Actually selama 2 minggu saya memendam perasaan risau dekat Alisha.. Kerisauan ini membuatkan saya tidur malam tak lena.. Setiap hari saya melakukan kerja seperti biasa tapi otak asyik berfikir pasal alisha je... huhh!
Semuanya pasal 2 minggu yang lepas pada 03/04/2011.. Najis alisha bertukar kepada warna hijau.. Kalau ikutkan apa yang saya baca & tanya kawan2.. sebenarnya takda apa yang risau sangat pun.. tapi nak buat macamana.. saya adalah ibu yang tak hilang dari perasaan sentiasa risaukan anaknya... Lebih2 lagi, Alisha ni masih lagi kecil, tak pandai nak bagitahu kalau dia tu sakit...
Ohya, punca najis baby berwarna hijau adalah mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, baby kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan atau ia adalah tanda bahawa bayi kita mempunyai kuman dalam perut.. Kalau u all nak tahu lebih lanjut pasal ni.. klik je sini yer..
Yang buat saya jadi sangat risau tu.. 2 minggu najis alisha jadi warna hijau.. anak kawan saya pun, seminggu je jadi macam ni.. ni alisha dah 2 minggu okay..!! serius, saya jadi tak senang duduk dibuatnya... Saya paksa alisha minum susu banyak2.. dalam otak saya cuma terfikir punca mesti pasal alisha tak dapat susu yang lemak, just cair je *alisha kurang menyusu*.. My dear pulak, cakap takda apa la.. selagi alisha aktif, tak menangis kira okay la tu.. *it's normal.. lelaki lebih cool, perempuan je gelabah terlebih ;p*
Tiba2 pulak pada 08/04/2011 dekat area mulut alisha jadi merah2 macam terluka, timbul pulak tu.. saya tak pasti pulak kene apa.. huhh! Entah macamana pulak, petang tu, tiba2 mulut alisha ternganga je.. air liur meleleh keluar je.. alisha ni pulak jadi macam tak reti nak tutup mulut pulak dah... saya tolak2 menganga jugak.. Ya Allah...risau pasai najis tak hilang lagi...
Dengan takdir Tuhan, pada 09/04/2011.. saya nak bagi alisha makan, tiba2 alisha jadi tak reti makan... yela, mulut dia menganga kan.. saya suap makanan tapi makanan tu mengalir keluar la sebab alisha jadi macam tak pandai telan... uwaaaaaaaaaaa rasa nak menangis je dibuatnya... saya tolak2 sikit mulut alisha, barulah dia dapat makan... tu pun sikit je.. dia pulak macam nak termuntah je... Serius, risau giler..!!
Malam tu bila my dear & alisha dah tidur, saya masih lagi belum tidur... sedih je rasa... saya tengok muka alisha yang tengah tidur tu.. saya cium dahi dia.. saya usap ubun2 @ rambut dia.. tiba2 airmata saya mengalir... time tu, saya berdoa kat Tuhan supaya dikurniakan kesihatan yang baik untuk alisha.. saya peluk alisha sampaila saya terlena..
Alhamdulillah.. syukur yang teramat sangat kepada Tuhan.. akhirnya semalam (10/04/2011) alisha berak, najis dia dah bertukar warna coklat biasa... yang surprise tu jugak.. mulut alisha pun dah boleh tutup.. merah2 kat area mulut alisha pun dah makin ok, makin kering... alisha dah pandai makan.. lagi banyak dari sebelum ni... Alhamdulillah...!!! ;-)
Sekarang saya dah tak risau lagi pasal hal ni.. hihii... Saya percaya pada keberkatan doa seorang ibu.. InsyaAllah, doa ibu pasti dimakbulkan.. Sekali lagi saya nak ingatkan, hargailah ibu kita..!!! Ibu2 takkan berhenti berdoa untuk kesejahteraan anaknya.. so, kita sebagai anak ni, sentiasa la jugak berdoa untuk ibu bapa kita.. kita perlu ingat, salah satu yang akan parent kita "bawa" nanti adalah doa dari kita semua.. doa anak2 yang soleh & solehah... InsyaAllah... :-)
by d way, i dah folo...follower ke 100, cantikkan no tu? folo me back?