AllahuAkbar, ini luahan hati ibu saya yang berjauhan dengan anak cucu menantunya. Saya yakin, semua ibu merasainya.

Minggu lepas my dear pergi kursus di Sungai Buluh, makanya mak ayah saya datang rumah kami untuk menemani saya dengan anak-anak. Bila mak ayah saya dah kembali semula ke rumah, Anak solehah Alisha menangis, yela, Alisha ni sangat rapat dengan atok dan opah. Kalau opah atok datang sini atau kami balik sana, Alisha memang akan tidur dengan opah dan atoknya. Malam selepas mak ayah saya kembali ke rumah mereka, saya whatsApp di group family bagitahu yang bila mak ayah saya balik je, Alisha terus menangis. Eh, hakikatnya saya pun sama, u all pun sama kan? setiap kali nak "berpisah" dengan mak ayah, pasti duk tahan sebak, masuk je kereta, terus menangis diam-diam taknak bagi anak dan suami nampak... kan kan kan? hehehhe


Disebabkan saya terkeluar cerita Alisha menangis tu la, mak saya terus reply seperti yang saya print screen di atas. AllahuAkbar, terus air mata saya mengalir laju, luahan hati mak saya ni buat saya rasa sebak. Bila usia semakin meningkat, hati saya menjadi semakin sensitif. Saya memandang sesuatu dengan mata hati, segala benda yang melibatkan mak ayah saya, semuanya adalah sentimental value bagi saya. Bukan saya sorang je rasa, adik perempuan saya siap tak basuh baju yang mak ayah saya tinggal di rumahnya. Allah.. Bersyukurlah u all jika masih dapat menetap berhampiran dengan rumah mak ayah, masih boleh hari-hari dapat melihat wajah tua mereka. Berbanding dengan kami yang duduk berjauhan ni? Hanya telefon pengubat rindu... AllahuAkbar, moga dipanjangkan usia ibu bapa kita untuk kita terus menabur bakti.

Saya tulis entry ni atas 2 sebab, pertama, saya nak bila anak saya dah mula baca blog saya nanti, mereka akan tahu NALURI SEORANG IBU, bukan setakat ibu kandung tapi juga ibu mentua masing-masing. Kedua sebab saya nak u all tak kira samada yang dah berkahwin atau belum yang duduk dekat atau berjauhan, selagi orang tua kita masih ada di dunia ni, hargailah mereka... hargailah ibu ayah kita.. Sekalipun kalau u all balik ke rumah ibu ayah, u all asyik dengar leteran je, jangan ambik hati, please sayang, jangan ambik hati.. anggapla leteran itu sebagai terapi, percayalah, bila ibu ayah kita dah tiada lagi di dunia ini, kita akan rindukan leteran tersebut. 

Bila ibu ayah u all suka berleter bukan kerana mereka tak sayang tapi sangat sayang. Bila ibu ayah u all garang, bukan kerana mereka tak sayang tapi sangat sayang. Sebagai contoh, mak saya ni u all... Tak sangka dalam diam mak saya cium baju kami anak cucu menantu nya.. Mak saya tak pernah bagitahu pasal ni dan saya juga tak pernah bertanya tapi bila mak meluahkan. AllahuAkbar... Seorang ayah pun sama u all, ayah dia rindu dia bukan bagitahu kita pun. Kadang tu, tanya mak perkembangan kita.. Jadinya, jangan salah faham tentang ayah. Sesungguhnya kedua ibu bapa kita sangat-sangat sayang dekat kita semua.

Hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada, hubungi mereka setiap hari, sekalipun sekadar bertanya khabar. Bila usia ibu bapa kita semakin meningkat, hati mereka mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi macam mak ayah saya yang hanya tinggal berdua di rumah. Kita semua jika dipanjangkan usia, pasti akan menjadi tua, tak mustahil kita semua akan merasai apa yang mak saya luahkan tu. Mak ayah u all pun mungkin sedang melaluinya, cuma bezanya mak ayah u all tak luahkannya.

Bayangkan u all, mak ayah kita rindu sangat dekat kita, mereka masuk ke dalam bilik kita dan ambil baju kita lalu menciumnya puas-puas sambil diiringi air mata. Allah... sedihnya... ada masa, balikla kampung. Jika kita susah nak balik seperti kekangan kewangan, ibu ayah kita memahami. tapi jika kita mampu semuanya cuma yang menjadi kekangan adalah masa, kita harus luangkan masa untuk mereka. Ye masa, jika kita jarang jenguk mak ayah kerana kita terlalu sibuk dengan hal dunia sehingga nak telefon tanya khabar pun tak sempat, ingatlah, MASA TAKKAN BERUNDUR. Bila satu hari ibu ayah telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, masa ni kita mungkin akan rasa menyesal. Takkan ada lagi doa untuk kita dari seorang ibu. Doa seorang ibu yang selama ni tak berhenti-henti untuk doakan kejayaan kita yang kita kecapi.

Jika u all duduk berdekatan dengan mak ayah, bersyukurlah u all.. U all insan yang terpilih untuk terus menabur bakti. Jangan dikisahkan bab terasa hati dengan orang tua, ini kerana, apalah sangat terasa hati kita jika nak dibandingkan terasa hati orang tua kita terhadap kita. Sabar je, teruskan berbakti, insyaAllah bila mereka dah tiada, takkan rasa ralat di hati. Untuk u all yang masih mempunyai ibu ayah, jika rindu, telefon atau pulanglah ke rumah ibu ayah kita manakala untuk u all yang telah ketiadaan ibu ayah, jika rindu, sedekahkan Al-fatihah untuk mereka. AllahuAkbar... Al-Fatihah untuk u all yang telah ketiadaan ibu ayah, moga arwah ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman.

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

0 comment... add one now