Buku latihan matematik yang menarik

Masa kami keluar ke kedai buku hari tu, tujuannya umtuk beli hadiah buku la untuk Alisha... Memandangkan dia dah habis baca buku BACALAH ANAKKU... Dalam saya duk membelek tu, ternampaklah buku latihan matematik ni haa.. Bagi saya, buku latihan ni memang menarik... Aqilah tu pun berapa kali duk curi2 guna buku kakak dia ni... Mahunya tak, buku ni ada sticker... itu yang Aqilah seronok sangat sebab dapat main lekat2..


Buku yang bertajuk FUN WITH MATHEMATICS... Memang fun sungguh pun... Latihan dibuat, semuanya guna sticker, tak payah nak tulis2 dah... Ada tambah, darab, tolak & bahagi... Bila kita dah siap buat latihan tu, siap boleh ditempek pulak dengan sticker untuk good ke, excellent ke... Alisha excited je nak buat kira2 guna buku ni.. Yela, selama ni dia tulis je nombor2 tu semua, kali ni dapat pulak lekat2.. Harga buku ni saya lupa pulak berapa RM.. kalau u all berminat, bolehlah usha2 dekat kedai buku... tapi saya biasanya buku latihan anak2, saya suka ke kedai HASANI, kalau ke MPH tu, tak banyak pun buku untuk anak2 saya ni haa... Bila tanya pekerja dekat sana, buku ni ada tak, buku tu ada tak... asyik duk jawab takda je...

Saya memang sukaaaa sangat beli buku untuk anak2 saya... Kalau kaki tu dah jejak kedai buku, mesti beli walau satu, tapi biasanya lebih dari satu la... Buku untuk diri sendiri pun saya suka beli jugak... cuma tu la, suka beli je tapi bacanya tak... duk lah peram dalam bilik tu haaa... bertahun2 beli kadang2 baru nak baca... Melampau tak...? Alhamdulillah la jugak Alisha tak mengikut jejak saya, Alisha ni kalau beli buku dekat dia, sampai rumah je terus disuruh ajar... Habis tu camne ibu nak baca buku ibu... semuanya nak kene dulukan anak2... Tu diaa... saya dah start wujudkan alasan..!! (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 14 comments.. read them below or add one }

Diana Rashid Diana Rashid August 28, 2015
Memang kalau nak beli buku anak2 baik ke Hassani ..banyak buku kerja yang bagus2.Ada buku kerja yang sekolah guna pun diaorang jual.kadang2 saya malas nak print2 kertas soalan,buku2 kerja yang beli kat Hassani tu la yang saya bagi anak buat...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI August 28, 2015
yui tgk pun nmpk mnrik kak..hihi
Ina Haireina Ina Haireina August 28, 2015
memang nampak menarik sangat.. ceria je... kite tgk pun seronok je.. hehe..
Mrs Velentine Mrs Velentine August 28, 2015
wah best lah buku ni kak
lia ummiirfan lia ummiirfan August 28, 2015
buku matematik gini memang menarik minat anak-anak nak buat latihan. :))

9 tips banyakkan susu ibu
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip August 28, 2015
ada sticker macam ada interaction sket kan..
xde la semata2 berkira saja.. hehehe..
Fara Fara August 28, 2015
Kat mana kedai buku Hasani...
mmg bagus la approach guna sticker ni..timbulkan minat kekdahnyer :-)
ntah2 kang mak pun berebut nak lekatkan sticker.. hehehe
aizamia3 aizamia3 August 28, 2015
mampu merangsang minda anak2.. ;)
Cik Ash Cik Ash August 28, 2015
Ada yg sticker tu kita pun suka hahaha
nafsu suami nafsu suami August 29, 2015
hehe..teringat pula masa tadika dulu.
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah August 29, 2015
cantik.. mesti teruja bebudak nak buat ni...
nurfadilah suardi nurfadilah suardi August 30, 2015
best ni...qistina mesti suka kalau dapat
azizah green line azizah green line September 01, 2015
menarik la buku ni kak.. boleh menimbulan minat utk anak2
lynndamya lynndamya September 02, 2015
Salam, haha bestkan buku untuk kanak2 ni..ini bukan diorg je yg suka, sy ni pun ntah2 menyibuk nak lekat2 sticker jugak, hahaha