Bila abah dah takda...

Semalam saya cakap telefon dengan abah saya... Abah saya bagitahulah yang rumah adik lelaki saya dah mula buat hari Isnin baru ni... Ohya, sebelum ni saya ada bagitahu kan yang abah saya upah orang buatkan rumah untuk adik saya... Saya pun tanyalah abah saya, bila rumah tu akan siap, abah saya cakap... sekejap je buat tu, nanti raya haji nak buat kenduri naik rumah sekali la... Lepas tu saya tanya lagi, adik saya nak duduk situ bila... Jawapan abah saya ni yang buat saya tersentak... Abah cakap "abah bagitahu dekat nazren, tak kisahlah dia nak duduk mana pun, abah buat rumah tu sebab senang nanti bila abah dah takda, yen dah ada rumah"... AllahuAkbar... actually abah saya bukan sebut bila abah dah takda tapi sebut word yang biasa kita sebut la kan @ m*ti... Cakap pasal M*ti ni tak boleh sikit saya dengar... mulalah tercucuk hingga ke jantung hati limpa hempedu segala bagai... 


Saya rasa kan u all, abah saya tu sebenarnya risau jugak macamana keadaan adik saya nanti jika dia dah takda... lebih2 lagi dengan keadaan adik saya yang tak sihat tu... abah taknak anak2 dia susah, sebab tu "harta2" yang abah ada, abah dah bagitahu siapa yang punya... Walaupun abah dah tua, masih lagi duk pikir pasal kesenangan anak2.... Seumur hidup saya, rasanya baru sekali saya nampak abah saya menangis... Oh bukan nampak, tapi dengar nada suara abah saya menangis ketika mengaji di pagi raya... itu je sekali, ketika arwah opah saya meninggal pun, abah tak menangis pun u all.... tabahnya abah saya ni... tapi saya tahu bila abah saya bersedih... biasanya abah saya akan duduk bersendirian sambil termenung... Umur abah semakin meningkat, saya takut sebenarnya... takut akan kehilangan... Mak dengan abah saya, sama2 pikirkan pasal anak2 dorang yang dah besar panjang ni... dari kecik duk cakap, abah mak kerja cari duit untuk anak2... Walaupun anak2 dah besar panjang tapi pada mata mereka macam kita ni masih kecilkan...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 10 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof May 13, 2015
sedihnya kita baca...moga Allah sentiasa permudahkan urusan keluarga awk ye..
Sharifah Nadzarah Sharifah Nadzarah May 13, 2015
SEDIHNYE..ABAH U MCM ABAH I..RISAUKAN ANAK2...TAPIIII ABAH I "DAH TAKDE" ZARINA...I NAGIS BACA N3 U..COZ TERINGATKAN ABAH..
Fai Nardir Fai Nardir May 13, 2015
memang tak boleh terima bila org yg kita sayang cakap pasal m*ti ni...
Falsya Falsya May 13, 2015
falsya pun berfikiran mcm mana ina..sedih...xsanggup kehilangan mak ngan abah..;(
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 13, 2015
sedih yui bc.. itula mak abah nk yg terbaik buat anak2nya..
eima eima May 13, 2015
kasih ayah tu sampai ke syurga kan ... sedih
syawalsimpsons syawalsimpsons May 14, 2015
kasih seorang ayah...mmg untuk anak2..walaupun dia susah
azizah green line azizah green line May 18, 2015
kasih seorang bapa..dia nak juga anak dia senang nnt..ada tmpt berteduh.
caliph shuriken caliph shuriken July 18, 2015
sy pun rasa sedih tetiba baca entry cmni...