Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Kurma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurma. Papar semua catatan

Kurma besar sebijik RM2


U all yang dah lama follow blog saya mesti tahu yang kami ni memang telan kurma hari2 walaupun sebijik.. Dah jadi macam kewajipan plak makan buah kurma ni... Anak2 solehah saya tu lagilah... mereka buat buah kurma ni gaya dah macam makan snacks... Ketika kami keluar baru ni, my dear singgahla kedai yang ada jual kurma yang stail timbang2 ni.. so, dekat kedai tu ada banyak jenis kurmalah kan.. Selain dari beli kurma bertangkai, my dear beli jugak kurma yang besar ni haaa... RM8 100gram... my dear beli 200gram RM16... Eh, tengah2 taip ni baru perasan... mahal jugak yer kurma ni... ibaratnya sekilo RM80... Tapi takpala, nak merasa kan.... Ohya, 200gram tu, kami hanya dapat 8 bijik je tau, kira macam sebijik RM2..


Saya tak pasti apa nama buah kurma ni... tapi ia memang besar, bijiknya kecik je pun... cuma tu la, ia agak manis... saya kurang sikit kurma yang manis2 ni.. tapi walaupun camtu.. telan jugak... mahal woooo... hihii... Kene bagi baby "muhammad" ni rasa kurma mahai jugak.. ekkekek.... Anak2 saya memang dari dalam rahim dah "diajar" makan buah kurma... sebab tu agaknya bila mereka lahir ni, mereka jadikan buah kurma ni antara snacks untuk mereka...

U all pun, ibu2 mengandung, makanlah buah kurma, sangat2lah banyak kebaikan dia...!! Bagus untuk anak dalam kandungan.. U all yang tak mengandung pun elok jugak amalkan... bagi anak2 u all tu makan jugak... Elok untuk otak anak2.. InsyaAllah senang anak2 nak "serap" segala yang diajar... Saya tak nak cerita lebih la pasal buah kurma ni, sebab dekat blog saya ni je pun, berlambak2 entry di bawah LABEL KURMA... U all boleh baca... nak tahu kebaikan dia ke... pengalaman saya sendiri ke... semua ada..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

KURMA & KISMIS sebagai snek anak2

Selama ni saya selalu cerita dekat u all yang kami 4 beranak memang amalkan makan buah kurma hari2... Anak2 saya memang cukup suka kurma.. Alisha & Aqilah kalau makan kurma, dah gaya macam kita makan snek... Sekali hadap berlambak2 dorang makan.. 


Masa saya balik kampung baru ni, mak saya bagi kismis sebotol.. KISMIS AL-MUSTAJAB.. kismis ni dah dibaca dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran, Solat hajat & Doa2 Syifa'..


Kismis memang sangat2 bagus untuk otak.. Ia dapat cerdaskan otak kita, takdalah kita ni jadi pelupa sangat.. Ibu2 yang hamil bagus makan kismis selain buah kurma... Anak dalam kandungan pasti dapat khasiatnya..


KISMIS AL-MUSTAJAB ni, kalau untuk kanak2, hanya makan 5-7 biji sehari je... Tapi untuk anak saya ni takda maknanya nak makan banyak tu.. Orang suruh makan 5-7 bijik, dia pergi makan berpuluh2 bijik... hahaaa... Opsttt itu si pandai Aqilah la tapinya yang makan banyak camtu... Alisha yang solehah dia kurang sikit kismis.. dia lebih kepada buah kurma..


Ohya, KISMIS AL-MUSTAJAB ni murah je... RM10 sebotol.. U all pun boleh beli apa2 je brand kismis or kurma & amalkan untuk anak2 u all... jadikan kurma or kismis sebagai pengganti snek untuk mereka.. Didik anak2 untuk menyukai buah kegemaran nabi kita.. (",).. Macam anak2 saya ni, saya memang dah "latih" mereka dengan buah kurma dari dalam kandungan lagi.. Selain tu jugak, kita pun makanla jugak.. Bila anak2 tengok kita makan, automatik anak2 pun nak makan... Moga kita sama2 dapat manfaat dari khasiat buah kurma & kismis (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Hanya kerana sebijik buah kurma

Semalam Aqilah ni tengok Alisha makan buah kurma.. so, dia pun ambik jugak sebijik nak makan... Bila saya nampak, saya ambik dari tangan Aqilah sebab nak buang bijik kurma tu...


Sekali dia terus menangis & bangun pergi ke arah kerusi... Alahaiiii.. first time saya tengok dia merajuk sampai lari dari saya... Pastu saya panggil semula Aqilah ke arah saya..


Saya bagi semula kurma tu dekat dia.. baru dia diam.. & terus pergi bergaya tepi almari.. (",) Minat betoi dengan buah kurma... Hanya kerana sebijik kurma sampai merajuk lari dari saya... Ni lah anak2 saya u all.. dah didik dari dalam perut dengan buah kurma.. So, tiap2 hari 2 beradik ni makan kurma.. dah jadi macam snek dorang pulak.. (",) Tapi baguslah kan makan kurma.. nanti anak2 kita boleh jadi anak yang pandai.. InsyaAllah..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Memang terbukti penggemar buah kurma nih!


Inilah si anak cerdik pandai... Kalau saya bagi makan bubur, bukan main susah gayanya.. jenuh saya berjalan ikut vontot dia tu... tapi kalu bagi makan buah kurma, duduklah dia depan kita tu tak lari2.... (",) Suka betoi makan buah kurma... pantang nampak... Yusuf Taiyoob takda nak cari duta ke?... Nak hantar si Aqilah ni haaa... muahahahaaaa


Antara aksi yang saya tersnap ketika makan buah kurma.. Comel la pulak walaupun mata bulat jadi sepet.. hihii

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

KURMA SAFAWI MADINAH AL-MUNAWARAH keluaran YUSUF TAIYOOB


Baru2 ni my dear beli KURMA SAFAWI MADINAH AL-MUNAWARAH keluaran YUSUF TAIYOOB... Harga dia RM9++ @ 300GRAM... Ya Allah... rasa dia sangat2 sedap..!! U all tahu kan kami sekeluarga memang amalkan makan kurma setiap hari.. selama ni my dear beli yang jenis bertangkai @ Safia tu.. Yang ni saja try.. tu pun beli dekat stesen minyak...


Rasa dia lemak2 tau.. makan sikit ok.. tak manis sangat tapi kalau satu plastik tu sekali hadap je, memang terasalah kemanisan dia...


Sedap tak sedapnya, Aqilah sekali makan berbijik2 tau u all.. kurma yang ni lebih lembut dari yang jenis safia tu... U all pun boleh try.. memang sedap..!! Sekali hadap, tak sedar rupanya dah banyak kita telan.. hihii.. Ohya, jangan simpan dalam peti ais tau.. nanti jadi keras.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Aqilah pun suka makan buah kurma


Tadi saya bagi Aqilah ni makan buah kurma.. Lepas tu saya ambik kotak kurma letak atas meja.. Tak sangka pulak, Aqilah sanggup bangun dari tempat duduk dia & pergi dekat meja nak ambik kotak kurma tu.. maknanya dia nak lagi lah tu kan.. saya ingat dia dah tak nak.. hihii.. (",)

Yap, saya memang didik anak saya makan kurma dari kecik.. nak bagi dorang pun suka buah yang Nabi kita suka ni.. Nanti dah besar senang, tak payah saya suruh, dorang dah makan sendiri.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Kurma kurang manis


Dekat blog saya ni, banyak entry pasal buah kurma... Saya pun dah share dengan u all pasal kebaikan buah kurma mengikut pengalaman saya sendiri (",) Normally orang tak suka buah kurma sebab rasa dia manis kan... Buah kurma kalau yang jenis lembik2.. basah2 tu memang manis.. cari yang kering.. kuranglah sikit manis (",)

Macam kami kat umah ni, biasa makan kurma bertangkai Yusuf Taiyoob.. Bagi saya kurang manis la.. lagipun dia ada rasa macam "rangup" sikit.. Ohya, kalau u all beli & u all peram lama2 kat umah u all tanpa makan, dari kurma ni kering sampai jadi lembab2, so, tak mustahil la dia akan tukar jadi manis.. (",) Kalau kat umah saya ni, sekotak sekejap je habis.. Tapi dekat umah saya ni, buah kurma memang sentiasa ada.. (",)

Cara saya motivasi diri untuk makan buah kurma


Kalau u all dah lama mengikuti blog saya, mesti u all tahu dari saya mula2 kawen saya dah amalkan makan buah kurma walaupun sebijik sehari.. Time mengandung, lagi saya makan banyak... Cuma masalahnya sekarang ni, kadang2 saya ada perasaan malas nak makan tau... padahal setiap pagi, saya akan hidangkan buah kurma untuk my dear time breakfast.. Bukan tak suka nak makan, tapi malas nak makan.. Haihhh!!

So, antara cara saya untuk kembali bersemangat makan buah kurma adalah dengan SENTIASA INGAT DEKAT AQILAH... INGAT AQILAH PERLU MAKAN BUAH KURMA UNTUK KECERDASAN MINDA @ OTAK DIA..!! Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2.. so, bila saya tingat Aqilah, automatik saya akan makan... Saya nak Aqilah pun jadi pandai macam kakak dia.. (^_^)

Masa Alisha dulu, saya sangat rajin makan tau... bila dah besar sikit, alisha makan buah kurma sambil layan TV.. hihiii... Macam Aqilah ni, dia belum boleh makan lagi, so, melalui susu ibu lah aqilah boleh dapat khasiat buah kurma.. thats y saya perlu makan... (",) Tak nak citelah pasal kebaikan buah kurma... dah banyak entry saya pasal buah kurma @ buah kegemaran Nabi Muhammad s.a.w....

Ini cara saya motivasi diri saya, u all yang menyusu anak pun boleh try cara ni... (",) Ohya, kalau anak u all tak menyusu badan.. boleh je campurkan buah kurma dekat dalam makanan mereka... Sama2lah kita didik diri kita + anak masing2 untuk menyukai buah kurma... (",)

Amalan supaya anak jadi baik?

Saya ada dapat komen dari jaakechik seperti print screen dekat atas tu yer... (",) Semua anak2 kita baik je sebenarnya.. Jika mereka ada buat perangai macam menangis ke mengamuk ke, semua tu adalah normal untuk umur2 sebaya mereka.. Itu antara cara mereka meluahkan rasa.. (",)

Alisha ni pun sama je, ada masa tetap jugak menangis ke mengamuk ke... tapi sekarang ni dah kurang.. time yang dekat2 nak bersalin kan aqilah tu memang adalah dia buat perangai.. tapi orang kata, "ragam nak dapat adik".. hihii.. Lepas dah dapat adik, semuanya dah back to normal.. (",) Aqilah pulak masih kecik, yang dia tahu hanya minum susu & tidur.. hihi.. Alhamdulilllah setakat ni dia takda nak meragam or menangis or berjaga di malam hari... (",)

Alhamdulillah, saya dikurniakan anak yang senang untuk dijaga.. tak banyak ragam.. maybe sebab mereka perempuan kot.. (",) Untuk pengetahuan u all, saya takda amal apa pun... cuma seperti yang saya selalu war2 kan dekat blog saya ni.. MAKANLAH BUAH KURMA...!! Yap, saya memang makan buah kurma dari mula2 kahwin sampai sekarang... kiranya, kurma ni, dah jadi makanan wajib untuk saya, my dear & alisha...

Sedikit sebanyak, terdetik dekat hati saya, yang sikap2 anak saya ni, maybe disebabkan amalan saya yang memakan buah kurma.. 

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Nescaya, anak2 yang bakal lahir itu menjadi anak2 yang PENYABAR, SOPAN SANTUN & CERDAS PEMIKIRAN... Rasanya saya tak perlu huraikan maksud sabar, sopan santun & cerdas sebab u all mesti paham kan.. Pikir maksud tu secara mendalam.. tidak hanya pada yang tersurat tapi jugak tersirat... (^_^)



Tips cepat kecutkan rahim.. (",)

Rasanya semua orang tahu yang makan BUAH KURMA & MENYUSUKAN ANAK adalah antara cara yang mempercepatkan proses pengecutan rahim... Tapi dalam pada ramai yang tahu pun, ada je yang tak amalkan petua ni kan... (",) Saya cuma nak berkongsi dengan u all pengalaman saya sendiri.. mana tahu, nanti u all pun akan lebih berkobar2 untuk makan buah kurma & menyusukan anak jugak.. hihii

Saya bersalinkan adik alisha pada 22/10/2012, 24/10/2012 saya gerak balik Chemor... 25/10/2012, Nurse datang checkup dekat rumah... Time nurse tu datang checkup, nurse ada ukur tinggi rahim tau.. tiba2 nurse cakap "Eh, cepatnya rahim dah kecut, hari ni baru hari ke 4"...(dalam buku pink, nurse tulis tinggi rahim 10) Saya senyum2 je la kan... (situasi ni jugak berlaku ketika saya bersalinkan alisha.. tapi time tu, tukang urut yang tegur) (^_^)

Kalau u all nak tahu, dari hari pertama hingga hari ketiga, saya ada di Sungai Petani lagi kan.. time tu, saya banyak makan buah kurma + menyusukan adik alisha.. set bersalin pun tak makan lagi time ni... Tapi tu la, tak sangka pulak yang rahim saya cepat mengecut walaupun belum kecut sepenuhnya lagi... (",)

Eh, nak bagitahu u all yang belum ada pengalaman bersalin lagi, untuk pengetahuan u all, lepas kita bersalin, perut kita masih besar tau.. lembik2... siap orang boleh kata ada anak sorang lagi belum keluar dari perut... hehehh.. Actually, ianya disebabkan rahim kita yang tak kecut lagi tu la.. tu yang jadi camtu... (",) Bila rahim kita cepat kecut... cepatlah jugak kita berjaya menghilangkan kebuncitan perut kita tu... hihiii

Opstttt tapi ada jugak, orang2 tua yang tak bagi makan buah kurma time berpantang tau.. kurang pasti kenapa tak boleh makan.. tapi apa2 pun terpulang dekat diri kita sendirilah kan.. macam saya, memang dah hari2 makan buah kurma & dalam blog saya ni pun rasanya dah berlambak2 entry pasal kebaikan buah kurma yang saya cerita dekat u all.. (",)

Kebaikan memakan buah kurma bagi kanak-kanak

Sebelum ni saya pernah cerita dekat u all yang Alisha suka makan buah kurma kan.. sekali hadap 2 3 bijik.. tapi sekarang ni lagi hebat... sekali hadap sampai 6 7 bijik kurma... dah gaya macam makan nasik pulak.. tak kenyang tak berhenti.. hehhe... Agaknya sebab dari dalam kandungan lagi kot alisha dah biasa makan kurma, tu yang sekarang ni suka sangat dengan buah kurma.. (",)

Saya pernah buat entry pasal khasiat kurma untuk Ibu mengandung, untuk mereka yang tak mengandung & pengalaman saya makan buah kurma kan... So, hari ni, nak cerita pasal kebaikan memakan buah kurma bagi kanak-kanak pulak.. (",)

Buah kurma ni sangat2 lah banyak kebaikannya.. Kalau anak2 kita makan buah kurma, ia dapat membantu anak2 kita dalam menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang & membentuk minda anak2 yang cerdas.. Buah kurma jugak mampu membentuk anak2 kita berperibadi luhur... So, jika anak2 u all suka makan kurma, teruskan bagi mereka makan..

Jadikan buah kurma sebagai snek untuk mereka... Jangan risau pasal buah kurma ni manis.. kerana buah kurma takkan menyebabkan kita kencing manis pun.. (",) Dari segi perubatan, amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko kita diserang penyakit kronik seperti jantung & kencing manis (",)

Ohya, ambik sebijik kurma setiap hari, sudah cukup untuk memberi tenaga kepada kanak2 yang sedang membesar (",)


Rupa2nya jika alisha tak minum susu pun boleh yer...

Kalau entry sebelum ni saya tanya nurse pasal perut, kali ni nak cerita pulak pasal pertanyaan saya mengenai SUSU... hehheh... Saya memang banyak tanya... Kalau u all nak tahu, kadang tu, dari rumah saya dah pikir nak tanya apa, kalau tak pun, siap tulis dalam handphone, sampai klinik je terus tanya... ahhahah.. Bagi saya, kalau banyak tanya, banyak lah ilmu dapat... takdalah duk tahap tu je... ekekkek tapi yang tak eloknya perangai saya ni, banyak bertanya sampai orang tak tahu nak jawab apa dah... hehhe

So, u all bacalah perbualan saya & nurse pasal susu...

Saya : Saya dah stop kan alisha dari susu badan bulan lepas

Nurse : Sekarang Alisha minum susu apa

Saya : Susu Anmum

Nurse : Bagi minum susu guna botol or cawan?

Saya : Bagi botol ada, cawan ada.. tapi botol alisha tak jalan sangat.. bagi cawan baru habis... dia minum guna sudu or straw... *Alisha berlagak macam dah besar... ;p... hehehhehhe

Nurse : Takpa, bagi dia minum guna cawan, JANGAN AJAR GUNA BOTOL...

Saya : Ok... Emmmm.. saya nak tanya, budak2 umur alisha ni, berapa banyak susu dia kena minum sehari? sebabnya saya tengok budak2 lain, berbotol2 sehari.. nak tidur je minum susu.. risau pulak tengok alisha minum susu sikit je

Nurse : Kalau besar Alisha ni, 2 CAWAN SEHARI PUN DAH CUKUP... yang budak2 minum botol time nak tidur tu sebab dah ketagih dengan botol.. susah nak berenggang.. sebab tu jangan ajar alisha minum guna botol...

Saya : Kalau time alisha tidur & terjaga malam2, saya just bagi dia minum air masak je, tak bagi susu.. boleh ke?

Nurse : Boleh, takda masalah

Saya : Andaikata tiba2 alisha taknak minum susu, takpa ke.. or budak besar alisha ni memang wajib kena minum susu?

Nurse : Kalau tak minum pun boleh.. TAPI KENA GANTI DENGAN MAKANAN YANG ADA KALSIUM lah.... macam keju ke calciyum ke tapi bagi sehari sekali je la...

Inilah perbualan saya & nurse tu tentang susu... tapi tak tahulah pulak saya kot2 nurse lain kata lain pulak kan.. So, bila saya dah tahu macam ni, sedikit sebanyak saya lega lah jugak bila alisha tak nak minum susu.. yela, sekurang2nya saya tahu alisha memang suka makan + kami suka beli makanan or minuman yang ada kalsium untuk alisha... Kiranya, minum susu tu sebab nak dijadikan sebagai sumber kalsium je la.. hehehhe.. sian ibu alisha... baru nak dapat ilmu tentang ni... muahhahah

P/s : Buah kurma yang menjadi kegemaran alisha sampai sehari 4 5 bijik sekali hadap tu pun membekalkan kalsium jugak... (",)

Tak suka makan BUAH KURMA???.. Meh try minum AIR BUAH KURMA (",)

U all pernah minum AIR BUAH KURMA KISAR tak?... Saya baru je belajar minum sebab baru tahu... hahahhah... Hari tu, saya ada terbaca entry adik saya buat AIR BUAH KURMA KISAR, so, saya pun try la buat... tapi tak rasa sedap pun, rasa macam ada kekurangan.. Yela, saya buat tu time saya tengah puasa.. nak rasa pun tak boleh.. main agak2 je... hihii


Tapi kan u all, masa saya balik rumah my parent baru ni, adik saya buatlah AIR BUAH KURMA KISAR ni.. Rupa2nya SEDAPPPPP...!! Rasa dia lemak berkrim gitu.. hihii.. U all nampak tak dalam gambar tu.. siap berbuih2 lagi... dah jadi macam AIR BUAH KURMA TARIK pulak.. muahhahhahah...


Kalau u all tengok gambar atas ni... Lapisan atas tu,  buih dia tau.. yang bawah tu air dia.. yang bintik2 hitam dekat air tu.. buah kurma... yang ni, adik saya blend tak hancur.. tapi saya suka tak hancur sebab boleh rasa buah kurma.. hehhe

Cara nak buat, senang je.. 10 biji buah kurma lembut (buang biji) + 1/2 cawan air + 1 cawan ais + 1/2 cawan susu cair + 1 sudu kecil gula + masukkan dalam pengisar & kisar sampai hancur.. SIAP..!!

Ohya, air ni, bila u all minum.. tahap kecairan air tu, macam air biasa je tau... u all kalau try buat, jangan pulak biarkan dia jadi macam ice blended tu.. biasa2 je.. takdalah jadi macam yogurt tu tau.. Bukan apa u all, masa saya first time buat tu, ia jadi macam yogurt tu sikit.. ahhahhaha... maklumlah, tak dapat nak imagine air tu camne, lebih2 lagi tengah puasa time tu.. hehehhe *alasan, padahal memang tak reti

P/s : Sorry lambat terjah u all hari ni.. Sekarang ni saya dah jammed dengan komen dah cecah 3 angka setakat 3 entry pagi tadi.. Hari ni terlewat sikit blogwalking.. Biasalah, suri rumah.. banyak pulak kojenya hari ni.. hihii.. Apa2 pun, TERJAH TETAP TERJAH..!! YEAHHH... ehhehheheh

Alisha si penggemar buah KURMA

Opsttt gambar Alisha tengah makan buah kurma takda kat entry ni yer.. bukan pe, malas nak bukak komputer sebab sekarang ni saya tengah guna laptop... gambar semua dekat komputer.. hihii..

Sebelum ni saya pernah bagitahu u all yang saya & my dear memang dari awal2 kawen lagi dah amalkan makan buah kurma kan.. Setiap hari, sekurang2nya sebijik kurma kami akan makan.. dengan kata lain, rumah saya tak pernah kehabisan buah kurma lah.. sentiasa ada stok (",) OHYA, BUAH KURMA NI ELOK UNTUK IBU MENGANDUNG TAU... BACA KEBAIKAN BUAH KURMA TEKAN SINI & UNTUK TAHU PENGALAMAN SAYA MAKAN BUAH KURMA PULAK, TEKAN SINI (",)

Sekarang ni buah kurma, bukan hanya jadi kegemaran saya & my dear.. tapi alisha pun dah join sama.. hihii.. Alisha lagi hebat, sebab dia makan buah kurma sampai 2 3 bijik sehari.. hahaha.. Normally, my dear breakfast hanya makan buah kurma tau.. so, buah kurma tu akan ada atas meja makanlah setiap kali alisha bangun tido.. Time ni lah alisha akan mintak buah kurma dengan saya.. lepas sebijik.. sebijik dia mintak.. hihii

Seronok saya tengok dia makan buah kurma.. mula2 dulu, saya tak pernah offer alisha makan sebab saya rasa macam dia tak suka.. tapi tu la... SAYA SENTIASA SILAP MENTAFSIR ALISHA..!!!!... Saya tak sangka dia suka.. & alhamdulillah jugak dia suka.. (",) Yela, buah kurma kan buah kegemaran NABI S.A.W..

Meh sini saya citekan siket dekat u all kebaikan buah kurma ni.. Kalau sebelum ni, saya asyik cerita pasal kebaikan untuk ibu mengandung je kan.. sekarang ni, untuk u all yang tak mengandung pulak (",)

BUAH KURMA ADALAH BUAH YANG BERASAL DARI SYURGA... UNTUK PENGETAHUAN U ALL JUGAK, BUAH KURMA MAMPU MENGHILANGKAN OR MEMUSNAHKAN PENGARUH SIHIR..!!! SO, ELOK SANGATLAH TU JIKA KITA SEMUA AMALKAN MAKAN BUAH KURMA (",)

LAGI SATU, JIKA KITA MEMAKAN 7 BIJI KURMA YANG BAGUS SEBELUM BERSARAPAN, INSYAALLAH PADA HARI TU KITA TIDAK AKAN TERTIMPA RACUN, SIHIR OR DIGANGGU SYAITAN....

Sebenarnya banyak lagi kebaikan buah kurma ni tau.. tu belum campur dengan kandungan buah kurma yang memang sangat2 bagus.. Tak rugi jika u all amalkan.. (",) Ohya, Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan dalam badan tau... dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori. So, apa lagi.. makan, jangan tak makan... hihii


Kebaikan makan BUAH KURMA mengikut pengalaman saya (",)

ENTRY NI TAKDA NIAT LAIN SELAIN DARI NAK BERKONGSI DENGAN U ALL KEBAIKAN PASAL BUAH KURMA.. MANA TAHU, KOT2 BOLEH TARIK SEMANGAT U ALL UNTUK AMALKAN JUGAK (^_^)

Actually dulu sebelum kahwin, saya tak suka sangat pun makan kurma sebab bagi saya ianya manis.. Tapi dengan takdir Tuhan, saya dikurniakan seorang suami yang memang suka makan buah kurma.. So, apabila start je kehidupan saya dengan gelaran seorang isteri maka bermulalah setiap hari saya makan sebijik kurma.. hihii

Dengan takdir Tuhan jugak, saya bunting pelamin.. time tu jugak saya ada search apa kebaikan kurma untuk ibu mengandung.. MasyaAllah.. sungguh banyak kebaikannya.. BACA SINI yer.. (",) Sekarang baca pengalaman saya pulak yer..hihii.. Alhamdulillah sepanjang mengandung, saya tak mengalami masalah kesihatan.. kalau muntah2 or alahan tu normal lah kan.. tapi kalau macam demam tu saya jarang kena..

Ketika saya nak bersalin.. u all bayangkan, saya bersalin pukul 11:24 malam.. pagi tu, saya hanya makan sebijik kuih n sedikit roti 60sen.. tengahari, petang, malam, saya hanya bekalkan diri saya dengan makan buah kurma.. YAP, dengan kata lain, ketika nak bersalin tu, saya lebih percayakan buah kurma mampu bagi tenaga untuk saya... Alhamdulillah.. gerakan kontraksi rahim saya pun teratur je & saya start sakit "yang amat tu" tak sampai sejam pun.. terus bersalin.. Untuk pengetahuan u all jugak, sebelum masuk labour room, saya masih lagi mampu shopping dalam shopping complex!!

Ketika dalam tempoh berpantang pun, saya TETAP JUGAK MAKAN KURMA.. Ada sesetengah orang tua cakap, tak elok makan kurma ketika berpantang.. yela, time berpantangkan... Tapi saya tak percaya sebab saya tahu, KURMA BANYAK KEBAIKAN & DAH SAH2 IA ADALAH MAKANAN KEGEMARAN NABI.. Alhamdulillah.. berkat dari makan kurma ketika berpantang, Rahim saya cepat kecut & cepat kembali kepada posisi asal dia.. sampai tukang urut pun tegur pasal ni..

Selain tu jugak, kurma mampu menghasilkan susu badan.. YAP, untuk pengetahuan u all, daripada hari pertama Alisha dilahirkan sehingga sekarang, saya tidak amalkan untuk makan vitamin yang fokus kepada pertambahan susu badan.. TAPI Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, susu badan saya cukup untuk Alisha sampai sekarang dah berumur setahun 6 bulan.. Caranya, saya hanya amalkan makan sebijik kurma setiap hari..

Kalau ikutkan daripada  segi sifat anak pulak.. Alhamdulillah... Alisha setakat ni ok.. Lagipun, Nabi s.a.w. pernah bersabda :-

"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"  

Dengan izin dariNYA, anak kita akan jadi seorang yang PENYABAR, BERSOPAN SANTUN, & CERDAS PEMIKIRAN.. Bab sikap anak saya @ Alisha, saya taknak cerita lebih2.. u all boleh tahu sendiri, macamana Alisha, adakah ciri2 Alisha sama seperti apa yang Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam ayat dekat atas tu ataupun sebaliknya..

Tapi saya nak coretkan satu cerita dekat u all.. dulu ketika saya belum bersalin, ada hamba Allah cakap dekat saya.. Nanti bila dah bersalin, tidur saya takkan lena, sebab anak akan jaga tengah2 malam or pagi2 buta.. sebab menangis or apa2 sahaja.. tapi untuk pengetahuan u all.. Alhamdulillah.. saya sangat2 bersyukur sebab saya tak melaluinya.. Alisha seorang yang sangat mudah di jaga.. 2 3 bulan selepas Alisha lahir, hamba Allah tu tanya saya, Alisha meragam tak malam2.. saya cakap tak.. TAPI dia cakap, tunggulah besar sikit lagi.. mesti meragam... tapi alhamdulillah.. ianya tetap jugak tidak berlaku... TAPI lagi sekali hamba Allah tu tanya & jawapan saya tetap jugak sama, bagitahu Alisha seorang yang sangat mudah dijaga.. hamba Allah ni cakap.. tunggu besar sikit lagi..

Ya Allah.. nak suruh anak saya berapa kali besar agaknya ek, nak jugak confirmkan yang dia berkata betoi.. bahawa, baby yang baru lahir ni akan meragam tengah2 malam... Bila saya sendiri dah bergelar ibu.. saya tahu bahawa, TIDAK SEMUA BAYI AKAN MENGGANGGU TIDUR IBU BAPA MEREKA.. (^_^).. So, bagi mereka2 yang sedang mengandung.. saya sangat2 galakkan untuk u all, makanlah buah kurma... Dengan IzinNYA, mungkin u all dapat tengok perbezaan anak u all yang ketika mengandung u all makan buah kurma dengan yang ketika mengandung tak makan buah kurma... KURMA ADALAH MAKANAN KEGEMARAN NABI.. JIKA NABI SUKA, MAKSUDNYA PASTI PENUH DENGAN KEBAIKAN.. (^_^)

UNTUK PENGETAHUAN U ALL JUGAK, KURMA MAMPU MENCEGAH BARAH PAYUDARA & BARAH RAHIM...!!

Khasiat Kurma untuk ibu mengandung

Nak share dengan ibu2 or bakal ibu tentang khasiat buah kurma.. Post yang lepas saya ada bagitahu sepanjang mengandung saya amalkan makan buah kurma, actually buah kurma ni dah jadi menu wajib ketika breakfast dengan my dear masa dekat rumah..

Kurma ni banyak khasiat dia, memang saya amat2 galakkan u all makan kurma la, lebih2 lagi time pregnant, mudah nak bersalin..Bahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala pun memerintahkan Maryam binti Imran untuk makan buah kurma ketika nak bersalin pasal buah kurma mengenyangkan.. selain itu juga buat gerakan kontraksi rahim bertambah teratur, sehingga Maryam dengan mudah melahirkan anaknya

Antara kelebihan kurma yang saya dah copy paste :-

Menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandungi serabut-serabut yang bertugas mengontrol laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.

Buah kurma matang sangat kaya dengan unsur Kalsium dan besi. Oleh karena itu, sangat dianjurkan bagi perempuan yang sedang hamil dan yang akan melahirkan, bahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada Maryam Al-Adzra (perawan) untuk memakannya ketika sedang nifas (setelah melahirkan). Kadar besi dan Kalsium yang dikandung buah kurma matang sangat mencukupi dan penting sekali dalam proses pembentukan air susu ibu. Kadar zat besi dan Kalsium yang dikandung buah kurma dapat menggantikan tenaga ibu yang terkuras saat melahirkan atau menyusui. Zat besi dan Kalsium merupakan dua unsur efektif dan penting bagi pertumbuhan bayi. Alasannya , dua unsur ini merupakan unsur yang paling berpengaruh dalam pembentukan darah dan tulang sumsum.

Ruthab (kurma basah) mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.

Memudahkan bersalinan dan membantu keselamatan ibu dan bayinya

Kaya dengan zat besi -sesuai dimakan oleh wanita yang datang haid & mereka yang mengalami masalah anemia ( kurang darah merah )

Mencegah barah payudara & rahim 

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Sebenarnya banyak lagi kelebihan buah kurma ni, tapi ni je yang saya letak, u all boleh search dekat internet.. So, Ibu2 hamil u all sangat2 digalakkan makan buah kurma sebab terlalu banyak khasiatnya & sepanjang tempoh berpantang pun elok dimakan bagi memudahkan pengecutan rahim.

UPDATE :-

Kebaikan makan BUAH KURMA mengikut pengalaman saya

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...