Apa tips untuk dapat anak lelaki or perempuan?

Saya tahu ramai mereka2 di luar sana yang berusaha untuk dapat anak yang berlainan jantina dari anak2 yang dah sedia ada kan... Memanglah tak dinafikan, bila pregnant, orang tanya "dah scan ke? Jantina apa?"... macam biasa jugak jawapan yang kita akan dengar... tak kisah jantina apa asalkan sihat tubuh badan, cukup sifat & segalanya.... betoi, saya tahu itu tapi betoi tak, jauh di sudut hati kita tetap mengharapkan untuk dapat anak berlainan jantina dari yang dah sedia ada? Contohnya macam sayalah, dah ada 3 orang anak perempuan, mesti saya mengharapkan anak ke 4 nanti lelaki kan.... macam tu jugak dengan ibu2 yang lain contohnya dah ada 3 orang anak lelaki, mengharapkan anak ke 4 perempuan kan.....

Saya ketika anak pertama & kedua, saya tak merancang pun pasal jantina... tak kisah jantina apa... Yang ketiga kononnya naklah merancang @ try apa2 tips untuk dapat anak lelaki... tapi tu la, belum sempat merancang, belum sempat try apa2 tips, udah mengandung dulu... hahhaha.. Time saya nak pergi check dekat klinik, ada jugak tanya doktor, pasal tips nak bagi dapat anak lelaki... time tu doktor cakap "Dah mengandung takda tips... kalau sebelum mengandung bolehla saya bagi tips".... Lepas tu kami pakat2 gelak... Time tu gelak, tapi sekarang saya pikir awatla time tu saya tak tanya doktor apa tips untuk diguna pakai dekat anak no 4 ke kan...

Ada orang bagitahu saya, kalau nak anak lelaki, lepas bersama tu terus pusing ke arah kanan... kiranya mengiring ke arah kanan la kan... Kalau nak anak perempuan kene pusing sebelah kiri la agaknya... U all yang tahu pasal tips nak dapat anak lelaki or anak perempuan ni, kongsi2lah dengan kami ni yer... Manalah tau kot u all dah try & berjaya... Ohya, saya pulak takda tips untuk dapat anak perempuan yer.... Sebab memang tak buat apa2 tips pun, rezeki Tuhan bagi anak perempuan... hehhe... Ye saya tahu, semuanya rezeki yang Tuhan bagi tak kira lelaki or perempuan, tapi tak salah untuk kita jika berusaha kan?... dapat or tak itu lain cerita, yang penting usaha... u all sharelah tips mana nak tau, kot2 lepas ni saya boleh beranak 3 orang anak lelaki pulak... Barulah adil, my dear ada 3 geng, saya ada 3 geng... muahhahhaa... tak beragak kan, dah tua bangka ada hati nak tambah 3 orang anak lagi.... Eh, sayakan pencinta anak ramai.. ;p

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Apa tips untuk dapat anak lelaki or perempuan?

{ 8 comments.. read them below or add one }

eima eima May 18, 2015
http://mysweetzlife.blogspot.com/2011/01/salah-1-tips-menentukan-janitina-anak.html

mai baca kat sini
aku berjaya ... alhamdulillah
azizah green line azizah green line May 18, 2015
tips yang ada kt blog jijah:
-lau nak anak lelaki, air mani lelaki hendaklah di pancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan
-lau nak anak perempuan, air mani perempuan hendaklah di pancutkan atau ke kemuncak dahulu, kemudian tidurlah mengiring ke kiri.

lagi 1..
-isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali..inshaaAllah anak lelaki..

so jijah dah cuba utk anak lelaki..alhamdulillah berjaya :P
tinggal nak pompuan pula ni

http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2014/09/cara-merancang-anak-lelaki-atau.html
indah hiasan indah hiasan May 18, 2015
tips baik neh..hehehehehhee
mummy_ayu mummy_ayu May 19, 2015
Ayu..masa nak pregnant kali kedua tu..memang rancang nak anak perempuan. jumpa doctor family kami and tanya dia..kebetulan..dia pun baru dpt anak perempuan..lepas 3 boy. and dia share la petua dia kena guna perkiraan hari subur.

contoh..hari subur kita..hari ke 13,14, 15 dlm kitaran 30 hari..
kalau nak anak perempuan..bersama sebelum hari subur.
kalau nak anak lelaki pula..bersama pada hari subur.
mcm tu la..
alhamdulillah..ayu try and dapat la Iris..
:-)
aryan azra aryan azra June 03, 2015
akak anak pertama dan kedua lelaki..untuk anak ketiga memang teringin nak gigirl..alhamdulillah...dapat juga, memang awal2 mengandung akak baring sebelah kiri je,sebab kata ustaz kalau nak anak perempuan awal2 tu tido mengiring ke kiri, selebihnya doalah pada Allah...akak memang doa sesungguh hati siap nangis2 lagi...haiii malu pulak bila ingat tp ye la pada sapa lagi kita nak minta kalau bukan pada Allah kan..
Masya Masya June 24, 2015
saya pun xtau ina.. tp bab mengiring² tidur ni kawan sy cuba tak berjaya muahahaha ...

rasanya lbh pada faktor pemakanan kita kot, sbb makanan tu salah satu jugak penghasilan ovum dan sperma kan ... kalau tak silap kalau nak anak lelaki banyak makan makanan bergaram .. macam sayur² masak lemak, lebihkan makan seafood cam ketam , lala, kerang. Kalau tak silaplah macam pernah baca.. kot salah ampun ye ...
Masya Masya June 24, 2015
saya pun xtau ina.. tp bab mengiring² tidur ni kawan sy cuba tak berjaya muahahaha ...

rasanya lbh pada faktor pemakanan kita kot, sbb makanan tu salah satu jugak penghasilan ovum dan sperma kan ... kalau tak silap kalau nak anak lelaki banyak makan makanan bergaram .. macam sayur² masak lemak, lebihkan makan seafood cam ketam , lala, kerang. Kalau tak silaplah macam pernah baca.. kot salah ampun ye ...
ummu khayla jual vitamin ummu khayla jual vitamin September 13, 2015
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.