Umur sesuai untuk guna buku Bacalah Anakku @ kaedah fonetik

Tadi saya dapat komen dari Mila Hilas di entry pembacaan Alisha @ kaedah fonetik.. Berkaitan berapa harga buku bacalah anakku, di mana nak cari & sesuai untuk umur berapa...



Buku BACALAH ANAKKU ni dah lama saya beli, tahun 2013... nampak tak? punya lama saya buat pekasam... tahun 2015 baru terhegeh2 nak guna... Time tu saya beli sebab ada offer dari harga RM36.90 jadi RM29.55... Buku ni saya beli di kedai buku hasani... kalau u all nak, bolehla cari di kedai buku berdekatan... tapi tak semua kedai buku ada jual sebenarnya.... Kalau tak pun, u all boleh beli direct dengan pengedar dia di WEBSITE ReadNetwork.. lagi senang... Kalau u all nak tengok yang paker A-Furqan @ ajar anak mengaji pun ada... baca di entry PAKEJ AL-FURQAN & BACALAH ANAKKU.. Harga sekarang tak pastilah pulak saya....
Usia berapa yang sesuai guna buku bacalah anakku ni? Saya pernah tanya soalan yang sama dekat fanpage ReadNetwork masa tahun 2013 dulu.. kalau ikutkan komen dari pengedar buku tu, katanya di usia 3 tahun ke atas... 


Katanya kalau bawah 3 tahun, buat aktiviti persediaan membaca.. ajar bunyi huruf... Tapi nak lagi bagus & nak lagi paham, bagi anak dengar lagu abu ada ayam... Selain tu jugak, u all klik link sebelah ni untuk lebih banyak idea katanya.. http://cepatmembaca.blogspot.com/search/label/Rangsangan%20Kesediaan%20Membaca%202-3%20tahun.. tapi saya tengok usia tak sampai 3 tahun pun dah ada yang ajar... so, bagi saya bergantung pada anak2... tengok penerimaan anak2... Lagipun kaedah fonetik ni, bukannya kita nak kene hadap buku tu je... kita jadikanlah pembelajaran tu lebih menarik... Nak tahu apa cara yang menarik?? Tengok di blog pengasas buku bacalah anakku ni...


Untuk u all lebih mudah paham lagi pasal bunyi2 setiap huruf tu, tengok video atas ni... tengok bibirnya camne, gigi & lidahnya camne untuk mendapatkan bunyi yang betul.

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 7 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons May 14, 2015
adoi lama tak dengar kedai buku hasani ni....sue kenai hasani ni kat SP je tau...sejak zaman kecik lagi...still ada lagi erk hasani ni....kat sini tak da hasani bagai ni...ooohhh windu ngan SP
syawalsimpsons syawalsimpsons May 14, 2015
ina boleh belikan untuk sue tak...kikikikki
Puan Kutu Puan Kutu May 14, 2015
nti kena order lagi bagi cukup set.hehe
Mila Hilas Mila Hilas May 14, 2015
trm kasih sis..siap buat entry khas hehe...so sesuai la klo bli utk Arfan sbb dia skrg ni mmg minat nak belaja.. hehe
Diana Rashid Diana Rashid May 14, 2015
macam2 cara boleh guna untuk ajar anak membaca..kan??bagus la..zaman kita dulu memang semata2 harp kat cikgu ajar di sekolah je..sekarang ibu bapa juga berpeluang ajar anak sejak kecil lagi dengan teknik2 yang bagus dan dah tentu berkesan.
lia ummiirfan lia ummiirfan May 14, 2015
saya ade buku ni tapi anak saya start baca umur 5 tahun.. ngeee..
azizah green line azizah green line May 18, 2015
kak ina nak!! nak bagi hakimi belajar laa