Cara lembutkan @ empukkan daging dengan lebih cepat

Semalam saya masak GULAI KARI TULANG LEMBU... My dear & Alisha balik makan pukul 12 tengahari... Yang saya ni pulak, pukul 10 baru terkedek2 nak pergi masak gulai tu... Dah la kalau masak gulai ni ambik masa yang lama... dengan nak tumis rempah bagi pecah minyak la... lepas tu kene masak daging pulak sampai empuk... Bila dah pecah minyak, saya tengok jam dah nak pukul 11, terkejut sekejap... yela, sempat ke tulang lembu saya tu empuk dalam tempoh tak sampai sejam... Risau saya takut tak sempat empuk, mesti panjang tazkirah dari my dear...


Dalam saya duk menunggu tulang lembu saya tu empuk, tiba2 saya teringat yang tukang masak kambing golek time aqiqah Aqilah dulu, ada bersembang dengan sape ntah... saya yang berada berhampiran terdengar... katanya, orang letak jus lemon dalam masakan kambing tujuannya untuk lembutkan daging... Saya pun apa lagi, terus pergi godek peti ais.. terjumpalah sebiji limau nipis.. lemon dah habis stok, limau nipis pun bolehla.. Saya ambik limau nipis tu potong kepada 2 bahagian... satu bahagian saya simpan manakala yang satu bahagian lagi, saya perah jus dia & letak dalam gulai kari tulang saya tu tadi... time ni saya tengok jam dah pukul 11:15 pagi...

Bila pukul 11:30 tu, saya mulalah susah hati sebab ada masa setengah jam je lagi sebelum my dear balik lunch.. Kalau ikutkan cara saya masak selama ni, nak empuk tulang tu ambik masa lebih dari sejam... maklumlah guna periuk biasa, bukannya guna pressure cooker... dalam saya duk susah hati tu, saya try ambik seketoi tulang tu nak makan sebab nak tahu empuk ke tak... bila gigit tu... ehhh ehhh... bolehlah pulak.. takda liat2 pulak... rasa macam tak percaya pun ada... saya ambik tulang yang lain pulak, yang lebih besar... eh, boleh gigit jugakla... Nampaknya AIR PERAHAN LIMAU NIPIS NI BERJAYA MELEMBUTKAN @ EMPUKKAN GULAI KARI TULANG saya tu dalam tempoh tak sampai sejam... Wah, teruja tau... hahahha... Dia punya lembut tu, macam masak lama tau... bila makan tu, isi dia mudah je tertanggal dari tulang... My dear ingatkan saya rebus dulu tulang tu bila saya bagitahu my dear yang saya masak gulai tersebut tak sampai sejam dah empuk...

U all pun boleh try cara ni.. ohya, lupa nak bagitahu.. time saya masak tu, saya tutup periuk gulai saya tu dengan penutup tau... tapi memandangkan tudung periuk saya tu tak rapat, jadi inisiatif saya, saya tindih dengan lesung batu atas tudung periuk tu... api macam biasa, saya bukak slow je... macam tak percaya je, bukak slow pun tapi daging cepat empuk...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Rai OurKizuna Rai OurKizuna September 29, 2015
boleh cuba next time.. berguna bila kesuntukan masa kan.. tapi tak ubah rasa kan ina?
azizah green line azizah green line September 30, 2015
boleh bagitau mak ni.. petua baru..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip October 03, 2015
pernah baca campak sudu dalam daging masakan tu..
bila kasitau mak.. dia kata mmg slama ni dia buat lagu tu eheh..