Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Mainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mainan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Oktober 2012

Pembongkaran rahsia puding DINASOUR Alisha.. hihii

Jika u all masih ingat, dalam entry PUDING BUAH, yang saya buat sebelum ni.. saya ada buat puding guna acuan bentuk dinasour untuk Alisha kan.. Kalau dah lupa, tengok gambar dekat bawah ni... (",)


U all nak tahu tak, acuan tu bukannya acuan untuk buat puding tau... hahahhahahha... Rasa nak gelak awai2 sebelum u all gelakkan saya... muahahhahahha.... Yang sebenar2nya... acuan dinasour tu adalah...


Tadaaaaa.... MAINAN yang orang main pasir tepi pantai tu... muahahhahhhahhahha.. Bila dah terlebih kreatif, inilah jadinya... ahhahhahhah... Actually, saya beli set mainan ni untuk alisha main pasir time pergi Pulau Pangkor hari tu.. Saya ni duk imagine mesti alisha suka.. sekali alisha takut nak pergi main sebabnya alisha takutkan OMBAK yang tengah mengganas tu... hihii.. Opssttt bukan alisha je takut, saya pun takut... Ombak kuat yang amat.. (",)

So, mainan tu tersimpan elok je lah dalam umah ni.. tak guna.. sekadar alisha buat main masak2 dalam rumah je, tu yang saya ambik guna tu.. hihii Eh, tapi kan u all, actually, dekat mana yer nak beli acuan yang cantik2 yang bermacam2 bentuk ni?.. Teringin nak beli tapi tak tahu nak cari dekat mana.. hihi

P/s : Hari ni saya pergi Klinik Ibu & Anak.. so, akan terjah u all lambat sikit yer.. (",)

P/s : BE ke 23 (Nestle Milo Cans) telah singgah di Blog GA.. Blog Utama still takda BE... (^_^)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 2 Ogos 2012

Peralatan doktor yang mengerikan..

Alisha ni dia suka main doktor2 tau..  bukan setakat main guna mainan doktor2 dia je.. tapi siap dengan barang dekat dapur tu pun dia pergi angkut.. hihi


Pandai pulak si alisha susun kelengkapan untuk 'rawatan' dia tu atas kerusi.. hehe


Antara peralatan yang doktor alisha guna ketika merawat pesakit... hihii... Ada berani nak suruh alisha buat rawatan?.. muahahahha


Alisha dah mula mengambil senduk.. lepas tu diketuk2nya belakang ibu dia.. tapi bukan ketuk kuat tau.. ketuk2 manja je la.. hihii... Eh, tapikan u all.. bila alisha ketuk2 belakang saya, tiba2 saya rasa macam sedap pulak.. hilang lenguh... macam kena urut... hihii... Sampaikan bila alisha berhenti, saya siap suruh dia buat lagi... hahahhah

P/s : Tengah2 taip entry ni, sekali alisha terpandang gambar dia dekat entry ni, terus dia ke dapur ambik senduk & datang mengetuk belakang ibu dia... hahah
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 12 Julai 2012

Alisha kembali teringat selepas setahun dilupakan... (",)

Baru2 ni, Alisha ajak saya masuk bilik tengah.. dalam bilik tu saya simpan mainan2 Alisha... Sampai je dalam bilik, dia tunduk bawah katil & cakap "ambik.. ambik..".. rupa2nya dia suruh saya ambik walker.. hahhah


Terkejut saya, yela, Alisha last naik walker umur dia 9 bulan ++ or 10 bulan ++... time tu Alisha dah start pandai jalan.. so, takda nak bagi walker dah dekat dia.. Entah macamana dia boleh teringat pun tak tahulah saya.. hihii


Tengoklah kaki dia sampai berlipat naik walker ni.. heheh.. Siap dia bergerak guna walker ni lagi dalam rumah.. hahhahha


Kelakar la Alisha ni tau.. agaknya dia pikir nanti adik dia nak naik pulak.. sebelum adik naik, baik dia naik lagi.. hahhaah


Muka orang seronok dapat naik walker.. hihiii.. Actually walker ni mak saya yang mintak tolong kawan dia belikan untuk Alisha.. Kawan mak saya tu beli yang murah je.. tapi tahan lama + masih elok.. takda nak rosak apa pun lagi.. kiranya barang murah kalau kita pandai jaga + pandai guna.. dia tahan lama jugak kan (",)
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 22 Jun 2012

Alisha suka main anak patung rupanya....

Saya baru tahu yang alisha ni suka main anak patung @ barbie rupanya... Selama ni saya tak pernah belikan dia anak patung ni pun.. bukan apa, pasal saya takut.. hahhaha.. Takut semenjak tengok cerita patung yang pandai membunuh tu.. tajuk apa ntah, dah lupa.. hhihii.. So, macam2 lah yang saya bayangkan.. ekekekke

Padahal masa saya kecik2 dulu, saya pun suka main anak patung camni tau u all.. siap sanggup jahit baju untuk anak patung lagi... hahahha... tak menahan betoi zaman kecik2 dulu.. hihii... Semalam, saya bagi Alisha makan nasi dekat luar rumah @ dekat garaj kereta.. boleh pulak alisha bawak sekali anak patung yang pandai mengayuh basikal tu... muahahaha..


 Sambil saya suap alisha makan, sambil dia main anak patung tu... (",)


 Time ni, alisha nak letak kaki patung tu atas lantai.. konon2 macam nak suruh berjalan lah.. hehehhe


Yang paling alisha suka adalah main rambut patung ni.. dari kemas terikat, sampai dah kusut masai rambut anak patung tu... hehhehe.. Bila saya tengok alisha main anak patung ni, mulalah buat saya terpikir nak belikan anak patung barbie dekat alisha.. kan patung barbie tu ada macam2 barang mekap.. dengan sikat beria bagai.. bolehlah alisha 'mekap2' kan patung barbie tu nanti.. hihii

P/s : Nanti baru saya balas semua kunjungan u all yer... (",)
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 18 Jun 2012

Alisha dapat mainan baru dari MEKAH (^_^)

Baru ni ketika saya balik rumah my parent... Kebetulan Maksu saya dari Terengganu ada datang rumah my parent jugak... so, dapatlah saya jumpa dengan mak saudara kesayangan saya tu... hihii... Maksu saya ni baru balik dari buat umrah... Tak sangka pulak, maksu saya ingat jugak dekat alisha... siap belikan mainan untuk alisha lagi... hihiii



Tadaaaaa inilah mainan alisha.... cantik tak?? kikikiii... Basikal ni boleh bergerak tau.... kiranya ala2 perempuan tu tengah mengayuh basikal lah... siap ada muzik lagi... tapi saya tak paham sebab bahasa arab... (",)


Alisha taknak lari... padan muke kena langgar... muahahaaa... Alisha paling suka dengan patung tu... dia suka belai2 rambut patung yang panjang tu... (",) 

Gambar kabur tapi tetap nak tempek jugak... muahhahah

Tengoklah tu... basikal ni tengah bergerak.. dia boleh pulak pegang belakang basikal tu sebab nak tolak... adehhhh... basikal tu ada bateri lah sayang... boleh gerak sendiri.. hihii


Bila alisha lagi geram tengok kecomelan patung tu... tengoklah, di pegang nya kepala patung tu... hahhahahha



Bila patung tu kejar semula alisha.. tahu pulak dia lari... muahhahhahahha
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 5 Jun 2012

Otak geliga Alisha dalam mencipta permainan.. (^_^)

Tak tahulah saya mainan apa yang alisha cipta ni.. Ni kes semalam la.. tengah2 dia "menconteng2", tiba2 dia ambik bakul lepas tu merengek2 dekat saya.. Saya tanyalah dia, apahal.. lepas tu, alisha ambik bakul ni & tegakkan bakul tu tapi bakul tu terjatuh.. lepas tu merengek semula... ahhahhahha



Tapi saya pahamlah maksud alisha tu.. kiranya, dia nak tegakkan bakul tu tapi bakul tu asyik terjatuh je.. So, saya tegakkanlah bakul tu dengan sandarkan bakul tu kat dinding... Lepas tu, bermulalah permainan alisha.. (",)... rupa2nya, dia ambik pensel warna yang dia tengah guna tu, lepas tu dia sumbat dekat lubang2 dekat bakul tu...hihii


Saya tengok pun terkejut.. yela, mana pulak akai dia dapat nak main macam ni.. siap sumbat dalam lubang lagi tu.. hihiii.. Dah puas main mainan yang ada... dia cipta mainan sendiri pulak... muahahahhaah
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 30 Mei 2012

Alisha bukan nak jadi DOKTOR tapi nak jadi PESAKIT...


Hihiii... tiba2 rasa nak gelak teringat telatah alisha ni... Alisha ni dia ada satu set mainan doktor2.. tapi alisha paling suka dengan PICAGARI... Mula2 dulu, saya ingat, alisha bawak picagari ni dekat saya sebabnya nak cucuk saya lah kononnya... tapi alih2... bukan dia yang nak cucuk saya, dia suruh saya pulak cucuk dia... hahahhahhah

U all bayanglah, dia bagi picagari tu dekat saya, lepas tu dia hulur lengan dia tu sekali... bila saya dah cucuk belah kanan, dia hulur pulak belah kiri, dah siap belah kiri, hulur pulak belah kanan... hahahhahhah... tak nak berhenti suruh orang cucuk dia.. dia rasa seronok orang belai2 dia kot.. muahahahhah

Ini semua mesti kes alisha dah pernah tengok ibu & abah dia kene ambik darah dekat klinik.. hihii... Alisha ada 2 picagari.. satu yang betoi satu lagi yang mainan.. mana2 yang sempat dia capai, yang tu lah dia suruh kita cucuk dia.. kikikiii... Ingat beli mainan tu, dia nak jadi doktor... rupanya nak jadi pesakit... hahhaha... 

Opssttt tapi alisha akan jadi doktor bila dia guna alat apa ek nama dia.. alaaa yang doktor letak kat telinga & cek dada kita sambil suruh kita tarik nafas tu.. dan dan masa ni pulak saya terlupa nama dia... (",) haaa kalau dia main yang tu, dia akan jadi doktorlah... sibuk letak dekat telinga, lepas tu gantung kat leher dia... macam doktorlah gayanya... ahhahhaahh

P/s : Saya akan slow2 jenguk blog u all sebab broadband dah habis limit... adehhhhh
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 29 Mei 2012

Alisha main masak2 dalam rumah sendiri.. (^_^)

Seperti yang u all tahu... Alisha kan dah ada rumah sendiri... Actually rumah ni saya sumbat dekat dalam bilik.. bila nak main baru bawak keluar... tapi kan, sekarang ni, dia dah rajin ngajak saya masuk bilik simpan mainan dia tu sebabnya boleh main macam2 mainan... hihi


Nampak tak alisha tengah masak.. konon nak bagi bunny dia makan... muahahahaa... Saya lah selalu cakap kat alisha... "Pergi masak, alisha dah makan... bunny & bear belum makan apa2 lagi..".. hihii.. terus dia kedek2 pergi ambik mainan masak2... hehehee


Bunny siap terbaring sebelah dapur tunggu si alisha ni siap masak... hahahaa.... Kalau alisha dah siap masak, jangan kata bunny & bear je makan, dengan ibu & abah dia ni pun, dia suap.. muahahahaa
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Alisha si budak yang hanya perlu memerhati.. tak perlu diajar kikikiiii

Sebenarnya bukan alisha je... budak2 lain pun sama... mereka semua tak perlu kita nak beria ajar pun, tengok je apa kita buat, terus dah boleh tiru... hihii.. Ni kes minggu lepas, rumah saya takda air tau.. so, saya angkutlah pinggan mangkuk yang belum bercuci tu untuk basuh dengan air paip dekat bilik mandi tu...


Tanpa disangka2, malam tu, alisha boleh pergi ambik mainan dia & nak masuk bilik mandi sebab nak basuh mainan dia yang konon2nya dia anggap 'pinggan mangkuk' tu... hahhahhahha... Last2 saya ambik baldi yang diisi sedikit air bagi kat alisha..


Tu diaaa nampak tak anak saya mencuci 'pinggan mangkuk' dia tu... terkejut saya tengok aksi dia.. yela, tak pernah pulak saya ajar dia membasuh... baru sekali tengok saya basuh guna paip dekat tandas, terus dah pasang niat nak buat jugak... hehheh


Malam tu rumah saya basahlah jugak dengan air 'pinggan mangkuk' alisha ni haaa.... mana tak nya....


Lepas dia dah basuh semua tu, dia panjang akal pergi terap pulak semua 'pinggan mangkuk' dia tu atas lantai... muahahhahha... saya yang tengok ni rasa nak gigit2 je tangan tu.... pandai betoi berpikir kakak kecik nih!!... Pandai pulak lepas basuh kene terap, bila kering baru simpan.... hihihii
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 23 Mei 2012

Alisha yang tak pernah lepaskan peluang..

Baru2 ni, saya bagi alisha sebakul mainan dia.. bukan apa, rasa macam dah lama sangat dia tak main mainan dalam bakul.. Anak saya ni pun apa lagi... dah ibu bagi, mestilah dia takkan lepaskan peluang yang baik punya tu kan... (",)


Satu persatu mainan dia bawak keluar... pendek kata bersepahlah rumah malam tu... hihii


Tengok tu, siap menonggeng nak ambik barang lain lagi... hehhehe.. last2 dengan bakul2 tu dia tonggeng... habis semua barang dia bawak keluar... hehhe betoi2 ambik kesempatan ni... hihii... Yang u all nampak ni, baru mainan yang muat sumbat dalam bakul.. yang tak muat.. ada lagi dalam bilik tu...adehhh.. sayalah yang suka beli barang mainan... tu yang saya duk cari kot2 ada budak2 nak datang main dengan alisha dekat rumah ni... tapi budak2 sebaya alisha takda pulak kat sini... kui kui kui


P/s : Jemput join Mini Giveaway #3..
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 21 Mei 2012

Hajat ibu tertunai.. Impian Alisha termakbul.. (",)

Kalau u all masih ingat.. bulan lepas ketika dapat cek Nuffnang, saya ada bagitahu nak  guna duit tu untuk hadiahkan Alisha basikal kan.. tapi asyik tertangguh je.. sampailah hari Sabtu baru ni, ketika kami ke Billion, alisha terpandang basikal.. tiba2 alisha jadi macam gelabah.. banyak sangat basikal.. tak tahu nak naik yang mana satu.. muahahaa

TAPI kan... sayangnya satu pun alisha tak boleh test sebab semua basikal tu dirantai... alaahaiiiii... kami yang tengok aksi alisha ni, buat2lah lari dari area basikal tu.. tapi boleh pulak alisha pergi mencari kami sambil panggil abah dia & bawak kami ke area basikal tu.. kesiannya saya tengok... So, apalagi, terus saya ajak my dear pergi kedai basikal.. (",)


Tadaaa inilah basikal alisha...warna purple.. cantik tak??.. hehee... Ala2 motor kapcai gitu...hehee


Actually dekat kedai tu banyak pilihan.. semua cantik2.. Kami ada 2 pilihan sebenarnya.. tapi last2 saya & my dear buat keputusan pilih basikal ni sebab kami TERTARIK DENGAN TEMPAT DUDUK DIA YANG NAMPAK MACAM GAGAH PERKASA.. heheh.. selalu tempat duduk basikalkan jenis plastik yang biasa tu.. tapi yang ni lain sikit.. rasa macam lebih selamat..kikikii


Tayar basikal ni pun besar2 tau.. memang nampak kukuh lah.. kiranya macam tak mudah terbaliklah maksud saya tu.. (",)


Dekat kepala kapcai lampu bulat tu jugak, ada 3 button tau.. kira kalau kita tekan, akan keluar muzik + cahaya lampu...


Dah basikal alisha... haruslah tayang empunya badan atas basikal baru dia tu kan.. hehhe... bila dapat basikal ni, alisha bukan main seronok sampai menangis.. kikikii.. Bayanglah, dalam kereta tu dia boleh menangis nak duduk atas basikal... adehhhh.. bila sampai rumah pulak, menangis lagi, sebabnya abah dia sengaja lambat2 keluarkan basikal dia tu dari dalam kereta... hahahhaha

Apa2 pun saya puas hati sebab dah lunaskan hajat saya untuk beli basikal dekat alisha... Ohya, harga basikal ni RM99 tapi dapat kurang jadi RM90 (",)

P/s : Ini hadiah kedua alisha hasil dari duit Nuffnang @ berblog.. hadiah pertama LAPTOP MAINAN (",)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 17 Mei 2012

Bila dapat dekat Alisha.. langsung takda rupa..


Mainan ni abah alisha la yang cantum2kan.. Kalau di lihat dari tepi.. gayanya macam lori sedang mengusung sesuatu yang berbentuk piramid.. Saya bagilah dekat alisha main.. konon2nya nak suruh alisha tolak la.. dah kata pun lori kan.. hehehhe


Tapi bila dapat dekat alisha... takda maknanya dia nak tolak2..


Dia pergi cabut jadi satu2 lagi adalah.. hahaha


Lepas tu, nak mencantum sendiri pulak.. walhal bila dia buat, tak nampak rupa apa pun yang dia reka tu... hehhe..
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 11 Mei 2012

Alisha mengajar cara penggunaan kamus besta

Ini cerita ketika kami di rumah my parent minggu lepas.. Time ni saya mengadap laptop dalam bilik adik saya.. alisha pulak, tengah duduk atas katil.. Sekali saya terdengar macam alisha ni pot pet pot pet.. Saya pusing ke belakang....


Sekali saya tengok alisha ni seolah2 sedang mengajar patung yang warna putih tu (tabung) cara guna kamus besta... hahhahah... tak menahan tengok gelagat dia.. boleh pulak pergi ajar patung... kikikiii


Dalam saya duk gelak2 kat alisha.. saya pun layan jugak dia.. saya cakaplah.. "Ajaklah patung pink tu join sekali..."


Tu yang alisha terus ambik patung pink sebelah dia tu & letak sekali dengan patung putih tu dekat depan dia.. hihiii


Last2 dua2 patung tu jatuh, tapi dia maintain duk menekan kamus besta tu..hahhaahha... Tak menahan tengok gaya alisha.. selalu tunjuk gaya macam orang besar.. tengoklah tu, macam teror sangat dah guna kamus besta.. hihii

Anak2 u all ada tak sembang2 dengan patung ek?.. U all tahu tak, satu hari tu, saya tengah masak dekat dapur.. tiba2 saya terdengar alisha bercakap "Nak?.. nak?".. Saya intai dia.. rupa2nya dia tengah tanya bear.. nak tak minyak cap kapak..... hihii.. lepas dia tanya bear, terus dia datang dekat saya suruh buka tudung minyak tu.. adoiiii laaa.. siap nak sapu minyak cap kapak lagi kat bear dia tu.. ahhahha


P/s : Sorry sebab tak balas jejak u all lagi dari semalam.. Semalam kami 3 beranak keluar.. InsyaAllah, hari ni saya balas jejak u all tapi slow2 la tau.. sebabnya broadband dah HABIS LIMIT... (",)
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 23 April 2012

Rupa sebenar cottage play house @ rumah alisha..

Tadi saya dah bagitahu u all yang saya beli Cottage Play House untuk Alisha kan... So, tak nak buat u all ternanti2 lagi... saya buat entry ni pulak... Biar u all tahu besar mana rumah tu.. sekurang2nya, dapatlah u all imagine..hihii.. Nanti bolehlah beli dekat anak u all pulak...


Rumah ni besar jugak tau.. pendek kata, saya pun boleh tumpang sekaki main masak2 dalam rumah ni..hahhahah


Ohya, pintu rumah ni, boleh dibuka tau.. maksud saya, dia boleh dilekatkan seperti dalam gambar dekat atas ni haaa... So, jika u all pun berkenan nak beli jugak untuk anak u all... Cepat2 pergi Tesco berhampiran u all yer... Harga PROMOSI RM29.90... Cepat2 sebelum kehabisan stock..hihii

U all tahu tak, saya beli rumah ni hari sabtu malam baru ni, keesokan pagi Ahad tu.. alisha boleh bangun dari tidur dalam bilik, terus je menuju ke dalam rumah dia ni haa... hahahha... excited anak saya ni mentang2 dah ada rumah sendiri..hhii

P/s : Lain kali baru saya tunjuk gambar alisha main dalam rumah ni yer... bukan apa, belum ambik gambar pun lagi..hihi
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Pssttt meh tengok apa yang saya beli untuk Alisha (',)

Finally, hari Sabtu baru ni, dapat jugak saya beli Cottage Play House.. puas hati.. Dari bulan lepas mencari, asyik takda stock..hihii.. Pada mulanya saya pergi Tesco Besar, dia cakap stock takda.. pergi Giant.. mahai benor... rm49.90.. sebab saya dah tahu tesco ada offer.. so, saya tak belilah.. + ajak hubby pergi tesco kecik pulak..


Akhirnya...!! jumpa jugak.. berkat kesabaran hampir 2 bulan menunggu..hihii... Harga offer RM29.90.. (",)


So, apa lagi.. saya angkut masuk troli satu kotak..hihii

P/s : Saya rasa macam nak je pergi ambik mana2 budak, datang rumah saya.. main dengan alisha..hahahaa... Tapi sayangnya dekat taman saya ni takda budak2... So, walaupun barang mainan alisha banyak tapi main sorang2... ololooo sian alisha...
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 19 April 2012

Alisha nak meja sendiri ke?

Alisha ni dia suka sangat main dekat meja yang saya letak komputer ni haaa... Mulalah menghadang saya mengadap blog...hihii...



Time ni, main mainan dia... lagi hebat, ruang meja komputer yang kecik tu, dia boleh panjat... & baring atas tu.. adoiii...


So, tiba2 semalam terus saya terpikir nak belikan dia meja kecik... Alaaaa meja yang ada tulis ABC tu je pun... (",)


Lagipun dulu, alisha bukan main berkenan meja ABC tu, siap duduk atas kerusi set meja tu, taknak bangun2... suka tengok meja yang macam2 tulisan + colourful tu kot... Saya ingat, duit Nuffnang bulan depan nak belikan Alisha meja ABC tu je lah... 

Duit Nuffnang yang baru ni, konon nak beli basikal tu... tak jugak pergi beli2 lagi...hahahaaaa... Tapi my dear dah pergi ushar2 dah kedai basikal... so, next week ke, bolehlah pergi beli... 100++ jugaklah basikal budak kecik cam alisha ni... thats y meja ABC tu kena beli guna duit Nuffnang lain bulan... tembus poket kalau beli sekaligus..hihii

P/s : Cottage Play House, dah kembali ada offer... harap2 ada stock.. nanti alisha adalah rumah sendiri... jadi orang kaya....muahhahhahha...

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 1 Mac 2012

Bila nak ada stock agaknya ni....


U all nampak tak gambar rumah mainan @ Cottage Play house tu?.. Dah 3 4 kali saya pergi cari dekat TESCO tau.. bila tanya, mereka cakap dah habis stock... Alahaiiiii... Saya berkenan betoi dengan rumah mainan tu... Saya dah berangan nak beli dekat Alisha.. Nanti Alisha ada lah rumah sendiri.. Boleh lah masak2 & main dengan bear dalam rumah tu..hihii *Sikit punya bagus ibu Alisha tolong berangan untuk Alisha*..hihi

Bestway Cottage Play House

Tengah offer.. Harga murah je.. RM29.90... Tapi tu la, bila nak, takda... bila taknak tu bukan main banyak... Rumah ni bersaiz 40" x 30" x 45".. Yang best tu kan.. kali ni my dear macam tak kisah pun saya nak beli.. sebabnya my dearlah yang ajak saya sampai 2 3 kali pergi Tesco untuk cari rumah ni... My dear layan je kehendak saya..hihii.. Hope rumah ni akan jadi rezeki Alisha jugak nanti..hihii

P/s : Petang ni saya balik Parit Buntar.. rumah my MIL (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...