Pada 04/09/2011 baru2 ni, kami buat sedikit majlis makan2 untuk sambut hari kelahiran Alisha yang pertama.. Saya buat majlis tu di Terengganu, rumah makcik saya.. Ohya, majlis tu diawalkan sehari dari tarikh lahir Alisha yang sebenar.. Majlis tu juga dibuat selepas sehari kenduri rumah makcik saya..
Kami ada buat ikan bakar, sosej bakar dan ayam bakar.. My dad ambil port dekat sinilah dengan sepupu saya yang lain & my dear sekali..
Selain dari yang bakar2 tu.. kami juga ada sediakan mee kari, puding buah dan lain2 lagi.. makanan ringan untuk budak2.. Ohya, malam tu juga saya hiburkan hati budak2 dengan bagi mereka duit raya.. hihii
Ini adalah makanan wajib. Kek Birthday Alisha... hihii "ALISHA 1 tahun"..
Bergambar sebelum majlis bermula.. Alisha pada mulanya happy2 lah kan.. yela, birthday girl la katakan.. hihii
Alisha dah ready untuk memotong kek.. pisau dah siap sedia dipegang.. hehhe
TAPI.. selepas sahaja muzik birthday berkumandang dan kami semua mula la fokus dekat Alisha.. Mahunya tak fokus, nak ambil gambar budak umur 1 tahun lah... hehe.. Semua duk menyebut nama Alisha2.. Duk suruh Alisha tengok kamera mereka..
Dalam keadaan excited tadi tu, boleh pulak anak saya ni menangis meraung sekuat2 hati.. puncanya pasal Alisha ingat kami semua marahkan dia... hahhahha Yela, mana taknya, normally, dia tak dapat izin nak potong2 kek ni.. tiba2 pulak ibu dia ni baik hati suruh dia potong...
Lagipun, Alisha sekarang ni memang tak boleh orang tegur2 or cakap kuat2 or kasar2 dekat dia.. mulalah perasankan diri dia tu yang dia tu kena marah... hihihiii alisha.. alisha.. (",)
Last2 my mum & sepupu saya yang potong kek Birthday Alisha tu.. kebetulan pula my mum lahir 07/09 & sepupu saya tu 03/09.. So, rezeki mereka lah potong kek Alisha.. muahhahah
Lepas dah puas mengamuk barulah si Birthday girl ni nak potong kek dia.. hahhahha.. Kira oklah tu kan sayang.. dapat jugak merasa potong kek.. Tahun depan pula Alisha potong kek ye.. maybe umur 2 tahun nanti Alisha dah faham sikit tentang majlis birthday.. :-)
Bagi saya majlis Alisha ni meriahlah juga.. kami 3 family je sebenarnya.. lebih kurang 30 orang juga la.. Malam tu, kami ada pasang lagu juga, so, takdalah bosankan... Ohya, ayam bakar tu, sponsor dari makcik saya je.. Dah nama pun tokei ayam, kena lah sponsored untuk cucu saudara dia ni kan.. hehhehe.. Untuk majlis Alisha ni, saya habiskan hampir RM300.. tu pun nasib ayam tak payah bayar.. hehe.. Setahun sekali belanja saudara mara.. (",)