Sebelum ni, saya tak banyak pun bagi Alisha minum air masak.. Yela, Alisha tak pandai minum guna botol susu, so, kalau nak bagi dia minum, saya kena bagi guna gelas.. tapi guna gelas, tak banyak sangat pun minum.. 5 6 teguk je..
Kadang2 saya terfikir juga, tak pa ke Alisha ni kurang minum air masak.. yela, minum susu je.. sampailah baru ni saya pergi rumah kawan dekat Terengganu, saya tengok anak dia minum air masak guna botol air macam dalam gambar dekat atas tu..
So, saya & my dear pun apa lagi, pergilah jugak beli botol air tersebut.. hehhe.. Pada mulanya, alisha tak pandai pun nak sedut air tu tapi selepas saya ajar dia guna, tak sampai setengah jam pun alisha dah pandai guna.. hihiii good Girl!! :-)
Bila dah ada bekas ni, senanglah sikit kerja saya.. tak payah bagi guna gelas lagi.. hihii.. Bukan setakat air masak.. Air buah pun saya bagi dia minum.. seronok tengok alisha dah mula minum air masak & air buah.. hihii
Macam buah epal, saya nak bagi alisha makan camtu je, takut tercekik sebab keras.. so, saya buatlah jus.. nasiblah si alisha ni suka minum jus buah...
Nak update jugak, si alisha ni dah pandai minum guna straw.. heheee.. sebelum2 ni, alisha pandai gigit je straw tu, kalau sedut pun, separuh jalan je air tu naik lepas tu jatuh balik hehee
Tapi sekarang tak lagi.. bukan setakat air dalam gelas saya je alisha sedut tapi air kotak pun diambilnya untuk minum... kalau tak bagi, marah2.. yela, asyik ibu dia je minum, dia nak juga rasa.. hehee.. Perkembangan Alisha makin lama makin seronok untuk saya perhatikan.. Mahu taknya, budak2 dah mula nak pandai & faham apa yang berlaku ;-)