Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Tuhan menolong kita melebihi dari apa yang kita harapkan

Sebelum ni saya duk risau2 sape yang nak tengok2 kan anak solehah saya 2 orang ni time saya nak bersalin nanti.. Lebih2 lagi budak2 tak boleh masuk wad, takkan my dear nak tinggal anak2 solehah saya tu dekat guard pulak kan.. Selain dari tu, saya jugak risau pikirkan samada my dear boleh handle ke Alisha & Aqilah time saya takda dekat rumah nanti.. Ingat lagi time bersalinkan Aqilah dulu, bila my dear cerita apa yang berlaku dekat Alisha di rumah, bertambah sedu sedan saya di hospital...

Tapi tu la u all, itu semua apa yang saya pikirkan... risaukan... sesungguhnya Tuhan itu maha penyayang & pengasih.. sentiasa memudahkan urusan hamba2NYA... Hari Sabtu baru ni, kami balik rumah MIL ambik adik ipar bawak datang sini... tujuannya nak suruh jaga Alisha & Aqilah time saya masuk wad nanti... kiranya takdalah anak2 saya tu nanti kene tinggal dekat guard ke apa kan... Ohya, cerita pasal adik ipar saya ni... pada mulanya hari Khamis baru ni, saya dah telefon tanya nak datang sini or tak, tapi jawapan adik ipar saya tu macam tak nak datang lagilah kan, yela, due date saya kan lambat lagi.. yang kami ni nak ajak datang awal sebab takut jadi macam time Aqilah dulu, bersalin ketika usia kandungan 38 minggu.. kalau ikut kandungan sekarang, minggu ni genaplah 38 minggu... bila dah adik ipar saya cakap macam tu, okla... tak naklah paksa2 kan... tapi tu la, dengan takdir Tuhan, keesokannya hari Jumaat, adik ipar saya ni telefon bagitahu nak datang sini... Bila saya tanya kenapa berubah fikiran, katanya sebab dia pikir nanti kalau saya bersalin kesian pulak dengan Alisha & Aqilah, takda yang nak jaga... tapi dalam masa yang sama jugak, adik ipar saya bagitahu nanti dia nak kene balik rumah MIL semula sebab nak siapkan barang2 untuk kembali semula ke tempat belajar...

U all ingat tak, minggu lepas saya ada bagitahu yang adik perempuan saya bagitahu, cuti semester minggu depan, dia nak datang rumah saya... So, nampak tak dekat sini perancangan Tuhan... Tuhan gerakkan hati adik ipar saya untuk datang awal ke rumah kami lepas tu Tuhan gerakkan jugak hati adik saya untuk datang ke sini... kiranya nanti kalau adik ipar nak balik rumah MIL, adalah adik saya yang menemani kami pulak dekat rumah ni kan... Ya Allah... sesungguhnya saya tak pernah terpikir pasal adik saya ni akan datang ke sini sebab saya sendiri pun tak tahu bila dia cuti semester kan... tak sangka pulak dia cuti ketika saya bersalin...

Yang buat saya lagi rasa terharu, selama ni saya hanya pening pikirkan sape yang nak jaga Alisha & Aqilah.. tapi perancangan Tuhan melebihi dari apa yang saya risaukan... Tuhan bukan setakat "hantar" adik ipar untuk tengok2kan Alisha & Aqilah tapi jugak siap "hantar" adik saya lagi untuk uruskan baby & saya sikit2.... Actually adik saya ni dah bagitahu yang bila dia datang sini, dia yang nak siapkan baby lepas mandi, maksud saya macam pakaikan baju, tuam, letak minyak & bedak semua tu la.... Adik saya ni memang dah ada pengalaman buat semua ni... time Alisha & Aqilah dulu, adik sayalah yang siapkan Alisha & Aqilah selepas mandi.... selain tu jugak, adik saya ni lah yang tukang sapu minyak di badan saya & sapu ubat di perut saya + pakaikan bengkung... Ya Allah Ya Tuhanku... Tuhan yang maha penyayang... saya tak pernah terpikir ada orang akan tolong siapkan baby + saya sikit2... ingatkan semua tu saya yang akan uruskan sendiri... sekali adik saya datang offer diri... Siap nak tolong saya masak pulak tu... Alhamdulillah.. Harap semuanya berjalan dengan lancar... InsyaAllah..

Bila kita risaukan sesuatu... ada masalah... kita sentiasalah meminta pertolongan Tuhan... InsyaAllah Tuhan akan mempermudahkan urusan kita... Tuhan tu maha penyayang... kadang Tuhan bagi melebihi dari apa yang kita pikirkan... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... saya dah mula nampak urusan berpantang sendiri ni semakin dipermudahkan... InsyaAllah... Aamiin..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Mak sentiasa ambik berat walaupun kita dah kahwin & ada anak

Hari ni usia kandungan saya dah cecah 37 minggu 1 hari.. Tadi mak saya bagitahu yang adik perempuan saya cuti semester start 18/08/2014.. adik saya cuti sebulan... Mak saya cakap adik saya nak datang rumah saya.. kiranya macam bolehlah jaga 2 beradik ni kan... Saya time tu pikir adik saya yang nak datang sini... tapi bila saya call adik saya, rupa2nya mak saya yang suruh adik saya datang sini jaga Alisha & Aqilah.... Ya Allah Ya Tuhanku... mak... mak... selalu buat saya rasa terharu tau... Yela u all, mak saya sendiri pun duduk sorang2 dekat rumah, disuruhnya adik perempuan saya datang jaga cucu2 dia  dekat sini... U all nampak tak... mak tak kisah pun pasal dia duduk rumah sorang2... mak lebih pikirkan pasal saya yang kene berpantang sendiri ni... Ya Allah Ya Tuhanku... Mak, kakyong dah kahwin & dah ada anak tapi mak tak pernah berhenti ambik berat pasal kakyong.. Inilah mak kita kan u all... Ya Allah.... setiap kali bercerita pasal parent mesti air mata ni laju je mengalir...

Ohya, selain tu jugak, my dear ada ajak adik perempuan dia datang sini, tapi tak tahulah camne kan... kalau jadi datang, bolehlah adik saya & adik ipar saya jaga 2 beradik ni time saya nak bersalin nnati... yela, budak2 kan tak boleh bawak masuk wad... Saya nak pujuk baby & berdoa moga saya bersalin selepas adik ipar & adik saya dah ada di sini... supaya saya sendiri tak perlu risau pasal 2 beradik ni time saya di tahan di wad nanti... InsyaAllah... harap2 Tuhan permudahkan urusan saya ni....


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Kami di pagi raya

Rasanya dah lama sangat saya tak update blog.. makin dekat nak bersalin MAKIN MALAS..!! Hari rabu ni, genaplah kandungan saya 37 minggu... tengah cari mood nak update blog... terlalu banyak cerita tertangguh.. Tunggu mood dah datang, saya karang entry banyak2 yer... Tengah saya malas nak mengarang ni, u all layan je lah gambar kami pagi raya di rumah abang abah saya yang sulung yer... (^_^)


Tema kami untuk tahun ni, saya pilih warna terang, purple + pink.. kononnya saya nak colour blocking la baju saya & anak2... hihi


Baju saya & anak2 lebih kurang je u all... cuma yang bezanya baju Alisha & Aqilah lengan pendek, saya punya lengan panjang... lagi satu, baju Alisha & Aqilah ada reben besar dekat bahu tapi saya punya ada butang di bahagian dada sebab senang untuk BF anak after bersalin nanti...


Baju saya 3 beranak ni tempah dekat kedai... murah je upah untuk 2 beradik ni... RM15 sehelai...


Baju ni saya design yang simple2 je.. pada mulanya ada gak terpikir nak tempek bunga or manik2 dekat baju Alisha & Aqilah... tapi pikir2 balik, better saya buat reben besar je dekat bahu mereka sebagai penegasan.. takdalah nampak "penuh" sangat... simple2 je...


Walaupun gambar kabur, tapi nak jugak tempek gambar family saya... Baju merah tu mak & abah saya... baju biru tu, adik saya... seronok dia dapat beraya di kampung tahun ni... harap2 raya tahun depan adik saya diberi peluang untuk berjalan walaupun menggunakan tongkat... InsyaAllah... Yang belakang abah saya tu, adik bongsu saya.. 

P/s : Takut ada yang bertanya lagi kenapa "tutup" muka my dear.. jawapannya sebab my dear tak nak libatkan diri dia dalam life "blogger" saya ni... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Rezeki untuk insan tersayang

Alhamdulillah.. syukur pada rezeki yang telah Tuhan berikan... Alhamdulillah tahun ni saya dimurahkan rezeki... adalah rezeki lebih sikit dari saya jual EPHYRA & entry berbayar di blog saya ni... Bukan sahaja rezeki dalam bentuk kewangan tapi jugak rezeki2 lain seperti anak.. saya jugak bersyukur sebab walaupun saya tak bekerja, just suri rumah sepenuh masa tapi saya diberi peluang untuk hadiahkan pakaian raya untuk insan2 tersayang..


Tahun ni saya belikan kain sutera Terengganu untuk MIL, abah saya pulak, saya belikan baju melayu... kebetulan kami keluar sebelum puasa hari tu, dekat shopping complex, baju melayu yang brand Crocodile ada buat offer 50 %... harga asal RM149.90 tapi lepas diskaun harganya jadi RM74.95.. Kira murahlah kan, kualiti kain dia pun bagus.... kami beli 2 pasang, sepasang my dear punya, sepasang abah saya punya... design sama cuma warna berbeza... Untuk mak saya pulak, mulanya saya nak beli tudung Ariani dekat mak.. yela, sekali sekala belanja insan2 tersayangkan... konon2nya nak lah beli yang mahai sikit... tapi mak saya kata tak payah... membazir.. mak beli tudung rm10 sudah... pastu saya cakap la, takpala... nak belanja mak kali ni.. mak saya balas balik, "kalau nak belanja, belanja EPHYRA, tudung biar mak beli sendiri... Kakyong belanja mak RM50 sudahlah untuk ephyra tu... yang baki mak bayar..." Alahaiiii mak kesayangan saya ni tau... RM50 je mak suruh saya bayar... saya kata nak belanja, tapi mak tetap kata nak bayar jugak... saya pun cakaplah, tak payah... kakyong bagi free je dekat mak... Ohya, mak saya memang minum EPHYRA setiap bulan...

Selain dari MIL, abah & mak, saya pun sediakan kelengkapan raya jugak untuk Alisha & Aqilah... Si Alisha tu dah tak sabar nak pakai baju & kasut raya... 2 beradik tu duk pakai kasut dalam rumah... Aqilah lagi ganas, siap dia cabut dah manik2 dekat kasut dia tu... haihh tak dan nak pakai raya... ahhaha... Apa2 pun saya bersyukur sangat sebab sejak saya tak bekerja ni, ini adalah tahun pertama saya mampu sediakan pakaian raya untuk insan2 tersayang dalam hidup saya ni... Macam Alisha & Aqilah tu, tak kiralah kan sebab dorang tu memang dah selalu dapat... yang saya maksudkan tu, MIL, abah & mak... Tak sabar pulak nak tunggu hari raya nanti... mesti abah semakin segak dengan baju melayu yang saya beli tu & tak lupa jugak mesti MIL pun makin cantik dengan baju sutera tu.. tak sabar nak tengok insan2 tersayang ni pakai pakaian pemberian ikhlas dari saya tu... (",)

Moga kita semua gembira di pagi raya... tapi walaupun macam tu, janganlah kita lupa pada mereka2 yang susah... kalau ada anak2 soleh & solehah datang rumah time hari raya, walaupun mereka taknak masuk rumah untuk makan tapi jika ada rezeki, sediakanlah duit2 untuk anak2 soleh & solehah ni... tak banyak pun takpa, asal kita ikhlas... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Suasana sedih menyelubungi di hujung minggu

Adik & maklong.. PEACE dari adik saya.. (",).. Nampak kan adik saya semakin sihat sekarang..

Buat pertama kalinya saya balik hujung minggu ke Chemor, perasaan saya seolah2 nak balik beraya.. Rasa excited sangat.. Lebih2 lagi adik saya pun ada dekat umah parent saya... Hampir 9 bulan, baru adik saya jejak ke rumah parent saya... Dalam perjalanan kami balik Chemor, time tu baru sampai Kuala Kangsar tiba2 mak saya telefon gtau adik saya nak cakap...Adik saya tanya, bila nak sampai.. dia dah ngantuk.. tapi dalam dia duk ngantuk tu, sempat lagi pesan kalau saya dah sampai, kejutkan dia... Ya Allah, terharunya saya time ni.. dapat rasa yang adik saya jugak merindui kami, seperti mana kami merindui dia... Itu cerita hari Khamis malam...

Ni cerita pagi Jumaat tu plak.. betoi2 dah rasa macam suasana hari raya... Actually pagi tu, ada wakil rakyat nak datang umah parent saya.. so, abah saya ajaklah adik beradik dia datang umahkan... Ketika adik beradik abah sampai umah parent saya pagi tu kan, adik saya salam & terus menangis.. bukan sekadar menangis keluar air mata tapi siap suara sekali tau... Nampak tak, betapa adik saya rasa terharunya & sedihnya dia... Saya tak tahu nak explain apa perasaan adik saya waktu tu.. Tapi kalau u all nak tahu, u all cubalah letakkan diri u all di tempat adik saya... 

Selain dari tu kan u all, antara ayat yang keluar dari mulut adik saya yang buat saya rasa sebak.. Bila setiap kali kami tolong adik saya seperti angkat dia letak atas katil, angkat letak atas kerusi roda, mesti adik saya akan cakap "Terima kasih semua".. Ya Allah Ya Tuhanku.. Rasa perit tekak saya time tu nak jawab sama-sama...

___________________________________________________


Ohya, di entry semalam, ada yang komen guna word "dendam".. Bagi saya sebagai seorang kakak yang membesar bersama adik saya tu, Saya tak rasa adik saya seorang pendendam.. Bukannya jenis yang suka membalas kembali.. Bagi saya, seorang pendendam ni, mesti mempunyai sifat yang keras hati, takda nak menangis2 bagai ni... Tapi adik saya bukan macam tu.. Actually, kalau dalam kategori lelaki, adik saya ni boleh dikatakan "cengeng" la jugak lebih "cengeng" dari wife dia.. hatinya lembut... Tengoklah, dia nak bagitahu kami yang kawan dia tak tolong dia semasa kejadian pun, dia boleh menangis... Saya paham maksud tangisan adik saya tu, sebab kalau saya pun pasti saya menangis.. menangis bukan pasal marah tapi menangis sedih, kecewa.. kenapa kawan baik sanggup biarkan kita ketika susah bersendirian.. 

Kalau pasal adik saya kata tak nak tengok muka kawan baik dia tu, maybe sebab adik saya masih belum bersedia.. Yela, baru lagi kan.. Lagi satu, dari perbualan adik saya & abah tu tak nampak pun yang adik saya marah... Kalau marah or dendam, mesti cakap dalam nada marah kan.. tapi adik saya cakap dalam nada sedih.. siap menangis lagi... Haaa lupa nak gtau, actually, petang Jumaat tu, kami ada keluar umah jugak tau, sebab adik saya nak g umah maklong saya..  Tau tak, ketika melintasi rumah kawan baik adik saya tu, adik saya tengok jugak rumah kawan baik dia tu tau u all... Ya Allah.. sedih la plak rasa... mana taknya, pagi Jumaat tu, adik saya cakap, tak nak keluar rumah sebab takut nampak muka kawan baik dia tu.. tapi bila kami bawak dia keluar, dia sendiri plak yang duk tengok ke arah umah kawan baik dia tu.. Apa maksudnya tu u all...?.. Nampak tak, kalau kita betul2 benci, mesti tak nak tengok langsung kan... 

Ermmm pasal nak suruh saya pujuk adik saya maafkan kawan dia tu, rasanya lebih afdal kalau kawan dia sendiri yang datang mintak maaf dengan adik saya.. barulah nampak keikhlasan.. Lagipun kalau adik saya maafkan kawan dia tu pun, mesti jauh di sudut hati dia tu, mengharapkan penjelasan dari kawan dia tu kan.. Buat seketika, cuba kita letakkan diri kita di tempat adik saya...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Alisha dengan dua pupu

Gambar Alisha dengan dua pupu nya @ anak kepada sepupu2 saya... Mereka semua ni sebaya tau.. Lahir dalam tahun yang sama...

Yang dekat tengah tu lahir paling awai... dikuti Alisha & baju dot2 tu nombor 3..


Nanti sekolah semua sama je ni.. Dapat result exam nanti mulalah duk tanya dapat berapa... 


Ohya, yang kat sebelah Alisha tu pun sebaya tau.. Dia lahir paling last... Mereka bertiga ni, umur setahun lebih dah cakap terus tau... Alisha gak duk bahasa German lagi time tu...

Walaupun Alisha lahir no 2 antara mereka berempat tapi Alisha lah yang paling kecik... Yang paling kecik ni orang kata macam dah besar macam dah sekolah.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cerita di sebalik ayam KFC


U all perasan tak ada seketul ayam goreng yang dah kene cubit??.. Bila saya terpandang gambar tu ketika buat entry sebelum ni, terus rasa sayu sangat dekat hati...

U all tahu tak, masa pagi Jumaat, saya ada panaskan baki ayam KFC yang kami makan masa hari Khamis tu... Tiba2 abah saya cakap "Laa ada lagi baki.. abah nak makan seketoi pun mak tak bagi"... Saya tanyalah kenapa.. Abah saya cakap "Mak kata ayam ni ada 8 ketoi je.. nanti tak cukup".. Tiba2 mak saya sampuk.. "Mak pun tak makan jugak".. (mak saya cakap camtu sebagai balasan terhadap kata2 abah saya yang gtau abah saya tak makan.. kiranya mak saya nak cakap.. bukan abah je tak makan tapi mak pun tak makan.. so, fair la...).. Terus saya tanya mak saya pulak kenapa tak makan.. Mak saya jawab.. "MAK TAKUT NANTI TAK CUKUP".. Merujuk kepada kami sekeluarga @ anak & cucu & menantu dia ni....

Ya Allah Ya Tuhanku... waktu tu betapa rasa bersalahnya saya ni... makan sampai tak sedar yang rupanya parent saya tak makan pun ayam time tu... betapa mereka sayangnya dekat anak cucu menantu mereka ni.. sanggup tak makan.. risau takut kami tak cukup... Time saya taip entry ni, rasa perit kat tekak tahan rasa sedih.. tengok gambar ayam yang dah kene cubit tu lagi sedih...

So, untuk mengurangkan rasa sedih @ rasa bersalah saya waktu tu, malam tu saya ajak parent saya keluar dinner dekat luar after tengok adik saya dekat hospital... memandangkan keesokkannya birthday mak saya.. so, dinner tu dianggap sebagai celebrate birthday mak la kan... Ikukan parent saya, dorang ajak g kedai biasa je u all.. tapi saya berkeras tak nak g kedai biasa... saya cakap "nak celebrate birthday mak mana boleh g kedai biasa.. kene lah g kedai yang mahai".. Saya ajak g kedai MALIKA SABA @ KEDAI NASI ARAB.. Mak saya terus cakap.. "Kita g kedai depan balai polis je la.. kedai saba malika tu mahal la kakyong..".. *kedai depan balai polis merujuk kepada kedai makan macam pondok

Nampak tak betapa mak saya risaunya takut saya ni takda duit nanti sebab bayar mahai2... Sedangkan selama ni setiap kali balik Chemor, kalau kami keluar makan, mesti mak & abah yang bayar... sekali makan 3 angka.. takkanla untuk birthday mak saya, saya nak berkira kan.. Apa2 pun.. inilah parent kita.. mereka akan sentiasa berkorban untuk kita.. dari kita kecik sampai la dah ada anak... 

P/s : Actually dari Sungai Petani lagi memang saya dah plan hari Jumaat malam tu nak celebrate birthday mak dekat restoran @ dinner

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Menu untuk family my dear

Baru2 ni family my dear datang rumah.. Alaa 4 orang je pun.. MIL, 2 orang adik ipar & sorang biras.. Tujuannya sebab keesokkannya my dear nak hantar adik ipar saya daftar dekat UUM.. Si menantu yang baik & kakak ipar yang rajin ni pun apa lagi.. berialah masak untuk MIL, ipar & biras tu.. (^_^)


Hari pertama sampai tu, saya sediakan SOTO & BISKUT CREAM CRACKERS BERKASTARD.. Pagi esoknya @ hari nak hantar adik ipar ke UUM tu, saya bangun awai pagi siapkan NASI GORENG & CUCUR.. Buat nasi goreng sebab risau nanti dorang lapar tunggu lama2.. masak cucur tu pulak sebab MIL saya tak makan nasi goreng.. Nampak tak?? betapa bagusnya saya.. prihatin dekat family my dear.. hihii (^_^)

Manakala menu petang lepas mereka balik dari UUM, saya buat NASI PUTIH  berlaukkan GULAI AYAM , SAMBAL PETAI IKAN BILIS & SAYUR... Ohya, pasal SOTO tu kan, first sekali MIL saya makan adalah BERGEDIL.. masuk je mulut, terus MIL saya cakap "Sedapnya bergedil ina buat"...  lepas tu adik ipar saya pulak makan.. pun cakap sedap.. ni yang nak buat saya kembang vontot ni tau.. muahahhah.. Opstttt... bergedil senang je kan.. kalau u all buat pun sedap jugak (",)

Kalau orang datang rumah saya, kerja saya mesti masak je.. bukan apa, seronok jamu orang datang rumah.. buat 2 3 jenis pun takpa.. puas hati tengok orang makan.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Adik saya tersedak susu

Adik lelaki saya ni memang gelap dari kami yang perempuan ni yer.. biasalah lelaki.. kerja polis pulak tu.. bukannya duk dalam opis.. (^_^)

Berita "ngeri" yang saya nak bagitahu u all pasal adik saya tu... Baru ni, 18/08/2013 mak saya telefon bagitahu ADIK SAYA TERSEDAK SUSU... Mak saya & adik ipar yang ada pada masa kejadian terkejut.. rasa macam terberhenti nafas sekejap.. muka adik ipar saya pun pucat... Menurut mak saya.. 

ADIK LELAKI SAYA TIBA2 TERBATUK & NAFAS SEOLAH2 TERBERHENTI SEKEJAP KIRA MACAM NAK BERNAFAS TAK LEPAS LA KOT.. SEBAB TERSEDAK SUS.. MACAM TU LA.. MUKA ADIK SAYA TERUS JADI MERAH & MATA JADI BESAR RASANYA... Mak saya pun apa lagi, terus cepat2 angkat adik saya & gosok2.. Lepas tu baru adik saya kembali bernafas dengan baik.. 

 Dari suara mak saya bercerita tu, memang dia sangat2 takutlah tengok kejadian tu.. Saya yang dengar ni pun takut... Nasib time tu mak saya ada.. Ohya, u all jangan risau yer, sebab adik saya memang tak pernah ditinggal berseorangan.. setiap saat ada orang tunggu...

PERKEMBANGAN TERKINI ADIK SAYA

Alhamdulillah sangat2 banyak perkembangan.. perkembangan yang positif... Dia paham apa yang kita cakap.. Kalau kita suruh senyum, dia senyum.. kalau kita suruh angkat tangan, dia angkat tangan.. Ohya, baru ni kan, abah saya suruh adik saya cakap, adik saya try la nak bercakap (abah saya nampak lidah dia & bibir bergerak2) tapi lepas tu dia geleng kepala.. maybe dia nak bagitahu yang dia tak boleh bercakap kot...

Lagi satu kan, pernah satu hari tu, anak saudara adik ipar saya ni, nak ambik tisu yang ada sebelah adik saya @ atas kerusi roda tapi tak dapat ambik.. adik saya ni tengok kejadian tu, dia tolong ambik tisu tu & bagi dekat anak saudara dia tu... Pernah sekali, adik saya ni lambai tangan dekat biras dia panggil suruh datang dekat dia.. hihii.. Comel je rasa perkembangan adik saya ni... (^_^) Haaa lagi satu kan, baru2 ni, adik ipar saya bercerita, time family dorang tengah kumpul ramai2 tiba2 adik saya ni terkeluar 1 patah perkataan tau.. yang ada kat situ, semuanya seronok.. siap tepuk tangan lagi.. hihiii.. Alhamdulillah.. seronok sangat saya dengar... (",)

U all nak tahu tak, adik saya ni dah jadi sensitif tau... dah 2 kali merajuk dengan adik ipar saya tu.. Pertama kali masa raya pertama & kali kedua masa hari rabu baru ni... Yang 1st time tu sebab adik ipar saya sibuk layan tetamu dekat rumah, kiranya kurang beri layanan la kan.. yang kedua tu pulak, adik ipar saya ni ikut abah saya pergi pengkalan hulu nak uruskan pasal adik saya ni... Maybe adik ipar saya ni tak inform adik saya kot.. bila adik ipar balik rumah, adik saya tengok arah lain.. tak tengok muka isteri dia.. suruh senyum pun tak nak.. Tapi biasalah kan.. orang sakit memang macam tu... dia ada sifat terlebih sensitif...

Adik saya ni kenal orang.. InsyaAllah... Lagi satu, kalau kita cerita apa2 dekat dia.. dia paham.. maksud saya camni.. kita cite je la pasal apa2 perkembangan contohnya pasal urusan dia dekat tempat kerja, lepas bercerita, kami tanya dia paham or tak... dia angguk kepala... normally, kalau dia tak paham dia akan geleng... Eh, ada lagi satu.. adik saya dah pandai try2 nak bangun dari kerusi tau... kira nampaklah banyak kemajuan dia.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Kegembiraan Alisha bermain dengan sepupu

Alisha ni ada 3 orang sepupu tau.. 2 lelaki, 1 perempuan.. Tapi Alisha ni hanya ngam dengan yang perempuan je.. yang lelaki kurang sikit.. hahha.. Yela, dah budak lelaki kan permainan nya kasar sikit.. U all tahu je la alisha ni kan jenis lembut.. mana ngam dengan yang kasar2 ni.. (",) Tapi kalau dia balik Chemor, dia boleh pulak main dengan budak lelaki.. maybe sebab anak2 sepupu saya tu dah besar sikit kot + dorang bukan jenis yang kasar2..


Time ni malam raya.. Kebetulan sepupu Alisha yang lelaki ikut mama dia g cari baju raya.. so, tinggallah Alisha & sepupu perempuan @ Nurul ni je... Bukan main seronok dorang main.. kami yang dalam rumah ni pun seronok je tengok.. pandai je dorang main berdua... 


Bila Alisha penat, Nurul tarik tangan ajak alisha main jugak.. bila nurul penat, alisha tarik tangan ajak nurul main jugak.. hahha... duk berlari dalam rumah la.. macam2.. bukan main lagi 2 orang sepupu ni ketawa malam tu...


Bila saya tengok Alisha & Nurul main, barulah terasa yang Alisha ni dah makin besar.. hihii.. Tunggu Aqilah pulak besar nanti, mesti dorang main bertiga pulak kan...

Alisha kalau dengan Nurul ni, dia ok sikit.. takda nak kedekut2 barang dia.. tapi bila dengan sepupu lelaki dia, ada masa dia kedekut.. tingat dia kene pukul kot... hahah.. Macam2 la peel budak2 ni...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Gambar kami 4 beranak (^_^)

Angin kerajinan yang sepoi-sepoi bahasa dah sampai dekat saya yer.. So, baru hari ni saya rajin update blog selepas 2 minggu cuti beraya dari berblog.. (^_^).. Tak mau cakap banyak, terus nak tempek gambar kami di hari raya pertama... WARNA KAMI TAHUN NI ADALAH WARNA FAVORITE SAYA... SAMA JE DENGAN WARNA BORDER BLOG SAYA NI.. (^_^)


Actually pagi raya, alisha pakai baju kebaya tau.. tapi lepas dah cantik-cantik.. dia nak membuang pulak.. masuk tandas, kain basah kene air, terus saya tukar baju lain.. nasib ada 2 pasang.. (",)


Jangan tanya saya kenapa wajah my dear kene tutup yer... Kan dah tulis "Saya pemalu".. kikikiii.. Kalau ada yang teringin nak tengok wajah buah hati pengarang jantung saya tu.. u all godek2 la entry saya ketika tahun pertama saya berblog... adalah terselit gambar my dear dekat situ...


Ohya, Aqilah sorang je baju warna hijau.. sebab nak jugak bagi dia pakai baju kurung, tapi takda warna yang sama dengan kami.. tu yang beli jugak walaupun warna hijau... Gambar saja je tempek 3 keping sebab si ibu & si abah berialah senyum sampai ke telinga.. si anak, sorang duk meraung, sorang duk control ayu.. hihii

Opsttt baju warna baju Aqilah, tanpa disangka mengikut tema warna Mak anjang & Pak anjang dia.. (^_^)

P/s : Thanks dekat my mum sebab sponsor baju raya kami ni yer.. (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tersenyum ketika dikapan

Mood untuk buat entry tak datang2 lagi ni u all.. Cite berlambak2 nak tulis kat sini.. tapi tu la.. MALAS la plak.. duk jadi silent reader je ni.. (^_^) Apa2 pun, saya akan pastikan hari Isnin minggu depan, mood saya dah back to normal.. (",)

Btw, saya nak bagitahu u all ni.. Saya baru saja kehilangan BAPA SAUDARA @ ABANG MAK SAYA... Dia meninggal tengahari semalam... Masalah berkaitan paru2 kalau tak silap saya.. Mak & abah saya ada dekat Terengganu la sekarang ni.. Saya nak cite dekat u all, satu perkara yang tentang arwah..

Family saya di Terengganu duk cakap "Putih sepuk muka arwah we.. senyum meleret" @ "Putih @ jernih muka arwah we (panggilan untuk arwah).. senyum meleret"... Seronok saya dengar bila orang duk cakap yang arwah tersenyum ketika dikapankan.. muka arwah nampak jernih.. bersih.. berseri je.. tersenyum nak mengadap Tuhan.. Terus saya teringat arwah datuk saya @ ayah kepada arwah.. sama jugak u all.. tersenyum ketika meninggal...

Sejuk mata memandang.. seronok telinga mendengar.. bahagian kita nanti tak tahulah macamana... Arwah datuk & arwah bapa saudara saya ni.. jenis pendiam je u all.. jenis tak cakap banyak.. orang cakap apa pun.. senyum je.. takda nak melawan.. masuk waktu terus solat... ingat lagi arwah datuk saya, dia lumpuh tau.. tapi solat dia tak tinggal.. siap solat guna mata lagi..

Takut bila tingat mati.. Sama2lah kita berusaha untuk lebih beramal yang akan dibawa di sana kelak.. Sama2lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik..

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha nampak macam budak tak pandai

Baru ni, MIL saya cakap... "Alisha ni nampak pendiam je.. macam budak tak pandai tapi semua dia tahu".. sampuk pulak biras saya.. "Diam2 ubi berisi"... Dan2 my dear tambah "Tengoklah bapak dia sape"... hahha...

Saya sebagai ibu yang 24 jam dengan Alisha, dah tentu saya tahu anak saya camne kan.. tapi bagi orang luar yang tak kenal alisha maybe akan cakap macam MIL saya cakap la kot.. hihii.. Sebabnya Alisha ni jenis kalau dengan orang yang dia tak biasa, dia takut tau.. duk berkepit je dengan saya or abah dia.. Aqilah tu pulak yang terlebih aktif... Lagi satu pulak, Alisha bukannya g school kan.. dia duk terperap je dalam umah ni.. kawan dengan ibu, abah & aqilah je.. mana ada kawan2 lain... Thats y saya ambik peluang ni untuk didik Alisha minat pada pembelajaran @ kembangkan otak dia tu dengan cara saya tersendiri.. cara ibu yang tak bertauliah ni.. hihii

Ohya, tadi saya ada gtau my dear cakap "Tengoklah bapak dia sape" kan... Secara peribadinya Alisha ni ada gak ambik ciri2 bapak dia tu... Ada jugak "mewarisi" kepandaian abah dia tu agaknya... Abah dia tu nampak macam "slow" tapi masa belajar, dari 7 semester, 4 semester dia boleh dapat dekan... Saya ni yang jenis huhaa huhaaa jangan kata dekan, pointer pun cukup makan je.. adehhh... ahhahhah

P/s : Pasal free diapers Alisha time tidur tu, saya tak set alarm pun yer... Tapi secara dengan sendirinya, saya akan terjaga setiap 2 jam sekali.. Alhamdulilah Tuhan permudahkan kerja saya.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..

Fikirkan yang positif..

Semalam saya dapat mesej dari sepupu saya dekat FB... saya tertarik dengan kata2 dia... Ini antara mesej nya...

yong tarik nafas dalam2..fikirkan yang positif k..sebab kuasa minda main peranan..selain kuatkan kita dia juga bawa berita positif..macam janji Allah pada hamba Nya..bersangka baik lah padaKu, maka aku juga akan menurunkan rahmat Ku keatas mu..

FIKIRKAN YANG POSITIF... Yap, saya memang perlu berfikiran positif... Selama ni saya memang selalu berfikiran positif... dalam blog ni pun ada je yang saya suruh u all berpikiran positif... Tapi entah kenapa dalam bab adik saya ni, lain plak jadinya... Bangun Zarina... bangun!! Saya perlu motivasi diri sendiri nampaknya ni... Takpa, nantikan saya minggu depan yer... Saya akan kembali dengan cerita anak saya yang solehah ni pulak.. hihii.. Eh, tapi perkembangan adik saya, saya tetap akan update la... (",)


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 



Yong, Yen accident.. sekarang dekat ICU, balikla.. mak abah kamu takda ni...

Hari Ahad (09/06/2013) lebih kurang pukul 9 lebih pagi, saya dapat panggilan dari sepupu saya.. dia cakap "YONG, YEN ACCIDENT, SEKARANG DEKAT ICU.. BALIKLAH, MAK ABAH KAMU TAKDA NI"... Ya Allah Ya Tuhanku.. saya yang tengah mamai akibat mengantuk yang amat masa hari kejadian, terkejut dibuatnya... Mana saya tak terkejut.. ICU..!! Macam2 yang saya pikir.. terus saya bagitahu my dear yang time tu dekat tempat kerja...

Untuk pengetahuan u all, kebetulan pulak hari tu, parent saya takda dekat Chemor pasal pergi Selangor daftar adik perempuan saya sambung belajar... Adik lelaki saya ni dia balik Chemor hari Jumaat sebab nak jumpa adik perempuan saya sebelum dia pergi belajar.. selain dari tu, adik lelaki saya ni balik Chemor sebab family isteri dia buat kenduri... Adik lelaki saya ni kemalangan pagi Ahad.. dia sorang2.. isteri dia ada bagitahu saya yang adik saya ajak jugak dia keluar tapi dia taknak.. tak larat... so, dia keluar sorang2 minum2 dengan kawan2... Kami semua pakat tak tahu kejadian sebenar... macam2 versi orang bagi.. tapi lantaklah.. malas nak ambik tahu macamana ianya berlaku.. sebab ianya memang dah pun berlaku.. 

Lebih kurang pukul 10 lebih pagi, kami 4 beranak gerak dari Sungai Petani..  Parent saya yang dekat Selangor, tunggu bagi settle daftar adik perempuan saya, baru balik Ipoh.. U all tahu tak, parent saya & adik perempuan saya, tak tahu keadaan sebenar adik lelaki saya... yela, parent saya kan nak gerak jauh plak nanti.. dari Selangor ke Ipoh.. lebih2 lagi parent saya pun bukan sihat sangat... bukan boleh terima kejutan...  

Pukul 1 lebih tengahari kalau tak silap, kami sampai Hospital Ipoh.. dekat KECEMASAN... waktu tu, dah ramai family saya & family adik ipar menunggu dekat luar bilik... Saya bagi Maklong sauya pegang aqilah, saya terus masuk dalam bilik kecemasan.... Ya Allah Ya Tuhanku.. Nak pengsan saya tengok keadaan adik saya... Allahuakbar... sampai macam tu sekali adik saya... Rasa tak sanggup nak tengok... Air mata saya mengalir laju... sungguh saya tak sangka.. yang terlantar atas katil dengan macam2 wayar di badan... dengan berdarah.. dengan keadaan yang bengkak adalah adik lelaki kesayangan saya.... Ya Allah Ya Tuhanku... besarnya dugaan.. sakitnya adik saya.... Pada masa ni, saya duk pikir mak abah saya je... moga2 mereka datang ke hospital dalam keadaan bersedia untuk melihat keadaan adik saya tu...

Lebih kurang pukul 4 lebih petang, dorang dah bawak keluar adik saya dari kemacangan untuk ke ICU... Deangan takdir Tuhan, BELUM SEMPAT NAIK LIF, DORANG PATAH BALIK KE KECEMASAN.. JALAN LAJU2 SAMBIL TOLAK KATIL ADIK SAYA TU... Ya Allah.. kenapa pulak ni.... risaunya saya... Ya Allah Ya Tuhanku.. selamatkanlah adik saya.... Saya takut jadi apa2 sebelum parent saya sampai.... Rupa2nya dorang berlari sebab gas dalam tong oksigen adik saya tu dah tinggal sikit... dorang nak ganti lain kot...

Lepas tu baru dorang bawak adik saya ke WAD 3B ICU... Parent saya sampai lebih kurang pukul 5 lebih petang... Parent saya dapat tengok adik saya malam.... tak ingat dah pukul berapa.... dorang tak bagi tengok... u all paham la, dekat ICU memang susah untuk kita masuk kan, lebih2 lagi, adik saya time tu tengah kritikal.. Tapi ok jugakla.. at least parent saya dapat relax & tenangkan diri sebelum jumpa adik saya... Ohya, adik perempuan saya, parent saya tinggal dia dekat tempat belajar dia je tau.. yela, seperti yang saya cakap, mereka bertiga tak tahu keadaan adik saya yang sebenar.. Bila parent saya dah dapat tengok adik lelaki saya tu, esoknya terus suruh sepupu saya bawak adik perempuan saya balik Ipoh... Adik perempuan saya ni tak tahu langsung keadaan adik lelaki saya tu.. dia ingat sekadar patah kaki je... Bila dia dah dapat masuk tengok adik lelaki saya, keluar je dari ICU terus dia menangis teresak2 sambil peluk abah saya... Saya yang tengok situasi tu pun turut keluarkan air mata....


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Berita gembira berkenaan adik lelaki saya

Ya Allah Ya Tuhanku... Sebak rasa dekat hati saya bila abah saya telefon bagitahu ADIK SAYA GENGGAM TANGAN ABAH SAYA....!! Sebak sehingga bergenang air mata gembira dengar berita ni dari abah saya... Abah saya pun gembira... Normally saya yang telefon abah saya tanya pasal perkembangan adik saya, tapi hari ni, abah saya yang telefon saya dulu.. saya tahu, abah saya gembira... gembira apabila anak lelaki tunggal beri respon positif...

Camni citenya... tadi abah saya bagitahu, abah masuk melawat adik saya pukul 1 tengahari.. abah genggam tangan kiri adik saya.. Dengan takdir Tuhan, ADIK SAYA MEMBALAS GENGGAMAN TANGAN ABAH SAYA TU.. ABAH SAYA CAKAP, ADIK SAYA GENGGAM DENGAN KUAT... Ya Allah Ya Tuhanku... Syukur Alhamdulillah.... Ohya, abah saya tak sentuh tangan kanan adik saya... seperti yang saya bagitahu sebelum ni, kecederaan adik saya banyak sebelah kanan kan.. Tangan kanan adik saya bengkak...

Abah saya cakap, sekarang ADIK SAYA DAH GERAK2 KAN KAKI DIA.. GERAK2 KAN TANGAN DIA... MATA PUN ABAH SAYA TENGOK BERGERAK JUGAK.. TAPI BELUM TERBUKA LAGILAH MATA DIA.. Adik saya bukan setakat membalas genggaman abah saya, tapi jugak membalas genggaman isteri dia... YA ALLAH YA TUHANKU... MESTI ISTERI ADIK SAYA PUN RINDU GENGGAMAN TANGAN ADIK SAYA TU KAN... Saya tak sabar nak balik sana lagi 2 minggu.. tak sabar nak rasa adik saya genggam tangan saya pulak... Saya rindu sangat dekat adik saya.... 




Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. Kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Keadaan Isteri Adik saya

Memandangkan Kak Izan tanya saya pasal keadaan isteri adik saya, so, saya buatlah entry ni... Bagi saya, ISTERI ADIK SAYA sangat kuat orangnya... Saya baru nampak dia menangis sekali je.. tu pun bukan menangis sampai sedu sedan.. JUST DUDUK DIAM2 & KELUAR AIR MATA... Time dia tahu adik saya kemalangan saya tak tahulah kot2 dia dah menangis kan.. saya pun duk jauh... Sesungguhnya Tuhan memang menguji hambanya yang setimpal dengan kemampuannya...

U all tahu tak, isteri adik saya ni ada SAKIT JANTUNG tau... Family dia or sesiapa je, tak bagitahu perkara sebenar tentang adik saya.. maksud saya, masa hari pertama tu, dia hanya tahu kecederaan luaran adik saya je... dia tak tahu yang adik saya ada darah beku dekat kepala.. dia tak tahu paru2 adik saya ada masalah.... Punca kami semua tak bagitahu adik ipar saya tu sebabnya takut jadi apa2 dekat dia.. yela, dia kan ada masalah jantung.. Ketika dia mula2 tahu yang adik saya kemalangan, dia pun dah terduduk (adik kepada adik isteri saya bagitahu saya)...

Isteri adik saya tahu cerita sebenar pada hari kedua... Itupun sebab doktor bagitahu nak bedah kepala adik saya dekat parent saya ketika isteri adik saya ada sekali... Tiba2 je saya nampak adik ipar saya tu keluar dari bilik ICU dia diam, taknak sembang & terus mengalir air mata... Rupa2nya dia terkejut sebab adik saya nak bedah kepala buang darah beku... Yela, sape tak terkejut u all... kepala tu... Saya pun sampai menangis... Risau... macam2 ada...

Tahu tak, betapa setianya adik ipar saya tu dekat adik saya.. betapa sayangnya dia dekat adik saya.. Sepanjang 2 jam lebih operasi pembedahan dilakukan, selama tu lah dia berdiri depan pintu pembedahan.. suruh duduk pun tak nak... sampailah adik saya keluar bilik pembedahan...

Dekat ICU ni, hanya 2 orang waris je boleh tunggu tau.. tu pun dekat luar bilik ICU.. Adik ipar saya ni kalau ikutkan hati dia, nak tunggu setiap hari.. tapi takdala kan.. sebab dia pun bagi peluang dekat parent saya tunggu adik saya... tapi yang paling banyak tunggu, mestilah isteri adik saya kan... Yela, kalau saya ditempat adik ipar pun, mesti saya akan tunggu jugak.. memandangkan adik ipar saya tu tak bekerja & takda anak.. so, lebih baik habiskan masa dengan tunggu suami dekat ICU kan... duk umah pun tak tenang je rasa....

Ohya, u all... ADIK LELAKI SAYA MASIH LAGI DEMAM TAU... SUHU DIA TURUN NAIK.. DAH SEMINGGU BERLARUTAN.. RISAU SAYA DIBUATNYA.. BILA DEMAM, BADAN ADIK SAYA MESTILAH MAKIN LEMAH KAN... APA2 PUN, SAYA HARAP ADIK SAYA KUAT SEMANGAT..





Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 



Perkembangan adik saya yang positif

Semalam saya lupa nak tulis yang saya jugak ucap TERIMA KASIH dekat u all yang hantar mesej dekat saya antaranya YUI, KAK SAL, CIKSU, KAK IZAN, KAK ZIE, UMI ALYA, AYU, YANA, KAK NORA KARIM, NAZIRAH & WANIEY..

Alhamdulillah adik saya menunjukkan perkembangan yang positif... Semalam abah saya bagitahu yang segala wayar dekat badan adik saya dah dicabut... Yang tinggal hanya wayar untuk bernafas & buang air kecil... Eh, wayar untuk minum susu masih ada rasanya... Actually semalam dorang dah try cabut wayar oksigen adik saya tu.. tapi adik saya jadi tercungap2.. dengan kata lain, masih belum mampu bernafas sendiri la kan.. so, dorang pasang semula alat pernafasan tu... Maklumat yang saya dapat ni, setakat perkembangan petang semalam... dah gaya macam pemberita pulak.. hihii

Moga adik saya akan terus menunjukkan perkembangan yang positif... Nanti boleh main dengan Aiman.. Mesti Aiman dah rindukan ABI dia.. (",)


Saya tak mampu jaga AIMAN seperti NAZREN jaga AIMAN

U all ingat tak, dulu saya ada buat entry yang Alisha main dengan Aiman masa dekat umah adik lelaki saya tu (Pengkalan Hulu)... Kalau lupa, BACA SINI & SINI... Untuk pengetahuan u all, Aiman ni sangat rapat dengan adik saya tau.. Rapat sampai bawak je Aiman ke mana walaupun bermalam di Ipoh, sedangkan Ibu bapa Aiman di Pengkalan Hulu... Rapat sampai sanggup beli mainan letak dekat rumah dia untuk Aiman main.. Rapat sampai bahasakan diri dia "ABI"... 

Ohya, Adik saya ni dah nak masuk 7 tahun kawen tau.. tapi belum ada rezeki dikurniakan zuriat.. sekarang plak dia ada dekat ICU IPOH.. moga adik saya masih ada peluang untuk mempunyai zuriat... Adik saya ni memang suka budak2 tau.. Dia anggap Aiman tu dah macam anak sendiri.. tak pernah walau sekali dia cakap dekat saya yang Aiman tu anak yang dia mengasuh ke.. anak jiran ke.. anak angkat ke... tapi dia cakap Aiman tu anak dia...

Masa hari kedua adik saya masuk ICU, Abah Aiman yang masa tu ada operasi (Aiman & Adik saya keje polis dekat Pengkalan Hulu) dekat Kelantan, dia "lari" macam tu je dari operasi.. katanya just tawakal je la.. Ketika di Hospital, Abah Aiman cakap dekat parent saya & saya "NAZREN BAIK SANGAT DENGAN ANAK SAYA.. SAYA TAK MAMPU JAGA AIMAN MACAMANA NAZREN JAGA AIMAN".. Ibu Aiman mengalir air mata selepas keluar dari tengok adik saya dalam bilik ICU...

Malam tu jugak, adik saya buat pembedahan buang darah beku dekat kepala dia.. lebih kurang pukul 1 pagi, Abah Aiman telefon abah saya.. tanya macamana pembedahan adik saya.. Tiba2 Abah Aiman cakap "Saya sebak dah ni pakcik.. Nazren baik dengan saya".. terus abah Aiman menangis dalam telefon sambil cakap dengan abah saya tu...

P/s : Bagi saya peluang coretkan cerita adik saya minggu ni yer.. minggu depan, InsyaAllah saya akan kembali tulis cerita Alisha & Aqilah.. Opsttt sebenarnya, cerita Alisha & Aqilah takda u all.. yela, dah kami duk hospital je.. mana ada ragam 2 beradik tu yang mampu saya rakam dekat hospital.. (",)

Perkembangan terkini adik saya

Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau ampunkanlah semua dosa hambaMu dekat atas muka bumi ini... Alhamdulillah di atas semua yang Tuhan dah bagi dekat kita... tak kiralah samada berbentuk kegembiraan, kesedihan or kesakitan..... Yap, kesakitan yang sedang ditanggung oleh adik lelaki saya (nazren) & kesedihan yang ditanggung oleh kami semua... Sesungguhnya apa yang berlaku adalah perancangan yang terbaik yang telah Tuhan aturkan untuk kita...

Firstly, saya nak ucap TERIMA KASIH dekat u all sebab mendoakan kesihatan adik saya... TERIMA KASIH jugak pada yang buat entry di blog seperti AIMI, CIKSU & CMA (sorry jika ada yang saya terlepas pandang).. Tak lupa jugak TERIMA KASIH YANG AMAT SANGAT untuk ECA sebab sudi update blog saya seterusnya memberi maklumat dekat u all... U all tahu tak, u all adalah kawan alam maya yang terbaik..!! Saya tak mampu untuk membalasnya.. tapi doa saya moga Tuhan dapat balas semua kebaikan u all...

PERKEMBANGAN TERKINI ADIK SAYA 

Selepas leher adik saya diTEBUK UNTUK PERNAFASAN, adik saya dah sedar semalam... tapi doktor kembali beri ubat dekat adik saya untuk dia rehat, dengan kata lain, kembali "tidur" la...  Ya Allah... saya tak sanggup nak tengok keadaan adik saya jika dia sedar.. mesti dia akan merasai kesakitan yang amat sangat... Allahuakbar... sedangkan kita tertoreh tangan dengan pisau pun kita dah rasa sedih... ini kan pulak adik saya yang kecederaan satu badan dari yang berat sehingga yang kecik @ calar...

Meh nak cite kat u all antara kecederaan dekat badan adik saya...

KEPALA : 

Seperti yang ECA gtau sebelum ni, Kepala adik saya dah dibedah untuk buang darah beku kan... Ya Allah Ya Tuhanku... panjangnya dia belah kepala adik saya tu... DARI DEPAN UBUN2 MEMBULAT KE TENGAH KEPALA & DITARIK KE TEPI SEHINGGA KE CUPING TELINGA DEKAT KITA PAKAI SUBANG TU... U all bayanglah betapa panjangnya dia bukak tempurung kepala adik saya tu... Kepala adik saya masih bengkak sebelah kanan..

DADA :

Dada adik saya pun ada masalah... ada darah kalau tak silap.. tapi beberapa hari lepas tu, doktor bagitahu paru2 dah ok.. Ohya, di bahagian tepi dada kanan adik saya ditebuk 2 lubang untuk dimasukkan wayar pasal nak keluarkan angin ke apa ntah... sebelah kiri kene tebuk 1 lubang... 

TANGAN :

Tangan kanan adik saya patah rasanya.. tapi saya pun  tak pasti sebab tak tanya plak doktor.. cuma saya nampak bengkak dekat area siku.. TAPI YANG PASTINYA, BAHU KANAN ADIK SAYA MEMANG PATAHLA... Tangan kiri calar balar macam kene sagat tu...

MUKA : 

Untuk pengetahuan u all, KECEDERAAN ADIK SAYA NI BANYAK SEBELAH KANAN TAU... Pipi sebelah kanan luka macam tersagat, mata belah kanan bengkak.. Bibir adik saya kena jahit, atas dagu @ bawah bibir luka macam tersagat.. rahang gigi patah..

Adik saya ni teruk di bahagian atas tau.. bahagian pusat ke bawah tu, biasa2 je la.. calar balar yang macam kene sagat tu.. tapi hari Sabtu baru ni, sebelum kami balik Sungai Petani, saya tengok dah makin kering luka2 tu... Sekarang ni adik saya MASIH BERNAFAS ATAS BANTUAN OKSIGEN.... Lagi satu lupa.. Adik saya pun dah ADA KAHAK...

Sedih sangat bila tengok keadaan adik saya tu.. kalau tak kuat semangat boleh pengsan dibuatnya... Apa2 pun, saya perlu kuat..!! Bila kami semua kuat, pasti adik saya pun akan kuat untuk "melawan" kesakitan yang dia tengah tanggung sekarang... emmmm saya sekarang dah ada di Sungai Petani, hari Sabtu baru ni kami dah balik sini... Secara realitinya, jasad saya memang ada di Sungai Petani, tapi pikiran saya ni masih duk dekat ICU HOSPITAL IPOH lagi... sungguh tak senang jiwa saya duduk dekat Sungai Petani ni.. tapi tu la.. saya harus jalani kehidupan seperti biasa.. kena kuat SEMANGAT..!! ada suami & anak2 yang perlukan perhatian dari saya... Bibir sentiasa mengukir senyuman tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu... Saya dah tak sabar nak balik tengok adik saya lagi... 2 minggu sekali pun jadilah... Moga Tuhan permudahkan segalanya... Dipanjangkan umur adik saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...