Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2012

Keychain & Kad Raya.. (",)

Hari nak update hadiah yang saya terima baru2 ni.. Hadiah keychain daripada Jemari Suri & Kad raya dari PinkUmmi.. (",)


Saya dapat keychain dari Jemari Suri sebab saya antara top komentar dekat blog dia... Selain dari keychain, JS jugak ada bagi duit RM1 untuk disimpan sebagai kenangan... Memang dapat je hadiah ni, saya terus je simpan duit tu.. yang jadi masalahnya, saya dah lupa duit tu dekat mana saya simpan... adehhh... betoi2 simpan saya ni... 


Yang ni pulak, kad raya dari PU.. saya terima hari Isnin baru ni... Ni kira kad raya terakhirlah yang saya dapat untuk tahun ni... (",) Apa2 pun thanks yer untuk JS & PU... (",) 


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Sabtu, 8 September 2012

Update kad raya.. (",)

Hari tu saya dah buat entry pasal kad raya kan.. tapi yang tu diterima sebelum raya.. hari ni saya nak update kad raya raya yang saya terima selepas saya balik dari beraya di kampung... (",) Terima kasih tau u all... saya hargainya sangat2... tahun depan insyaAllah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki pasti saya akan bagi jugak kad raya... (",)


Yang warna pink tu kad raya dari ECA.. handmade tau.. jeles betoi dengan orang yang tangan dia berseni ni... saya ni, takdanya nak berseni2.. tulisan pun buruk mengalahkan budak darjah 1... heheh..Yang lagi satu tu, kad raya dari Yana... siap bagi duit raya untuk Alisha lagi.. alahaiiii segan saya.. ramai jugak blogger yang bagi duit raya untuk alisha... apa2 pun saya ucapkan terima kasih tau... (",)


Kad raya yang warna hitam + kuning ni pulak, dari adik ain.. ain pun bagi duit raya jugak dekat alisha... ain ni student lagi.. katanya ain ada untung jual tudung.. tu yang dia bagi dekat alisha duit raya... Ohya, nak bagi backlink dekat ain pun tak boleh sebab link blog ain private... kami contact pun melalui emel.. apa2 pun, akak doakan ain berjaya dalam pelajaran... (",)

Yang sebelah kad raya ain tu.. kad raya dari dylla.. handmade jugak ni... pandai dylla lukis gambar ketupat tu yer... saya takdanya nak jadi cantik camtu.. mesti nampak keras je macam guna pembaris... hihii..

Saya ucapkan terima kasih tau pada semua yang bagi kad raya untuk saya.. InsyaAllah tahun depan saya bagi dekat u all pulak... (",) Ohya, tak lupa jugak pada LYA sebab bagi duit raya jugak dekat Alisha tau... murah rezeki alisha... setakat ni duit raya alisha adalah lebih kurang RM300 lebih secoet... dah selamat masuk tabung haji... (",)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 6 September 2012

My Family (",)

Orang lain dah habis tempek gambar raya.. saya baru nak tempek.. hahha... Nak buat camne, kabel kamera tertinggal kat kampung.. redha je lah.. hihii... Actually gambar raya, saya tak ambik banyak pun.. menu pagi raya pun tak ambik.. maklumlah, mak buyung bila jumpa makanan, selagi tak habis merasa semua yang terhidang, jangan harap dia nak bangun dari kerusi... muahhahhah


Pagi raya kami semua berkumpul di kampung arwah opah.. Ohya, ni lah gambar family saya tau.. adik beradik saya 3 orang je... 2 perempuan seorang lelaki.. (",)... Opsttt Alisha takda dalam gambar.. time kami semua ambik gambar family, dia boleh pergi tidur pulak... maklumlah, bangun pukul 5 pagi tolong opah masak katakan... tu yang si kecik tu mengantuk sangat... hihii


Ni gambar mak & abah saya. ..


Ni pulak dah sah2 la gambar saya & my dear... hihii.. Opsttt muka my dear ditutup.. katanya dia pemalu... hahhahah... sebenarnya my dear tak suka gambar dia letak dekat blog, thats y muka dia kena tutup.. hihii


Yang ni pulak gambar adik lelaki saya bersama dengan isteri dia..


Ni adik saya yang bongsu.. belum kahwin lagi.. masih study.. tu yang dia takda geng nak bergambar berdua tu.. hehheh

Raya kami tahun ni meriah sebab semua adik beradik abah berkumpul dekat rumah arwah opah.. menu pun banyak.. parent saya sediakan nasi minyak + kurma kambing + ayam masak merah + acar + biskut raya... maklong saya pulak sediakan laksa + lemang + rendang + nasi impit + kuah kacang + biskut raya.. maksu saya pulak sediakan mee kari..  kiranya kami masak dekat rumah masing2 lepas tu bawak pergi dekat kampung opah.. (",)

Ohya, lemang tu my dear yang bakar tau tapi tu la, time bakar tu saya tak ikut pulak.. kalau tak boleh buat kenangan my dear bakar lemang... hehheheh... Ayam masak merah + acar tu pulak, hasil tangan alisha + opah dia... opah bangun pukul 5 pagi nak masak, alisha pun bangun jugak.. tidur dengan opah dialah katakan.. ibu & abah alisha, tengah sedap tidur lagi time tu... adehhh buat malu dengan alisha je.. hihii 


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Petang ni kami 3 beranak akan balik kampung untuk beraya.. So, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI untuk u all.. Mintak MAAF ZAHIR & BATIN jika sepanjang saya berblog  ni ada coretan saya or komen yang mengguris perasaan u all..



Semoga perjalanan u all untuk balik beraya ke kampung dipermudahkan & selamat sampai ke destinasi.. (",) Nanti kita jumpa lagi di alam maya yer... After one week beraya baru jumpa.. hihii.. 


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 15 Ogos 2012

U all balik beraya mana yer?

Tahun ni turn Chemor @ rumah my parent untuk kami beraya di pagi raya... raya haji nanti kampung my dear pulak.. gilir2.. hihii... Hari Khamis ni, kami akan balik kampung my dear dulu, singgah berbuka + solat teraweh.. lepas solat teraweh baru gerak balik kampung saya dekat Chemor... (",)

Saya tak sabar nak beraya sebab tak sabar NAK MAKAN LEMANG + RENDANG.... adehhh sedapnya.... Mengandung kali ni saya memang sangat2 suka makan PULUT... Ohya, jangan tak tahu, my dear berbesar hati untuk jadi sukarela bakar lemang nanti... ahhaha... Bakar lemang ni memang aktiviti tahunan family my dad setiap kali raya.. (",)

Eh, ada sape2 yang duduk berdekatan dengan CHEMOR tak?.. Kalau nak datang beraya dekat rumah saya, inform la yer.. boleh jumpa.. hihii.. Kami akan berada di CHEMOR SAMPAI RAYA KE 2... RAYA KE 3 DAH GERAK BALIK PARIT BUNTAR... (",) Ohya, siapa2 yang agak2 pada 23/08/2012 @ Khamis minggu depan, berada dekat area PARIT BUNTAR tu, bagitahulah saya, boleh invite u all datang kenduri adik ipar saya dekat DEWAN PARIT BUNTAR INN.. bolehlah kita jumpa + sembang2.. heheh..

Kami akan berada di Parit Buntar sehingga hari Sabtu minggu depan.. Seminggu beraya, seronoknya.. hihii.. Ohya, sepanjang minggu depan, kemungkinan besar saya takkan online... Sibuk beraya + sibuk kenduri kahwin adik ipar.. (",)

Persiapan raya semuanya dah complete... Saya tahun ni 2 pasang baju.. satu jenis kaftan.. alaa yang kaftan jubah tu + kurung pahang... tu diaa, tak menahan mak buyung nak pakai baju kurung pahang... ahhahha.. Perut Keciklah katakan... muahhahha.. Alisha pulak 3 helai dress + satu baju kurung + tudung... Baju kurung + tudung tu, opah Alisha @ my mum yang belikan.. siap dengan bag silang lagi untuk letak duit raya... ahhahhahahha.. My dear pulak, sehelai baju & sehelai seluar je... hihi.. Ohya, baju melayu, my dear pakai yang lama je... tema kami tahun ni warna biru... (",) Opsttt lagi satu, sepasang kasut untuk saya & sepasang kasut untuk Alisha + sehelai tudung ala2 Fareeda untuk saya... nak beli original Fareeda mahai bebenor... ala2 pun jadilah... muahahaha


tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...