Memandangkan Alisha terkena sembelit seperti yang saya cerita dekat entry NI, so, saya pun nak kongsi dengan u all la info pasal sembelit ni.. supaya nanti kita sama2 tahu tentang sembelit ni..
Dari apa yang saya baca, sembelit di kalangan bayi2 tidak ada punca2 penyakit yang jelas. Normally bayi2 yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. So, kita ibu2 ni tidak digalakkan untuk menukar susu badan kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh menyebabkan baby kita mendapat sembelit. Ohya, bahan2 pepejal seperti nasi, barli, sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam, boleh mengeraskan najis.
That why la tahi alisha keras.. saya pernah bagi sayur bayam *sigh*... tapi kalau bab nasi tu macamana pulak yer.. nasi & bubur nasi tu sama tak ek... toing!
Kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana rasa tak selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit. Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat. Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan merasa susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar2 dalam tali perutnya menekan ke atas bahagian pundi kencingnya. Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.
RAWATAN : Diantara cara merawatnya adalah bagi mereka makan prun ke aprikot ke anggur ke tapi yang dilenyek2 la yer.. bagi halus sikit.. selain tu, kita jugak boleh bagi sayur yang berfibre seperti salad dan bagi baby kita minum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
So, inilah diantara info2 tentang sembelit.. lepas ni kena bagi alisha banyak makan makanan yang berserat la ni.. Nak kena search lagi ni... :-) Inilah diantara hobi saya.. mencari info tentang apa je yang berlaku kat alisha.. bukan apa, senang, lepas ni dah tahu apa yang patut kita buat.. takdalah gelabah.. tak gitu.. hihii