Ugutan yang berbaloi..

Aqilah sekarang dah FREE DIAPERS SEPENUHNYA... Kiranya pagi petang siang malam, duk rumah ke keluar jejalan ke, memang dah tak pakai pampers la kan... Cumanya sebelum ni, tau tak, anak solehah Aqilah ni jenis yang sukaaaaa sangat tahan kencing tau... Misalnya dia tengah main2, dia rasa nak terkencing tapi dia taknak pergi tandas, duk terkepit-kepit... last2 terkucil dalam seluar... Banyak kali terjadi kes macam ni hokey..! Sambil cuci air kucil dia tu sambil mulut saya berleter... ahhaha...

Sampailah satu hari tu, saya ugut Aqilah... "Kalau Aqilah kencing merata lagi, ibu kurung Aqilah dalam bilik mandi!"... Senang, nak tahan sangat kan? terkucil pun terus je dalam bilik mandi... Time tu saya cakap je pun, bukanlah nak buat betoi2... Sambil2 saya ugut tu, saya cuci dekat tempat yang dia kucil tu... Time tu jugak, Aqilah nak keluar dari bilik mandi... Saya macam tegaskan nada suaralah bagitahu jangan keluar, duduk je dalam bilik mandi sebab nak sangat kencing merata... Aqilah duk ulang cakap taknak duduk dalam bilik mandi la kan... Saya ni tak bagi dia keluar sebab saya belum bersihkan dia lagi... tu yang tak bagi keluar... tapi pada Aqilah maybe saya tak bagi keluar tu sebab dia dah kencing merata la agaknya... Bila saya dah siap cuci badan dia, saya bagilah dia keluar tapi dengan syarat, tak tahan kencing dah... rasa nak kencing terus kena masuk tandas....

Sangat ajaib hokay.. Sejak dari tu, terus dia tak tahan kencing dah... Nak kencing ke nak beyak ke, terus dia masuk tandas... Good job sayang..!! Kadang2kan, saya saja2 cakap dekat Aqilah.. "Aqilah tak pakai pampers dah ke? Aqilah dah besar?"... Aqilah cakap "Kecik"... Hahhaha nak jugak dia tu kecik lagi... Apa2 pun saya bersyukur sangat2, sebab Alisha & Aqilah, dua2nya FREE DIAPERS sebelum umur 3 tahun... Rasa berbaloi sangat saya duduk rumah boleh ajar anak itu ajar ini... So, sekarang target untuk Aqilah just nak bagi dia mengenal huruf je la... Tapi InsyaAllah untuk Aqilah akan terus ajar kaedah fonik la... Tapi bukan sekarangla agaknya... Dia tak pandai cakap terus lagi... ajar sekadar seronok2 bolehla... itupun dia yang nak belajar sebab dia duk tengok Alisha belajar... Target untuk Alisha, at least sebelum tarikh lahir dia bulan 9 ni @ 5 tahun, dia mesti dah pandai baca walaupun mengeja.. Apa yang saya buat, apa yang saya cakap, apa yang saya tulis, apa yang saya pikir semuanya adalah doa... so, baca entry saya dengan pemikiran yang positif... tak terdetik untuk berlagak atau pun riak...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Cik Jelita Cik Jelita May 26, 2015
Ala comel je ckp kecik lagi ea...good luck mama!
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 26, 2015
hehe mcm tu la aqilah..bgus2..
azizah green line azizah green line May 27, 2015
good girl aqilah! good luck ibu ina..anak2 akak pasti boleh :)
sue zainun sue zainun May 29, 2015
good girl aqilah..hehe..
bab ajar anak free diapers mmg menguji kesabaran..sama mcm si azzalia la, selalu beno terkucil, tambahan pula dia kuat minum susu..berbelas botol sehari..tp lama2 dah biasa, time tidur dah tak terkuncil, akan terjaga sendiri dan ckp nak kencin..hihi alhamdulillah cukup2 2 tahun free diapers..jimat skit duit :p
aryan azra aryan azra June 03, 2015
bagus ina...kita kena ada target utk anak2 juga kan,bagus ina nak bagi aqilah boleh baca..akak ni anak yg sulung 6 tahun, membaca boleh tapi mengeja tak boleh lagi,macammana tu? kena gigih lah akak berusaha mengajar anak2 ni