Yap, suri rumah pun tahu penat okay.. Seriusla, kadang2 memang penat jadi suri rumah ni.. Yela, time rest adalah time tidur.. selain dari tu, ada je kerja yang kita nak buat..
Bangun tidur pagi2, siapkan sarapan untuk suami.. bila suami dah pergi kerja bermula la kerja2 rumah kita yang lain.. Basuh baju la, kemas rumah la, masak la, jaga anak la.. Haa kalau ada anak kecik tu, lagi la banyak dugaan nya.. Nak buat semua kerja bukan boleh cepat2, ada je gangguan.. Kejap2.. "Alisha, jangan tarik alas meja".. "Alisha jangan main dekat dapur".. "Alisha, jangan panjat".. "Alisha, jangan masuk benda dalam mulut sesuka hati".. macam2 lagi lah...
Bila anak dah tidur.. lega la sikit.. tapi tengah2 buat kerja, anak menangis pulak.. anak buang air besar pulak.. terberhenti lagi.. melayan anak sekejap.. Time nak bagi anak makan, pun bukan senang.. dah pandai bergerak ni, jawabnya bukan setempat kita bagi makan.. kita ni haa yang nak kene follow dia... hihii
Tengahari masak, husband balik makan.. petang pun masak... malam, kalau dapat request dari suami, pun masak jugak.. Konon la nak tengok TV nak rehat.. takda maknanya.. time tengok tv tu la, kita nak lipat baju pulak.. konon pulak kata time guna komputer nak rehat.. pun takda maknanya.. time tu nak guna komputer, time tu nak kene tengok2 anak jugak.. that y saya cakap, waktu tidur baru suri rumah dapat berehat... itu pun tak dapat berehat sepenuhnya.. tengah2 mimpi best, anak pulak menangis nak susu.. bangun bagi susu pulak.. time tidur pun ada gangguan daa... hihii
Sebenar jadi suri rumah ni, banyak guna tenaga fizikal kita ni haa.. that y la suri rumah ni mampu untuk kurus tanpa perlu guna apa2 produk..
Apa2 pun, saya sangat bersyukur kerana dapat merasai pengalaman ni... bukan senang tau, nak buat kerja rumah & nak jaga anak yang sedang membesar.. hanya mereka yang bergelar suri rumah je akan faham.. ;-)
Thanks jugak to my dear sebab faham keadaan saya & sebab tolong saya luangkan sedikit masa untuk bermain dengan Alisha.. ;-)