Pada hari raya ketiga baru2 ni (01/09/2011).. kami bertiga iaitu saya, my dear & Alisha bertolak balik ke Terengganu pada pukul 8 pagi dari rumah mak mentua saya, parit Buntar... ohya, Terengganu tu adalah negeri kelahiran saya.. Saya dilahir dan dibesarkan di sana.. After SPM my dad kena transfer ke Perak.. Terengganu tu juga adalah negeri kelahiran my mum.. kiranya semua saudara mara my mum berada di Terengganu la.. tak lupa juga, di Perak adalah negeri kelahiran my dad.. (",)
Actually, perjalanan saya ke Terengganu tu pada mulanya plan nak konvoi dengan my younger brother.. kitaorang janji jumpa dekat highway Gerik.. Tapi apabila sampai dekat tempat rehat Titiwangsa, my younger brother ni bergerak ke Terengganu terlebih dahulu.. kiranya kami dah tak konvoi la.. Yela, mana taknya.. dia bawa kereta mengalahkan lipas kudung.. laju.. huhhh!!!
Perjalanan kami ni pada mulanya lancar je.. takda jem mana2 tempat pun walaupun kereta banyak.. tapi apabila sampai dekat tanah merah, tu diaaaaaaaa jem tak hingat dunia!! 2 jam kami terperangkap dekat dalam jem tu..
Yang paling kesian Alisha la.. mengamuk2.. yela, cuaca hari tu panas terik, siap buka baju lagi si alisha ni... lagi satu... alisha pulak berak.. u all bayanglah dengan jem nya dengan panasnya dengan berpeluh2 macam mandinya dengan beraknya.. manalah si alisha ni tak mengamuk2... buat tu tak kena buat ni tak kena bagi tu tak nak bagi ni tak nak.. pengalaman alisha yang paling mengerikanlah nih!!
Saya pujuk alisha bagi susu pun tak nak.. yela, mesti alisha tak selesakan.. tahik dekat punggung!! adoiiii kesiannya alisha.. last2 dia tertidur selepas penat menangis.. selepas habis jem tu, kami carilah stesen minyak or masjid tapi tak jumpa pulak.. yang kami jumpa, u all nak tahu apa??... JEM lagi sekali... ayoyoyooooo
Saya ambil keputusan suruh my dear berhenti je dekat tepi jalan tu sekejap, cuci je punggung alisha tu dengan air paip yang ada dalam bonet kereta.. fuhhh lega.. kesian alisha.. first time berjalan jauh.. ni pulak pengalaman dia.. hihii.. Kami tempoh 4 tempat jem hokay!!
U all tahu tak, kami bertolak dari Parit Buntar pukul 8 pagi kan.. pukul 8 malam baru saya sampai tempat yang dituju.. 12 jam hokay!! macamana la ianya tak jadi pengalaman yang mengerikan untuk alisha.. selama 12 jam tu la dia duduk je dalam kereta atas riba saya tanpa boleh bergerak.. "kang dah tak pasal2 kaki alisha tak dapat exercise berjalan".. hihii
budak2 mmg cepat bosan..dorang tak suka duk statik lama2..hihi..