... Hari ni saya nak share dengan u all pasal makanan yang BOLEH DIMAKAN & YANG TAK BOLEH DIMAKAN KETIKA ANAK2 SEMBELIT.. Tak pasti u all dah tahu atau belum, tapi maybe ada yang belum tahu... Saya baca, saya dapat ilmu & saya kongsikan ilmu tu dengan u all...

Ketika anak sembelit, u all kena jauhkan @ lebih baik jangan bagi makanan BRAT IAITU B- BANANA, R-RICE, A-APPLE & T-TOAST... Biasa kalau kita yang dah besar ni sembelit, mesti mencari pisang kan, dengan alasan pisang ni mampu melawaskan kita kan... yup, ia memang betoi untuk kita yang dah besar ni, tapi bagi kanak2, ianya kurang sesuai sebab ia mampu mengeraskan lagi najis anak kita tu... Yang pasal nasi or bubur nasi tu pulak, u all boleh gantikan dengan karbohidrat lain seperti pasta ke spaghetti ke dan lain2 lagi... BRAT ni boleh menyebabkan masalah sembelit anak2 syurga kita ni semakin menjadi2...

Kalau nak anak kita tu cepat ok dari sembelit, u all kena bagi buah yang bermula dengan huruf P dalam bahasa enggeris seperti PAPAYA, PLUM, PRUNE, PEAR, PEACH, PUMPKIN dan lain2.. Ohya, selain dari tu, kalau buah2 yang dimakan dengan kulit pun, boleh membantu jugak tau, contohnya KURMA, KISMIS, BLUEBERRY, ANGGUR, BUAH CERI dan lain2 lagi... Selain dari tu, kena banyak minum air masak.. Lagi satu, bab susu, katanya kalau anak sembelit, susu kena buat pekat, berlainan dengan dewasa yang kena buat cair.. Ini sama kes macam buah pisang tadi jugakla ni... Itu kalau anak SEMBELIT... TAPI KALAU ANAK CIRIT BIRIT pulak, u all kena bagi sebaliknya dari yang sembelit tadi... Alaaa senang cakap camni... 

SEMBELIT = ELAKKAN BRAT TETAPI MAKAN BUAH BERMULA P & SUSU PEKAT
CIRIT-BIRIT = ELAKKAN BUAH BERMULA P TETAPI MAKAN BRAT & SUSU CAIR 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

6 comments.. read them below or add one

syawalsimpsons syawalsimpsons June 30, 2015
info yang baik ni ina...boleh la guna untuk masa akan datang
MizzTina MizzTina June 30, 2015
akak, sy siap praktikkan give BRAT n give P, print sesiap n tampal kt peti ais.. so ingat kalau anak sembelit ke cirit birit ke..
Aimi Muhamad Aimi Muhamad June 30, 2015
perkongsian yang bagus.boleh dipraktik bila melaluinya nanti.
lynndamya lynndamya June 30, 2015
Salam, wah berguna juga info ni..sebab yelah, ingatkan sama penyelesaiannya mcm org dewasa, rupanya tak ya...dan formula tu pulak, senang nak ingat, insyaAllah..thanx! :D
Puan Kutu Puan Kutu July 01, 2015
pernah baca pasal ni..tp betul kan klu sembelit je mak2 kita memang suruh makan pisang