Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Apa petua halau LIPAS dari dalam kereta yer?

Alahaiiiii u all.. tahu tak dalam kereta my dear tu ada lipas... boleh pulak dia duk berkampung dalam kereta my dear tu... tak tahu ke yang saya ni geli.. saya ni memang jenis penakut sikit benda2 camni... boleh naik bulu roma dibuatnya... nak dijadikan cerita malam tadi, saya makan NUGGETS MILO, bila kami nak keluar makan dekat kedai, saya tinggal je nuggets milo tu terdedah dalam kereta... Bila kami dah masuk balik dalam kereta, tiba2 saya terpandang sekor lipas terkedek2 berlari.. lepas tu nampak sekor lagi, lepas tu nampak plak lagi sekor.. mak aiii punya banyak, saya terpikir gak dari mana lipas ni datang, saya angkat plastik nuggets milo, sekali keluar lagi sekor lipas dari plastik nuggets milo tu... hambikkkk dia dah duduk bermaharajalela dalam plastik nuggets milo saya tu... takda maknanya saya nak makan semula.. terus buang la jawabnya..

Itu kejadian semalam, ni cerita bulan lepas... tengah2 Alisha duduk dekat seat belakang kereta, boleh pulak tiba2 keluar lipas dari bawah kusyen.. melompat Alisha tengok lipas tu... Alahai lipas, banyak rezeki kamu dalam kereta my dear tu yer... makan sisa makanan kami yang terjatuh... tapi masalahnya wahai si lipas yang baik hati, kami ni penggeli orangnya... boleh tak kamu pindah rumah.. carilah rumah lain yang lebih selamat.. sebab saya sedang berusaha untuk cari petua halau kamu ni... apa kata kamu keluar sendiri sebelum dihalau... yang itu lagi afdal... (^_^)

So, u all ada tak apa2 petua nak halau lipas dari dalam kereta ni yer?... Sebelum ni orang kata letak daun pandan, saya dah try tapi tak menjadi.. so, nak buat apa pulak ni?... Share la petua dengan saya.. saya dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH (",)

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cara atasi anak gagap

Saya perasankan lebih kurang bulan 12 tahun lepas or bulan 1 tahun ni, tiba2 anak solehah saya si Alisha tu jadi cakap macam gagap sikit tau... Contoh macam nak sebut Ibu, dia sebut "Iiii iii iii Ibu.. bla bla bla..".. Serius, saya memang jadi susah hati.. Ibu mana tak susah hati tengok benda2 camni kat anak kan.. Risau plak, kang sampai besar... Alisha ni akan makin menjadi2 gagapnya bila dia nak cerita sesuatu dengan cepat.. Spesis ikut ibu dia ni, jenis cakap laju... Tapi tu sebelum ni la u all.. Alhamdulillah sekarang Alisha dah cakap ok, takda gagap dah... nasib gak sekejap je gagapnya datang.. Uishhh sekejap pun, cukup buat ibu dia risau tau... So, saya nak share kat sini cara saya buat dekat Alisha supaya cakap elok, takda gagap2 dah..

Saya selalu marah Alisha bila dengar dia mula nak gagap... Tapi takdalah saya marah sampai menjerit tu tau.. Volume suara saya tetap sama cuma nada suara tu tegas... Contoh ayat yang saya cakap "Alisha..!! Cakap elok2!! Jangan duk cakap iiii iii iii ibu".. Saya akan tegur Alisha setiap kali dia nak jadi cakap gagap... Sampai satu tahap, saya tak perlu keluarkan suara..cukup sekadar saya bulatkan bijik mata je... hahha... Bila saya selalu tegur dia pasal dia cakap gagap tu, so, secara tak langsung dia ingat tau u all... Bila dia ingat, secara automatikla dia betulkan cara dia cakap... kira macam dia baru nak cakap gagap, tapi tiba2 dia teringat ibu dia marah, terus dia betulkan percakapan dia.. Camtu je saya buat u all.. Just tegur bila dia dah mula nak gagap.. Lama2 dia ok sendiri.. 

Btw, saya ada gak google pasal ni.. katanya budak2 besar Alisha ni normal kalau gagap sebab ianya sekejap je.. nanti akan hilang... Tapi saya sebagai ibu, takkan nak tunggu hilang sendiri camtu kan.. entah berapa lama baru hilang... kalau makan tahun naya jawabnya... tu yang saya guna cara saya sendiri dengan tegur Alisha.. nasiblah sebulan dua je jadi gagap tu.. Ohya, saya ada baca kita boleh control gagap ni dengan cakap slow.. takyah laju2 sangat.. kira macam bila rasa nak gagap tu, kita tarik nafas & hembus & baru cakap.. Tapi tips ni saya baca untuk orang dewasa.. tips untuk budak2 cam Alisha ni takda plak jumpa.. lagipun, Alisha ni saya suruh tarik nafas, dia boleh gelak2 plak tengok saya ajar dia buat camtu... ahhahha.. Tapi tak kisahla, sebab cara yang saya buat dengan tegur Alisha tu berkesan.. Sekarang ni, Alhamdulillah dah takda gagap... 

Nak update gak pasal Alisha sikit... Alisha ni sekarang dah kurang bahasa German.. Eh, actually kalau sembang2 dengan kita, memang takda keluar pun bahasa German.. Bahasa German tu hanya terkeluar bila dia sembang sorang2 or dia sengaja nak ajuk cakap Aqilah... Bila dah petah cakap ni, bukan main banyak cakapnya u all... Maklumlah, dah nak jadi kaklong kepada 2 orang adik la katakan.. (",).. Haa saya ada gak update pasal dialog2 Alisha ni dekat FB saya kadang2.. So, kalau u all nak tahu gak perkembangan2 Alisha ni selain dari blog, boleh add FB saya yer.. (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Apa petua or tips tak nak bagi anak2 bergaduh?

Anak2 @ adik beradik, tak dapat lari dari bergaduhkan.. Anak2 u all bergaduh tak?.. Kenapa adik beradik time kecik2 suka bergaduh yer..? Masa saya kecik2 dulu, selalu dengar mak saya & kawan2 dia bersembang yang anak2 mereka suka gaduh.. Bukanlah bergaduh beria tu, sekadar bergaduh budak2... time baik, bukan main lagi.. time bergaduh tak tahu nak cakap... Bukan setakat orang lain, saya sendiri pun sama, masa kecik selalu bergaduh dengan adik, dengan baling barangnya, dengan tarik rambutnya... Alahaiiii bila ingat balik, kesian dekat kami adik beradik, boleh bergaduh camgitu plak... Tapi tu semua masa kecik.. dah besar, pikiran semakin matang, takda nak gaduh2 dah.. manja2 adala.. hihii... Sebelum adik saya kemalangan dulu, kalau dia ada apa2 masalah, dia telefonla saya bercerita.. mintak tolong & macam2...


Itu cerita saya dulu, ni cerita anak solehah saya yang baik budi pekerti si Alisha & Aqilah... Mereka berdua dah pandai bergaduh u all... Si kakak kalau bergaduh, ditolaknya si adik, si adik plak kalau bergaduh, hebat sikit cara dia.. dia tarik rambut si kakak, mentang2 rambut kakak tu panjang.. Tapi baru2 ni berlaku lagi kebaboommmmm, Aqilah gigit muka Alisha... amboi..!! Kene jentik mulut Aqilah tu dengan saya.. haa menagis lepas tu.. elok sangat gigit tu...

Si kakak memang dah terkenal dengan manjanya... menangis la apa lagi... saya terkejut tengok Aqilah gigit, first time tu u all... Ohya, selepas dari kejadian tu kan, ada jugak lagi sekali Aqilah nak gigit kakak dia tapi kakak geram, nak gigit adik dia jugak.. ahhah.. Nasib baik saya ada... adehhhh... Time bergaduh camnilah u all, time baik, baik sungguh2.. peluk cium bagai.. orang nak ambik adik dia pun tak boleh... Alamakkk lupa nak tulis, Alisha & Aqilah ni, kalau lepas mereka bergaduh, saya akan suruh mereka mintak maaf tau... Cara mereka mintak maaf, Salam & kiss pipi... Ololooo time ni mulalah rasa suwit jeee.. haha

Kawan2 ada tak cara tak nak bagi anak2 bergaduh?
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Khasiat timun batang

Anak solehah saya si Alisha tu, pantang jumpa timun.. cukup suka dia dengan timun.. Sampai abah dia beli timun la untuk dia.. padahal my dear tu bukan nak beli timun selama ni


Tengokla abahnya beli timun camana tu u all.. tua sikit... Tak biasa beli la katakan.. hihii.. Tapi lepas tu my dear beli yang lain plak.. Untuk anak sanggup saja kan.. (",)


Ololoooo gambar ni tiba2 plak nampak Alisha ni ayu & sopan je gayanya... Kakak yang semakin "ladies".. 


Alahaiiii comelnya kamu ni Aqilah oiiii.. hihii... Aqilah ni, apa orang makan, semua dia makan.. takda nak memilih.. Eh, actually kami 4 beranak memang jenis semua makan.. takda memilih.. Anak2 saya pun tak leh ajar memilih makan, susah nak berjalan & susah jugak kalau g umah orang nanti...

Ohya, actually timun batang ni ada banyak khasiat dia tau.. Saya ada google2 pasal timun batang ni.. tapi tu la, saya just ambik khasiat dia.. Link entry tu plak lupa nak ambik... Antara khasiatnya

  • Kalau kita amalkan makan timun setiap hari, ia dapat MENGELAKKAN SEMBELIT
  • JUS TIMUN sangat baik untuk u all yang ada GASTRIK.. Jus timun ni sangat2 sedap..!! Saya suka minum.. Alaaa nak buat bukan susah pun.. meh nak bagi resepi, timun yang dibuang kulit + susu + air = blend.. Siap!!.. Boleh gantikan dengan gula jugak... Lagi satu, nak tapis or tak nak tapis pun boleh selepas blend tu.. Ikut tekak u all la boleh telan or tak "hampas" tu.... tapi saya tak tapis sebab saya suka.. hihii
  • Kalau u all CAMPURKAN JUS TIMUN + PERAHAN LOBAK MERAH + DAUN SADERI, ia dapat membantu u all masalah ARTRITIS, GOUT & REUMATIK

  • Timun jugak membantu MENURUNKAN BERAT BADAN dengan cara MAKAN TIMUN MENTAH or yang dah DIMASAK selain dari u all minum jus timun setiap hari
  • Timun jugak mampu mengatasi masalah penyakit DISENTRI @ KELUAR DARAH SEMASA MEMBUANG AIR BESAR
  • PERAHAN TIMUN + JUS LOBAK + SALAH dapat mengubati masalah KUDIS
  • Kalau u all ada masalah JERAWAT, u all PARUTKAN TIMUN & campurkan KUNING TELUR = kacau sebati..  Lepas tu u all sapulah di muka lebih kurang 20 minit, u all bilas la... U all amalkan smeinggu sekali.. InsyaAllah cepat kering..
  • Lagi satu, kalau u all SAKIT TEKAK OR HILANG SUARA, u all ambik BIJI TIMUN + SEDIKIT GARAM = U all BERKUMUR beberapa kali sehari

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cara atasi pelat huruf R

Nak cite kat u all ni... Tau tak, pada zaman tok kaduk saya pernah ada masalah pelat huruf R... Serius malu yang amat..!! Lebih2 lagi bila ada kawan yang saja je suruh kita sebut sesuatu perkataan yang ada huruf R.. sampai satu tahap saya pernah terpikir, camnelah nanti kalau saya dah belajar dekat IPTA pastu lecturer suruh berdiri sorang2 kenalkan nama... mesti suara kene kuat kan... dahla nama saya ada huruf R.. NOORZARINA BINTI AHMAR TAZARI... huwaaa rasa macam tak dapat terima hakikat plak.. lebih2 lagi kot2 masa kat IPTA tu ada orang nak ngorat saya ke kan... pastu tanya nama saya.. muahahhahhah.. punya hebat tak hebatnya perasaan takut @ malu saya tu.. (^_^)

Ketika saya masih lagi pelat huruf R, bila sampai je dekat yang ada huruf R, confirm suara saya jadi slow.. sebagai contoh nama abah saya.. bila sebut AHMAD, kuat je suara saya, tapi bila sampai part TAZARI.. terus jadi slow... bila orang tak dengar, mulalah disuruh ulang lagi sekali.. malu..!! 

Tapi satu hari tu kan, ustaz saya ada gtau... saya tak pasti time tu umur berapa.. tapi yang pasti saya lakukannya masa saya sekolah menengah maybe tingkatan 3 *sorry jika silap sebab saya dah lupa... ustaz saya cakap kalau nak sebut huruf RO dengan betoi, selam muka dalam air sambil sebut ro ro ro banyak kali... saya memang betoi2 lakukannya... saya selam muka saya dalam besin yang ada air.. tapi saya takda selam lama2.. kejap2 je.. time mandi saya buatla.. dengan takdir Tuhan, akhirnya saya berjaya sebut huruf RO & R dengan betoi... siap "ketar2" lidah lagi.. hihii.. Malah saya boleh sebut Rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lebih lama dari kawan saya yang memang dah pandai sebut huruf R.... Kalau u all or rakan2 u all yang ada masalah sebutan huruf R, bolehla gtau dorang pasal ni.. (",) 

P/s : Saya tak pasti berapa lama baru ianya berjaya.. tapi rasanya tak lama kot.. kejap je.. sebab dalam tahun yang sama gak saya menjadi sebut huruf R...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Jangan minum ais kalau tak nak perut buncit..


Komen dari NINA RICCI (cantik je nick macam tuannya..).. Dia pun setuju dengan entry saya yang sebelum ni.. yang pasal TIPS UNTUK ELAK PERUT BUNCIT tu... Kalau u all tak nak orang tegur or tanya u all "dah berapa bulan mengandung?" yang pada hakikatnya u all tak mengandung pun.. U all ingat pesan saya ni.. JANGAN MINUM AIS...!!

Tapi kalau sekali sekala tu.. no hal la.. maksud saya, jangan jadikan AIS SEBAGAI MINUMAN WAJIB... Kalau tak minum langsung, lagi bagusla kan.. (",) Nak dapatkan kata2 motivasi or semangat untuk u all terus berhenti minum ais?? BACA ENTRY SAYA YANG NI...

P/s : Untuk berjaya JANGAN MENCIPTA ALASAN

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Petua or tips tak nak bagi mengandung

Jangan salah paham yer.. Petua or tips ni HANYA UNTUK MEREKA2 YANG SEDANG MERANCANG MENJARAKKAN KELAHIRAN ANAK MACAM SAYA NI SAHAJA YER.. (^_^) Pada u all yang nak cepat mengandung, BACA SINI..

Petua or tips ni, arwah opah saya yang bagitahu.. Katanya, lepas bersama, kita terus bangun masuk tandas & keluarkan "peluru" yang telah terkena sasaran tu yer.. Caranya camni.. Kita masuk tandas & duduk mencangkung lepas tu kedua belah tangan kita tekan2 @ tolak2 bahagian ari2 tu kebawah.. U all buatlah sampai u all rasa dah habis terkeluar... (",)

Eh, tapi bagi kita yang merancang, kita mesti tak nak "peluru" tu terlepas ke sasarankan.. tapi kalau terlepas jugak.. inilah caranya tau.. (^_^).. Saya ni merancang takdalah sampai 4 5 tahun baru nak pregnant lagi.. yela, saya kan nak anak ramai.. muahhaha.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Tips untuk anak-anak yang demam

Saya ada dekat Parit Buntar ni.. umah MIL.. Semalam kami balik sini.. tu yang malas nak update blog tu... Ni pun update sebab saya tertarik dengan komen dari JIJAH dekat entry yang Aqilah demam tu.. 

Saya sangat2 tertarik dengan komen jijah ni.. Yap, kalau anak2 u all demam panas.. KERAPLAH MANDIKAN DORANG... Lagi satu, kalau u all terjaga dari tidur, tiba2 rasa badan anak tu panas.. tak kiralah pukul 1 pagi ke 2 pagi ke 3 pagi ke.. BAWAK ANAK PERGI MANDI..!! Turunkan suhu anak kita tu...
 
Secara peribadinya, ada je mereka2 yang disekeliling saya ni yang taknak bagi anak mandi time2 macam tu walaupun suhu badan anak dah tinggi.. dengan alasan tak elok mandi time tu.. nanti paru2 berair... Terpulangla.. sebab saya dah bagitahu, tapi dorang taknak ikut.. lepas tu melarat sampai masuk wad.. kesian dekat anak.. dah kene cucuk sana sini.. makan ubat itu ini..
 
Terus terang cakap, kalau disiang hari, anak saya demam,saya bagi dorang MANDI AIR AIS tau.. Hati saya jenis kering.. Anak menangis saya biarkan je.. Dari saya duk risau dia demam lama2 lebih baik dengar dia menangis akibat kesejukan... Terpulang dekat parent.. samada nak bagi anak mandi awai2 pagi or tak.. lagipun kadang2 orang2 tua ada banyak alasan.. so, maybe ibu2 muda ni "tersepit" dengan alasan orang tua masing2kan... kalau yang jenis "tegas" tu maybe akan tetap lakukannya.. Ohya, Aqilah baru ni demam 2 hari je.. Eh, sehari setengah je la kot.. sebab malam tu Aqilah dah baik dari demam.. (",).. Yang pentng kalau anak demam, kerapkan mandi.. takdalah terlalu bergantung dengan ubatkan...
 
P/s : Pakaikan anak pampers je lagi bagus.. takyah bagi pakai baju tebal2 or berselimut bagai dengan alasan nak bagi anak berpeluh.. INGAT.. DEMAM ANAS BAHAYA UNTUK ANAK2 YER.. MACAM2 BOLEH JADI..

Saya perlukan bantuan u all...

Saya nak mintak tolong u all bagi cadangan dekat saya.. Camni citenya... Pukul 1 lebih pagi tadi, sepupu saya yang nak kawen minggu depan, anto mesej dekat saya tanya ADA TAK APA2 PETUA OR CARA NAK BAGI HILANG GASTRIK & DARAH RENDAH...

Sepupu saya tu cakap, dia dah masuk air 3 botol, dah kene suntik 2 jarum, test air kencing & ambik darah & cek hb setiap setengah jam.. dia muntah la, cirit birit la.. nak cakap telefon pun tak boleh, dia jadi pening...

Kesian pulak saya baca mesej dia tu.. Yela, minggu depan dah nak kawen.. Kami nak balik Terengganu pasal kenduri kawen sepupu saya ni la... Dia kuat sangat kerja la ni.. Duk urus bisnes ayah dia la.. duk urus persiapan kawen la.. ke hulu ke hilir dia duk beli barang kawen... dia yang urus semuanya.. kene gastrik tu, mesti sebab dia skip makan agaknya...

So, u all ada tak nak bagi cadangan apa2 dekat sepupu saya ni.. risau saya, lagi seminggu nak kawen.. takut makin melarat... Apa2 pun, saya dahulukan ucapan terima kasih dekat u all..

Bila bulu mata akan lentik


Saya nak cite kat u all atas dasar pengalaman anak saya ni tau... Orang lain saya tak tau la camne... Untuk pengetahuan u all, bulu mata Alisha ni, bukan lahir2 je terus lentik tau.. Masa lahir tu, bulu mata Alisha just panjang je.. sama macam bulu mata Aqilah.. Saya plak memang nak anak berbulu mata lentik... beria saya duk tanya mak saya, bulu mata saya ni, adakah lahir2 je terus lentik.. tapi mak saya kata dah lupa.. Macam tak puas hati je jawapan mak saya tu... Tambah2 lagi plak, anak2 sepupu saya, bulu mata dorang dah melentik.. lagilah buat i jeles u... kikikiii

Satu hari, saya tanya wife sepupu saya tu, anak dia lahir2 terus lentik ke bulu mata.. katanya tak.. lahir tu just panjang je.. Haaa tu diaaa.. time tu terus terpikir ada harapan lagi alisha nak bulu mata lentik ni... ahhahahahha... Sampai ke saya buat cara camni untuk lentikkan bulu mata alisha... Lama2 barulah bulu mata Alisha melentik macam sekarang... Ohya, lupa nak gtau yang bulu mata Alisha start nak jadi lentik ketika dia berusia 5 or 6 bulan... Mula2 jadi macam bulu mata Aqilah yang saya tunjuk dekat entry yang INI... lepas tu baru jadi macam sekarang... Thats y saya duk berangan moga2 bulu mata Aqilah pun lentik cam Alisha gak nanti.. (^_^)

Tapikan u all, saya rasa, kalau saya tak "kerjakan" bulu mata Alisha pun.. mesti bulu mata Alisha akan lentik jugak.. Yela, dah genetik family macam gitu... Ianya bergantung pada genetik kita jugak kan... Tapi untuk u all jika takda genetik camni pun, kalau u all nak try cara melentikkan bulu mata versi saya ni, apa salahnya kan.. mana nak tau kot2 menjadi... (",) Nanti tak payahlah guna maskara or bulu mata palsu... hihii

Opssttt nak cite kat u all, bulu mata saya ni, takdala lentik cantik sangat pun.. ia nampak berterabur sikit.. kira takleh la lawan bulu mata Alisha.. Nak dijadikan cite, time saya bertunang dulu, tukang mekap tu taknak pakaikan bulu mata palsu kat saya, alasan dah lentik... O'olooo.. saya punya berangan nak pakai sebab nak merasa.... Last2 time kenduri kawen baru pakai bulu mata palsu.. time nikah pun tak pakai jugak... Jadilah, dapat gak merasa pakai bulu mata palsu sekali... tapi lepas ni, taknak pakai dah sebab  langsung tak best pakai bulu mata palsu ni sebenarnya.. bagi diri saya lah..  (^_^)

Segmen Promote Blog : Resepi Ikan Masak Asam Pedas Tempoyak By JAAKECHIK


Assalamualaikum buat semua pembaca Blog IntaNberliaN 


klik gambar untuk ke blog penulis : WWW.JAAKECHIK.COM


Hari ini penulis (jaakechik) dipilih untuk menulis apa sahaja di blog IntaNBerliaN. Kak Ina minta jaa tulis mengenai blog jaa benornya a.k.a promote. namun jaa segan pulak nak citer apa kelebihan blog sendiri… hewhewhew… makanya sebagai tanda terima kasih jaa buat Kak Ina, jaa nak berkongsi resepi semudah ABC dengan semua pembaca blog Kak Ina hari ni. jom amik pen. pakat-pakat salin resepi ni meh.


Resepi Ikan Masak Asam Pedas Tempoyak

Resepi Asal :  Jaakechik Corner

BAHAN-BAHAN  (untuk 1/2kg ikan)
3 Bawang Puteh                       5 sudu Tempoyak
10 Bawang Merah                   1 Bunga Kantan
1 inci Lengkuas                        gula/garam/ajino
1 inci Kunyit                            Daun Kesum
10 biji Cili Padi                        Air asam jawa
1 inci Belacan                          4 Asam Keping


CARA NAK MASAK :-

Blender sume bahan-bahan kat atas tu dengan segelas air (kecuali asam keping, bunga kantan dan daun kesum), kemudian masukkan ke dalam periuk bersama ikan dan 3-4 gelas lagi air. Lepas tu bubuh asam keping, bunga kantan dan daun kesum, pastu baru mula buka api. Sambil itu, bubuh garam, gula dan ajino. biarkan menggelegak sekejap. bila ikan dah masak. imbangkan rasa masam, masin dan pedasnya. kemudian boleh ler tutup api dan hidangkan bersama nasi puteh. Mudahkan? selamat mencuba! 


Tips hilangkan hanyir ikan :

Rendam ikan korang didalam air bersama campuran cuka makan dan ramas ikan perlahan-lahan. korang boleh juga guna air asam jawa/air basuhan beras/air asam limau, tapi apa jua caranya jaa lebih suka guna cuka! Kesannya lebih cepat!

Tips pekatkan kuah asam pedas : 

Incase kalau kuah korang tu cair masa kat atas dapur, boleh ler cuba tips ini ya. korang blender jer 1-2 labu bawang besar dan buh dalam kuah asam pedas korang tu. ingat, blender bawang tau bukan labu, sape buh labu aku ketuk kepala nanti…kekekeke…. 

untuk resepi-resepi lain anda boleh klik link dibawah ini :

p/s : jemput singgah ke blog penulis di WWW.JAAKECHIK.COM

Berat badan saya yang terkini

Kak Nora tanya saya berat saya dah surut ke or maintain 50kg.. Untuk pengetahuan u all & kak nora, berat badan saya maintain 50kg... Harap2 janganlah surut... Tak nak sentuh dah angka 4... tak nak dah jadi macam bini popeye.. (^_^)..

Saya pun hairan jugak... macamana boleh duk berat 50kg tu je... takda plak dia nak naik 51 kg ke or turun jadi 49 kg ke... Bayanglah, selepas saya bersalinkan Aqilah 18 hari, berat saya duk maintain dengan 50kg je... Alamakkk terlupa, hari yang ke 52 lepas bersalinkan Aqilah, berat saya jadi 52kg.. tapi lepas tu, turun semula jadi 50kg sampailah sekarang... 

Pada yang bertanya saya, apa tips untuk tambah berat badan tu, saya pun tak tahu.. tapi yang saya tahu, saya memang kuat makan & kuat jugak bagi Aqilah menyusu.. Apa2 pun, saya harap, berat saya biarlah maintain dengan minimum 50kg & maksimum 53kg... (^_^) Pada u all yang sama macam saya, yang jenis susah nak naik berat badan tu, makan je lah banyak2 yer.. hihi

Tapi saya tahu, mesti u all akan cakap "dah makan banyak tapi tak naik jugak"... Saya tahu, sebab saya dulu pun kata gitu gak.. memang susah nak dapat berat idaman kan.. tapi tu la, macam saya ni, lepas bersalinkan Aqilah ni, baru nampak perubahan dekat diri saya... berkat bersalinkan Aqilah kot.. hahah... Ntahla.. apa2 pun, kurus ke berisi ke.. janji kita sihat.. & kalau boleh, jagalah berat badan kita yer... tapi terpulang dekat penerimaan hubby masing2 jugakkan.. (",) Macam saya, my dear dah gtau awal2, dia tak suka isteri dia gemuk & isteri dia pun memang tak suka kalau gemuk.. just nice.. (^_^)


Perubahan selepas seminggu guna pure marine collagen (PMC), Minyak zaitun & vitamin C

Memandangkan Azi suruh cerita secara detail selepas baca entry sebelum ni, so, saya up kan entry ni.. (",) Terus terang bila umur 30 tahun ni baru saya rasa nak buat sungguh2.. bukan pe, nak bagi suami tengok tak berkelip2.. hahaa.. Orang kata, lelaki makin tua, jiwa makin muda.. so, saya pun haruslah, "me'muda'kan" diri... muahahaaa.. Sebelum saya cerita dekat u all apa perubahan yang saya rasa selepas seminggu guna PURE MARINE COLLAGE (PMC), MINYAK ZAITUN & VITAMIN C.. Saya nak cerita motif saya guna tanpa berselindung dengan u all... kikikii

Pure Marine Collagen (PMC) : Saya guna sebab nak cantikkan kulit + nak lambatkan proses penuaan + nak cerah

Vitamin C : Untuk cantikkan kulit + cerahkan kulit.. Actually Vitamin C saya dah lama amalkan dari zaman anak dara lagi sebab saya mempunyai masalah kulit.. Kulit saya jenis yang sensitif.. selain dari tu, ketika anak dara, muka saya jugak mempunyai masalah jerawat yang sangat2 teruk..!! penuh satu muka.. merah2 + bernanah..!! Sebelum ni, saya makan vitamin C yang biasa tu jer... tapi sekarang guna vitamin c Shaklee...

Minyak Zaitun : Untuk buat wajah saya jadi awet muda

Saya nak bagitahu u all, apa perubahan yang saya nak tulis ni.. saya tak tahu disebabkan yang mana satu.. samada PMC, Vitamin C or minyak zaitun... saya cite secara rawak je.. Tapi yang pasti, mestilah dari ketiga2 produk tu kan... (",)

Saya rasa kulit muka saya makin cerah dari sebelum ni.. Alaa saya ni kulit gelap.. so, beranganlah nak cerah.. ahhah... Bintik2 putih yang macam "nasi" kat idung tu pun makin ok.. makin kurang... Hitam bawah mata pun dah makin pudar... Kulit muka saya ni jenis yang tak sekata tau.. sekarang ni dah makin sekata... Saya nak perasankan diri rasa macam kulit muka saya makin tegang... *ada peluang nak jadi awet muda kot.. muahahha ;p... Selain dari segi kecantikan, saya jugak dah buang air besar hari2 tau... kalau selama ni, seminggu hanya sekali or dua kali je saya buang air besar... Ohya, lagi satu, muka saya kadang2 ada naik bintik2 merah gak tau.. tapi cepat je surutnya... 

Kalau bab tulang pipi pulak.. saya tak pasti samada ia ada kaitan dengan PMC or tak.. sebabnya ketika saya lepas bersalinkan Aqilah, kan saya pernah cite yang jiran saya cakap tulang pipi saya macam disuntik botox.. kah kah kah... takda maknanya botox.. padahal sebab berat badan saya dah 50 kg.. kikikiii.. Tapi kan u all, kalau tak silap saya, Emma pernah gtau saya yang PMC boleh naikkan tulang pipi... tapi saya dah ingat2 lupa ni tau.. kalau silap, saya mintak maap.. kene g tanya emma semula... hihii

U all boleh buat perbandingan tulang pipi saya dekat bawah ni yer...


Gambar bulan 2



Gambar hari Sabtu baru ni..

Saya tak pasti samada ada perubahan or tak dekat tulang pipi tu.. tapi cam sama je kot.. hihii.. ntahla.. (",).. Alamakkk lupa nak cite cara yang saya buat pulak...

PMC : Makan sesudu PMC sebelum sarapan & sebelum tidur
PMC : Dijadikan masker sekali sehari
Vitamin C Shaklee : Sekali sehari selepas makan malam @ sebelum tidur @ sebelum makan PMC
Minyak Zaitun : Sapu dekat muka 2 kali sehari

Petua dari Kak Fazlinil Irma & Kak Nora Karim pasal awet muda


Saya dapat komen dari Kak Nora dekat entry pasal petua Awet Muda Nassier Wahab tu... Kak Nora pun ada share petua awet muda yang MAK KEPADA KAWAN KAK NORA amalkan... Caranya SATU SUDU KECIL MINYAK ZAITON + SATU SUDU BESAR MADU + AIR SUAM = KACAU & MINUM...

Lepas baca komen dari kak nora ni, buat saya rasa nak g cari madu lebah plak.. hahha.. eh, tapi kan, saya yang menyusu badan ni, boleh makan madu lebah ke ek?.. bukan apa, sebab aqilah belum sampai setahun lagi.. takut dia plak hisap sekali dengan madu tu... 


Eh, tapi kalau tak campur madu lebah pun boleh je... bak kata kak Irma, jadikan minum minyak zaitun sebagai amalan harian... Ni yang dan2 rasa nak sapu kat muka + nak minum ni... ahhah... Kalau minum minyak zaitun, tekak saya lalu lagi telan.. tapi letak dalam masakan tu tak berapa nak "lalu" sebab poket tak berapa nak tebal.. kang sekejap je dah habis.. hihii... kalau minum sesudu sehari tu, lambatlah sikit habis.. (^_^)

Ohya, saya dah start sapu minyak zaitun kat muka.. mana tau leh jadi awet muda cam Nassier Wahab.. hihii... Nassir Wahab start guna masa umur dia 34 tahun, saya baru 30 tahun, so, tak terlambatlah maknanya kan.. (",)

Petua hilangkan air liur anak yang meleleh

Masa Alisha kecik dulu.. dia ada keluar air liur tau.. orang duk kata time saya pregnantkan alisha, ada yang saya tak dapat makan... tapi rasanya takda.. semua dapat je.. tapi takpala, dah nak meleleh gak air liur alisha time tu, nak wat camne kan.. (^_^) Time aqilah ni, ok.. takda nak meleleh air liur pun..

Saya nak bagitahu u all petua yang saya buat dekat Alisha untuk hilangkan air liur dia yang asyik meleleh je masa kecik2 dulu... Petua ni, isteri sepupu my dear yang gtau saya.. sebab dia pun buat petua ni jugak.. (",) Caranya, u all hanya perlu lap mulut anak u all tu, dengan langsir umah orang yang kain langsir dia jenis tebal tu.. Alaaa.. kalau umah batu kan, langsir jenis tebal2.. bukan yang jarang2 tu.. Ohya, u all lap mulut anak u all tu, dengan syarat, tuan rumah tak tahu pasal tu.. hihi.. Lap tu sambil selawat & niat tak nak bagi air liur anak meleleh dah.. (^_^)

Sampai sekarang saya tak gtau yang saya pernah buat camtu dekat sapa2.. hahhah... Tapi macam alisha ni, takpala... saya buat pun bukan dekat umah orang lain.. umah "tutt" kesayangan dia jugak.. hahahha... Taknak sebut nama, kang tak pasal2 "tuttt" kesayangan alisha tau... muahhahah..

Kalau ada baby2 yang air liur suka meleleh, try la petua ni tau.. InsyaAllah menjadi... Time alisha dulu, kalau tak silap saya, hari tu jugak nampak kesan... tapi senang cakap, dalam tempoh seminggu lepas wat camtu, air liur dah takda nak meleleh dah.. (",)

Petua hentikan kencing anak...

Sebenarnya saya tak tahu nak cakap, ni petua untuk apa.. tapi yang saya tahu, arwah opah saya bagitahu ketika alisha dalam pantang lagi... (",) Eh, jap, nak tanya u all... tempat yang bawah pusat & atas "Tuttt" kita tu, dipanggil ari2 ke ek?... dan2 time nak taip entry ni jadi blurrr plak.. hahha.. Opah saya suh wat camni...

Urut bahagian ari2 tu sambil selawat... kata opah saya, nanti anak cepat berhenti kencing... time tu, saya boleh plak tak tanya lebih lanjut maksud opah saya... tapi saya g agak2 sendiri je.. padahal selama ni, saya jenis suka bertanya dari A sampai Z... (",) Tapi, bila alisha makin besar, saya makin paham dengan apa yang opah saya maksudkan.. (^_^) 

Meh, saya story pasal alisha... untuk u all lebih paham.. (",).. Macam alisha, di usia 2 tahun lebih, dia dah jadi macam kita yang besar ni... dia hanya kencing kadang2 je... alaa kita kan, kalau buang air kecil, bukan ke boleh dikira dengan jari je... tak macam baby2.. yang sampai lenjun pampers.. hihii.. Lagi satu, Alisha jenis yang pandai kawal air kencing dia tu... kiranya, kalau terlambat masuk tandas, takdalah dia g kecing kat depan tv tapi dia masih boleh "kepit"... kah kah kah... Thats y proses saya mengajar alisha free diapers sangat2 senang... (^_^)

So, sekarang ni, saya nak kongsi petua dari arwah opah saya ni dengan u all pulak.. (",) Time u all lepas mandikan anak.. time nak sapu minyak dekat perut anak tu... U all letak kedua2 ibu jari kanan & kiri u all dekat ari2... kedudukan kuku ibu jari kanan & ibu jari kiri bertentangan @ bersentuhan tau.. Lepas tu, sambil selawat, sambil tarik ibu jari kanan ke arah kanan & ibu jari kiri ke arah kiri... lakukannya 3 kali... (",) Masa Alisha dulu, dekat setahun jugaklah kot saya buat camtu.. lepas tu, tahap kerajinan dah makin kurang.. tu yang tak buat.. hehehh

Cara paling mudah untuk elak perut buncit

Sebenarnya taknak bagi perut buncit ni senang je u all.. cuma bergantung atas diri sendiri samada nak buat or tak... Saya tak nak cakap bab senaman sebab saya sendiri pun malas bersenam.. hahha... Tapi saya nak bagitahu u all cara saya elakkan perut saya dari buncit... Opstt, buncit lepas bersalin tu adatlah kan.. tapi jangan sesekali biarkan buncit lepas bersalin tu menjadi "kawan baik" u all untuk selama2nya.. hihii..

Macam saya, saya pernah bagitahu u all yang saya guna INCHLOSS LOTION FELINNA untuk kempiskan perut lepas bersalinkan... sekarang lepas 2 bulan bersalin, alhamdulillah.. perut dah kempis.. hihii..  So, bila dah kempis, cara untuk kekalkan perut tu sentiasa kempis adalah, ELAKKAN DARI MINUM AIS..!! Yap sayang2... pasti boleh jika u all betoi2 nak..!! Saya sendiri start berhenti minum ais dari tahun 2004... Eh, tapi masa pregnant saya ada minum ais jugak tau.. tapi tu pun tak sampai 5 kali.. biasalah, time pregnant ada je yang mengidamnya.. hihii

Meh saya bagitahu u all kenapa perlu elakkan dari minum ais... Contohlah, Jika u all makan sup tulang or apa je yang berlemak, bila u all nak basuh pinggan yang letak makanan tu, tak ke dekat pinggan tu penuh dengan lemak, so, u all tak dapat bersihkannya macam biasa... nak cairkan lemak tu, u all kene letak air panas dalam bekas tu kan... Senang cakap camni, jika u all lepas makan makanan yang berminyak, u all minum ais, so, lemak2 tu akan melekat dekat perut u all.. dengan kata lain, makin berlemak la perut tu... tapi jika u all minum air panas or air suam, akan cairlah lemak tu so, terlepaslah peluang dia untuk bertakhta dekat perut u all tu... hihii (^_^)

Kalau u all betoi2 tak nak perut buncit, u all try lakukannya... kan saya pernah cakap, jika nak berjaya dalam sesuatu yang u all lakukan, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN..!! (",) Alasan tu lah yang akan membantutkan kejayaan kita... (^_^) Eh sayang2... saya berjaya lakukannya, pasti u all pun boleh lupakan Ais.. hihii.. 8 tahun saya tinggalkan ais... tapi punca sebenar saya tak minum ais sebab nak jadi awet muda... petua amy search... hihii  


Apa petua hilangkan batuk...?

Ya Allah... dugaan betoi rasanya minggu pertama berada kat sungai petani ni.. Dugaan menjaga anak yang tak sihat... Sedangkan saya sendiri pun tak sihat.. Saya nak tanya u all ni, ada tak petua hilangkan batuk? Alisha, Aqilah & saya diserang batuk pulak.. selsema pun belum habis... Kesian tengok anak2lah, bila selsema & batuk sekaligus.. Aqilah yang kecik tu lebihlah lagi...

P/s : Petua untuk aqilah & Alisha..

SILA BACA KOMEN DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI PETUA HILANGKAN BATUK


Air zam zam mempercepatkan pembukaan laluan untuk bersalin...

Jika u all dah nak bersalinkan... dah pergi hospitalkan... Minumlah air zam zam & buah kurma... Saya galakkan sangat2 u all minum air zam zam tau.. Ianya pengalaman saya bersalinkan 2 orang anak... Terus terang saya cakap, memang laluan kita untuk bersalin tu, akan bukak dengan cepatnya... Kalau ikutkan cakap bidan dekat wad tu, untuk mereka yang baru pertama kali bersalin SATU JAM , 1CM LALUAN AKAN TERBUKAK... Habis tu, kalau kita masuk labour room time tu bukak 4cm, maksudnya lagi 6jam baru boleh bersalin... Ya Allah Ya Tuhanku... tak dapat saya bayangkan menahan sakit bersalin yang sampai rasa nak terputus semua urat2 tu selama 6 jam...

Ketika Alisha dulu, saya masuk labour room dengan bukak 4cm... lepas tu, dorang tengok dekat mesin apa ntah nama, katanya graf kesakitan saya tu tinggi, maksudnya saya terlalu sakitlah kan, dorang nak bagi ubat, yela, pada dorang lagi 6 jam baru nak bersalin.. Lepas tu, dorang siap cakap "Ada minum air selusuh ke?... Air selusuh ni, kalau nak minum, minum bila dah bukak 8cm, tak boleh minum awal2 sebabnya, dia akan buat kita rasa sakit tapi jalan baru bukak sikit"... Saya cakaplah yang saya tak minum & saya tak nak ambik ubat & tolong cek laluan saya dah berapa... dorang cek, dah 8cm.. bidan tu macam terkejut & datang sorang lagi cek... dah 10 cm... so, TERUS TERAN... tak sampai 1 jam saya masuk labour room dengan 4cm, terus jadi 10cm...

Time lahirkan Aqilah pun sama, graf sakit saya tu pun tinggi jugak, dorang tetap ingat saya minum air selusuh... Ohya, time aqilah ni, saya masuk labour room pada bukaan 6cm... Dorang nak bagi saya ubat tahan sakit.. yela, sampai menangis2 saya sakit kali ni.. memang sakit, time alisha dulu tak menangis, maybe sebab ada my dear teman sekali, kali ni, saya sorang2... my dear kena jaga alisha.. so, takda kata2 semangat dari my dear waktu ni... (^_^) Kali ni pun , saya tetap mempertahankan taknak ubat... sebab saya yakin yang saya mampu tanggung kesakitan ni.. banyak kali tau dorang tanya saya nak ubat tak.. tapi saya tetap kata taknak.. U all tau tak, sampai nurse tu cakap dekat nurse2 yang lain dekat situ yang saya ni VERY STRONG... hihii... Strong lah sangat... (",) Alhamdulillah, tak sampai sejam, laluan saya dah terbuka 10cm... & Aqilah dah ready untuk melihat wajah ibu kesayangan dia ni... hihii

So, minumlah air zam zam tau.. InsyaAllah cepat laluan u all terbukak nanti...


Pengalaman saya menggunakan MANJAKANI

Buat pertama kalinya, saya guna buah MANJAKANI untuk disapu ke tempat luka jahitan bersalin tu.. Saya asah buah tu dekat belakang lesung batu & sapu dekat tempat jahit.. Saya nasihatkan u all, jika nak sapu kan, sapulah dari awai2.. hihii... sebab memang sangat2 mujarab.. Cepat je luka tu kering... (",)

Saya ni rugi, sebab baru je lagi seminggu ni guna.. tu pun sebab tiba2 saya tengok macam ia tak elok sepenuhnya lagi... Bayanglah, saya sapu manjakani tu dekat bawah, 2 3 hari terus kering.. warna tempat tu pun dah sama dengan warna asal kulit.. & benang yang terlebih yang saya duk cite dekat u all sebelum ni tu, masih lagi ada, tapi dah tak mencucuk, maybe dia dah nak reput kot... hihii.. suker suker (",)

Apa yang saya rasa bila sapu manjakani dekat tempat jahit??.. Masa mula2 sapu, saya rasa dekat bawah tu, menegang, ditarik2 camtu... apa ek, nak panggil... kiranya macam dia nak merapat2kan balik luka jahitan tu la senang cakap... selain tu, ada gak rasa tak selesa + pedih2 sikit.. yela, luka tak baik sepenuhnya kan.. tapi sekejap je pun rasa camtu... lepas tu ok semula... Saya ni letak banyak kali tau... lepas masuk tandas, sapu lagi... ahhahhah... takda kojelah katakan... hihii... takdala, sebenarnya sebab nak suruh baik cepat2.. (",)

Bab minum pulak, saya tak minum sebab merajuklah konon.. hahahhah... bukan pe, saya rendam buah tu dalam air panas tapi terbuang pulak air tu... so, sia2 je lah kan... hihii... Tapi hakikatnya, tekak saya tak lalu nak telan.. muahahhahha.. TAPI apa2 pun, saya tetap jugak nak makan PIL MANJAKANI... Lepas balik sungai petani nanti, confirm saya nak beli... hihiii.. senang sikit, telan terus, takyah nak rasa kelat2 melekat dekat lelangit lah.. dekat gigilah.. adehhhh....

Saya nak beli manjakani sebabnya yela, anak dah 2.. yang ketat pun jadi longgar.. hihii.. So, alang2 tengah berpantang 100 hari ni, lebih eloklah pulun ketatkan kembali yang longgar tu kan.. hihii.. Untuk suami tersayanglah katakan.. (^_^) Anak dara tak yah makanlah yer... ni untuk ibu2 jer... anak dara, ambik sebagai ilmu je tau... muahahhah

P/s : Ada beberapa orang yang amalkan manjakani ni komen bagitahu saya, hubby dorang siap cakap "Macam malam pertama or macam baru2 kawen"... teruja, dengar pengalaman dorang, so, haruslah guna.. hihihii (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...