Baru2 ni dekat entry INI saya ada bagitahu u all yang si Alisha ni dah tumbuh gigi 2 batangkan.. Baru 2 batang je pun.. tapi dah pandai gigit orang.. ibu & abah dia ni lah yang jadi mangsa gigitan manja dia tu.. muahahha.. Tengah main2 boleh pulak dia gigit lengan kita ke lutut kita ke peha kita ke.. paling dasyat nak gigit tapak kaki kita.. hishh!!
Tadi pulak ketika saya tengah main dengan Alisha dekat atas katil.. boleh pulak si Alisha ni pergi "asah" gigi dia dekat besi katil... yap, siap ada bunyi ok.. saya pulak yang jadi pelik tengok dia.. Alisha seolah2 gesel2kan gusi dia tu dekat besi.. huhuu
Alisha gatal gusi sebab tumbuh gigi agaknya ek.. Emm betoi ke tumbuh gigi ni gatai gusi yer?.. heheh.. Tapi apa2 pun, saya tetap bersyukur sebab setakat ni Alisha tak pernah lagi menggigit ketika saya menyusukan dia.. mungkin dia tahu kot yang itu adalah sumber rezeki dia yang paling utama untuk menghilangkan kehausannya.. muahahhah