Sup ikan merah yang simple

Mula2 kawen, saya memang tak reti masak... sampai adik lelaki saya komplen cakap, lauk saya mesti goreng2 je, ikan goreng, ayam goreng, telur goreng.... hahaha.. Sampai satu tahap, menu kami hanya ikan rebus kosong tu je tau... dasyat tak?? punya tak retinya saya masak.... diingat2 balik, kesian pulak dekat diri sendiri... time tak reti masak ni jugak, saya tak bagi my dear beli ikan yang besar2 or mahal2 tau... beli yang murah2 je... Alasannya pasal saya takut kalau saya masak tu tak jadi or tak sedap, bukan ke rugi je.. dah la beli mahai2.. itu belum dicampur dengan saya yang tak confident nak masak ni lagi...

Itu dulu punya cerita la, masa mula2 kahwin.. tapi sekarang, siap suruh my dear beli ikan mahai2.. hahhah... berlagak, dah confident memasak la kononnya... Tapi kebiasaannya, saya tak suruh pun, my dear yang beli sendiri ikan... Minggu lepas, my dear ada beli ikan merah, sekilo rm40++ la jugak.. Bila saya tengok ikan merah ni, saya duk terbayangkan nak masak asam pedas... tapi bila my dear makan sup ikan merah versi baby yang Afrina punya, disuruhnya ikan merah tu dibuat sup jugak..


Kalau masak sup ikan lagi senang, campak2 je... tapi saya buat versi orang tua la kan, bukan versi Afrina.. Bagi saya sup ikan merah ni memang sedap... kami memang suka makan sup ikan, tapi nak kene tengokla ikan apa nak dibuat sup tu... biasanya ikan yang mahai2 la baru sedap buat sup, lebih2 lagi bahagian kepala tu haaa... Dimakan bersama nasi panas2... Uishhhh memang sedapla, anak2 tak berhenti memuji ibu masak sedap... 

CARA : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + LADA HITAM = TUMBUK... TUMIS 4 SEKAWAN (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) + BAHAN TUMBUK SEHINGGA NAIK BAU... LEPAS TU MASUKKAN AIR + IKAN + GARAM... BILA DAH MASAK, TABUR DAUN SUP & DAUN BAWANG.. SIAP..!!! Resepi tersangat2 senangkan??? Rasa dia....?? U all try sendiri, hari ni u all masak, esok u all nak masak lagi...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 15 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria August 18, 2015
alahaiii...fav SA ni...kalau demam2 biasa mak buatkan...sedapnyaaaa
aizamia3 aizamia3 August 18, 2015
Dari tak tahu akhirnya menjadi pandai.. demi keluarga tercinta.. ;)
tapi akak tetap en. suami yang masakkan.. lauk yang senang yang simple je akak masak.. hehehe..
cikpinz cikpinz August 18, 2015
Mak CP selalu buatkan sup ni..makan dengan nasi panas2
eija_sweetmama eija_sweetmama August 18, 2015
sedapnya tgk sup ikan merah ina ni..

sbb tu org kata..practice makes perfect kan, kena selalu mencuba lama² terror jgk masak. k.eija pun x pandai masak sgt, skrg pun x pandai sgt masak sbb dah terbiasa masak yg simple² je, tp kalau makanan yg k.eija suka makan tu k.eija akan try masak berkali² sampai jadi, lama² tau sendiri dh mcm mana nak masak dia..
Fiza Rahman Fiza Rahman August 18, 2015
HAishhhhh...sedapnya. Dah lama tak buat sup ikan merah nih. Ikan ni mahal lah :-(
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH August 18, 2015
Assalam zarina,
ni kalo pekena time demam ni
peerrggghhhh he3
Murniwati Awang Murniwati Awang August 18, 2015
Akak ni seumur hidup xpernah masak sup ikan..tp sup ayam & sup tulang biasa..nak kena cuba laa sup ikan pulak..sedap nampak sup ikan merah ina ni
Nugrul Sakura Nugrul Sakura August 18, 2015
senang nye...blh cuba ni...
xguna sup bunjut utk ikan pun
aRz MoHa aRz MoHa August 19, 2015
Sedap nampak. Boleh la ikut petua resipi ini
AnonymousAnonymous August 19, 2015
First time saya masak sup ikan merah guna resepi lebih kurg mcm ni, mak saya puji. Alahai. Haha. Mak saya tak berani buat sup ikan sbb takut tak sedap. Banyak kali jugak saya cakap nak masak ni. Last sekali, saya masak senyap2. Mmg torbaikkkkk !!!
eima eima August 19, 2015
mudah .... klu jenis suka mkn ikan besar mmg besh la ..kami tak mkn ikan besar ni .... tatau nape
azizah green line azizah green line August 19, 2015
sedap nih..ms sakit operate appendiks duku mak selalu buatkan..
Dunia Zumal Dunia Zumal August 22, 2015
Zumal pun belum pernah makan ikan dibuat sup...
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip August 28, 2015
fevret ni.. lagi2 part ekoq.. hehehe..
time demam bleh demand makan ni kat mak..