Hari ni 05/09/2011.. genapla umur Alisha setahun.. kalau ikut bulan orang putih la yer.. kalau bulan islam dah lama dah.. hihii.. Nak tahu apa harapan saya sebagai seorang ibu untuk Alisha baca entry ni yer.. Entry Alisha setahun di bulan ramadhan baru2 ni.. hihii
Kembali kepada tajuk asal.. saya maksudkan Alisha dah dapat "ijazah" tu adalah "ijazah" dalam penyusuan susu ibu :-) Ohya, kalau u all nak tahu, saya sentiasa motivasi kan diri saya.. penyusuan untuk umur alisha 0 hingga 6 bulan = DIPLOMA, 6 bulan hingga 12 bulan = IJAZAH, 12 bulan hingga 18 bulan = MASTER, 18 bulan hingga 24 bulan = PHD..
So, sekarang ni, alisha dah setahun, ini bermakna alisha dah dapat IJAZAH.. horrayyyy anak ibu anak yang bijak.. hihii Alhamdulillah syukur kepada Tuhan sebab setakat ini saya berjaya menyusukan alisha.. Dan ini adalah satu perkara yang menyeronokkan saya sebab saya dapat melunaskan tanggungjawab saya untuk alisha.. lagi setahun saya akan menyusukan alisha... pada masa tu mesti saya akan bersyukur yang amat2 sangat sebab berjaya melakukan seperti apa yang digalakkan di dalam islam.. InsyaAllah anak ibu yang ibu sayang.. ibu akan berusaha tunaikan tanggungjawab ibu...
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau perbanyakkanlah susu badanku sehingga aku dapat melaksanakan tanggungjawab aku untuk anak kesayanganku.. Sesungguhnya aku nak beri yang terbaik untuk anakku.. Susu badan aku ciptaanMU adalah yang terbaik untuk anak ku.."
Saya akan memanfaatkan or menghargai masa setahun yang ada ini kerana lepas ni saya tak dapat menyusukan alisha lagi.. hurmmmm tiba2 pulak rasa sedih.. Entah macamana la nanti bila alisha dah tak minum susu badan saya lagi.. Adakah saat tu menyeronokkan saya or membuatkan saya sedih.. tapi sekarang ni saya dah mula rasa sedih..
Takpa la kan.. nanti rezeki susu saya ni, jika diizinkan Allah untuk jadi rezeki adik alisha pulak.. Ohya, anak ibu sayang.. ibu sangat2 seronok dapat menyusukan kamu dengan susu badan ibu.. :-) Ibu juga sentiasa menghalalkan setiap titik susu ibu yang telah masuk ke mulut kamu.. semoga susu ibu itu akan menjadikan kamu insan yang taat pada perintah Tuhan.. InsyaAllah.. :-)
SELAMAT MENJADI SISWAZAH NUR ALISHA BINTI MOHAMAD SUKRI
p/s: suke care motivasi tuh..boleh tiru ;P