Hari ni saya banyak join GA & Contest je.. Bukan pe, masih lagi penat lepas balik dari kampung.. hihii.. Penat nak dapatkan idea untuk tulis kat blog ni.. muahahah
Sekadar coretan ringkas je la yer... Emmm baru2 ni semasa di kampung saya buka facebook pa&ma, adala seorang membe tu dia sembang pasal Kumpulan Ibu2 Menyusu (KIM) & Secret Club For Mommies! (SCFM).. Saya pun apa lagi, cepat2 la tanya dia macamana nak join... Dia suruh saya add dia & then dia akan add saya join..
Yang saya nak cerita kan dekat u all ni.. memang KIM & SCFM adalah the best..!! Kita boleh tanya siapa2 sahaja dekat situ.. ada masalah terus je post kat situ.. sekejap je ibu2 kat sana terus hantar komen...
KIM untuk ibu2.. & SCFM pulak untuk mereka yang sedang mengandung.. saya join 2 2 sebab saya memang suka sangat benda2 yang berbentuk keibubapaan ni.. hehhe.. Ohya, hanya perempuan je boleh join.. lelaki tak boleh..hihii Lagi satu, siapa2 yang rasa nak buat dajal dalam group tu pun tak boleh, kiranya macam mereka nak yang betul2 serasi & nak tambah ilmu je la.. bukan yang nak buat pasal.. baru boleh join... ;-)
Bagi saya, memang tak rugi la join.. sebab memang terlalu banyak info boleh kita dapat...