Siapa cakap menu baby ni tak sedap? Siapa cakap menu baby ni asyik sama je? Walaupun NO SALT NO SUGAR, ianya tetap akan jadi sedap, dengan syarat, kita si ibu ni harus KREATIF MEMPELBAGAIKAN MASAKAN... Tak perlu di sua makanan orang dewasa, tak perlu diletak garam & gula dalam makanan anak, ianya masih belum sesuai untuk anak kita yang masih kecil... Untuk Afrina, saya memang excited nak masak macam2, tidak hanya fokus kepada bubur nasi.. Dekat bawah ni saya nak share dengan u all MENU MAKANAN BABY UNTUK UMUR 8 BULAN KE ATAS... masa 6 7 bulan hari tu, malas nak ambik gambar sebab masak puri je kan... Sekarang ni Afrina dah umur 9 bulan & dah ada 2 batang gigi... Ohya, bab2 nama resepi ni, saya main tulis je tau... tak retilah saya nak bagi nama resepi best2.. hahah
MANGGA BER YOGURT
U all boleh kenalkan yogurt dekat anak start umur 8 bulan tau... Nak beli yogurt tu pulak, kena pastikan ianya NATURAL YOGURT + FULL FAT... CARA BUAT : MANGGA MASAK RANUM DIPOTONG DADU + YOGURT...
RESEPI OAT PISANG BER YOGURT
Saya guna instant oat organic, actually yang bagusnya oat yang bukan instant la... tapi time saya nak beli tu, hanya ada yang ni... CARA BUAT : OAT + AIR PANAS... DAH KEMBANG, AMBIK OAT LETAK DALAM BEKAS DITAMBAH DENGAN PISANG YANG DIPOTONG DADU + NATURAL YOGURT.. untuk oat, kalau u all beli, tak kiralah samada ianya organic atau tak, u all kene pastikan ianya ZERO SUGAR tau.. Kata NO SALT NO SUGAR... hihi
PASTA REBUS
Untuk Afrina, saya menggunakan KID'S PASTA ORGANIC.. Kid's pasta ni senang, sebab memang ia dibuat khas untuk kanak2... so, saiz dia lebih kecil... CARA BUAT : REBUS PASTA BILA DAH NAMPAK SETENGAH EMPUK, MASUKKAN LOBAK MERAH + AYAM YANG DIPOTONG DADU..
PASTA BERSOS SAYUR.
Pasta bersos sayur ni memang sedap... Afrina makan memang banyak.. CARA BUAT : REBUS PASTA BERSAMA 2 TITIK OLIVE OIL... UNTUK SOS PULAK, AYAM + BROCOLI + LOBAK MERAH = KUKUS... LEPAS TU U ALL BLEND.. DAH SIAP BLEND, BOLEH TAMBAH AIR SIKIT UNTUK MENGURANGKAN TAHAP KEPEKATAN SOS DIA TU...
BUBUR NASI BERSANTAN @ BUBUR LAMBUK VERSI BABY
Bubur lambuk versi baby ni, memang sedap..!! Time saya buat ni, memang saya buat banyakla... bukan setakat untuk Afrina makan, siap dengan ibu & kakak Afrina pun makan jugak... CARA BUAT : MASAK NASI HINGGA JADI BUBUR, LEPAS TU MASUKKAN AYAM + LOBAK MERAH... BILA AYAM & LOBAK MERAH DAH MASAK @ LEMBUT, MASUKKAN SANTAN...
LEMPENG KURMA
Lempeng ni antara resepi yang mengajar untuk anak pegang makanan sendiri... CARA BUAT : TEPUNG ATTA + PURI KURMA + AIR MASAK = GAUL SEKATA LEPAS TU MASAK ATAS KUALI YANG TAK MELEKAT TU... CARA BUAT PURI KURMA = KURMA U ALL KUKUS LEPAS TU KISAR BAGI HALUS
Cukuplah dulu banyak ni resepi yang saya share, lain kali saya share lagi yer... Moh la kita sama2 sediakan makanan untuk anak2 kita.... Masak sendiri lagi baik dari yang instant di pasaran... InsyaAllah...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"