Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Ekzema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekzema. Papar semua catatan

Anak alahan dengan telur?

Biasanya telur ni salah satu yang boleh buat anak alahan.. Macam anak saya, alhamdulillah dorang takda alahan dengan telur, penggemar telur adalah.. hihi.. Opsttt tapi macam Aqilah, dia alah dengan kacang, walaupun kacang tu saya yang makan, tapi sebab dia menyusu, so, badan2 terus naik ruam2... Macam Alisha pulak dia alah dengan udang.. Alisha kan ekzema.. mulalah jadi gatal2..


Kalau dulu saya buat entry Alisha suka telur, kali ni, Aqilah pulak.... 2 bijik sekali makan


Nampak dek kakak, kakak cukai dengan adik sikit.. pastu tak cukup, ibu kene rebus lagi... Sekarang kalau masak, kene bahagi 2, sebekas untuk kakak, sebekas untul adik.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha sukakan rumpai laut warna ungu

Saya dah rasa rumpai laut warna kuning, warna ungu & warna hijau.. bagi saya warna ungu adalah yang paling kuat bau.. hanyir tau.. Lepas je saya makan, terus minum air... tapi paling dasyat, bila sendawa, dalam mulut ni dapat rasa rumpai laut tu... hahha.. hanyir.. Ohya, saya makan macam tu je tau.. malas nak letak perasa bagai.. kikikiiii... tapi hanyir2 pun, saya tetap telan jugak... kata nak bagi my dear tengok tak kelip2.. (^_^)

U all tahu kan, alisha pun makan rumpai laut.. nak cite kat u all, alisha ni makan rumpai laut ungu tu seolah2 macam sedap sangat.. bayanglah, saya dah bagi dia setengah sudu besar.. pastu, dia boleh pulak g ambik sudu & cakap kat saya "Bu, nak kit gi" @ "Ibu, nak sikit lagi"... tak cukup dengan tu, rumpai laut yang saya letak dalam mangkuk untuk buat masker tu pun dia boleh ambik makan... amboiii... anak saya.. bukan main lagi.... 

Saya tak tahu apa yang alisha rasa bila makan rumpai laut warna purple tu.. saya yang makan ni siap sampai menahan nafas.. tapi dia releks je.. hahhah... Saja tau alisha ni.. nak buat malu saya la tu.. hihii.. Ohya, untuk pengetahuan u all, alisha pun makan rumpai laut tu camtu je yer... takda nak campur2 dengan air or perasa or lepas makan terus minum air.. tapi dia selamba je makan macam makan puding pastu terus g main.. (",)

Alhamdulillah jugak kulit Alisha banyak perubahan.. dah kurang nampak dia menggaru + parut2 ekzema tu pun ada sikit2 je lagi

P/s : Kalau u all nak rumpai laut warna hijau, KLIK SINI


Wajah budak 2 tahun 6 bulan selepas 3 hari bersama PURE MARINE COLLAGEN (PMC)

Sayalah budak 2 tahun 6 bulan tu.. hihii

Ni gambar Alisha pagi semalam tau... Nak tunjuk dekat u all, nampak tak perubahan bintik2 merah dekat dahi Alisha tu.. dah makin kurang selepas 3 hari makan PMC & 2 hari sapu PMC dekat muka.. Untuk pengetahuan u all, Alisha makan 2 kali sehari PMC & sapu dekat muka @ jadikan mask, sekali sehari... Alhamdulillah, dekat muka makin kurang...

Ohya, semalam saya ada gtau u all yang saya sapu PMC dekat 1 badan Alisha kan.. tapi Alisha jadi tak selesa kot... dia makin kerap plak menggaru dekat badan.. so, saya sapu minyak kelapa dara dekat badan dia.. seperti yang dicadangkan oleh Azni.. Alhamdulillah takda menggaru dah... (",).. Harap2 gatal2 akibat ekzema ni cepat2lah hilang... janganlah berparut.. (",)

Nak tengok wajah Alisha hari pertama & kedua penggunaan PMC, KLIK SINI

P/s : Alisha pakai baju yang dihadiahkan oleh Noen 

Alisha diserang EKZEMA satu badan..!!

Kesian sungguh saya tengok alisha.. duk tergaru2... doktor kata alisha kene ekzema.. dah 2 minggu kot jadi camni... sekarang ni makin teruk.. satu badan jadi kasar.. berparut.. yela, dia duk garu.. sian sungguh saya tengok... Sape yang ada pe2 inisiatif untuk ekzema ni, kongsilah dengan saya yer... risau tengok makin melarat... jumpa doktor pun tak jadi pe...

 Alisha tengah makan tapi saya ambik gambar.. (",)


Nampak tak yang bintik2 hitam tu... actually dia jadi hitam sebab bintik2 tu dah kering.. dah tak merah2... Yang putih2 tu, bukan bedak tau tapi lotion apa ntah doktor bagi suh sapu.. lupa lak nama dia


Ni pulak kat belakang lutut dia.. kalau u all nak tahu, belakang badan dia lagi banyak tau jadi camni... Apa nak buat ye u all??.. Karpet kat umah terus saya buang... malas nak berkarpet bagai lah... duk atas lantai lagi bagus... hihii

PMC tu boleh membantu tak dalam masalah ekzema ni ek?.. Alisha sekarang tengah makan vitamin c jutgak untuk pulihkan kulit dia tu...

Info Ekzema

Dekat entry sebelum ni saya ada bagitahu u all yang alisha dah kene EKZEMA kan.. so, saya adalah search maklumat tentang ekzema ni.. Sekadar  untuk tambah pengetahuan saya & tak lupa jugak untuk pengetahuan u all.. saya tempek maklumat tu dekat sini (",)...

EKZEMA DEKAT ALISHA NI BARU NAK MENJADI.. BELUM SAMPAI TAHAP TERUK.. TENGOK GAMBAR "KEGATALAN" ALISHA TU DEKAT SINI

Apa penyebab ekzema?
 
1) Keturunan.
2) Alahan
3) Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
4) Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apakah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

1) Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
2) Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
3) Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

1) Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
2) Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
3) Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
4) Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk
penyembuhan.


Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

1) Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
2) Elakkan mandi air panas/suam.
3) Elakkan memakai baju berlapis-lapis
4) Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
5) Elakkan dari fabrik yang kasar.
6) Jangan gunakan sabun apabila mandi.
7) Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
8) Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...