"Game" terkini si Alisha

Sekarang ni Alisha tersangatlah aktif kat rumah.. habis satu rumah dia pergi buat "spotcheck".. yela tu... hihii

Alisha sekarang ni dah tak berapa berminat dengan mainan2 dia.. Pinggan mangkuk periuk belanga ibu dia ni jugak yang dia suka... Rak pinggan mangkuk dah jadi tempat wajib dia melawat setiap hari.. Nasib lah saya letak yang kaca2 bahagian atas & yang bawah bahagian plastik2.. Kalau tak, alamatnya, banyaklah pinggan mangkuk yang pecah..

Haa lagi satu, entah apa yang bestnya pun tak tahu lah saya.. si alisha ni, kalau nak ke dapur, dia bukan nak lalu ikut laluan sepatutnya tapi dia boleh pergi merangkak dekat bawah meja makan tu ha... bila dah sampai dekat hujung meja, saya angkat dia bawak pergi dekat ruang tamu.. dia merangkak balik bawah meja.. hahhaha Jalan senang ada tapi nak jugak masuk bawah meja.. adoiiihhh...

Yang saya ni pulak risau takut kepala dia terhantuk.. macam baru2 ni.. tengah2 dia merangkak bawah meja tu, boleh dia berhenti pastu nak duduk.. apalagi terhantuk la.. pastu nangis.. tapi tak serik.. buat lagi.. hahah

Yang syok tu, bila kita tengok dia merangkak bawah meja, boleh pulak dia senyum2 dekat kita konon nak bagitahu dia terror la tu.. muhahahhah bila dah nak sampai hujung meja, boleh pulak dia menyembur mulut dia tu... hahhahhah.. kamu ni comel sungguh lah alisha..!! hehheh

Tak kisahla alisha, mainlah apa yang kamu nak main.. selagi kamu tak merasa selagi kamu tak belajar kamu tak akan tahu.. terokailah apa yang kamu mahu yer sayang... ;-)


6 comments.. read them below or add one

Be Simple Beb(BSB) - threeQ Be Simple Beb(BSB) - threeQ April 27, 2011
as salam,ok ler tue alisha nak tolong ibu masak kan?
rafina mimi abdullah rafina mimi abdullah April 27, 2011
main apa tu alisha?hehe..mcm masuk dlm terowong je.. :)
suhaina laui. suhaina laui. April 27, 2011
alisha wat spot check nt nk report kay ayh die la tu ;)....
.:Yana:. .:Yana:. April 28, 2011
salam kenal..
alisha suke adventure..
tu yg lalu bawah meja tu...heehehe..
Cute MuM Cute MuM April 28, 2011
huhu.. alisha nie pon sama dengan alisha cute mum.. suka sangat masuk bawah meja.. sekarang lagi bertambah lasak.. semua laci dia buka pastue buang-buang..
Unknown Unknown November 20, 2011
hahaha..baru la advnture kan alisha..merangkak bwah meja