Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan

Hadiah ketujuh guna duit Nuffnang untuk Aqilah

Tak sangka ni dah masuk hadiah ke 7 yang saya beli untuk anak2 guna duit Nuffnang.. Eh, actually dalam satu akaun saya tu, saya simpan duit dari Nuffnang & Exabytes.. so, hadiah2 ni termasuk duit dari Exabytes la kan selain dari Nuffnang..


Untuk hadiah ke 7 ni, saya beli basikal untuk Aqilah.. senang, sebuah sorang, takyah nak berebut2 bagai dah... basikal siap tempek sticker Naruto.. ahhaha.. Lantak la sticker apa pun, janji Aqilah boleh naik.. hihii


Kalau time Alisha dulu, kami beli basikal yang kononnya gagah perkasa lah kan... Memang gagah perkasa pun, sampai sekarang masih elok.. Time Aqilah ni, kami beli basikal yang biasa2 je, bukan apa, teringat time Alisha dulu, disebabkan basikal tu gagah perkasa, punya lama baru Alisha dapat kayuh basikal tu sendiri.. mana taknya u all.. dah time beli tu, kaki alisha tak dapat sentuh pun pengayuh tu.. kaki tak jejak lantai pun, tergantung je... tu yang time Aqilah ni beli basikal yang biasa yang Aqilah boleh bawak sendiri...

Ohya, basikal ni harga dia murah je.. kami beli RM42.. Basikal ni boleh tampung sampai berat 15kg.. Aqilah punya seronok dapat basikal ni.. Puas hati dapat tengok anak happy...


HADIAH PERTAMA GUNA DUIT NUFFNANG : LAPTOP
HADIAH KEDUA GUNA DUIT NUFFNANG : BASIKAL 
HADIAH KETIGA GUNA DUIT NUFFNANG : DVD PLAYER BLU-RAY 
HADIAH KEEMPAT GUNA DUIT NUFFNANG : PENDRIVE 32GB 
HADIAH KELIMA GUNA DUIT NUFFNANG : BAHAN PEMBELAJARAN
HADIAH KEENAM GUNA DUIT NUFFNANG : PAKAIAN
HADIAH KETUJUH GUNA DUIT NUFFNANG : BASIKAL SEPERTI DI DALAM ENTRY INI


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Apple Learning Quran sangat bagus untuk anak2 kita..!!

Anak2 saya dapat hadiah APPLE LEARNING QURAN dari Jijah.. Alisha punyalah excited dengan mainan ni.. U all bayanglah, excited dia tu sampai bawak g Tesco.. Tak nak bagi Aqilah guna.. Sampai saya pernah terpikir nak beli lagi satu untuk bagi dekat Aqilah..  (",).. Tapi tu masa mula2 beli la.. Sekarang ni dia dah share dengan Aqilah.. (",)

SUMBER

APPLE LEARNING QURAN ni macam gambar atas tu... Sebelum ni saya ingat volume dia tak leh kecik, upenya boleh.. kene buat macam yang gambar atas tu gtau.. (",)


Time ni masa Alisha mula2 dapat hadiah ni.. punya kusyuk dia dengar orang mengaji.. Tiba2 saya ambik gambar.. Tu yang jadi camtu, kene flash..(",).. Btw, untuk pengetahuan u all, APPLE LEARNING QURAN ni ada 26 DOA2 HARIAN, 16 SURAH PENDEK, 6 LAGU2 NASYID & PROJECTION..


Yang projection ni, Alisha cukup suka main.. suka tengok lampu2 yang bentuk bintang & bulan tu kot.. (",) Mainan ni bagi saya sangat2 elok untuk anak2 kita.. Boleh mereka dengar orang mengaji selalu.. Suara orang mengaji tu pun ok.. tapi ianya bergantung pada bateri la.. Kalau bateri dah nak habis "kuasa" memang teruk la bunyi suara tu... Mainan ni guna 3 bateri saiz AAA.. Time nak tidur, Alisha pun duk layan mainan ni jugak.. Sambil dia pasang orang mengaji sambil dia main projection.. Lepas tu dia tertidur & mainan ni terus on dengan suara orang mengaji.. (",) Thanks sangat2 tau jijah.. Hadiah ni sangat2 bermanfaat untuk Alisha & Aqilah..

P/s : Boleh klik SUMBER dekat gambar pertama tu jika u all berminat nak beli
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Hadiah baju pyjamas & romper lengan panjang untuk Alisha & Aqilah

Minggu lepas saya dapat 2 bungkusan yang nama Anak2 saya ni haa.. Saya duk la mesej sorang2 tanya sape yang bagi hadiah tu.. Semua pakat duk kata tak bagi.. Time2 saya tengah menyapu umah, boleh terpikirkan Yana.. sebab dulu pun Yana bagi hadiah tanpa tulis nama gak.. Sekali memang betoi Yana yang bagi.. (",)


Yana bagi pyjamas untuk Alisha & romper lengan panjang untuk Aqilah.. Untuk Alisha memang ngam2 la baju tu.. Cun je gaya Alisha pakai.. Alisha pun bukan main suka dengan baju tu.. Siap bergaya macam model lagi.. 


Cuma baju Aqilah ni je besar sangat.. dah sampai kat separuh betis.. hihi 


Tapi tetap nampak comel dia pakai.. Comel sebab Aqilah mencari di mana tapak tangan dia.. muahahah 


Kasi zoom sikit muka Aqilah.. (",) Yana jangan risau yer.. baju ni walaupun Aqilah tak boleh guna sekarang, nanti dah besar tetap boleh guna... Romper ni bagi saya cantik sangat..! Tak sabar nak tunggu Aqilah besar.. Nanti boleh bagi pakai.. (",)

Alisha yang tunjuk PEACE.. Eh, number two Alisha cakap.. (",).. Apa2 pun thanks sangat2 tau Yana.. Moga Tuhan murahkan rezeki Yana..

Btw, jika u all nak beli baju kanak2 yang murah2, boleh terjah blog bisnes Yana tau... Yana tengah buat promosi penghabisan stok.. (",) BABY & MUMMY SHOP..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha beraksi macam model


Ada sape2 mencari model pakaian kanak2 tak.. Ni haa Alisha ada.. hahha.. Takda maknanya.. Alisha ni kalau depan kami, bolehlah bergaya tak kalah macam model tapi kalau depan orang, jangan harap.. duk bertempek je sebelah saya.. suara pun tak keluar.. Tak caye tanya SUE @ IBU SYAWAL & IZZ.. Rasanya dia tak dapat dengar pun suara si Alisha ni time jumpa haritu.. (",)

U all jangan fokus pemandangan belakang Alisha tau... FOKUS KAT ALISHA je... Nampak tak Alisha tu.. bukan main lagi bergaya.. Semalam, saya dapat bungkusan dari YANA, hadiah baju untuk Alisha & Aqilah... Alisha bukan main suka duk ulang cakap cantik... Tengah2 saya ambik gambar dia, dia boleh g ambik rantai yang dia dapat hadiah dari BUTIK COMEL COLLECTION pastu dia terus posing macam gambar dekat atas tu...

Dengan kaki bersilangnya.. dengan badan dilentikkannya.. dengan mata tak tengok kameranya.. dengan bibir dia yang seksinya.. Amboiii.. tak nak kalah macam model.. hihii.. Umur baru 3 tahun tapi gaya macam dah sekolah.. Baju yang Yana bagi ni memang cantik.. Thanks sangat2 tau Yana.. Alisha suka sangat.. Saya pun suka.. Nampak anak dara saya ni makin cantik plak pakai baju yang Yana bagi ni.. muahahhah
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Sandwich cutter yang buat saya teruja..

Saya ada mintak online sample susu tau u all.. Tapi tak sangka pulak yang dorang bukan setakat bagi sample susu tapi siap bagi SANDWICH CUTTER sekali.. Saya yang tengok ni terujaaaa...!! hahha


Maunya tak teruja, zaman saya dulu takda plak benda2 alah camni... so, makanan saya tu tak penah ada bentuk yang menarik macam anak2 sekarang ni.. Walaupun camtu, makanan tetap gak habis.. (^_^)


Akibat keterujaan saya ni, petang tu terus call my dear pesan balik kerja beli roti.. hahah.. Sampai umah, terus guna SANDWICH CUTTER tu.. konon nak tunjuk kat Alisha bagi Alisha pun teruja macam saya jugak..


Sekali anak i tak teruja mana pun u all.. dia duk sibuk dengan upin ipin dia tu plak.. si ibu ni yang duk teruja sorang2.. hahha.. Nanti saya share dengan u all yer.. saya buat entry lain, biar u all pun mintak jugak sample susu tu, mana tau u all pun dapat SANDWICH CUTTER ni, nanti leh kita geng, sama2 teruja.. kikikiii


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Alisha berminat dengan tudung


Alisha memang cukup berkenan dengan saya punya shawl or tudung... Dia pakai duk buat main dalam umah.. Tudung yang dia guna dalam gambar tu, saya sendiri belum pakai lagi tau.. tapi si anak solehah ni dah 2 3 kali duk ambik pakai... Ohya, tudung ni saya dapat sebab menang GA yang MIMIE anjurkan... nampaknya Alisha dah berminat nak pakai tudung kan... Actually ada satu tudung dia yang opah dia beli.. nanti balik Chemor, bolehlah ambik bawak balik sini...

Eh jap, mesti u all tergerak kat ati yang alisha makan nasi dengan kicap je kan.. hihii.. saya pun dah lupa kenapa.. maybe lauk dah habis ke camna ntah... tapi untuk pengetahuan u all, alisha ni jenis tak cerewet... nasi dengan kicap pun dia layannnn (",)

Header dari ADIK


Saya ada dapat satu komen.. macam yang u all baca kat atas tu... Sorry yer sebab saya tutup nama yang komen tu.. bukan apa, adik tu suruh saya jangan publish komen katanya sebab malu.. so, saya pikir, kalau saya buat print screen, lagilah dia malu kan.. hihii.. Thats y saya tutup nama dia.. (",) Walau hakikatnya saya tak kisah... takda apa yang nak dimalukan pun... (^_^)

Saya bahasakan nama dia, ADIK je la yer... Adik bagi saya header tau.. macam yang u all nampak kat atas tu... Seriously, saya terharu sangat... napelah susah2 buat header.. segan saya dibuatnya... Tapi apa2 pun, sebagai untuk menghargai ADIK yang dah buat header yang comel ni untuk blog saya, saya akan guna header yang ADIK buat tu.. at least sebulan header ni akan saya guna.. lepas tu baru tukar yang asal.. (^_^)


Secara peribadinya, saya suka dengan header ni.. Suka sebab ada gambar Alisha & Aqilah..! Bagi saya gambar tu nampak comel.. hihii.. yela, 2 2 orang pakat duk tengok kamera... Dengan si Alisha tu duk nampak penyayang sangat.. manja je gaya anak dara saya tu.. hihii.. Apa2 pun, THANKS sangat2 tau dik..!! (",)

Ohya, Saya nak ucapkan TERIMA KASIH jugak dekat adik sebab suka beca entry dekat blog akak ni yer..!! Rasa terharu sangat2 bila orang bagitahu kita yang mereka suka dengan blog kita... Terima kasih jugak dekat u all yang tak jemu2 singgah blog saya... (",)

P/s : Saya tak kisah walaupun header ni tak sesuai dengan template blog saya kerana menghargai pemberian orang adalah yang terbaik...(^_^)

Hat untuk Aqilah dari Masya @ Yana

Yana ada bagi hadiah hat @ topi untuk Aqilah.. So, saya nak tunjuklah dekat yana, gaya pakai hat dari Aqilah.. hihii


Bagi saya topi ni memang cantik!!


Sebabnya ada bunga yang besar.. hahah.. Saya memang suka bunga2 besar camni... jadi titik fokus @ penegasan.. (^_^)


Nasiblah Aqilah ni pun jenis cam kakak dia.. boleh letak apa je atas kepala dia... takda nak rimas2.. setakat ni la, dah reti sikit nanti tak tau la kot dia buang sendiri... hihi


Apa2 pun, thanks tau yana.. Moga ada rezeki yana pulak untuk dapat baby girl pasni... (",)

Hadiah dari Wanieys @ Ibu Qalief

Waniey @ Ibu Qalief ni memang sangat baik hati.. Selalu bagi hadiah kat kawan2 blogger.. (",) Bulan lepas kami 3 beranak ada dapat hadiah dari Waniey.. 


Alisha dapat sepit rambut & set alatulis.. Aqilah pulak dapat headband.. (",) Tau tak, Alisha bukan main suka set alatulis tu... sampai bawak tido la jawabnya...hihii


Selain tu, Waniey pun ada bagi FM dari Langkawi.. Dah selamat lekat kat peti ais pun.. (",)


Ohya, saya pun ada dapat tudung.. Hadiah sempena hari lahir.. (^_^).. Apa2 pun, thanks tau waniey.. Kami bertiga suka hadiah2 ni...

Dress untuk Alisha & Aqilah dari hasil tangan Noen

Alisha & Aqilah dapat dress dari Noen.. Jangan tak tahu, Noen yang jahit sendiri tau.. Noen ni sangatlah pandai jahit.. macam2 yang dia jahit.. project terbaru Noen sekarang ni, jahit CLOTH PAD.. U all memang patut terjah blog Noen untuk tengok segala hasil jahitan Noen...


Alisha & Aqilah, dapat dress dengan corak ais krim... tau tak, alisha siap kata sedapppppp sambil tunjuk gambar aiskrim kat dress tu.. ahhah.. Ohya, sorry lah yer Noen, time ni, alisha yang baik ni, tak bagi kerjasama.. suruh posing pun tak nak.. sebab ibu paksa suruh pakai dress... kikikii.. Actually, sekarang ni, sejak2 ekzema menyerang ni, dia jadi memilih pulak baju... asyik duk ulang baju sama je kojenya... 


Aqilah ni jangan cakaplah.. sentiasa riang kalau nampak kamera... confirm akan tengok kamera punya.. hihi.. Dress ni memang sesuai dengan Aqilah.. ngam2.. tapi yang alisha tu singkat sikit.. bila alisha pakai sampai kat  tengah betis.. eh, ke memang dress ni sampai kat situ je labuh dia ek.. hihi


Nak nampak lebih jelas design dress 2 beradik ni, tengok gambar atas ni... Untuk pengetahuan u all, jahitan Noen ni sangat2 cantik!! Jenis kain dia tu pun, best je.. sejuk je gayanya... Ohya, kalau u all nak beli or nak tempah hasil jahitan Noen ni, u all boleh terjah dekat MamAlya Boutique.. Macam2 design yang Noen boleh jahit + sangat2 cantik!!.. Kalau u all tak nak tempah dengan Noen tapi nak dapatkan kain yang cantik2 camni.. bermacam2 corak, u all boleh terjah Kawaii Cotton Station.. yela, mana nak tau kot2 u all pun pandai jahit tapi tak tahu nak beli kain cantik2 kay mana.. silalah terjah yer (",) Apa2 pu, TERIMA KASIH dekat Noen sebab hadiah Alisha & Aqilah dress yang cantik nih! (^_^)

Hadiah dari Lizz yang lain dari lain..

Alisha & Aqilah ada dapat hadiah dari LIZZ tau.. Serius, saya yang rasa teruja.. hahha.. Hadiah yang Lizz bagi lain dari yang lain... First time saya dapat camni.. (",) Bagi saya ianya sangat2 cantikkk!!


Tadaa... nampak tak apa yang saya dapat... Hasil kerja Lizz.. Memang cantik!! Suka sebab ada gambar Alisha.. hihi


Tak lupa jugak gambar Aqilah..!! Bila saya tengok je hadiah ni.. terus rasa nak g beli frame.. hehhe... Gambar anak2 saya takda lagi dekat umah ni.. elok sangat kalau letak dalam frame ni.. (",)


Selain dari tu, Lizz ada jugak bagi cekak untuk Alisha & headband untuk Aqilah.. Memang saya suka sangat sebabnya, memang sebelum ni saya duk tercari2 cekak & headband untuk budak berdua ni.. Saya nak yang camnilah.. yang bunga or riben dia tu besar... (",)


Besar kan riben kat cekak ni... cantik!! (",)


Aqilah punya blue flower tu pun besar.. memang cantiklah..!! thanks sangat2 tau Lizz... (",) Ohya, sudi2kan diri u all terjah blog Lizz yang ada sepasang anak yang encem & comel... Rambut anak perempuan Lizz pun cam Alisha gak.. curly... (",)

Belajar menulis


Alisha dapat buku belajar menulis huruf kecik ni dari kawan adik saya.. Banyak lagi yang dia bagi, tapi lenkali baru up entry...


Saya sekarang memang fokus kepada pembelajaran MENULIS untuk Alisha... Bukan pe, cuma saya berpendapat, bila saya ajar dia menulis huruf or nombor, secara tak langsung, Alisha akan dapat 2 benda sekaligus.. iaitu MENULIS & MENGENAL HURUF OR NOMBOR... Bila Alisha dah mengenal, barulah senang untuk ajar dia membaca pulak...

Macam dalam gambar atas ni, mula2 nak tulis tu, saya yang pegang tangan Alisha untuk menulis.. tapi bila dah lebih dari 10 kali tulis, terus tangan Alisha pulak yang menggerakkan tangan saya untuk menulis huruf a... tu yang kalau u all perasan dalam gambar tu, ada a gemuk & ada a yang kurus... yang kurus tu, alisha la yang buat... hihii

Update :

Lupa nak tulis tadi.. sambil ajar Alisha menulis, sambil saya suruh dia sebut huruf or nombor tersebut..


Hadiah untuk Aqilah (",)

Aqilah ada dapat hadiah lagi.. Murah rezeki dia.. (",) Dah lama dapat tapi baru nak update... duk dalam draft sampai terlupa...


Baju ni Aqilah dapat dari Deq's Qienz.. Cantik warna biru ni... saya suka tengok.. hihii.. Bukan pe, baju 2 beradik ni, banyak pink.. gegirl la katakan.. hahahha.. Thanks tau DQ (",)


Selain dari baju.. Saya ada dapat Set Penyusuan Shaklee tau.. Kiranya macam untuk Aqilah la jugak kan... tapi ibu dia jadi orang tengah... hahahhah.. Serius, susu memang banyak hokay!! Nanti baru saya cerita dekat u all yer.. Saya buat entry review set penyusuan shaklee ni (",) Ohya, yang ni, MamaVouge @ Ayu yang bagi dekat saya.. (",) Thanks tau Ayu (",)


Teruja dapat hadiah RUANA ALPAKA..

Memang rezeki sayalah nak dapatkan Ruana Alpaka dari Peru ni... Ketika saya join GA ni, memang niat saya nak dapatkan Ruana walaupun hadiah utamanya adalah Carpet... tapi saya bukan peminat karpet, so, taknak yang tu tapi nak Ruana.. hahahha

First time saya baca entry di blog Kak Marya pasal Ruana ni, memang saya dah jatuh hati + dah terdetik dekat hati, "Ruana ni sesuai kalau saya guna time menyusu Aqilah dekat public"... Tapi tu la u all, saya tak mampu nak beli sebabnya harga Ruana ni RM269... Yela, barang baik, haruslah mahal kan... hihii

Tapi bila tengok Kak Marya ada buat GA yang hadiahnya Ruana, terus saya join... tu pun, hari last baru saya submit entry... gagahkan diri jugak walaupun dalam hati tu malas, tapi kerana Ruana, saya buat jugak hahhah... Terukkan saya... (^_^)... Emmm tapi tu la u all, saya sedar diri yang saya tak mampu nak beli, so, jika saya nak jugak, haruslah usaha kan... (^_^)


Dalam kotak ni lah ruana... Jangan pelik pulak kotak tu kemek2... hihii


Tadaaaa inilah ruana alpaka tu... (",)

Eh, mesti u all tak dapat imagine came ruana ni kan... tengok gambar bawah ni pulak....



Sangat cantikkan..!!! Syukur sebab ada jugak rezeki saya nak dapat ruana ni... lepas ni boleh guna jika menyusu alisha dekat Public... (^_^).. Eh, harga Ruana ni samalah dengan harga Learning Table Alisha... Learning Table tu pun hadiah sebab menang GA jugak... (",)

Ohya, jika u all berkenan untuk dapatkan RUANA ALPAKA ni jugak, u all boleh contact Kak Marya tau... (",)... Yela, duit bonus kan dah dapat... muahahaaa.. Apa2 pun terima kasih ye kak marya & tahniah sebab dah mengandung anak kedua... Jika u all pun nak wish tahniah untuk kak marya, terjahlah blog beliau yer... (",)


Pejabat pos Chemor ni baguslah.. (",)



Boleh kalau saya nak cakap pejabat pos Chemor ni bagus?.. hihiii... Kan semalam saya ada post entry yang PinkUmmi @ Mimie bagi hadiah... Untuk pengetahuan u all, bungkusan yang saya dapat tu dah terkoyak tau, tapi dah tertampal seperti gambar dekat atas tu...

Nampak tak, Penyelia Serahan Chemor siap sign lagi.. bagitahu yang bungkusan tu dia dapat memang dah terkoyak & ditampal dengan rasminya oleh pihak pejabat pos Chemor.. (",) Macamana saya tak kata pejabat pos Chemor ni bagus, yela, selama ni, kalau dapat bungkusan terkoyak pun, takda pulak pejabat pos nak tampal semula...

Tapi bila dekat Chemor ni, alih2 siap dorang tampal + sign lagi..hihii.. baguslah kan... (",) Selama ni pun, saya duk dengar ada je blogger yang dapat bungkusan dari pejabat pos yang dah terkoyak... Ni yang tetiba nak "up" kan kawasan CHEMOR ni.. muahhahhahahh


Ada lagi rezeki untuk Aqilah & Alisha.. (",)

Nampaknya masih ada lagi rezeki untuk Aqilah & Alisha... (",) Baru2 ni, saya dapat lagi bungkusan.. tapi kali ni dari Mimie @ PinkUmmi pulak.. (",) TERIMA KASIH tau mimie (^_^)


 Mimie bagi saya keychain dari Pulau Pangkor & buku untuk Alisha belajar menulis & mewarna.. (",) Baru terpikir lepas habis pantang nak ajak my dear beli buku baru dekat alisha... sekali mimie dah bagi pulak (",)


 Bukan hanya Alisha yang dapat hadiah tapi Aqilah pun dapat.. Dapat 5 pasang stokin hokay!!.. hihii.. Geram je saya tengok stokin yang cute macam ni.. geram yang kat bahagian depan stokin tu haa.. heheheh


Alisha bila dapat je buku dari mimie ni, terus belek2.. teruja la tu konon.. siap duk ulang cakap "cantik.. cantik..".. hihii


Lepas tu dia mintak pensel dengan saya untuk menulis... buku barulah katakan.. hehheh.. Bayanglah, sampai saya nak ajar pun tak bagi.... nak buat sendiri.. adehhh... alisha.. alisha... hihii.. Ohya, nampak tak stokin aqilah dekat sebelah dia tu, yang tu pun dia ambik pegang tau.. tak bagi saya simpan.. hahahhahha... padahal dia dah cakap tu stokin Aqilah... hihi.. Agaknya dia nak pegang bagi pihak aqilah.. hehehheh


Hadiah dari Kawan rapat di alam maya (^_^)

Kawan rapat yang saya maksudkan adalah kawan yang bukan hanya saya berhubung melalui blog tapi jugak melalui telefon.. berkongsi2 cerita di belakang tabir... hihii.. Antara rakan yang saya anggap rapat di alam maya ni adalah Kak Fieda & Wanieys... (ada lagi rakan2 lain tau)

Kak Fieda ni saya kenal sebab kami dulu aktif join GA manakala Wanieys ni pulak, saya tak pasti macamana boleh kenal.. hihii... Tapi yang saya tau, sedar2 je wanieys dah selalu singgah blog saya & tinggalkan komen.. selalu tanya pasal saya & alisha.. so, dari situlah saya rasa macam mula nak kenal wanieys ni lebih rapat... tambah2 pulak, wanieys ni memang peramah..!! Pendek kata, 2x5 je lah dengan saya & kak fieda yang memang dah peramah sampai sembang dekat telefon, berebut2 2 2 orang nak cakap.. sampai tak tahu siapa yang nak dengar... ahhahahha

Haaa kan mukadimah dah meleret2.. hihii... Sebenarnya saya nak tulis pasal Aqilah dapat hadiah dari Wanieys & Kak Fieda... Ohya, hadiah mereka sampai pada hari yang sama tau.. hari Jumaat baru ni (",)



Hadiah baju & beg dari Wanieys... Tak sangka Wanieys bagi bag sebabnya memang saya sendiri terpikir lepas balik sungai petani nanti, nak ajak hubby pergi beli beg untuk isi pampers or pe2 je barang aqilah ketika kuar jejalan.. Rezeki kan.. Macam ada connection je saya & wanieys ni.. cewahhh... hihii



Kak Fieda pulak bagi saya kerongsang sebab jadi top komentar dekat blog dia.. alisha pun dapat jugak kerongsang.. tak lupa jugak aqilah.. Opsttt Aqilah bukan dapat kerongsang tapi angpau.. hihii.. Saya suka sangat kerongsang dari kak fieda ni.. memang cantik + lagi suka sebab batu dia warna merah... warna fav.. ada ong.. hahah... 

Apa2 pun, terima kasih sangat2 dekat Kak Fieda & Wanieys... (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...