. Minggu lepas saya berada di rumah perent saya dari hari Isnin sampailah hari Sabtu.. Best jugak balik kampung lama2 ni.. hihii Tapi tu pun sebab my dear ada kursus dekat Sungai Buloh..
Apa yang saya nak cerita dekat u all ni pasal si alisha ni selama duduk dekat kampung, asyik merengek je.. makan pun tak nak.. Saya ni ingat ke dia tak nak makan pasal tak suka dengan bubur nasi yang saya sediakan.. yela, dekat rumah parent saya ni, guna beras Faiza Taj Mahal.. dahlah beras tu takda kanji.. selama ni alisha makan beras Jati..
Pasal alisha asyik merengek tu pulak, saya ingatkan pasal dia pedih punggung ke.. yela, time tu, tiba2 pulak punggung dia macam ada bintik2 kecik tu.. alaa saiz lebih kurang macam jerawat.. Salah saya la sebab pergi sapu krim dekat situ.. tu yang jadi macam tu..Tapinya bila saya mandikan alisha or sentuh2 bintik tu.. alisha ok je.. tak nangis pun.. huhh!! Runsing saya memikirkan punca alisha taknak makan & merengek je..
Bila saya balik Sungai Petani barulah saya tahu rupa2nya, Alisha dah TUMBUH GIGI lagi... hihii... Patutlaah dia asyik merengek & taknak makan.. rupanya sakit pasal nak tumbuh gigi atas... Sian anak ibu.. patutlah merengek.. dia nak bagitahu tak reti.. si ibu ni pulak tak faham apa maksud tangisan dia tu.. huhuu.. So, alisha sekarang ni dah ada gigi atas di bahagian depan.. hihiii
Senyuman alisha yang menayang gigi bawahnya.. hehheh