Bingka roti pandan kukus mudah

Hari ni makanan petang untuk anak2 saya sediakan BINGKA ROTI KUKUS PANDAN... Roti dah nak expired, so, sebelum expired, baik saya kerjakan roti tu terlebih dahulu... Bau dia memang wangilah u all.. bau pandan kan... lalu dekat tepi BINGKA ROTI PANDAN KUKUS ni pun dah ada bau... belum pegang & makan lagi... wah gitu....


CARA NAK BUAT : 4 BIJI TELUR + 200ML SANTAN + 200ML AIR PERAHAN DAUN PANDAN + GARAM + GULA IKUT KEMANISAN YANG U ALL SUKA = KACAU GUNA WHISK PASTU RENDAM ROTI DALAM BEKAS BANCUHAN TADI... LEPAS TU MASUKKAN ROTI YANG DIRENDAM DALAM BEKAS & KUKUS 10 - 15 MINIT... SIAP!!


Saya letak roti dalam bekas tipuware ni je... kalau u all letak dalam loyang, sapulah marjerin dulu... tapi saya tak sapu... Ohya, lepas dah letak dalam bekas... saya tekan2 sikit roti tu tau... konon nak bagi mampat la... lepas tu saya simpulkan pandan & letak atas roti.. kukus sekali nak bagi lebih wangi la konon...


Tadaaa bila dah masak, dah boleh keluarkan dari tipuware saya tu... senang je nak bawak keluar... terbalikkan je bekas terus "jatuh"... hihi.. 

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 14 comments.. read them below or add one }

CikSiti CikSiti November 13, 2014
salam singgah..
bingka roti yer..
suatu hari nanti mungkin boleh cuba hehe
Myra Jay Myra Jay November 13, 2014
Kukus memang sedap la.. :)
Ni yg nak kena cari periuk kukus ha :)

TQ Ina
ziezah.com ziezah.com November 13, 2014
sukala kat kak ina ni..rajin masak! bestnya kalau ada kukus..boleh try jugak ni..bahan mudah..
AMIIZAA AMIIZAA November 13, 2014
salams,

menarik resepi nie:)
Permatabiru Permatabiru November 13, 2014
nampk sedap resepi pun mudah..kna try hihi
QasehnyaRania QasehnyaRania November 13, 2014
resepi simple..
bila ada roti blh try.. thanks ina berkongsi :)
siti zawiah siti zawiah November 13, 2014
nampak sedap..menyelerakan.
eima eima November 14, 2014
mudah gile .. nanti nk try tiru la
tifa anvar tifa anvar November 14, 2014
kuih kukus takut nk try. Sbb prnh trjadi kuih apam x jadi
Puan Kutu Puan Kutu November 15, 2014
sedapnya..macam pusing roti jugak kan..tapi tu la nak cari pandan susah la..letak pewarna je boleh..tak wangilah kan.hehe
Maria Firdz Maria Firdz November 16, 2014
menarik dan mudah... boleh cuba jga nnt ni...
Sya Nadia Sya Nadia November 16, 2014
Nampak sedap.. Tp sya xsuka bingka.. Btw, akk eja TIPUware
Siti Syazana Siti Syazana February 20, 2017
Kalau santan Di tukr ngn susu cair leh ke