Special dedicate for My DAD..!!

Assalamualaikum..

Mula2 sekali kakyong nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" dekat abah.. Abah, kakyong tak tahu apa yang kakyong nak ucapkan sempena hari bapa ni dekat abah.. tapi kakyong nak abah tahu yang kakyong sayang sangat2 dekat abah..!!

Abah adalah seorang abah yang terbaik bagi kakyong!! Terima kasih kerana membesarkan kakyong selama ini dengan penuh kasih sayang.. Pengorbanan abah takkan dapat kakyong nilaikan walau dengan apa sekalipun.. terima kasih lagi sekali..

Kakyong masih ingat, ketika kakyong sekolah tadika, mak kerja shift malam, pagi2 abahlah yang sediakan makan kakyong, abah ikat rambut kakyong.. ingat lagi, siap letak riben..hihii.. abah hantar ke sekolah.. kadang2 balik sekolah abah ambil..

Bila kakyong makin dewasa.. abahlah tempat kakyong mengadu.. yap, abahlah tempat kakyong luahkan segala masalah kakyong, kakyong pernah menangis teresak2 depan abah menceritakan masalah.. abah akan bagi kakyong macam2 nasihat yang semuanya berbekas di hati.. kakyong ingat semua nasihat abah sampai sekarang..

Kakyong tahu selama ni, selagi mampu selagi tu abah akan tunaikan permintaan anak2.. sesungguhnya jasa abah tak terbalas oleh kakyong.. Kakyong tahu, abah ambil berat pasal anak2 abah.. Kakyong nak abah tahu yang kakyong bahagia dengan kehidupan kakyong sekarang.. Alhamdulillah, Sukri jaga kakyong & Alisha dengan baik..

Abah, kakyong berterima kasih dekat abah kerana abah sendiri yang nikahkan kakyong & Sukri sebelum ni.. Itu adalah permintaan kakyong sebab kakyong tahu apabila Tok Kadi sahkan lafaz Sukri secara automatik kakyong telah menjadi tanggungjawab Sukri untuk menjaga... & sesungguhnya InsyaAllah perkahwinan ini hanya sekali & yang sekali itulah yang kakyong nak abah nikahkan.. Ia adalah kenangan kakyong hingga ke akhir hayat..

Alhamdulillah juga Tuhan memurahkan rezeki kakyong untuk mengandung cepat.. akhirnya lahirlah Alisha.. di mana kakyong tahu, selama ni, abah memang menantikan saat kehadiran seorang cucu memandangkan abah selalu je main dengan cucu orang lain..

Banyak pengorbanan abah sebenarnya.. Abah adalah abah yang terbaik!! Sesungguhnya kakyong tak tahu macamana kehidupan kakyong tanpa abah.. & kakyong taknak memikirkannya.. Kakyong sayang abah sangat2..!!!

Kakyong harap abah jaga kesihatan abah.. & kakyong juga doakan semoga Tuhan sentiasa melindungi abah.. Tak dapat kakyong nak luahkan semuanya tapi abah hayatilah lagu dekat bawah ni.. kakyong hadiahkan untuk abah

Lirik Ayah

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
 
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan


1 comment... add one now

Unknown Unknown June 16, 2011
semoga abah ina sihat walafiat dan berbahagia di samping anak2 nya...