Mereka buat saya rasa nak mengandung lagi..!!!

Wah tajuk.. kalau my dear baca ni.. hahhaha... ;p.. Actually bulan lepas Alisha dapat seorang lagi sepupu.. Sepupu perempuan, so, Alisha dah adalah kawan nanti kalau balik kampung.. hiihii.. Sepupu Alisha ni lahir pada 22/05/2011 baru ni..



Inilah gambar sepupu Alisha tu.. Namanya Afiqah.. Pangkalnya "A" jugak macam Alisha.. hihii.. Pada 27/05/2011, kawan baik saya ketika zaman sekolah dari form 4 sampai sekarang pun telah selamat melahirkan baby girl.. tapi dia kena operate la pulak...huhuu



Nama saya tak pasti tapi my friend ada bagitahu nak letak nama Qalisyah Hannan ( murni, yang diberkati Allah ).. 

Kedua-dua baby ni bagi saya sangatlah comel..huhh! mana ada baby yang tak comelkan..! Mereka buat saya rasa geram & rasa nak mengandung lagi.. muahahhaa.. Seriusla, sekarang ni saya memang jadi sukakan baby.. Kalau u all nak tahu, dulu zaman anak dara.. saya biasa2 je dengan baby ni.. takdalah nak dukung2 tu.. Tapi tidak lagi bila saya dah mengandungkan Alisha.. Mungkin naluri seorang ibu tu dah sebati dalam diri saya kot.. lebih2 lagi saya yang menjaga Alisha sendiri.. 

Actually saya nak anak ramai.. minimum 4 orang.. boleh gitu?..hihii.. kalau Tuhan bagi, insyaAllah saya takkan menolak.. Maybe sebab adik beradik saya hanya 3 orang je kot.. so, sekarang ni bila kami dah kahwin, my parent duduk bertiga je (adik bongsu masih study).. my mum pun kadang2 bagitahu bosan.. huhuu.. That y saya nak anak ramai.. biar meriah sikit rumah.. Time raya penuh satu rumah dengan suara anak2 cucu2 & cicit2.. cewahhh berangan dah sampai ke cicit.. jangan marah... hahhahha

Memanglah orang kata tanggungan sekarang ni banyak.. ramai anak lagi banyak la kos untuk menanggung mereka.. betul tu, tapi bagi saya pulak, setiap orang ada rezeki masing2.. Anak2 tu lagilah pembawa rezeki.. InsyaAllah, Tuhan tu maha penyayang.. Actually, jangka panjang, banyak kelebihan jika kita mempunyai ramai anak.. :-)

Lagi satu, bila kita dah tiada dekat muka bumi ni lagi... salah satu yang akan kita bawa adalah doa anak2 yang soleh & solehah.. Alangkah beruntungnya mereka yang ramai anak yang sentiasa doakan mereka & alangkah ruginya saya jika hanya seorang anak yang akan doakan saya.. so, mestilah saya nak pilih untung kan?.. muahahaa

Baby berdua ni memang buat saya rasa nak mengandung tapi bukan sekarang.. Jika ada rezeki tahun depan.. Jarak 2 tahun seorang..muahhaha.. Kali ni, bolehlah saya ikut petua dekat entry Jadual dari Beijing.. "Merancang jantina anak"

P/s : Tahniah untuk adik ipar & my friend sebab dah dapat baby..

4 comments.. read them below or add one

intan morsalin intan morsalin June 03, 2011
hehehe..truskan...alisha pon tringin nak adik..leh wat kawan..kalau dah ade brita gembira..jgn lupa bgtau
SeputihSalju SeputihSalju December 19, 2011
eh2 nurul la...heheheh, baru perasan k.ina ada wat entry psl ni..

P/s : usaha tangga kejayaan.. :-)
sHaR!Na eLyaNa sHaR!Na eLyaNa June 09, 2012
kita hnya merancang. Dia yg tntukan..insyallah kalau ada pun xla alisha bosan kan....hehe
QasehnyaRania QasehnyaRania January 24, 2013
ok dah tahu adik ipar..hihi ;D

dengan jaa tu biras kan.. :D

loading blog ok ja.cuma bacakground hitam.lbih suka yang lama. background putih.berlian bertaburan ;D