Seperti yang u all tahu, hari Rabu baru ni, birthday my dear kan.. so, semalam saya belanja my dear dinner dekat salah satu tempat favorite kami.. mana lagi kalau bukan PUNCAK MUTIARA CAFE di Bukit Mertajam...
Saya & my dear memang suka pergi sini.. dah banyak kali kami pergi.. Sebab utama kami suka adalah sebab nak makan KAMBING!! *Yap, kami penggemar kambing ;p* hahhahha.. Kalau u all nak tahu, dekat sini kambing dia fresh hokay!! siap ada "resort animal" lagi.. *kandang binatang la tu* hhihii
Actaully dekat Puncak Mutiara Cafe ni, bukan setakat ada kambing je tau, tapi ada ARNAB, OSTRICH & PUYUH.. semua binatang ni berada dekat kawasan cafe tu je tapinya dalam kandang la yer.. hihii.. Makanan dekat sini semuanya sedap2 hokay!! Siapa penggemar kambing macam saya & my dear ni, tak rugi datang sini tau... SEDAP!! cumanya macam mahal sikit tapi sesuailah dengan daging FRESH.. Daging FRESH memang mahal sikit kan.. (",)
Taknak cerita banyak dah.. jom layan gambar kami di sana yang besar gedabak ni yer.. muahhaha
My dear yang sedang memilih menu makanan
Saya pulak terpaksa berkongsi buku menu tu dengan Alisha.. Biasalah anak saya ni.. tukang jadi penyibuk.. hihii Dahlah buku resepi tu nak sama besar dengan dia.. muahahhah
"Apa tengok2?".. hihii sampai ternganga alisha tengok saya posing.. "alaa sayang ibu ni.. sekali sekala nak posing tanpa alisha disisi janganlah tengok sampai macam tu".. hihi
Inilah makanan yang saya order.. siap berasap tu.. U all tahu tak apa ni?? hihii.. Actually sos ni, waiter akan curah apabila sampai ke meja pelanggan.. ada staillah..!! hihii
Tadaaa inilah yang berasap tadi tu.. LAMB CHOP (SIZZLING) RM19.80... Mabeles la u all... sedap tak hingat hokay..!! u all kene try ni... hihii
Ini pula makanan my dear NASI BERIANI PEHA KAMBING RM18.80.. Perghhhh yang ni pun sedap tau!! menang time makan tu, tak ingat orang kiri kanan lah... Tak caya, tengok gambar my dear dekat bawah ni..
Haa kan saya dah cakap, tak ingat orang kiri kanan.. makan sorang2.. tak pelawa orang sebelah.. hhehe
Tak lupa juga untuk anakanda tersayang saya.. FRENCH FRIES RM4.80.. Jadilah makan yang ni yer alisha... nak bagi makan "vouge2" kang tak reti makan pulak.. muahahhahhah..
Actually, alisha tak makan sangat pun.. buat main adalah... saya & my dear yang habiskan.. (",)
Menyelerakan tak??.. Sedap tak hingat dunia hokay!! Saya dah lama tak makan aiskrim.. memang sedap giler la... adussssssss... sampai sekarang asyik teringat je... Ohya, desert ni nama dia PUNCAK MUTIARA SUNSET RM9.80
Ibu suap Alisha (",)
Alisha suap ibu.. hihii Actually nak suruh alisha suap bukan susah pun.. nganga je mulut kita, dia faham la tu nak suruh suap.. hihii
Bila dah habis, saya nganga lagi suruh alisha suap.. sekali dia pergi intai dalam mulut saya maybe dia terfikir baru je suap, saya dah nak lagi.. cepat betul habis.. hahha.. *comel je aksi alisha ni..* kui kui kui
Inilah hasilnya selepas saya dengan rela hati izinkan alisha makan aiskrim... habis meja kotor...
Bukan setakat meja.. tengoklah muka & baju alisha tu.. comot tak?.. hihiii makan sangatlah tu kononnya... hihii
Habis licin semuanya kami makan.. hehehh.. So, total kami makan ni semuanya RM62.60.. sekali sekala bolehlah makan... Kalau tiap2 minggu makan dekat sini.. bankrup la saya jawabnya...hahhaha sekadar untuk meraikan tarikh2 penting dalam kehidupan kami berdua, bolehla kan.. (",)
Makanan dia memang sedap, kawasan dia pun cantik & tenang.. u all kena try tau.. ia terletak di Kampung Pelet, bukit Mertajam, Pulau Pinang.. (",)... Kalau u all pergi Pulau Pinang, bolehlah singgah sini...