Opssttt jangan salah faham yer.. "bertekak" yang dimaksudkan bukanlah sampai bermasam muka or baling periuk belanga tapi sekadar bertekak suara untuk memeriahkan suasana di dalam rumah.. muahahhah
Saya ada kenangan pasal satu masakan ni.. teringin nak cerita dekat u all.. hihii.. satu hari tu, saya masak ayam, tapi tak tahu nak namakan masakan tu apa.. letak sos tiram "ala2 masakan cina".. malam sebelum saya masak lauk tu, saya bagitahulah my dear, "esok nak masak ayam yang selalu masak tu, tapi nak letak cendawan pulak" *dah 3 4 kali jugak saya masak "ala2 masakan cina" ni*
Esoknya, my dear balik lunch tanya saya,
My dear : "Masak apa ni, tak sedap, kata nak masak lauk ayam yang selalu masak tu"..
Saya : "Ini yang selalu masak la jugak ni tapi dah ubahsuai tambah cendawan"
My Dear : "Lainkali tak payah letak cendawan, tak sedap langsung.. sapa nak makan ni, dahlah masak banyak"
Saya : Diam...
My Dear : "Dari dekat pejabat lagi abang teringat ina nak masak ayam kegemaran abang.. balik2 rumah, lain pulak"
Saya : "Ina try je, kalau letak cendawan apa jadi.. kalau macam ni, lepas ni, ina masak tak letak la cendawan"
My Dear : "Mana cabainya??" (sambil membelek2 lauk tersebut)
Saya : Terpinga2, bila masa pulak lauk "ala2 masakan cina" ni letak cabai... "Abang ni cakap pasal lauk kegemaran abang yang mana sebenarnya ni?"
My Dear : "Yang ada letak cabai tumbuk & sos tiram tu la"
Saya : "Hahahaaa itu masakan lain... jadi kita berdua ni yang duduk bertekak ni, rupanya abang cakap pasal masakan lain ina cakap pasal masakan lain la ek" hahaaaa
Penat kami bertekak sampai my dear makan sikit je saya masak hari tu.. huhuu.. U all nak tahu tak apa masakan yang jadi kegemaran my dear tu... Tengoklah gambar dekat bawah ni.. hihii
Hitam bukan sebarang hitam tau.. kerana lauk ni la... saya bertekak dengan my dear... Kebetulan pulak hari ni, saya masak lauk ni.. tu yang terkeluar entry kenangan pasal lauk ni.. hihii.. Ohya, tadi time my dear makan, my dear cakap "Abang memang terbayang dah lauk ni, teringin nak makan, nasib ina masak.. Dalam banyak2 lauk ina masak, inilah lauk yang PALING SEDAP" muahahhaaa ;p
Lauk ni sangat simple cara masak tapi sedap (my dear yang cakap).. Tak tahu nak cakap apa nama masakannya tapi selepas dari kami "bertekak" kami membuat keputusan lauk ni dinamakan "Lauk yang abang suka"... so, lepas ni, nak elakkan salah faham, kalau my dear nak makan lauk ni.. my dear akan cakap "Masak lauk yang abang suka"... muahahahahaa ;p
Thanks to Mr Google
P/s : Lainkali saya cerita kenangan saya & sambal belacan pulak.. lagi vogue tau.. muahahhaha tapi tunggu la menu masakan saya ada sambal belacan, baru boleh up sikit sambal belacan tu... ;p