Semalam, seperti yang saya ceritakan dekat u all dalam entry NI, saya dah pergi tebus hadiah GNC LiveWell Malaysia kan.. sebenarnya bukan setakat menebus tapi saya pun ada beli produknya...
GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release
Produk ni sebenarnya direka khas untuk keperluan pemakanan wanita. Kira macam multivitamin la.. Macam2 vitamin la ada dekat produk ni termasuk antioksidan, dan mineral untuk menambah nutrien utama yang hilang dalam diet harian kita...
Paling best ada nutrien antioksida seperti Selenium, Vitamin C dan E... ianya penting untuk mengekalkan pertahanan optimum badan kita. Antioksida tu, jangan tak tahu pulak.. ianya membantu kita melambatkan proses penuaaan.. sangat penting untuk saya ni.. dahlah umur makin menghampiri no "3".. takkan tak reti2 lagi nak jaga diri kan.. hihii
Vitamin C & E tu.. of course lah untuk kulit.. ia membantu kita hilangkan parut apa2 je lah dengan cepat.. selain tu, ia juga mencantikkan kulit..
Ianya juga mengandungi vitamin B Complex. Yang ni pun penting untuk metabolisme karbohidrat dan pengeluaran tenaga... vitamin ni kiranya macam bagi tenaga tambahan dekat kita la.. yela, mana tau u all kerja banyak ke.. lepas tu rasa penat2 badan ke.. kira vitamin b-complex ni, mengurangkan semua tu lah..
Asid folik pun ada juga, ia dapat membantu menyokong tahap hemoglobin yang sihat. Penting ni, dahlah menyusukan alisha, tahun depan nak mengandung lagi pulak tu... memang harus telan vitamin ni! muahhahah... Kalau u all nak tahu, apabila asid folik digabungkan dengan vitamin B6 dan B12, asid folik boleh memainkan peranan dalam mengekalkan tahap homosistein untuk kesihatan kardiovaskular
Ianya juga mengandungi kalsium seperti 250 mg kalsium, magnesium dan vitamin D yang penting dalam perkembangan tulang dan gigi yang sihat.. Kalsium ni double penting untuk saya yang sedang menyusukan Alisha ni... kadang2 risau jugak saya.. yela, tengok iklan Anlene tu.. umur 30 tahun tulang dah makin reput.. kang saya tak dapat menari cam iklan tu pulak dengan my dear.. muahahha...

Actually, saya tak nak bongkok sebelum usia!!! Thats why kalsium tambahan penting untuk saya.. *Penting ooo jaga badan untuk suami ;p* Senang cakap, kalsium yang cukup boleh mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari, terutama untuk remaja dan wanita muda or dewasa seperti saya ni.. hihii
Produk ni jugak ada 9 mg besi, nutrien penting yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat, mengangkut oksigen dan terlibat dalam penggunaan tenaga dan fungsi otot. Wanita cenderung mempunyai besi yang rendah berikutan kerugian besi melalui darah haid dan tidak mencukupi makanan yang kaya dengan zat besi. Untuk orang2 yang baru lepas bersalin ok sangatlah ni.. :-)

Haa kang dah panjang lebar saya bagi penerangan.. dah macam pekerja GNC LiveWell Malaysia pulak saya ni.. Kalau GNC tak bagi komisen tak tau cakap lah... muahhaha ;p..
Haa inilah vitamin tu yer... panjang hokay!! sepanjang satu ruas jari saya ni haaa... sampai sekarang saya rasa macam vitamin ni tercekik kat tekak.. muahahaaa... Makan sebiji sehari.. Harga Rm46.90 tapi offer 50% dapat Rm23.45
P/s : After sebulan, saya bagitahu u all apa perubahan dekat diri saya yer... :-)