Selamat Ulangtahun Kelahiran Untuk Alisha & Harapan Seorang Ibu Untuk Anaknya.

Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur Alisha sehingga ke hari ini.. Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, kalau mengikut bulan islam, tepat pukul 11:24 malam genaplah umur Alisha setahun tapi kalau bulan orang putih 05/09/2011 baru genap setahun.. Sekejap betul masa berlalu... Anak ibu dah pun berumur setahun..

Kalau tahun lepas.. pada pukul 02:40 pagi tadi, saya dah dapat hint nak lahirkan Alisha.. di mana darah dah terkeluar.. tapi pergi checkup, laluan masih belum buka.. tapi berkat daripada hasil saya pusing satu shopping complex, akhirnya terbuka sebanyak 4cm.. hahahah Tepat pukul 11:24 malam, saya telah selamat melahirkan Alisha dengan ditemani suami saya yang tercinta.. hihiii Love you la my dear.. muahhh ;-)

Alisha anak ibu.. di hari kelahiran kamu ini.. tiada apa yang ingin ibu perkatakan selain dari mengucapkan Selamat Hari Lahir.. Ibu doakan semoga Alisha membesar sebagai anak yang solehah.. taat pada perintah Tuhan.. Alisha, ibu nak ingatkan kamu.. jangan sesekali kamu menderhaka kepada insan yang bergelar IBU.. ketahuilah oleh kamu sayang bahawa sesungguhnya syurga ibu terletak di bawah tapak kaki ibu.. 

Sesungguhnya seorang ibu itu bertarung nyawa untuk melahirkan anak2 mereka di dunia ini.. Kamu juga akan melaluinya nanti.. Ibu hanya berpesan kepada kamu sebagai ingatan.. supaya kamu tidak sesekali menderhaka kepada orang tua.. di mana zaman sekarang ni terlalu ramai anak2 menderhaka kepada ibu bapa mereka.. Lupakah mereka betapa besar pengorbanan ibu bapa mereka menjaga mereka ketika kecil.. MasyaAllah... 

Ibu sesekali tak nak kamu berkelakuan seperti itu.. Ingatlah sayang.. ini adalah nasihat dari seorang ibu untuk anaknya.. supaya anaknya tak akan lupa diri apabila dah berjaya nanti.. Apa2 pun anak ibu yang ibu sayang ini... percayalah.. sesungguhnya setiap hari ibu mendoakan yang baik2 untuk kamu sayang..!! Tiada yang tak baik.. semuanya baik..!!

Betapa ibu menjaganya kamu.. sehingga seekor nyamuk pun ibu tak izinkan hinggap di badan kamu.. ketika ibu menyusukan kamu, kamu gigit ibu.. walaupun sakit tapi ibu tak sanggup untuk memukul kamu & tak pernah terniat di hati ibu untk memberhentikan penyusuan susu badan untuk kamu.. kerana ibu ingin memberi yang terbaik untuk kamu.. sesungguhnya susu badan ibu adalah yang terbaik untuk kamu sehingga kamu berumur 2 tahun..

Entahlah sayang.. ketika ibu menulis entry ini.. kamu sedang tidur di sebelah ibu.. terasa sayu dekat hati ibu ini.. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal bagi meraikan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.. Tahun lepas, ketika di  dalam kandungan ibu, Alisha pun "berpuasa" juga.. dapatlah Alisha merasa "berpuasa".. :-)

Ohya sayang.. seperti yang ibu selalu pesan.. sekali lagi ibu minta.. apabila kamu telah mengenali apa itu BERDOA.. apa itu SOLAT.. janganlah kamu lupa untuk sentiasa berdoa untuk ibu & abah kerana sesungguhnya sayang ibu.. hanya doa anak yang solehah seperti kamu yang dapat "membantu" ibu & abah.. Ketahuilah sayang.. ibu & abah TERLALU SAYANGKAN KAMU!!

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ANAK IBU YANG TERSAYANG

NUR ALISHA BINTI MOHAMAD SUKRI






{ 11 comments.. read them below or add one }

@LeenShamsh @LeenShamsh August 26, 2011
selamat ulantahun yg pertama alisha! semoga semua doa-doa ibu makbul berkat doa ibu..

p/s: comel sungguh pic alisha dgn ibu n abah..
Iryani Noor Iryani Noor August 26, 2011
happy birthday alisha dearie..
moga menjadi anak yg solehah..
insya-Allah..

Selamat Hari Raya buat korg sekeluarga ya =p...
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda August 26, 2011
Hepi b'day Alisha.. Auntie Nisa doakn Alisha akn m'besar jd anak yg baik & solehah.. ^_^

Ina jg Alisha nie baik2 ye..
Puan Kutu Puan Kutu August 26, 2011
hepy besday alisha..selamat hari raya juga.msti excited sbb raya pertama dan besday pertama aisha kan..semoga alisha membesar menjadi ank yg solehah..oh yer 2nd raya blik n.tebal..sat ja sbb mlm 3rd raya dh keja..
Unknown Unknown August 26, 2011
sayunya baca entry ni..

selamat ulangtahun kelahiran alisha..jadilah anak yg solehah yg dapat membahagiakan kedua ibubapamu..


dan selamat hari raya buat akak sekeluarga.
indahhiasan indahhiasan August 26, 2011
hepi besday utk alisha..

http://indahhiasan.blogspot.com/2011/08/senarai-nama-pemenang-ga-aku-beli-ke.html
msredcheesecake msredcheesecake August 26, 2011
epi bday tuk alisha...msred da 3 kali bertarung nyawa...

selamat hari raya maaf zahir batin
suhaina laui. suhaina laui. August 26, 2011
selamat hari lahir alisha comey...semoga menjadi ank yg solehah....
mama_umar_maryam mama_umar_maryam August 28, 2011
happy 1st bday alisha..aunty aminkan sumer doa2 ibu alisha tu =),meriahlah raye taon nihhh
norhasnizakhalid norhasnizakhalid May 20, 2013
tersentuh dgn cerita ni,.. :)