Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran Alisha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran Alisha. Papar semua catatan

Pembelajaran guna water colour


Ni cerita time saya belum bersalin... Dah mula mengajar anak solehah Alisha guna water colour.. tapi time ni bukan saya yang ajar, adik ipar yang ajar... Apa yang ada di lukisan tu Alisha yang buat kecuali yang gambar  pokok, bunga, kereta, bulan & bintang tu adik ipar yang lukis.. Bolehla untuk first time orang guna water colour kan... kira oklah dari Alisha conteng je kertas tu kan.... 

Alisha memang seronoklah dapat guna water colour ni... Sekarang ni saya tengah ajar Alisha untuk kenal huruf secara sepenuhnya pulak sebab saya nak masuk step ajar dia membaca pulak... Nasiblah Alisha ni dia walaupun suka main tapi dia jugak peminat buku + bagi perhatian bila diajar... Moga Tuhan cekalkan hati saya untuk ajar Alisha... saya pernah tulis dalam blog ni yang saya nak ajar Alisha dengan harapan Alisha pandai membaca sebelum umur 5 tahun @ sebelum 05/09/2015... Walaupun anak orang lain lagi awai pandai membaca, tak kisah lah... Alisha ni bila nak sekolah tahun depan, baru lah ibu dia ni kalut nak mengajar..

Jangan hangat2 tahik ayam sudah la ina oiiii... babap kang!!

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

Perkembangan pembelajaran Alisha

Alhamdulillah saya dikurniakan anak macam Alisha... Walaupun dia seorang yang manja suka menangis + merengek tapi Alisha seorang yang sangaaaatlah kakak2... Selepas makan, dialah yang tolong basuhkan tangan & mulut Aqilah di sinki & macam2 lagilah... Untuk entry ni, bukan itu yang saya nak ceritakan tapi saya nak cerita pasal perkembangan pembelajaran Alisha...

InsyaAllah bulan 9 nanti genaplah usia Alisha 4 tahun.. Alhamdulillah sekarang ni Alisha dah mula tunjuk bakat menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti dia... Saya kesan Alisha ni seorang yang kreatif, bila Alisha mula buat aiskrim guna sikat + sapu tanganlukis muka orang di white board... lepas pada tu, dia mula reka bentuk orang guna lego ciplak... Bila saya tengok macam tu, saya belikan Alisha PLAYDOH.. dengan niat moga saya dapat membantu Alisha luahkan lagi kreativiti dia tu guna playdoh... Daripada platesin tu, Alisha dah buat muka orang & bunga... selain tu, dia ada jugak buat lampu meja + berger.. Saya pun tak reti nak buat benda2 camtu + tak minat... tak sangka pulak Alisha ni tanpa di ajar pun dia dah boleh buat sendiri...


Saya jugak bersyukur sangat2 sebab Alisha bukan jenis seorang yang fokus pada sesuatu benda sahaja... maksud saya, selain Alisha jenis yang suka hasilkan sesuatu melalui kreativiti dia, dia jugak tak lupa dekat buku... menulis adalah minat Alisha... Minat pada buku ni memang saya dah pupuk dari usia Alisha 3 bulan lagi.. Nasib baik gak, walaupun ada lego ciplak, ada playdoh & mainan lain2 tapi dia tak lupa dekat buku...


Ini antara bahan pembelajaran yang saya baru beli semalam... excited nak buat, balik rumah terus mandi & terus menulis...



Selain tu, saya ada jugak beli buku untuk Aqilah tau... macam dalam gambar atas ni haa... Tapi yang memeranjatkan saya tu, tadi masa Alisha duduk buat kerja apa ntah dekat abah dia manakala adik ipar saya duduk atas kerusi jauh sikitlah dari Alisha kan... Adik ipar saya ni bacalah buku Aqilah ni tau... Adik ipar sebut "Sit down", Alisha yang dengar terus cakap "Duduk"... Saya & my dear duk tercengang dengar Alisha cakap... pastu adik ipar sebut lagi "Stand up".. Alisha cakap "berdiri"... Ok, saya dah mula rasa teruja... pastu adik ipar sebut pulak "wash your hands"... Alisha sebut "Basuh tangan"... Ok, ni dah buat saya rasa bertambah teruja sebab saya belum ajar pun lagi Alisha buku tu... baru je beli semalam... Lagipun tu buku Aqilah... Tersengih2 saya & my dear... macamana dia boleh paham apa yang adik ipar saya cakap... Lepas tu kan u all, boleh pulak Alisha cakap "Kakak nak sekolah"... wah, rasa macam esok jugak nak hantar dia sekolah... hahahha... melampaukan saya ni...

Alhamdulillah walaupun Alisha tak pergi taska, hanya duduk di rumah... rakan2nya hanyalah saya & Aqilah tapi Alisha sedikit sebanyak buat saya rasa tak terpinggir sangat walaupun jaga anak sendiri di rumah... Takdalah anak saya tak pergi taska, tak pergi sekolah sampai tak tahu apa2 langsungkan... Moga Alisha dapat jadi contoh kepada adik2nya... sekarang ni pun Alisha kadang2 time main dengan Aqilah akan cakap "Meh kakak ajar"... macam2 diajarnya Aqilah... diajarnya pegang pen dengan betul... diajarnya apa yang dia tengok dalam buku dan lain2 lagi...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Set PLAY DOH murah...!!

Alhamdulillah... FINALLY dapat jugak saya tunaikan permintaan Alisha nak PLAYDOH... Eh, actually bukan Alisha yang mintak, saya yang offer nak beli... si Alisha pulak, kalau dah ibu offer, takkan nak tolak rezeki kan... mestilah dia suka...


Tujuan saya belikan PLAYDOH untuk Alisha ni bukan apa... kan sebelum ni saya ada tanya u all, apa barang yang boleh tingkatkan lagi kreativiti Alisha ni... Alisha ni dia seorang yang kreatif, guna sikat & sapu tangan pun dia boleh buat jadi "aiskrim"... Selain dari benda2 yang ada disekeliling, Alisha jugak hasilkan kreativiti melalui lukisan & lego ciplak... Saya plak sajalah nak beli PLAYDOH walaupun Alisha tak mintak tapi saya ni yang terlebih minat dengan PLAYDOH ni sebenarnya... hahhah... 


Saya dah lama nak beli PLAYDOH ni... dari bulan 6 lagi tapi tu la, saya tangguh dulu... tak sangka plak Tuhan "tangguhkan" niat saya tu sebab nak bagi saya rezeki dapat PLAYDOH yang lebih murah... Alhamdulillah.... Saya beli PLAYDOH SWIRLING SHAKE SHOPPE... Harga asal RM79.90 tapi ada offer so saya beli dengan harga RM56.90...


Saya beli di TESCO.. Offer sampai bulan 2 tahun 2015... tu diaaa, sikit punya lama offer... tapi kan, harga asal PLAYDOH SWIRLING SHAKE SHOPPE ni RM79.90 je tau... tapi dekat TESCO tu tulis harga asal RM111 ++, sedangkan selama ni saya duk survey semuanya harga RM79.90... tapi tak kisahla... janji saya dapat harga offer (^_^)


Nampak tak dekat atas tu ada 3 "alat".. itu kira macam 3 tempat acuan yang utama la...


Selain dari 3 yang utama tu... dekat body acuan tu pun berlambak2 lagi ada "acuan" yang kecik2...


Pendek kata dengan satu set PLAYDOH SWIRLING SHAKE SHOPPE ni, macam2 lah kita boleh cipta..


Dia punya doh tu kan u all, memang lain dari platesin yang biasa tu tau... Yang ni takda nak melekit2 dengan tangan tau.. lagi satu lembut sangat doh dia tu... tak reti nak explain, bila u all pegang sendiri baru u all tau... Alisha bila dah dapat PLAYDOH tu, terus je main.. siap ajar saya & abah dia lagi main camna... Teruja saya tengok, rasa macam berbaloi2 saya beli... ehheh... Yela, saya tak perlu ajar camna nak guna tapi Alisha tengok je benda tu semua, dia dah tahu apa yang perlu dia buat.... sebab sebelum ni Alisha memang dah selalu tengok video PLAYDOH..


Ohya, semalam kan u all... anak solehah saya ni hasilkan kreativiti dia lagi guna PLAYDOH... tapi yang ni tak guna acuan pun... dia just bentukkan guna tangan je... Salah satunya bentuk muka macam gambar atas tu haa.... Rasa macam nak penyet2 je si Alisha ni tau... awatlah dia kreatif sangat ntah... pandai plak buat mata bulat, hidung panjang... hehhe


Yang ni pulak, Alisha tunjuk saya sambil cakap "ini flower".. time saya ambik gambar ni flower tu tak complete lagi... maksud saya saya Alisha belum siapkan nak "kepet-kepetkan" kelopak bunga... Alisha... Alisha... moga Alisha dapat kembangkan lagi kreativiti yang ada... Saya nak mengajar tak berapa nak reti sebab saya memang tak kreatif.. Eh jap, nak tanya... kreativiti anak2 ni adakah diwarisi ek, ke dari diri dia sendiri?... sebab kalau ikut kreativiti, memang saya tak la... tapi abah dia kreatif la jugak... tapi tu la, kalau ikutkan masa Alisha banyak habis dengan saya... saya ni takda pulak ajar benda2 camni.. 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Belajar susun huruf dengan betul


"Ibu, kakak nak sekolah"... Itulah ayat Alisha sekarang ni.. InsyaAllah tahun depan bolehlah hantar anak solehah ni pergi tadika.. Dalam taman ni ada tadika, so, senang sikitlah kan sebab dekat je... Tunggu 6 tahun nanti kalau boleh  nak hantar pergi Pra-Sekolah... Itu saya je lah yang baru berangan... tak survey pun lagi sekolah dekat sini ada disediakan pra-sekolah or tak..

Sekarang ni saya ajar Alisha susun huruf ABC tu dengan betul.. Eh, actually ada lagi aktiviti lain, ini salah satu je la.. Alisha ni macam budak2 lain jugak... ada masa bukan main bersemangat belajar ada masa tak.. Ada masa sungguh2, ada masa main2.. Tapi takpala, budak2 kan memang jenis mereka "main2" tapi dapat je serap apa yang diajarkan..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Aksi Alisha masak Kek Buah

Inilah Alisha... budak yang suka sangat bab2 mem"baking" ni... Inilah jugak antara aktiviti yang saya lakukan untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan Alisha... Kalau kami pergi Tesco kan, Alisha ternampak kotak kek segera, mesti dia akan cakap "Ibu, Isha nak masak  kek"... haa itu maknanya nak suruh beli la tu..


Saya ajar Alisha guna tepung segera je u all... Saya bukannya reti pun bab2 masak kek ni.. hihi.. Kek segera ni senang.. semua dah ada dalam kotak tu.. kita hanya tambah telur & marjerin je...


U all perhatikan gaya Alisha duduk dekat semua gambar dalam entry ni tau... Macam2 gaya dia duduk.. hahah.. Itu kes dia dah penat la tu..


Kali ni boleh dikatakan 90% Alisha yang buat kek ni... Saya hanya bantu sikit2 je.. 


Buat pertama kali jugak, tengah2 Alisha buat kek tu, Alisha boleh cakap "Wah, penatnya ibu"... siap buat gaya lap peluh dekat dahi lagi... hihii



Walaupun Alisha penat tapi dia tetap teruskan sampai habis... Bersemangat si budak Alisha ni... (",)


Alisha jugak cakap "Nanti abah balik nak tunjuk Abah.." Alahaiiii... seronok dengar dia cakap camtu... Dengan penuh kasih sayang Alisha buat kek ni...


Kegembiraan anak, adalah kegembiraan saya... sangat terserlah di wajah dia yang dia happy masak kek semalam..


Bila oven bunyi je "ting"... cepat2 Alisha berlari.. Bila dah potong pulak, dia duk tanya saya & Aqilah, sedap tak dia masak kek... Bila abah dia balik kerja, cepat2 dia ambik kek & bagitahu abah dia yang dia masak kek tu (",) Nampaklah Alisha teruja dengan kek dia tu.. (",) Kek Alisha buat kali ni sedap.. kira menjadila.. tapi saya ni yang mencacatkan kek Alisha.. Saya tak reti nak bajet suhu... so, kek ni macam tergaring sikit dekat bahagian tepi2 loyang tu...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Alisha yang semakin pandai

Anak solehah saya si Alisha ni kan... upenya banyak word omputeh yang dia tahu... Ada tu yang saya tak pernah sebut pun dia sebut.. Macam tadi kan, dia tengah main game tau.. Lepas tu dia cakap dekat saya, "Ibu, hat".. Saya ni pada mulanya.. buat2lah tak layan... sebab saya macam tak paham apa yang Alisha maksudkan... Tapi dah banyak kali sangat dia cakap.. Saya pun tengoklah game yang dia main tu... Upenya memang gambar hat @ topi u all.... Alahaiiiiii teruja plak saya rasa... hihii

Lepas tu kan, dia tunjuk plak game.. Game tu ada bunyi baby nangis... Alisha sambil "signing" saya cakap "cry"... Rasa nak penyet2 je Alisha ni tau... Padai sunggguh haihhh!!... Ohya, sebelum ni saya pernah share dekat u all pasal antara video pembelajaran Alisha adalah signing kan...Dari situ lah dia pandai signing tu semua... Nampak flower ke.. milk ke.. sambil sebut sambil signing dekat saya... hihi
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha mengajar saya bunyi huruf guna kaedah pembelajaran FONETIK

Saya ajar Alisha guna kaedah FOTENIK tau... Teknik ni ajar anak2 berkaitan bunyi2 huruf.. bukan sebut huruf tu... Target saya nak bagi Alisha pandai membaca sebelum umur 6 tahun.. dengan kata lain, umur 5 tahun dah kene pandai bacalah walaupun masih mengeja... Disebabkan umur Alisha baru 3 tahun, so, saya takdalah ajar Alisha ni sungguh2 pun... ajar tenggalam timbul.. rajin ajar, malas tak ajar... *Nampak tak, saya dah mula cipta alasan??! haih!! Kadang tu yang jadi malas nak ajar bukan apa, Alisha ni banyak benor tanya.. kita baru ajar bunyi huruf A, I, U.. Dah nak langkah step lain.. Advanced sungguh gayanya... bila saya tanya balik bunyi huruf A, I, U.. mulalah dia bertukar2... habis tu camne nak langkah step...

Tapi saya perasan satu benda tentang Alisha.. Kalau saya tanya huruf ni bunyi apa.. huruf tu bunyi apa... ada time dia sebut betul.. ada time salah. kadang tu lebih kepada main2 bila saya tanya... Tapi kalau dia main sorang2... Alahaiiiii rasa nak peluk cium tak nak lepas.... Boleh rupanya u all...!! Pandai pun sebut bunyi huruf2 yang saya ajar selama ni... Anak kan.. saja je tau.. bila kita ajar dia buat2 tak pandai.. buat2 main... Anak u all camni gak ke?


Macam tadi, masa kat meja makan.. dia pegang @ tunjuk satu part dekat telefon saya sambil tanya saya seolah2 dia tu cikgu "Ni bunyi apa?"... saya diam je.. Yela, saya tak nampak tulisan apa2 pun dekat casing handphone tu... tapi tiba2 Alisha cakap "Ni bunyi ssssss @ /s/".. Lepas tu dia cakap pulak, "ini bunyi apa?".. saya diam lagi... Alisha pun sebut "Mmmmm @ /m/".... Lepas tu saya terus ambik handphone tu tengok apa yang ada dekat casing handphone tu... Alahaiiii rupanya ada tulisan SMT... haha patutlah beria Alisha tanya & ajar saya... saya tak perasan pun selama ni.. (",)

Motif saya kat sini nak gtau u all, anak2 kita ni, time kita ajar tu dia buat2 je main2.. tak bagi perhatian masa kita ajar... tapi rupanya, apa yang kita ajar tu, dia simpan dalam otak, tutup ketat2, tak bagi keluar dah ilmu tu... (",) Saya ajar Alisha guna kaedah FONETIK ni sebabnya orang kata dekat tadika dah banyak guna kaedah ni + anak2 pun lebih cepat membaca... tak sampai setahun ajar, dah pandai baca.. Macam Alisha ni,  kene lebih dari setahun la kot sebab ibu dia tak rajin sangat...haihhh..!! tapi start tahun depan dah kene ajar betoi2.. sebab tahun depan dah nak masuk umur 4 tahun... Moga2 Alisha dah takda lagi cakap bahasa German @ dah cakap terus sepenuhnya tahun depan.. supaya mudah untuk saya ajar dia membaca...

Btw, u all ajar anak u all guna kaedah apa ek?
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Signing Time & Barney antara video pembelajaran Alisha

Hari ni nak share lagi antara video pembelajaran Alisha dekat u all... Saya memang banyak download video dekat Alisha.. beratus2 la jugak rasanya.. Alisha akan tengok video setiap hari.. Untuk pengetahuan u all, kami dekat umah ni memang payah nak dapat tengok TV macam orang lain.. Sebabnya, start dari Alisha bangun tidur sampai dia nak tidur semula dia akan pasang video je memanjang.. Sampaikan saya rasa Aqilah nanti mesti lagi cepat pandai.. Yela, Aqilah duk terdedah dengan video pembelajaran je.. Takda nak dapat tengok drama cite melayu.. hihi

Lagi satu pulak, bila Alisha nak tengok video, dia memang tak susahkan saya sebab dia pandai bukak sendiri.. Saya kan, cukup2 heran dengan Alisha ni.. Nak kata pandai baca, mungkin tak.. maybe ingatan dia kot.. kuat sungguh..!! U all bayanglah, dalam pen drive tu, ada ratusan video.. (tapi setiap video, saya dah letak dalam folder berasingan.. maksudnya, kalau video singing time, semuanya dalam 1 folder.. tak campur dengan video barney.. dalam setiap folder tu pulak ada berpuluh2 video).. bila saya suruh dia bukak video barney ke bernard ke Abc ke Alif Baa Taa ke.. CONFIRM Alisha dapat bukak semua video tu tanpa silap!! Setiap kali dia nak tengok video, Saya hanya on kan suis TV & suis VCD je.. 

Yang lain, semua dia tekan sendiri... Hebat budak2 zaman sekarang.. (",)
Signing Time ni saya nak bagitahu maksud dia kat u all pun saya tak reti.. Macam guna bahasa isyarat la kot.. Kiranya guna gerakan tangan kita.. ia ajar kita word2 omputeh..

Kalau tak dapat tengok video ni, klik link http://www.youtube.com/watch?v=LGHLvfw4bvg

Macam video atas ni berkaitan nombor 1-10..

video

Yang ni pulak signing MOM.. Alisha belajar word2 omputeh kat sini la... Saya belajar sama2 dengan Alisha.. sama2 buat signing tu.. Alisha pun lebih enjoy.. (",) Saya nak cerita lebih2 pun tak reti ni.. Tapi kalu u all nak tambahkan ilmu word2 omputeh dekat anak u all, bolehla try download SIGNING TIME..

Selain dari tu, Barney pun antara video yang best untuk anak2 kita... Barney ni dia macam belajar sambil main tau.. Cite Barney ni bagi saya idea untuk buat homeschool dekat Alisha... U all patut tengok sendiri video Barney ni, baru u all paham maksud saya... Alisha banyak belajar dari sini jugak.. Banyak dekat you tube tu video2 pembelajaran ni.. Kita kene pandai cari je.. Sementelah saya guna streamyx & pen drive pun 32gb, tu yang saya download berlambak2 tu.. hihii

Ohya, selain dari video pembelajaran, Saya jugak ada download cite kartun tapi tak banyak sangatla.. memandangkan Alisha pun lebih kusyuk duk tengok video pembelajaran.. Try la download u all, mesti anak u all tak bosan.. Macam Alisha ni haaa.. bukak dari pagi sampai malam.. hahahaa.. Seolah2 hidup Alisha study je memanjang... Tapi Alisha study sambil enjoy.. (^_^) Opsttt Alisha ada gak buat aktiviti lain tapinya, video pembelajaran tu tetap on tak leh tutup or tukar ke siaran tv, alisha tak bagi... Nasiblah ibu & abah dia ni bukan peminat TV

P/ s : Saya bukan salah eja tau.. memang SIGNING.. BUKAN SINGING.. hihii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha dah pandai mengira one to ten

Alhamdulillah.. Tak kisahlah walau anak orang lain sebelum umur 3 tahun dah pandai mengira.. Tapi Alisha umur 3 tahun baru pandai.. Tu pun saya nak kecohkan.. Saya tetap bangga dengan pencapaian Alisha.. Walaupun dia hanya duk umah, tapi dia mampu jugak pandai sebelum di hantar ke Tadika.. (",).. Adalah nampak bermakna sikit saya duk umah kan.. hihii

Yap, umur 3 tahun baru Alisha pandai mengira.. tu pun number one to ten.. number eleven & ke atas, tak reti pun lagi... Tapi bagi saya, Alisha dikira awal jugaklah pandai baca one to ten sebabnya.. kan Alisha umur 3 tahun ni baru nak lancar bercakap.. Kiranya macam seolah2 Alisha lancar je bercakap, terus automatik dia pandai mengira... Nampak tak kat sini apa yang saya cuba nak sampaikan dekat u all..??

Ajarlah anak kita tu dari kecik... Walaupun anak tu tak pandai cakap lagi pun takpa.. ajar je.. Jangan risau.. anak kita simpan kemas2 dalam otak apa yang kita ajar dia tu... Saya tak cakap kosong kan, sebab saya dah buktikan dengan Alisha.. Saya ajar dia dalam keadaan dia tak pandai cakap... Anak orang lain dah fasih cakap, dia duk bahasa German tak habis2... Tapi saya tak kisah.. Saya ajar je.. Tunjuk video apa yang patut.. ajar apa yang patut... Sebab saya tahu anak2 akan serap segalanya.. Macam Alisha sekarangla, automatik bila makin lancar berkata2, terus pandai mengira dari one to ten.. maksudnya dia memang simpan segala ilmu yang saya ajar selama ni.. Sampai saya rasa teruja... Terus telefon parent saya & parent saya pun excited dengar Alisha mengira dalam telefon... hihihii

Ohya, untuk pengetahuan u all, Alisha pandai mengira one to ten tau.. bukan satu hingga sepuluh.. hahhah.. Ibu dia ni duk ajar omputeh.. tu yang pandai one to ten.. kikikiii.. Lepas ni nak start ajar satu hingga sepuluh pulak.. Pelan2 kayuh.. Nak masuk tadika lambat lagi.. Banyak lagi masa untuk saya ajar... (^_^) Setakat ni, Alisha belum mengenal sepenuhnya lagi nombor2 tu semua.. Maksud saya, ada yang Alisha kenal, & ada yang Alisha tak kenal.. Tapi yang paling dia kenal, Number four... hihi

Walaupun camtu, kalau mengira sesuatu, dia pandai.. maksud saya camni.. contohlah.. emmm contoh jarilah senang yer... Alisha ambik tangan saya yang pada masa tu saya genggam @ tutup jari saya.. Bila Alisha nak mengira, dia akan bukak jari saya tu satu persatu sambil mengira one two three four five... (",)

video
Durasi : 31 saat

Video Alisha mengira one to ten.. Tapi untuk video ni dia tertinggal number six.. Sebelum saya rakam elok je mengira.. tapi takpala walau ada number missing.. malas dah nak rekod semula.. (",) Lagi satu, Alisha dah start main2.. tak nak kira betoi2 dah.. (",)

video
Durasi 01:07

Video ni, Alisha mengira jari saya.. One two three four five.. (",)

Moga anak2 saya dikurniakan hati yang terang untuk menerima segala pembelajaran... Moga anak saya jugak diterangkan hati dalam belajar mengaji & membaca... Saya tengah slow2 ajar Alisha mengenal huruf jawi (Al-Furqan) & membaca (Bacalah Anakku) ni..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Homeschoolig @ pembelajaran dari rumah...

 Selagi masalah pasal pembelajara Alisha ni tak settle.. selagi tu saya duk pening kepala... Pening kepala sebab saya yang mencipta alasan..!! Okay... geram dekat diri sendiri...


Tadi saya baca komen dari NUR... Komen NUR ni bagi suntikan semangat dekat saya.. Rasa tersuntik dengan ayat "Akak janganlah berhenti ajar awal... teruskan kak".. "teruskan ye kak.. jangan putus asa".. Kata2 NUR ni saya buat saya tersentuh.. seolah2 macam NUR merayu.. secara automatik terbayang wajah Alisha yang duk pujuk @ merayu saya ajar dia betul2... Alahaiiii


Lagi satu komen dari UmmiAbi... Komen ni tiba2 buat saya tersedar akan PUNCA SAYA JADI BOSAN @ MALAS... Saya kurang bagi pendedahan PEMBELAJARAN BERBENTUK "GAME".. Macam guna water colour ke.. doh ke.. Ini salah diri sendiri namanya!! Actually saya memang ada ajar alisha sebelum ni, tapi sekerat jalan.. mana tak nya, saya g cipta alasan..!! Ni lah padahnya... grrrrrrr...  Tak boleh jadi... Kene kuat semangat! Kene rajin... Please jangan tergoda dengan hasutan setan wahai zarina si ibu yang rajin lagi baik hati...!! Bangun2... Ini amanah Tuhan untuk kamu...!!

Selama ni, Alisha lebih banyak terdedah kepada pembelajaran berbentuk buku or video.. tak kiralah melayu ke, omputeh ke, jawi ke, mengaji ke.. tapi yang berbentuk "game" ni kurang sebab ibu dia ni ngelat....!! Iskkkk nak kene babap ibu Alisha ni... Ok, lepas ni saya akan HOMESCHOOLING @ PEMBELAJARAN DARI RUMAH untuk Alisha... Dah Alisha suka belajar, so, saya harus layan la kan.. kene pandai cari aktiviti best ni..

Saya nak tanya u all, u all tahu tak apa2 blog or website yang berkenaan or terselit pasal HOMESCHOOLING @ PEMBELAJARAN DARI RUMAH.. Selama ni saya duk jumpa yang omputeh punya.. Blog bahasa melayu yang saya perasan ada terselit pasal homeschooling ni,  BLOG MAMA ADAM & BLOG IBU ADAM @ AYUE.. Jika u all ada tahu mana2 link tentang homeschooling @ pembelajaran dari rumah ni, share dengan saya kat komen ek... Saya nak wujudkan HOMESCHOOLING jugak untuk Alisha.. Nanti boleh share dengan u all pasal HOMESCHOOLING ALISHA plak.. (^_^)  

Saya perlukan kata2 semangat or motivasi dari u all...

Semalam saya ada cerita dekat u all yang Alisha ni dia kalau sekali nak belajar, lebih dari setengah jam mengadap buku.. Tak nak berhenti.. tak sedar ibu dia ni dah malas.. Bila saya kata g suruh abah ajar, dia tak nak... nak jugak ibu kesayangan dia ni yang ajar... Bila saya dah mula malas & dah tergoda dengan hasutan setan, mulalah ajar acuh tak acuh..
Tak pernah sekali pun saya terpikir akan ada masalah ni.. sebab selama ni, saya duk pikir yang anak2 kecik bukan nak belajar sangat.. bagi dorang, 5 minit belajar pun dah lama... Tapi Alisha ni lain pulak.. Ingat ke malam2 bolehla bersenang lenang, upenya malam2 nak kene jadi cikgu... jadual tu, anak murid pulak buat sendiri... adehhhhh...
Macam semalam kan, saya dah malas ajar, boleh pulak dia menangis.. nak tak nak kene ajar.. Tapi duk ulang cakap suruh saya ajar betul2... Last2 saya bagi alasan nak masuk bilik bagi Aqilah tido, bukan Aqilah je tido, dengan saya2 sekali tido...
So, saya nak mintak u all tolong saya... Tolonglah bagi motivasi or kata2 semangat untuk saya jadi ibu yang rajin mengajar anak... Kesian pulak tengok Alisha tu...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Ibu, Ajar betul-betul

Setiap hari kene mengajar alisha, walau kadang2 saya malas tapi anak solehah ni pulak terlebih rajin.. so, nak tak nak, kene ajar jugak... Nak cite kat u all pasal malam tadi...

Time tu atas katil, saya mengajarlah Alisha tempek2 sticker.. Contoh dekat sebelah kanan ada gambar TELEFON, SO, SAYA SURUH ALISHA CARI STICKER GAMBAR TELEFON YANG SAMA JUGAK & TEMPEK DEKAT SEBELAH KIRI GAMBAR TELEFON TERSEBUT... Lepas ajar yang tu, saya ajar sambung2 gambar binatang pulak... Bila dah siap, saya ingat nak tutup bukulah kan.. dah malas nak ajar... yang tempek sticker tu dari huruf A ke huruf Z... Sekali boleh pulak Alisha ni suruh ajar lagi.. So, saya sambunglah mengajar sikit lagi... tapi saya ajar acuh tak acuh tau... Tiba2 Alisha cakap "Ibu, ajar betul-betul"... Ya Allah.. terkejut saya dengar anak saya cakap camtu... *Budak umur 3 tahun dah pandai tegur saya suruh ajar betul2... Tak sangka yang Alisha minat belajar sampai tahap tu.. Tapi saya buat derk je... saya ada cakap dekat Alisha sambung esok... tapi dia tak nak, saya cakaplah, kalau camtu, akak sambung je huruf2 tu... (alaa yang selalu dia buat tu la.. sambung garisan putus2 tu)... So, Alisha sambung la buat yang tu dalam terpaksa... *Aksi Alisha yang ni saya terakam tau.. kebetulan kamera ada dengan saya...

video

Durasi : 29 saat

Saya translate apa yang Alisha cakap.. "Suruh ajar betul-betul tak ajar betul betul betul.."... Lepas saya rakam video ni, saya keluar dari bilik tau... Tak sangka yang Alisha boleh jugak duk usung buku ikut saya... duk ulang cakap, ibu ajar betul-betul.. Ya Allah.. siannya anak saya... tambahkanlah tahap kerajinan mengajar dalam diri saya... Alisha kalau sekali dia nak belajar... bukan setakat 2 3 minit... 30 minit lebih tau... tu yang kadang2 saya pulak yang timbul rasa malas.. nak berhenti mengajar awal.. Kene dapatkan motivasi lebih lagi dalam bab ni nampaknya ni...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cara Aqilah berkenalan dengan buku

Kalau tadi si kakak yang berumur 3 tahun tu menulis dengan penuh bergaya manakala si adik ni pulak, duk sepah2kan buku.... Si kakak kalau ke rak buku, dia akan ambik buku untuk study tapi kalau si adik ke rak buku, dia akan sepah2kan buku tu..

Tapi takpalah... bagi saya ini antara proses untuk Aqilah membesar sebagai orang yang minat buku...  Time umur2 camni, anak2 kita ni, macam2 benda dorang nak explore... saya tak kisah walau rumah bersepah sebab di explore oleh anak2... Lagipun tu semua nanti boleh kemas.. Tak nak nanti kalau dihalang, perkembangan dorang terbantut pulak...


Walaupun nampak anak2 kita just belek2 buku or sepah2kan umah, sebenarnya secara tak langsung.. dorang dah belajar sesuatu... Memang dari Alisha kecik lagi saya biarkan Alisha sepah2kan buku.. Lagipun time ni dorang dah tak koyakkan buku... Macam alisha umur 8-10 bulan & Aqilah 7 bulan, dah pandai hargai buku...

Alhamdulillah... sedikit sebanyak saya nampak usaha or cara saya ni berhasil.. Nampaklah si Alisha tu dah sukakan buku.. & dah pandai menulis *walaupun hanya sekadar pandai menulis ikut garisan... tapi saya tak kisah.. okla dengan umur Alisha 3 tahun.. Nak hantar dorang g school, bagi teacher ajar, rasanya tak berapa nak mampu... Lagipun saya duk umah, apa guna kan jika tak ajar anak... Takpa, pelan2 kayuh... janji target saya nak bagi Alisha dah pandai menulis & membaca sebelum masuk tadika tercapai... InsyaAllah.. Aamiin...

CARA SAYA PUPUK ANAK MINAT BUKU
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Kerana buku, sanggup tak tidur

Semalam kami keluar pergi Tesco.. Alang2 tu terus saya singgah bahagian jual buku sebab nak cari buku untuk anak kawan saya.. Sekali si Alisha ni pulak yang hover excited nampak buku.."Bu.. bu.. yang tu bu.."... Kononnya nak bagitahu saya suruh beli buku untuk dia la tu... So, saya beli la 2 buah buku untuk dia menulis...


Masa dalam kereta dah nak tidur sangat dah tau u all... sekali bila my dear dah angkat dia masuk bilik, boleh pulak dia terjaga & cakap.."Ibu, buku mana?".. Saya cakaplah ada dekat luar... Terus dia berdezup bangun dari katil pergi cari buku dia tu dekat luar.... 


Dan2 waktu tu jugak cari pen nak tulis... Alahaii anak... walhal time tu dah lebih dari pukul 12 tengah malam pun... Ni kalau dah sekolah nanti tak tau la camne.. cikgu tak suruh buat lagi tapi dia dah buat dulu agaknya... hihii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Pembelajaran Alisha petang semalam

Peminat buku si Alisha ni, semalam dia duk lah nak buat latihan dekat buku aktiviti dia tu... Siap mandi, pakai baju, terus buat.. rajin sungguh gayanya.. hihii


Saya ajar dia buat yang PADANKAN HURUF YANG SAMA TU... Ajar satu muka surat je.. lepas tu mukasurat lain dia dah paham..


Untuk yang mukasurat ni, Alisha yang buat sendiri.. Tapi sambil dia buat tu, adalah jugak dia cakap.. "Ni, yang ni ke ibu?".. Merujuk kepada betoi ke tak huruf yang dia nak sambung tu... Dari 6 huruf, 1 yang dia tersilap sambung.. Huruf FA.. tapi lepas tu dia betulkan semula.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Mother Goose Club : Belajar sambil menari & menyanyi

Minggu lepas saya duk teman Alisha layan video pembelajaran dia.. Kali ni kami layan yang MOTHER GOOSE CLUB punya... Memang dari Alisha kecik lagi saya dah dedahkan dia dengan video pembelajaran.. semua ada yer.. termasuk video berkaitan agama... Tapi kali ni nak cerita dekat u all pasal MOTHER GOOSE CLUB... Video2 dia semuanya menghiburkan.. BELAJAR SAMBIL MENARI & MENYANYI... Gambar dia pun sangat2 cantik & terang... Budak2 memang sukalah gambar camni.. termasuk anak saya 2 orang ni...


Minggu lepas saya join Alisha layan video If You're happy and you know it.. Dengan saya2 sekali menari.. sampai berpeluh kami 2 beranak.. hahha.. Nampak tak peluh2 dekat dahi Alisha tu..

Inilah video yang saya & alisha layan malam tu...
Yang ni pulak video ABC... Ni pun favorite Alisha gak ni.. dia belajar ABC dari sini la... Sebab ibu dia ni "terlebih rajin".. tu yang pasang video je bagi Alisha tengok.. Tapi anak2 kan lagi cepat belajar kalau tengok video.. U all pun boleh g dekat YOU TUBE & search yang MOTHER GOOSE CLUB.. macam2 ada... yang penting, gambar dia sangat2 cantik..!!

P/s : Video MOTHER GOOSE CLUB, jumlah orang view dekat You Tube.. kebanyakannya juta2 tau u all.. siap puluh juta lagi tau...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Saya betoi2 terkejut dengan perkembangan Alisha...

Hari Jumaat baru ni, kami pergi beli buku dekat HASANI BOOKS.. Tengah ada offer... apa lagi.. terus la pergi merembat apa yang patut... tak sabar2 nak membeli punya pasal... duit pun takda, sanggup g korek tabung ATM tu haa... sekali memborong, habislah 3 angka jugak.. takpala.. pelaburan jangka panjang punya pasal.. (^_^) *Nanti saya share buku apa yang saya beli..


Salah satu buku yang saya beli adalah buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN... U all tahu tak, sampai je rumah, si alisha yang peminat buku ni.. sekali dia nampak ada satu plastik yang ada macam2 buku.. terus dia jadi excited.. Yang lain saya ambik simpan, hanya buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN ni je yang saya bagi dekat dia... 

Menulis tak nak guna pen or pensel sebab ibu beli maker baru untuk Alisha

Serius, saya sangat2 terkejut apabila ALISHA MAMPU MENULIS @ MENYAMBUNG TITIK2 HURUF2 DALAM BUKU LATIHAN DIA TU... SAMBIL SAMBUNG SAMBIL SEBUT ALIF BA TA... YA ALLAH YA TUHANKU.. TAK SANGKA ANAK SAYA DAH PANDAI.. CEPAT2 SAYA KISS & CAKAP ALISHA PANDAI..!!

Secara peribadinya, dah lama saya tak ajar Alisha menulis tau.. awai2 tahun dulu rajinla.. lepas tu malas... kalau Alisha suruh, baru saya ajar... *nasib alisha ni pun jenis peminat buku.. Kiranya last saya ajar Alisha, memang time tu Alisha masih belum reti sambung huruf2 tu sendiri pun.. Lepas tu, saya beli TAB pulak untuk Alisha.. dalam tab tu memang saya ada install macam2 game education la.. termasuk game education HURUF JAWI YANG JENIS SAMBUNG-SAMBUNG MACAM NI.. hari Jumaat baru ni baru saya kembali bagi buku latihan (buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN) yang jenis sambung2 ni dekat Alisha... Masa dekat kedai HASANI tu, saya terpikir balik rumah nanti, saya akan pegang tangan Alisha & ajar sambung2 macam sebelum ni jugak... Lebih2 lagi, ni baru saya nak perkenalkan huruf2 jawi dekat Alisha.. tapi rupa2nya, perkembangan anak saya lebih cepat dari apa yang saya pikirkan... 

Saya bangga dengan pencapaian Alisha di usia 3 tahun ni... Umur 2 tahun dah pandai free diapers.. umur 3 tahun dah pandai menulis @ sambung titik2... Tak kisahlah walau hakikatnya anak orang lain dah pandai semua ni ketika umur setahun or 2 tahun... Walaupun Alisha umur 3 tahun baru nak pandai.. saya tetap bangga dengan Alisha... Rasa terharu dengan alisha... Walaupun dia tak pergi school macam rakan2 sebaya dia... tapi, dengan bantuan ibu penyayang dia ni pun, dia boleh pandai walaupun ibu penyayang dia ni PEMALAS sebenarnya.. kikiii... (",)

USIA SETAHUN 2 BULAN BARU PANDAI PEGANG PEN DENGAN BETUL..
CARA SAYA PUPUK ALISHA SUKAKAN BUKU
PEMBELAJARAN ALISHA

ALHAMDULILLAH... DOA SAYA.. MOGA ANAK2 KITA SEMUA DITERANGKAN HATI UNTUK BELAJAR PERKARA2 BARU.. INSYAALLAH...

P/s : Jika u all berminat untuk dapatkan buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN macam yang alisha guna ni... jemput join MINI GIVEAWAY #17

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Kelebihan bila anak-anak ada tablet @ tab sendiri

Tiba2 rasa bagus pulak Alisha ni ada tab sendiri... Tiba2 pulak dah pandai cakap omputih.. hahah.. Semalam kan, lepas main dia kemas mainan dia tau.. Bila dah siap kemas, dia cakap "GOOD JOB" sambil angkat ibu jari.. Nak tunggu ibu puji lambat sangat.. muahhaha.. Selalu dia pandai sebut GOOD.. ni dah tambah lagi pengetahuan dia dengan perkataan GOOD JOB... Pandai pulak dia guna GOOD JOB tu di situasi yang betul.. Ni maknanya dia pahamla apa maksud GOOD JOB tu kan.. (",)

Tapikan ada jugak yang lawaknya... U ARE CLEVER Alisha boleh sebut U ARE KELEBER.. Adoiiii gelak besar saya dibuatnya...kikikiii... Ohya, untuk pengetahuan u all, Alisha belajar words ni dari GAME EDUCATION tau.. Alaa u all kalau nak, boleh je install dekat PLAY STORE tu pergi bahagian KATEGORI pastu pilihla KATEGORI EDUCATION.. Saya banyak install GAME EDUCATION ni untuk Alisha.. GAME PAO Alisha dah tak layan sangat dah sekarang ni... Selain dari tu, saya banyak letak VIDEO PEMBELAJARAN jugak untuk Alisha... 
 
Benda ada, kita harus guna sebaik yang mungkin.. kenalah "sumbat" pasal pembelajaran jugak kan.. Takdalah anak kita tu duk lalai main game je.. Sambil pegang tab sambil belajar kata orang.. (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Belajar menulis


Alisha dapat buku belajar menulis huruf kecik ni dari kawan adik saya.. Banyak lagi yang dia bagi, tapi lenkali baru up entry...


Saya sekarang memang fokus kepada pembelajaran MENULIS untuk Alisha... Bukan pe, cuma saya berpendapat, bila saya ajar dia menulis huruf or nombor, secara tak langsung, Alisha akan dapat 2 benda sekaligus.. iaitu MENULIS & MENGENAL HURUF OR NOMBOR... Bila Alisha dah mengenal, barulah senang untuk ajar dia membaca pulak...

Macam dalam gambar atas ni, mula2 nak tulis tu, saya yang pegang tangan Alisha untuk menulis.. tapi bila dah lebih dari 10 kali tulis, terus tangan Alisha pulak yang menggerakkan tangan saya untuk menulis huruf a... tu yang kalau u all perasan dalam gambar tu, ada a gemuk & ada a yang kurus... yang kurus tu, alisha la yang buat... hihii

Update :

Lupa nak tulis tadi.. sambil ajar Alisha menulis, sambil saya suruh dia sebut huruf or nombor tersebut..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...