Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label my mum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my mum. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mei 2013

MAIXARA C-SENTIAL hadiah dari my mum


Masa saya balik mengundi baru ni, mak saya bagi MAIXARA C-SENTIAL dekat saya.. time tu dekat umah mak saya ada 3 kotak.. pastu mak saya cakap "nanti kakyong ambik la sekotak"... Saya pun apa lagi, terus la ambik.. hahhaha... Nak beli sendiri, duit tak berapa nak ramai... seratus lebih tu sebotol...

Nanti2 saya cite apa kesan dia yer.. bukan apa, seminggu pun lum sampai lagi saya guna produk ni.. hihi... Ohya, untuk pengetahuan u all, MAIXARA C-SENTIAL ni mengandungi VITAMIN C, COLLAGEN & GLUTATHIONE.. MAIXARA C-SENTIAL ni guna kolagen sisik ikan talapia.. Rasa dia memang sedap.. rasa strawberry (',) 




tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 24 April 2013

Dah ada rantai leher sorang satu

Hujung minggu baru ni, my mum datang umah saya tau.. Saja jejalan jumpa cucu dia.. Nak tau tak, Alisha dapat rantai leher dari opah kesayangan dia tu... Seronok alisha.. Ibu & abah alisha lagi seronok sebab jimat duit.. kikikiii.. Actually, rantai leher tu, bukannya yang baru tau.. tapi my mum cakap dia sendiri pun dah lupa tu rantai leher saya or adik saya.. banyak sangatlah tu.. (",)

Untuk pengetahuan u all, my mum memang suka beli barang kemas... Dari kecik lagi kami dibiasakan dengan barang kemas.. orang Terengganu la katakan... Mokcik2 yang jual sayur kat pasor tu lagi besor2 barang kemas dia..!! Thats y saya pun suka barang kemas... Dapat pulak suami pun yang memang suka emas.. jatuh plak dekat anak pun suka.. hambikk.. satu family minat emas... kikikii


Aqilah dapat rantai leher yang kakak dia guna sebelum ni je.. hahha.. Jadilah dari takda langsung.. (",) Tunggu umur setahun lebih ke or besar sikit.. bolehla tindik telinga Aqilah pulak..


Tu diaaa.. kakak Alisha bergaya dengan rantai leher baru.. Rantai leher gila-gila... (",) Alisha sebagai cucu sulung beruntunglah... Dapat subang, cincin & rantai leher.. semuanya opah dia bagi.. hahhah... Yang abah dia beli..?? Tuuu.. yang Aqilah pakai.. itulah yang my dear beli... (",)

Lepas ni nak berangan rantai tangan & gelang tangan plak sorang satu.. tahun bila tak tahulah.. berangan dulu.. dari berangan tu baru jadi kenyataan walaupun bertahun2 baru tercapai.. hihii.. Apa2 pun, thanks dekat my mum..!!

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 27 Mac 2013

Alisha dah pandai bawak motor besar


Fuyoooo Alisha bawak moto besar... hehhe.. Ni kat umah adik saya lah ni.. Adik saya beli khas untuk budak2 yang datang umah dia.. Tau tak, Alisha ni takut dekat Pak Ngah dia tu.. bila pakngah dia tu ada kat rumah, dia tengok je motor tu.. tak naik pun.. tapi bila pak ngah kuar umah... tu diaaa.. habis satu umah dia pusing bawak moto.. hihii

Alisha bukan main suka naik moto ni.. Opah kesayangan Alisha tu, siap dah suruh adik saya belikan satu untuk Alisha.. tapi belikan motor yang sesuai dengan perempuan la kan... Ibu Alisha ni yang excited dengar... hahahh.. Tak sabar nak tengok motor Alisha pulak... hihii... Cucu my mum hanya Alisha & Aqilah je.. tu yang my mum duk perabih duit kat budak berdua ni jer... (^_^)

Ohya, motor macam dalam gambar atas ni.. Adik saya beli dengan harga RM100++ tau.. dia beli kat Betong.. katanya kalau kat Malaysia ni, harganya RM200++.. Adik saya duk kat Pengkalan Hulu so, dekatlah dengan Betong kan...

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 19 Mac 2013

Baik @ buruk, ia adalah yang terbaik untuk kita

Sebelum tu, untuk pengetahuan u all, adik saya ambik STPM tau, semalam kuar result tapi kurang memuaskan tapi masih lagi lulus la.. Entry ni saya tulis untuk adik saya... saya tahu dia akan baca.. Saya nak dia tahu apa je yang dia sedang lalui adalah yang terbaik untuk dia!! Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika apa yang kita dapat tidak sebaik yang kita ingini... Yap, memang apa yang kamu pilih sebelum ni tu disebabkan oleh insan yang lahirkan kamu di muka bumi ni yang suruh.. so, kamu terpaksa ketepikan minat kamu... 

Tapi satu ingatan saya untuk kamu, jangan sesekali cakap "jika kamu pilih haluan yang kamu ingini sebelum ni, kamu takkan jadi macam ni"... Siapa cakap?? Tuhan tu adil.. apa yang Tuhan rancang adalah yang terbaik!! Tuhan dah gerakkan mak suruh kamu ambik STPM walaupun pada masa tu kamu dapat offer dengan course yang kamu minat...

Please hokay.. nak berjaya, pemikiran harus positif..!! Apa bukti yang boleh mengatakan jika kamu masuk IPT sebelum ni kamu akan dapat result yang bagus berbanding ambik STPM??? Pikir positif... Maybe Tuhan tak aturkan kamu untuk masuk IPT selepas SPM disebabkan kamu masih mentah, disebabkan kamu belum bersedia untuk berjauhan dengan family.. so, Tuhan aturkan kamu ambik STPM dulu, duduk dekat dengan family dulu.... 

Tak mustahil pun, kalau kamu pilih terus masuk IPT lepas SPM hari tu, kamu akan sentiasa suruh parent datang tiap2 minggu... ntah2 cakap nak balik rumah terus... Saya bukan cakap kosong, tapi kamu ingat tak, 2 kali perkara yang sama terjadi, kononnya kamu nak duk asrama masa sekolah menengah, tapi last2 apa yang jadi?.. kene buli... menangis..... nak balik... tiap2 minggu parent g tengok... last2 tukar sekolah dekat dengan rumah... See???????!!!!

Be positive hokay!!! Jangan nak salahkan ibu kamu... Percayalah, satu hari kamu akan cakap "Nasib baik dulu mak suruh saya ambik STPM"... Apa2 pun sekarang, apa je course yang kamu nak ambik lepas ni, belajar rajin2... pikir balik kenapa STPM kamu tak dapat result yang bagus...  maybe banyak tidur ke... maybe kurang study ke... apa2 je la... Ingatlah sayang... jika nak berjaya... Pemikiran harus positif & jangan sesekali salahkan orang lain.. tapi salahkan diri sendiri.. InsyaAllah kita akan makin matang & makin maju ke depan... (",)

P/s : Jika sudi, u all pun boleh bagi kata2 motivasi naikkan semangat adik saya (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 13 Mac 2013

Betoi2 sayang opah nampaknya...

Alisha ni rapat betoi dengan opah dia.. U all bayanglah, 3 malam saya duk Chemor, 3 malam jugaklah dia tidur dengan opah.. saya ajak dia tidur dengan saya, dia tak nak.. so, saya tidur berdua je lah dengan Aqilah... (",).. Bukan setakat tidur malam,  tidur siang hari pun, kalau opah dia tak g keje, dia nak jugak tido dengan opah dia tu.. takda opah, pandai pulak tidur sorang2 depan TV.. hihiii

Alisha ni, suka menangis tau tengah2 tidur tu.. macam mengigau pun ada.. bila tidur dengan opah, opah dialah yang tepuk @ dodoi dia balik nak bagi dia tidur semula.. (^_^) Lagi satu, mana opah dia pergi, dia nak ikut.. opah angkat baju pun nak ikut.. opah masuk tandas pun nak ikut.. adehhh... ahhahah.. Tapi yang paling best, Alisha suka ikut opah main air.. hahha.. Pantang nampak opah main air @ basuh halaman rumah, mulalah dia buat2 nak mandila.. nak basuh kakilah.. bila seluar dah basah, tu la peluang dia nak join opah jugak... kah kah kah... panjang akai si anak solehah ni tau.. kikikiii

Opah pulak, rajin melayan Alisha.. Alisha pulak, walau opah dia marah dia & dia menangis tapi yang dia peluk time menangis tu, opah dia jugak.. ahhaha.. dia peluk orang yang marah dia.. hihii.. Nampak sangat hati alisha ni lembut.. dia rasa bersalah sebab orang yang dia sayang, marah dia.. (^_^) Alaaa kadang my mum bukan betoi2 marah pun, saja buat2 marah nak tengok akai cucu dia.. hihii

Saya harap kenangan ni, akan terus jadi ingatan buat alisha sampai dia besar.. biar dia ingat semasa dia kecik, betapa opah dia sayangkan dia & betapa manjanya dia dengan opah.... Adehhh tiba2 plak saya rasa sedih.. yela, kita semua makin tua.. termasuk mak abah saya..

P/s : BE ke 12 dah singgah di blog GA (Pusat Pungutan Zakat)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 25 Februari 2013

Hari ni bermulalah era 3 series dalam kehidupan saya,, (^_^)

Alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur.. Sedar tak sedar, hari ni saya dah pun berumur 30 TAHUN... Yap, 30 tahun.. dah bermula era 3 series.. hihii.. Rasa macam baru lagi habis sekolah.. hehhe.. Emmm tiba2 di usia 30 tahun ni, tak tahu pulak nak tulis apa di entry ni.. Terus kepada ucapanla.. hihii...


  • Saya harap, di usia yang makin meningkat, saya akan berubah menjadi lebih baik, lebih baik & lebih baik... (^_^)
  • Semoga kedua orang tua saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melihat cucu2nya membesar
  • Semoga my dear sentiasa sihat untuk terus menjaga saya & anak2
  • Semoga anak2 saya membesar sebagai anak yang baik.. soleh & solehah..
  • Semoga saya sentiasa tabah untuk hadapi segala dugaan mendatang sebagai anak, isteri & ibu
  • Semoga saya sentiasa bahagia di samping insan2 tersayang...
  • Tak lupa jugak doa saya untuk rakan2 yang masih belum mempunyai zuriat, moga u all dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat sebagai penyambung ikatan perkahwinan u all & pasangan.. InsyaAllah.. (",)
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 5 Disember 2012

Alahai cucu opah...

Saya tak tahu bila masa alisha buat kerja menyonteng rumah opah dia ni.. Tahu2 je my mum bagitahu saya yang alisha conteng kerusi dia.. adehhhh... Ni mesti kes alisha conteng time kami semua tidur masa siang hari, hari kejadian...


Ni lah kerusi yang alisha conteng tu...


Banyak pulak tu dia conteng... kesian opah dia nak hilangkan balik bekas dia conteng... dahla kerusi ni ala2 'baldu'.. susah pulak nak tanggal.. duk menenyeh je la mak saya...Cucu besar baru sorang, kalau dah ramai nanti, pening kepala opah jawabnya.... hehheh

P/s : Tengah2 saya taip entry ni, alisha datang dekat saya & tengok gambar kerusi ni, boleh pulak dia cakap "Conteng... habis kotor"... Alahaiii anak... kamu yang conteng sayang oiiii.. Buat2 tak tahu pulak... hihii


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 26 November 2012

Di sebalik maksud nama Nur Alisha..

Kalau u all serch dekat internet, maksud nama Alisha ni adalah PROTECTED BY GOD... Senang cakap DILINDUNGI OLEH TUHAN... So, maksud keseluruhan nama NUR ALISHA adalah, CAHAYA YANG DILINDUNGI OLEH TUHAN... (",) Moga Alisha sentiasa di bawah lindungan Tuhan... Meh saya nak story dekat u all, betapa saya rasa MAKSUD NAMA ALISHA NI, BETOI2 TERJADI.. DENGAN KATA LAIN, MEMANG ALISHA BETOI2 DILINDUNGI...

Saya nak bongkarkan satu cerita dekat u all... Mula2 sekali, saya nak ucapkan syukur sangat2 pada Tuhan sebab melindungi Alisha dari kecelakaan ketika Alisha masih lagi di dalam tempoh pantang... Kejadian ni berlaku ketika saya masih berpantang di Chemor... 

Masa kejadian, Alisha tidur sorang2 dalam kelambu baby tu, dekat depan TV, my sis pulak, tengah tengok komputer, membelakangi alisha tapi jarak lebih kurang 2 3 meter kot dari alisha... saya & my dad pulak, dalam bilik my sis, my mum pulak, dekat dapur tengah cuci pinggan mangkuk...

Time tu, memang cuaca buruk sikitlah, baru lepas hujan rasanya... guruh petir semua ada... Dengan takdir Tuhan, tiba2 BUNYI PETIR YANG AMAT KUAT & TERUS BUNYI BERDENTUM DALAM RUMAH PARENT SAYA & SECARA AUTOMATIK, RUMAH PARENT SAYA TERUS GELAP... Masa tu, dalam otak saya hanya teringatkan Alisha... dalam gelap tu, cepat2 saya pergi dekat Alisha... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... Alisha diam je u all, walaupun dentuman tu sangat2 kuat tapi dia diam... tak bergerak langsung... tetap jugak tidur, seolah2 tak berlaku apa2....

U ALL TAHU TAK APA YANG BERLAKU SEBENARNYA DEKAT RUMAH PARENT SAYA TU?... RUMAH PARENT SAYA DIPANAH PETIR..!!!! Mereka yang berniaga pasar malam dekat depan rumah parent saya menjadi saksi yang petir tu jatuh atas bumbung rumah parent saya.... Separuh daripada lampu2 dalam rumah, semuanya pecah & bersepah atas lantai... Banyak barang2 elektrik yang tengah on waktu tu, rosak..plug pun banyak terbakar, Bumbung rumah dekat dapur berlubang.. retak, kiranya tu tempat petir tu jatuhlah kan... orang kata ada batu petir.. tak tahulah saya.. tak jumpa pulak, lagipun orang kata kecik je... entah2 dah sapu buang sekali dengan kaca2 yang bergelimpangan tu...

Hari tu, bergelaplah kami satu family... TNB yang datang rumah pun tak boleh buat apa2.. sebab "IBU" dekat rumah parent saya ni dah rosak jugak.. so, kena tukar baru je lah jawabnya....Ohya, lupa nak bagitahu u all, my mum cakap, ketika dia tengah cuci pinggan mangkuk tu, dia ternampak CAHAYA YANG SANGAT LAJU MELINTAS DEPANNYA & SECARA TIBA2 TERUS JE BUNYI BERDENTUM... sekejapnya kejadian ni berlaku...

Apa2 pun, saya sangat2 bersyukur sebab takda kecederaan berlaku dekat kami.. & paling bersyukur... Alishalah yang ketika tu, sorang2 je tengah tidur depan TV... padahal TV tu pun rosak jugak... Orang2 yang datang menziarah esoknya, terkejut dengar alisha tak apa2 @ seolah2 kejadian tu tak berlaku...yela, alisha kan tidur dengan lena, langsung tak bergerak or menangis & ada yang cakap, alisha dipeluk oleh malaikat pada masa kejadian... Entahlah, saya pun tak tahulah bab2 tu... yang saya tahu, maksud nama alisha DILINDUNGI OLEH TUHAN... Alhamdulillah.. memang betoi2 dilindungi... (",)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 11 September 2012

Kata2 motivasi ketika berpantang...

Tak sampai 2 bulan lagi saya akan bersalin.. InsyaAllah... Pagi ni tiba2 buat saya teringat dekat arwah opah saya.. Kalau masa saya berpantang dulu, opah banyak bagi tips2 & petua ketika berpantang.. tapi kali ni dah tak dapat tips dari arwah lagi... 

U all nak tahu tak, opah saya pernah bagitahu, dalam pantang tu pun, kita boleh bersenam.. buat senaman ringan2 je la tapinya.. Opah saya ada tunjuk dekat saya.. tapi tu la, saya kesalkan dekat diri saya ni, masa arwah ajar saya bersenam, saya takda pulak nak rakam ke apa.. ingat ingatan saya tu bagus sangat gayanya.. amal pun tak.. so, sekarang dah lupa.. adehhh.... Opah saya bagitahu saya, dia start amalkan bersenam sejak dari dia bersalinkan "paklong" saya.. maknanya, selama 50 tahun  lebih opah saya bersenam setiap kali bangun dari tidur... sebab tu lah, opah saya cergas sehinggalah dia sakit 2 bulan terakhir sebelum meninggal.. U all bayanglah, dalam umur arwah opah yang hampir 80 tahun, dia masih mampu mengayuh basikal pergi ke kedai... bercucuk tanam... jaga ayam yang penuh reban.. opah saya jugak tak nyanyuk.. sampai saat akhir dia masih kenal semua & masih mampu solat..

 Opah saya jugak pesan, ketika berpantang, pantang betoi2.. kesan dia bila dah tua nanti... lagi satu, opah saya ada jugak bagitahu suruh sapu manjakani kot kalau tak silap dekat bahagian 'aset' kita dekat bawah tu.. fungsi dia, saya dah ingat2 lupa... adehhhh... Opah saya jugak, ajar saya cara bertungku yang betoi.. bagi peranakan kita tu kembali ke tempat asal + taknak bagi buncit.. hihii.. Opah saya siap tunjuk perut dia lagi tau.. memang perut opah saya takda nak menggelebeh ke apa ke.. flat je... heheh... Orang tua2 zaman dulu2 memang banyak petua + dorang betoi2 jaga kan... (",)

Selain dari opah, saya jugak harus bersyukur mempunyai family yang jenis ambik berat bab2 pantang ni + saya pulak memang jenis suka bab2 petua lama2 ni.. hihi.. Paling saya suka, family saya ni jenis yang bila cakap terus buat saya rasa... "Oh tidakkkkkkkkk!!".. (",) Contoh...

Pak Long : Kak yong kena sentiasa pakai bengkung masa berpantang ni.. nak ke nanti perut tu menggelebeh sampai peha berlapik2... (see... sampai ke jantung limpa hempudu kata2 paklong saya tu)

My mum : Duduk betoi2.. kaki lurus ke depan.. awak tu kena jahit banyak, nanti kena jahit lagi sekali padan muka (oh tidakkkk... saya ngeri bab2 kena jahit)

My dad : Kakyong kena rajin bertungku.. jalan slow2... nak guna tandas, guna yang tandas duduk tu.. jika awak nak badan kuat, kena rajin berpantang.. semuanya untuk kebaikan kakyong... kalau sakit, kakyong yang tanggung.. abah dah bagi nasihat... (sungguh saya taknak tanggung lagi kesakitan lepas berpantang... sebab nak sibuk urus family pulak (^_^)

Ini antara kata2 family saya dekat sayalah.. saya memang suka kata2 yang jenis menusuk hati jantung limpa ni.. sebab ianya mampu jadi motivasi dekat saya.. Lagi satu, saya sendiri pun berpegang pada prinsip "SUAMI GEMUK TAKPA... ASALKAN SAYA TAK" (paham2 sendirilah yer kenapa suami saya takpa, saya tak boleh.. suami saya adalah lelaki & saya adalah perempuan)... sejak dari saya belum kahwin lagi... tambah pulak MY DEAR PUN TAKNAK ISTERI DIA GEMUK.. macam sekarang ni katanya dah ok.. (saya memang suka suami yang macam ni... tegur jika saya dah gemuk bcoz my body for my husband..) (",)

Ohya, u all jangan pulak ingat bila my dear kata tak nak isteri dia tu gemuk.. si isteri ni pulak beria bagai berdiet... tidak yer... tidak sama sekali.. seumur hidup saya tak pernah berdiet.. makan tanpa henti adalah.. hihii... saya ni menyusu badan.. nak diet apanya.. hihii

P/s : Bila seseorang menegur sesuatu dekat kita, jika kita pikir positif, positiflah ia.. jika kita pikir negatif.. negatiflah ia... (",).. Tapi lebih baik pikir positif.. barulah pemikiran kita akan maju ke depan... (^_^)

P/s : Hari ni saya akan pergi checkup..so, jejak lambat sikit saya balas yer... (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 7 September 2012

Alisha dah buktikan yang dia kakak yang penyayang... (^_^)

Sebelum2 ni saya selalu bagitahu u all yang alisha memang sukakan baby kan... so, hari tu, masa kami pergi Selangor, singgahlah rumah biras saya yang baru lepas bersalin tu... tidur rumah dia semalaman.. U all tahu tak, si alisha ni.. tengok je baby tu, terus dia usap2 muka baby... sentuh mulut la.. sentuh pipi la... lepas tu siap cium lagi.. bukan setakat cium dekat pipi tau.. tapi dengan hidungla, pipi la, dahila.. pendek kata semua tempat dekat muka.. saya yang sedang memerhatikan gelagat alisha dekat sebelah.. tersenyum je la.. nampak sangat yang dia tak sabar nak dapat adik... hihiiii

Yang paling tak menahan, alisha boleh pergi marahkan idlan @ abang kepada baby bila idlan nak pergi dekat adik dia... alahaiiiii.... baby tu adik idlan la sayang oiiii.... bukan adik alisha lagi... lepas tu 2 orang sepupu ni pun bergaduh la.. alisha pun menangis datang dekat saya... hehehhe... Saya cakap la dekat alisha... "Tunggu 2 bulan je lagi alisha akan dapat adik sendiri... tu adik idlan, biarlah idlan pergi dekat adik dia..."..

Lagi satu, kalau baby tu menangis dalam bilik time baby sorang2, alisha lah yang paling kalut.. dia pergi panggil maklong dia tu suruh pergi ambik  baby.. selagi maklong dia tak menyahut, selagi tu dia duk pot pet pot pet... hihii... kakak yang prihatin nih (",).. Time Jaa nak bagi baby pakai baju, sapu losyen dan sebagainya... alisha ni, duduk dekat tepi baby tu tengok... nampak gayanya si kakak alisha sedang belajar cara nak siapkan adik dia lepas mandi nanti macamana la tu... hehheh


Gambar yang dekat atas ni.. saya curi2 ambik tau.. dalam bilik ni gelap, tak bukak lampu, saya dari pintu terus snap.. 

Actually time ni alisha bersama saya dekat luar bilik, sekali dia nampak maklong dia keluar dari bilik.. si alisha yang baru bangun tidur dengan rambut berserabai terus pergi tengok baby... hihi.. Harap2 alisha kekalkan sifat penyayang @ sukakan baby ni ketika dia dapat adik nanti... Saya pulak kadang2 rasa tak sabar nak tengok reaksi alisha dengan adik dia nanti.. hihii.... 

P/s : Hari ni hari ulangtahun kelahiran mak saya yang ke 52... 

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 6 September 2012

My Family (",)

Orang lain dah habis tempek gambar raya.. saya baru nak tempek.. hahha... Nak buat camne, kabel kamera tertinggal kat kampung.. redha je lah.. hihii... Actually gambar raya, saya tak ambik banyak pun.. menu pagi raya pun tak ambik.. maklumlah, mak buyung bila jumpa makanan, selagi tak habis merasa semua yang terhidang, jangan harap dia nak bangun dari kerusi... muahhahhah


Pagi raya kami semua berkumpul di kampung arwah opah.. Ohya, ni lah gambar family saya tau.. adik beradik saya 3 orang je... 2 perempuan seorang lelaki.. (",)... Opsttt Alisha takda dalam gambar.. time kami semua ambik gambar family, dia boleh pergi tidur pulak... maklumlah, bangun pukul 5 pagi tolong opah masak katakan... tu yang si kecik tu mengantuk sangat... hihii


Ni gambar mak & abah saya. ..


Ni pulak dah sah2 la gambar saya & my dear... hihii.. Opsttt muka my dear ditutup.. katanya dia pemalu... hahhahah... sebenarnya my dear tak suka gambar dia letak dekat blog, thats y muka dia kena tutup.. hihii


Yang ni pulak gambar adik lelaki saya bersama dengan isteri dia..


Ni adik saya yang bongsu.. belum kahwin lagi.. masih study.. tu yang dia takda geng nak bergambar berdua tu.. hehheh

Raya kami tahun ni meriah sebab semua adik beradik abah berkumpul dekat rumah arwah opah.. menu pun banyak.. parent saya sediakan nasi minyak + kurma kambing + ayam masak merah + acar + biskut raya... maklong saya pulak sediakan laksa + lemang + rendang + nasi impit + kuah kacang + biskut raya.. maksu saya pulak sediakan mee kari..  kiranya kami masak dekat rumah masing2 lepas tu bawak pergi dekat kampung opah.. (",)

Ohya, lemang tu my dear yang bakar tau tapi tu la, time bakar tu saya tak ikut pulak.. kalau tak boleh buat kenangan my dear bakar lemang... hehheheh... Ayam masak merah + acar tu pulak, hasil tangan alisha + opah dia... opah bangun pukul 5 pagi nak masak, alisha pun bangun jugak.. tidur dengan opah dialah katakan.. ibu & abah alisha, tengah sedap tidur lagi time tu... adehhh buat malu dengan alisha je.. hihii 


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 1 Ogos 2012

Terima Kasih Opah (",)

Sebelum ni saya pernah bagitahu u all yang Alisha ni pun peminat emas kan... Yela, dah kalau ibu & abah dia minat emas... mestilah minat tu mengalir jugak kat diri Alisha kan.. hehheh... Sebelum ni Alisha suka duk sarung cincin ibu & abah dia... so, masa kami balik Chemor baru ni, opah Alisha telah hadiahkan Alisha cincin.. yeayyy... jimat duit abah.. muahhahhah


Ni lah cincin Alisha tu... Harga dia murah je RM78 tapi mintak kurang dapat RM75.. Kalau bayangkan emas & harga RM75 macam murah je kan TAPI cuba bayangkan BERAT + HARGA pulak.. adehhh.. RM75 untuk emas yang tak sampai 1 gram pun.. setengah gram pun tak sampai.. just 0.34 gram je... memang mahai betoi emas sekarang ni... (",) Ohya, masa kami beli cincin tu, harga emas RM 190 1gram kalau tak silap saya...


Nampak tak jari montok alisha tu pakai cincin.. suka sangat dia... siap hulur tangan nak suruh kita pakaikan... ala2 nak sarung cincin nikah.. amboiii anak dara saya  ni.. hihii

Sekarang ni target kami nak tebuk lubang dekat telinga Alisha.. sebabnya nak bagi Alisha pakai subang.. Ohya, ni bukan subang yang baru nak beli tau tapi subang saya masa budak2 dulu... mak saya simpan & dia dah nak "turunkan" subang tu dekat Alisha... Alahaiii untungnya jadi cucu perempuan + tunggal ni... macam2 opah dia bagi.. hihii... Untung jugak untuk ibu & abah.. jimat duit... muahhahhahah

Abah Alisha plan nak belikan Alisha rantai tangan... tak tahulah bila.. kot2 boleh pakai raya ok gak kan.. Tapi tu la, asyik alisha je dapat semuanya.. Ibu dia ni apa cer??hihii... Pikir2 balikkan, untung jugak dapat hubby or abah yang minat emas ni.. sebab isteri + anak boleh tumpang sekaki merasa pakai "pelaburan" jangka panjang hubby or abah (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 19 Jun 2012

Bedak bertempek penuh satu muka.. hihii


Nampak tak muka alisha yang penuh dengan bedak tu... hahahaaa... bahagian mulut tu dah hilang sikit bedak sebab alisha makan roti... (",) Ohya, ini bukan kerja saya tau.. tapi my mum @ opah alisha... hihii

My mum memang suka letak bedak bertempek camni dekat muka cucu dia ni... sampai saya pun dah terikut2.. muahahaa... Kalau u all nak tahu, setiap kali balik rumah my parent, Saya tak perlu susah2 nak mandikan or siapkan Alisha... sebab semuanya opah alisha yang buat... maklumlah, dekat sana, alisha dah lupakan saya... kikikiii

Sebelum pukul 7 pagi, alisha dah siap mandi tau... air dekat rumah parent saya tu sejuk yang amat tapi alisha steady je... maklumlah opah dia yang mandikan dia....(",) Pagi2, opah dia hanya panggil sekali je nama Alisha @ nak kejutkan dari tidur, terus dia terjaga dengan cergasnya... tapi kalau saya or abah dia yang panggil, siap dengan merengek lagi.. hihii.. betoi2 cucu opah lah budak ni... (",)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 15 Jun 2012

Masakan ibu adalah yang terbaik..!!

Jangan risau ye sayang2 semua.. Entry ni takda gambar pun... tak nak bagi u all terliur.. muahhahha.. Hari ni saya dapat lepaskan rindu saya dekat masakan mak saya... Memang kalau ibu2 kita yang masak.. terbaiklah kan u all.. dekat restoran glamer2 masak pun tak sesedap mak kita masak kan.. hehhehe

Hari ni mak saya masak UDANG + KETAM MASAK LEMAK CILI API... Ya Allah.. tekak saya ni rasa, tersangatlah sedap.. Lebih2 lagi mak saya guna KETAM & UDANG YANG BESAR AMAT... yurmmm yurmmm memang sedaplah... (",)

Untuk pengetahuan u all, mak saya jarang masak tau.. kalau masak pun simple je.. yela, duk rumah bertiga je dengan abah & adik.. Siang semua kerja + sekolah... so, malam, makan simple2 je la kan.. kadang2 abah pergi beli dekat kedai je pun.. TAPI setiap kali kami 3 beranak ni balik rumah my parent, mesti mak saya akan masak makanan yang beria.. dengan kata lain.. masakan yang meriah sikitlah... vogue gitu masakannya.. *tak menahan, masakan pun ada vogue.. hihii

Lagi satu, setiap kali kami balik rumah my parent jugak, mak saya mesti ambik cuti hari Jumaat.. yela, cucu kesayangannya dia nak balik lah katakan.. hehehh.. Time ni lah kami dapat makan sedap2.. hehehhe... Mak2 kita, kalau masak ikan goreng pun dah sedap.. kalau masakan yang canggih manggih.. lebihlah lagi kan.. hihii..

P/s : Petang ni kami akan pergi MYDIN.. cari meja ABC untuk Alisha... (",) Sorry, tak dapat balas jejak u all lagi.. mood balik kampung.. biasalah.. hihii



tekan SINI untuk perkongsian bersama

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia...



Saya nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu... tak kiralah samada panggil ibu ke.. emak ke.. mama ke.. ummi ke... atau apa sahaja.. kita semua sama.. kerana kitalah yang melahirkan anak2 kita... (",)


SELAMAT HARI IBU JUGAK UNTUK EMAK SAYA & EMAK MENTUA SAYA...
SEMOGA DIPANJANGKAN USIA...
SAYA SAYANG MAK KANDUNG & MAK MENTUA SAYA.. (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 10 April 2012

Alisha punya cerita...


Alisha punya cerita... kalau dengan opah dia.. bukan main senang nak tidur... pangku dia sambil tepuk2 terus terlena.. tapi kalau ibu & abah dia buat camtu... yang adoooo.. takdanya dia nak terlena... saja tau anak ibu ni..hihii.. Macam baru ni ketika kenduri kawen my cousin tu.. alisha ni memang dah ngantuk sangat... saya tepuk2 lah tapi dia taknak tidur.. last2 saya cari my mum suruh dodoikan alisha... tu diaa... sekali dia terus tertidur... tengoklah anak dara saya ni... manja dengan opah dia tau.... (",).

Lagi satu kan, kalau opah dia buat2 marah or kadang2 tegur dia jangan main barang2 perhiasan dekat rumah opah dia tu.. dia tak kisah pun.. takda pun nak kecik2 hati ke menangis ke... tapi semalam, my dear try lah buat2 marah macam my mum kan.. sekali, alisha nangis..hahhahah... hambikkk.. nampak tak... dengan opah dia semua boleh... kikikiii

Kalau alisha balik kampung @ rumah my parent... u all nak tahu.. pagi2kan.. opahlah yang kejut alisha... alaa bukan pergi sentuh2 badan dia pun.. tapi just sebut nama alisha dari luar bilik je... automatik alisha akan geliat2 & celik bijik mata... bila opah intai dekat pintu.. terus sengih2..hahhahah

Mentang2lah... dia cucu kesayangan @ my mum ada sorang je cucu... manjalah dia dengan opah dia.. tapi bagus.. ikut cakap opah... alisha ni walaupun dekat rumah opah dia, yang berlambak2 barang perhiasan yang mampu disentuh oleh alisha... & yang mampu pecah.. tapi alisha takda pun nak beria main sampai pecah2... sekadar tengok2 macam tu je..hihiii... 

Syukur sangat alisha ni jenis yang diam2.. bukan jenis yang berlari ke hulu ke hilir.. buat rumah orang macam rumah sendiri... walaupun rumah atok & opah dia, tapi dia tahu jaga tatasusila... hihii.. Macam masa dekat dewan kenduri my cousin tu kan... ramai budak2 tau.. berlari sampai habis terjatuh bunga2 yang letak dekat laluan pengantin tu.. sian parent dorang.. siap tak nak tunggu lama2 lagi dah dekat dewan tu...


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 16 Januari 2012

aTUK, oPAH & cUCU.. (",)

Kali ni saya nak tunjuk dekat u all keakraban alisha dengan atuk & opah dia.. Maklumlah, cucu tunggallah katakan..hihii... Macam2 alisha dapat dari atuk & opah dia ni.. setiap kali balik kampung.. ada je barang yang alisha dapat... (",)

Kalau u all nak tahu jugak, kalau saya balik je chemor, Alisha bukan ingat saya dah... cari saya time nak menyusu + tidur je... yang lain tu, dia main dengan opah dia ke atuk dia ke acu dia ke.. hihi.. senang saya nak berblog.. muahahaa.. Lagi satu, bagi mandi ke, pakaikan baju ke.. semuanya opah & acu dia je.... sekali lagi... senang saya nak berblog... hihiihiii

Opah Alisha akan telefon alisha setiap hari... melayan je bahasa German Alisha tu.. hahahaaa... Alisha sakit sikit pun mereka dah susah hati... Ibu alisha ni jugak yang kena dengar leteran... adehhh... hihii






Ni antara 3 keping gambar yang saya sempat rakam... (",).. So, Alisha.. bila kamu besar nanti... ingatlah wahai anak ibu... betapa kamu ditatang bagai minyak yang penuh oleh atuk & opah kamu & betapa kamu rapatnya dengan mereka... (",)

P/s : Suka tengok bila Alisha buat flying kiss sebab tangan dia kecik nampak comel je.. muahahahha
   
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Ahad, 8 Mei 2011

Dedicate For My Mum..!!

Assalamualaikum mak..

Kakyong nak ucapkan SELAMAT HARI IBU.. Dah selama 28 tahun mak bergelar seorang IBU..
Mak, mak adalah mak kakyong dunia & akhirat.. Kakyong sangat2 sayangkan mak.. Sebelum ni kakyong tak pernah mengerti perasaan seorang ibu sampailah kakyong sendiri menjadi IBU.. Betapa halusnya naluri seorang ibu..!!

Kadang2 mak marah2 tapi kakyong tahu bukan kerana mak tak sayang, mak berleter juga kakyong tahu bukan kerana mak tak sayang, malah, mak terjentik pun kakyong tahu bukan kerana mak tak sayang tapi semuanya adalah kerana mak SAYANG.. Mak impikan yang terbaik untuk anak2..

Kak yong tahu, kadang2 mak risaukan anak2.. adakah anak2 mak sihat... apa anak2 mak makan.. Kalau anak2 bagitahu tak sihat, maklah yang paling susah hati.. setiap masa mak telefon tanya perkembangan kesihatan... Sayang mak..!!! Jika mak makan sedap2, mak pun terfikir, adakah anak2 mak dapat makan macam mak.. Kakyong tahu, sampai bila2 pun mak takkan berhenti risaukan anak2..

Mak, kakyong nak mak tahu, kakyong bahagia dengan kehidupan kakyong sekarang.. mempunyai seorang suami yang penyayang & seorang anak yang comel.. Kakyong jugak bahagia kerana mempunyai seorang ibu seperti mak.. Walaupun kadang2 mak tak tahu macamana nak tunjukkan perasaan sayang tapi mak jangan risau kerana kakyong tahu yang mak sangat2 sayangkan kakyong & adik2..

Mak, kalaulah masa mampu diputarkan kembali, kakyong takkan sesekali izinkan walau setitik airmata mak mengalir ke pipi.. andaikata ada jugak airmata yang mengalir, kakyong akan pastikan yang airmata itu adalah airmata kegembiraan..

Kakyong doakan semoga mak dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yang baik.. semoga mak dapat melihat cucu2 mak membesar..

Mak, sempena Hari Ibu ni jugak, kakyong nak mintak maaf dengan mak, jika selama ni kakyong pernah buat mak kecewa.. Mak adalah segalanya.. tanpa mak, tak mungkin kakyong dapat lahir ke muka bumi ini.. Terima kasih mak kerana telah menjaga kakyong dengan baik selama ni.. Kakyong sayang mak sangat2...!!! Kasih sayang kakyong dekat mak tak mungkin berkurang walau seinci..

Selamat Hari Ibu Mak.. NAPISAH BINTI MAHMUD

Ke"sedih"an seorang ibu apabila anak telah berkahwin

Istimewa buat mak tersayang...kasih sayang mak tiada tandingan dan tak ternilai. Mak, walaupun kita berjauhan tetapi kerinduan tetap ada di hati kakyong. Sempena hari ibu ketahuilah betapa mak tetap satu di hati.... Kasih sayang mak tak dapat ditandingi..& jasa mak akan kakyong kenang hingga ke nafas yang terakhir!!


 P/s : Hargailah Ibu2 kita selagi mereka masih hidup..!!!!!!!
tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...