Berpantang selepas besalin ni best ke ek?..Ada orang kata best ada pulak kata tak... yela, selama 40 or 44 hari kita harus berpantang, Nak habiskan tempoh tu rasanya macam terlalu la lambat masa berjalan kan.. macam saya ni lagi la, berpantang di bulan syawal, haa ambik kau... lemang ke mana, ketupat ke mana, rendang ke mana... perggh dugaan betol la time tu..huhu tapi kerana nak jaga kesihatan + kecantikan (cewahhh) punya pasal, saya tepis la jugak semua dugaan tu..hahha tapi kan, kadang2 saya rasa time berpantang tu adalah time yang best sebab kita tak payah buat kerja apa pun, semua orang sediakan..hihii..
Tapi kan, sebenarnya masa berpantang tu la, saya memang betul2 berpantang sebab saya takut saya akan g***k & takut tak dapat berat badan asal, lebih2 lagi, opah saya & pakcik saya & makcik saya duk takut2kan saya kalau saya tak jaga badan time berpantang, nanti perut saya akan buncit & menggelebeh... Oh tidakkkkk!!!!! Thats y la, saya rajin berbengkung time berpantang..
Lagi pun saya nak buktikan dekat kawan2 saya yang saya boleh maintain kan badan saya walaupun dah ada anak... Emmm tu pun pasal dulu sebelum saya kawen, saya bagitahu la membe2 yang saya lepas kawen tak kerja, jadi suri rumah je, dorang boleh kata nanti saya akan jadi gemuk, kira body dah tak cantik sebab dah takda standard, duk umah je kan... saya sangat2 la tak suka dorang kata gitu, sampai sekarang saya ingat.... saya akan sentiasa jaga penampilan saya, biar walau pun anak dah segerabak keretapi ( ramainya anak saya,haha ) tapi body tetap cun...muahahhahahhah... lagipun my dear tak suka saya g***k..
Bagi saya la kan, kita ni sebagai perempuan, walaupun dah berkahwin, penampilan sentiasa kene jaga.. Oit, lelaki boleh kawen 4 tau.. *sigh*.. so, kita kene la jaga penampilan di samping perkara2 lain.. Ohya, *perut* dia pun kita kene tawan jugak, tu orang2 tua cakap la...hihihii semua tu untuk husband kita jugak kan... ;-)
Berbalik kepada cerita berpantang tadi, so, kita sebagai wanita ni rajin2 la berpantang sebab wanita yang rajin berpantang ni dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.. Ingat tu... ;-)
P/s : Kerana saya betul2 berpantang & dengar cakap family, saya dah boleh dapat berat badan asal dalam tempoh 22 hari selepas bersalin, 51kg tapi sekarang dah 48kg.. huhuu
P/s : Kerana saya betul2 berpantang & dengar cakap family, saya dah boleh dapat berat badan asal dalam tempoh 22 hari selepas bersalin, 51kg tapi sekarang dah 48kg.. huhuu