Adik saya & isteri dia


Hari Sabtu baru ni, saya & family pergi ke Teluk Batik.. Adik lelaki saya pun balik rumah parent saya jugak masa tu.. So, kami bawak dia sekali ke Teluk batik... Pergerakan adik saya terbatas la sikitkan.. Lagipun adik saya naik kerusi roda.. Nak dijadikan cerita, ketika kami melepak tu, adik saya nak cakap sesuatu dekat isteri dia.. sambil2 cakap, sambil tangan adik saya ni menaip di telefon untuk memudahkan lagi kami tahu apa yang ingin adik saya sampaikan... Tau apa yang adik saya tulis?? Ayat dia berbunyi macamni, "Nasib abang baik, putus dengan orang Terengganu".. lepas adik saya tulis macam tu, terus adik saya menangis....

Alahaiiii tiba2 adik saya terharu la plak... terharu dengan layanan isteri dia... maybe adik saya rasa rendah diri dengan keadaan dia yang berkerusi roda tu... Tapi isteri dia tak kisah pun dia macam tu... Layanan tetap jugak sama.. Tetap jugak bawak dia ke hulu ke hilir... takda nak rasa malu2 or segan dengan orang ramai.. Adik ipar saya ni kiranya tetap jugak melayan adik saya seperti biasa, bergurau senda... memang saya salute la dengan ketabahan adik ipar saya nih..!! Perasaan dia dekat adik saya tak pernah berubah... Walaupun adik saya berkerusi roda, tapi di mata dia, adik saya tetap jugak handsome (^_^)

Ohya, berbalik kepada apa yang adik saya tulis tu... Actually sebelum adik saya kawin dengan isteri dia, adik saya bertunang dengan orang Terengganu... Ini perancangan keluarga sedangkan waktu tu adik saya couple dengan isteri dia ni... Tapi adik saya bertunang tak lama sebab tiba2 bekas tunang dia tu senyap camtu je.. mengelak dari adik saya, puncanya kami semua tak tahu... Kuatnya jodoh adik saya dengan isteri dia... akhirnya mereka kawin jugak... Perancangan Tuhan adalah yang terbaik..!! Moga adik saya & isteri dia kekal bersama hingga ke jannah...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 13 comments.. read them below or add one }

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) May 07, 2015
Alhamdulillah.. sudah semakin baik Adik IB ni..
Jodohnya sudah tertulis dgn isterinya ini..
Nieyl Nieyl May 07, 2015
Singgah petang...
Cantik perancangan Allah..:)
Myra Jay Myra Jay May 07, 2015
Salite jugak dengan adik ipar Ina.. tetap setia tetap menyayangi suami dia aka adik ina walau dlm keadaan apa skalipun..
Smoga ikatan mereka berkekalan.. aminnn
Delimasari Delimasari May 07, 2015
kuat jodohnyer - semoga hingga ke Jannah
aizamia3 aizamia3 May 07, 2015
Betul.. betapa indah perancanganNYA.. dan moga kekal bahagia buat adik Ina dan wife beliau.. juga moga kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian.. amin.
Ibu Lala Ibu Lala May 07, 2015
Apa yg Allah bg kat kita itu la yg terbaik utk kita.
CikSiti CikSiti May 07, 2015
moga dpermudahkan..mesti adik awak byk berfikir kan..

Eh kami pon kat Teluk Batik Sabtu sampai Isnin hari tu.
syawalsimpsons syawalsimpsons May 08, 2015
perancangan allah swt tiada siapa yang tahu kan...alhamdulillah....
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 08, 2015
susah nk jumpa adik ipar mcm tu kak..tbhnya dia..alhamdulillah..
azizah green line azizah green line May 08, 2015
tu la..sebaik2 rancangan Allah..Alhamdulillah jodoh dah tertulis..moga ke jannah!